Google
Powered By Blogger

Tuesday 17 April 2007

Siapa aku?

Hari nih tanggal 17.4.2007, maka bermula lah aku menulis blog.

Aku berazam dan mengharap agar blog yang ku wujudkan ini, akan terus menerus di kembangkan sehingga ke suatu standard yang sepatutnya ia berada.

Terdapat sedikit sebanyak tujuan aku menulis di sini, yakni untuk memperkasakan lagi segala apa yang tertumpu di minda selain baru2 ini aku mendapat ilham dari MTV, kendian dengan di tambah cerita-teriti yang tidak termasuk dek akal. Katanya(siapa?), ada penulis di internet, menjana pendapatan bukan ribuan, malahan puluhan ribu ringgit sehari, hanya dengan bertenet di internet.

Benar! Aku rasa la. Apa yang di buat oleh kawan tu sampai dapat habuan yang bukan-bukan macam tu. Dahsyat betul, apa lagi jika matawangnya dalam dolar, euro dsb.

Terpanggil dengan dongengan tersebut lah, aku mula men-jot-down sesuatu di sini. hehe.

Pun begitu, matlamat aku di sini mungkin sekadar melengkapkan sesuatu yang belum jelas. Noktah...

Aku mula berjinak-jinak dengan internet, ketika zaman sekolah menengah dulu. Masa tu main IRC. Macam-macam kenangan, peristiwa dan cerita dalam tempoh tersebut. Sampailah aku ke UiTM Shah Alam, apa yang aku tahu di internet adalah e-mail, e-circles dan mIRC. Masa tu aku pakai nickname kEsAh. Siap pasang bot kat cybercafe lah, psy-bnc lah, gathering.. huh! :)

Internet Berkembang dengan sungguh pesat! Hebat! Aku kagum sekali dengan mitos-mitos di sebalik internet ni. Contohnya bila aku menonton filem Swordfish, di bintangi aktor pujaan dari barat, John Travolta - aku terbayang-bayang bagaimana hebatnya jaringan internet ini. Dengan teknologi yang semakin lama makin canggih, pebagai-bagai perkara yang orang dah terokai dengan sistem dan perkhidmatan internet ini. Paling gawat sekarang ni, pelaburan dalam internet. Macam-macam jugak yang ada. Ada yang cerita kena tipu, yang kena auta. Ada juga yang tumpang sebarkan propaganda dan agenda. Swisscash, E-gold dan segala macam mak nenek pun ada. Sejauh mana kita dapat meneroka semua itu, terpulang kepada kita. Tepuk dada, tanya selera.

Sampai sekarang ni pun, aku turut berniaga dalam internet ni. Habuannya Alhamdulillah boleh tahan. Mula-mula start dulu, semua orang tak setuju dengan hasrat aku untuk berdikari dengan cara macam ni. Tak ada masa depan, kata orang-orang tu semua. Lebih baik cari kerja dan makan gaji kukuh. Tapi aku tak ambil pusing semua tu sebab aku nak jadi bos sendiri. aku yakin yang punca rezeki terbuka lebih luas dengan berniaga. lebih-lebih lagi pada alaf ini. Aku tanam impian untuk jadi antara ahli perniagaan yang berjaya. InsyaAllah

akan ku cuba sambung dengan lebih baik lagi. Wasalam

2 comments:

damion332 said...

tahniah bob ade blog baru. Waduh.. bahasanya sungguh persuratan skali. haha... byk nak kene blajar ni.. slow2 ek. jgn putus asa lak...

ni ade website yg byk info camne nak jadi blogger berjaya.

www.problogger.net
www.liewcf.com

Lukman Hakim bin Omar said...

Thankx bro

SPONSOR LINK

Be A Millionaire in 360 Days!


View My Stats
Ads: