Google
Powered By Blogger

Wednesday 27 May 2015

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI


1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

SEBARKANN...

Monday 20 April 2015

Pesanan terakhir Maulana Yusuf rah.

Bayan Terakhir Maulana Yusuf rah.

Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. menyampaikan pesanan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Ahad selepas solat fajar, pada 24 Dzulkaedah bersamaan 28 March 1965.

Pesanannya yang panjang ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Maulana memulakan bayan selepas membaca masnun khutbah saperti berikut:

'Baiklah! Saya tidak berasa sihat hari ini. Saya tidak dapat tidur sepanjang malam. Walau bagaimanapun, Saya akan bercakap mengikut keperluan. Sesiapa yang diberi-faham dan melakukan amal, Allah s.w.t akan memberinya kebaikan, sebaliknya kamulah yang menyebabkan kemusnahan diri sendiri.

Ummah ini telah dibentuk dengan susah-payah. Nabi s.a.w dan para sahabat r.a telah menanggung kesusahan yang amat sangat untuk membina ummah ini. Musuh-musuh Islam, Yahudi dan Kristian, sentiasa melakukan usaha utk memecah-belahkan umat ini. Sekarang, org Islam telah hilang nilai-nilai kesatuan.

Pada 9 hijrah , semua orang Arab telah memeluk Islam, pada masa itu tiada satupun struktur bangunan dibina. Sebenarnya, di Madinah , masjid pun bukanlah satu bangunan yg sempurna dan tiada satu lampu pun dinyalakan didalamnya. Orang pertama yg membawa lampu adalah Hadrat Tamim Dari r.a. Dia memeluk Islam pada 9 hijrah. Dalam masa yang singkat, manusia dari kaum berbeza, bahasa dan negara telah bersatu.

Dlm masa yg singkat, manusia dari suku, bahasa dan kaum yang berbeza bersatu sebagai satu ummah. Hanya bila ini dicapai, barulah lampu di dlm masjid nabawi di nyalakan. Sebelum itu lampu nur hidayah telah dinyalakan dahulu dan disebarkan di seluruh Semenanjung Arab dan sekitarnya. Selepas ini barulah ummah ini terlahir di seluruh dunia. Negara demi negara jatuh melutut dikaki mereka, dimana sahaja mereka pergi.

Ummah ini terbentuk bila tiada individu mementingkan diri sendiri, keluarga , kumpulan, parti, kaum, negara dan bahasa sendiri. Tiada individu mementingkan kekayaannya, hartanya dan keluarganya. Sebenarnya, kepentingan setiap individu yg ada pd ketika itu hanyalah terhadap perintah Allah dan Rasul s.a.w. Ummah ini hanya akan bersatu bila semua hubungan dan ikatan diputuskan dalam usaha untuk memenuhi perintah Allah dan Rasulnya s.a.w. Bila org Islam menjadi satu ummah adalah bila pembunuhan satu jiwa org Islam dimana sahaja didunia ini akan mencetuskan tindakan balas dari seluruh ummah. Dikala ini beratus ribu nyawa org Islam telah dibunuh, tetapi tiada satu jari pun diangkat.

Satu negara atau penduduk-penduduk bukanlah membentuk satu ummah. Satu ummah sebenarnya adalah terbentuk bila beribu kaum dan kawasan bersatu. Menunaikan solah, berzikir dan kewujudan madrasah dan ilmu tidak mencukupi utk membina ummah dan menurunkan bantuan Allah. Ibnu Mujim, org yg membunuh Hadrat Ali adalah org yg istiqomah bersolat dan berzikir. Pada masa hukuman dijalankan, bila org ramai dlm kemarahan mahu memotong lidahnya, dia berkata:' Hukumilah aku ikut kehendakmu, tapi jangan potong lidahku. Aku mahu saat akhir hidupku ini berzikir kpd Allah." Walaupun begini, Nabi s.a.w pernah bersabda org yg membunuh Hadrat Ali adlah org yg paling celaka dikalangan ummat aku"

Ingatlah! Kata-kata saperti "Kaumku", "Negeriku", "Masyarakatku", hanya memecah-belahkan ummah. Allah tak suka dengan kata-kata itu. Bila seseorang merasai kehadiran Allah sepanjang masa, dia akan takut kepada hukuman dan kemurkaan Allah dan akan taat kepadaNya setiap kali dia bernafas. Dgn cara ini syaitan tak dpt menyesatkannya.

Ummah ini akan terselamat dari pecah-belah dan setiap kejahatan jika mereka berpegang dgn tali agama dan bersatu. Syaitan sentiasa bersama anda. Utk menyelamatkan diri anda dari kejahatannya, seharusnya ada satu kumpulan dikalangan anda yang berusaha utk menggalakkan yang ma'ruf (dgn keluar dijalan Allah, buat usaha atas iman, solah, dzikr, ilmu dan kerja kenabian ) dan mencegah yg mungkar.

Umat ini akan bersatu dgn usaha ini. Ketika ini, satu usaha global sedang dilakukan untuk memecahkan kesatuan ummah. Satu-satunya penyelesaian kepada masaalah ini ada didalam usaha Nabi s.a.w. Mengajak manusia kpd m
asjid. Bercakap tentang iman dan program taklim dan dzikr harus dijalankan. Mesyuarat berkaitan usaha agama harus dibuat. Kesatuan akan terbentuk dlm ummah bila perbezaan kelas, negara dan bahasa diketepikan, cara yg dibuat oleh masjid Nabawi.

Bila 3 individu duduk bersama, mereka harus merasakan individu ke4 adalah Allah. Jika 4 atau 5 duduk bersama maka yg ke 5 atau 6 adalah Allah. Dia harus mendengar kpd semua dan melihat samaada percakapan itu menyatukan atau memecahkan. Jangan memburukkan, merancang atau mereka cerita tentang yg lain. Jika ummah ini bersatu maka mereka tidak akan dihina. Ummah ini terbentuk dgn aliran darah dan penanggungan kemiskinan Nabi s.a.w. Sekarang ini atas asbab-asbab yang kecil kita telah berpecah.

Ingatlah! Hukuman memecah-belahkan ummah adalah lebih dasyhat daripada hukuman memaksiati Allah. Jika ummah ini bersatu, maka mereka tidak akan dimalukan. Orang Rusia dan Amerika akan menyerah dihadapan mereka. Ummah ini hanya akan bersatu bila setiap orang Islam mengamalkan ayat, " Azillatin 'alal Mu'minin" maksudnya setiap orang islam harus merendahkan diri dihadapan saudaranya yg lain. Sifat ini akan terbentuk bila kita menjalankan usaha tabligh. Bila qualiti " Azillatin 'alal Mu'minin" sudah ada maka Allah akan menjadikan mereka “ 'A izzatin 'alal kafirin”, didalam dunia ini. Mereka akan mendapat kejayaan dan menguasai orang kafir, samada dia Eropah atau Asia.

(* Nota Penulis: Maulana merujuk dan tafsir Ayat Quran Surah Al Maidah Ayat 54 dibawah ini:

Wahai orang yang beriman! Sesiapa yang berpaling-tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Ia kasih akan mereka dan mereka juga kasih akan Ia, mereka berlemah-lembut terhadap orang yang beriman, dan berlaku tegas dan gagah atas orang kafir, mereka berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah, dan tidak takut kpd celaan orang yg mencela mereka. Yang itu adalah limpah kurnia Allah yg diberikan kepada mereka yang dikehendaki Nya,kerana Allah maha luas limpah kurnia Nya, lagi meliputi pengetahuanNya. *)

Sahabat dan saudara! Allah Ta'ala dan Rasulnya s.a.w melarang kita dengan kerasnya dari membuat ucapan yang memecahkan hati dan menyebabkan perpecahan. Syaitan membisikkan fikiran buruk dalam hati bila dua atau empat individu mengadakan mesyuarat tersembunyi. Mesyuarat tersembunyi telah di isytiharkan adalah kerja syaitan dan kita telah dilarang dari melakukan. Allah menerangkan mesyuarat/perbincangan tersembunyi adalah hanya (dipimpin) dari syaitan dlm usahanya utk menyebabkan susah-hati orang beriman, tetapi dia tidak dapat langsung memudaratkanya tanpa izin Allah.

Begitu juga kita dilarang merendah dan menghina yang lain. Allah s.w.t perintah, " Jangan kamu mengketawakan antara satu-sama lain; Mungkin yg diketawakan itu lebih baik dari yang mengetawakan." Kita juga dilarang dari mencari-cari kesalahan yang tersembunyi. Kita dilarang dari memberitahu kesalahan seseorang yang kita tahu dihadapan yang lain. Ghibat adalah haram. Ghibat bermakna memberitahu keburukan seseorang.

Kita diperintahkan supaya memuliakan dan menghormati satu sama lain kerana ini akan menyebabkan kesatuan. Pada masa yang sama kita dilarang dari mencari kemuliaan dari orang lain kerana ini akan memecahkan ummah. Satu ummah akan bersatu bila setiap individu secara ikhlas menyedari, " Saya tak berharga utk dimuliakan, dan dari itu, saya jangan mencari kemuliaan dari orang lain. Sepatutnya, saya harus memuliakan orang lain kerana setiap individu lain adalah berharga utk dihormati dan dimuliakan oleh saya." Jika kamu mengorbankan diri kamu, maka ummah ini akan terbentuk.

Kemuliaan dan kehinaan bukan dlm perancangan Rusia dan Amerika, tetapi dalam kawalan Allah. Dia telah menetapkan prinsip dan undang-undang tertentu utk memuliakan dan menghinakan negara atau individu. Jika Individu, negara, keluarga atau kelas manusia mengikuti prinsip kemuliaan, nescahaya Allah akan memuliakan mereka. Sesiapa yang melakukan sesuatu yang menghinakan, maka Allah akan hina mereka.

Org Yahudi adalah berasal dari anak Nabi-nabi. Tetapi Allah musnahkan mereka bila mereka mem
ecahkan prinsip kemuliaan. Sahabat adalah anak-anak penyembah berhala. Allah muliakan mereka bila mereka mengikuti prinsip kemuliaan. Allah tiada sebarang hubungan silaturahim dengan sesiapa. Penerimaan Allah adalah berdasarkan kepada prinsip dan undang-undang tertentu.

Sahabatku! Korbankan diri anda dalam usaha ini supaya Ummah Saidina Rasulullah s.a.w boleh bersatu dan kualiti saperti iman, yaqin, dzikr, ilmu, dan penyerahan kidmat kpd Allah, tolak-ansur, menghormati satu sama lain dan sebagainya boleh ditegakkan. Berkorbanlah supaya kita akan terselamat dari kejahatan saperti ingkar, mensyuarat tersembunyi, menghina, mengumpat dan mencari keburukan orang lain. Jika mana-mana kawasan, menjalankan usaha ini dengan betul, maka ianya akan tersebar dari tempatnya keseluruh alam. Buatlah usaha supaya jemaah dari pelbagai negeri, lokaliti dan bahasa keluar dijalan Allah. Pastikan supaya prinsip-prinsip jerja dibuat dengan betul. Insya-Allah usaha ini akan menyatukan ummah dan insya-Allah syaitan dan nafsu tidak dapat membinasakan kita.

Beliau mengakhiri bayannya dengan doa.

3 hari selepas menyampaikan pesanan/bayan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. telah jatuh sakit tenat dan dibawa ke hospital. Dalam perjalanan beliau meninggal dunia. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandhalawi telah dilahirkan pada 25 Jamadil Awal, 1335 H, bersamaan 20 Mac 1917 di Kandhala ,India dan diwafatkan oleh Allah s.w.t pada 26 Dzulkaedah 1384, bersamaan hari Selasa, 30 March 1965.

Monday 6 April 2015

Ucapan di himpunan ulama & qudama 2015

πŸ…πŸ‹πŸπŸŒ½πŸ‹πŸ…πŸ†πŸ…πŸŒ½πŸ‹πŸŒˆπŸŒ…πŸŒ πŸŒˆπŸŒ…πŸŒ πŸŒˆπŸŒ…πŸŒ πŸŒˆπŸŒ…

Bayan subuh 3hb April 2015
Oleh Maulana Osman Saab
Mutarjeem oleh Ustaz Hazim

Kita semua kena syukur pd Allah krna beri taufiq utk brsama dlm jord.

Bkn krn kebolehan kt, sbb manusia xblh buat apa2 kebajikan atau meningglkan sesuatu kejahatan melainkn dgn taufiq hidayat Allah. Ω„Ψ§ Ψ­ΩˆΩ„ ΩˆΩ„Ψ§ Ω‚ΩˆΨ© Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ¨Ψ§Ω„Ω„Ω‡. Sepagi atau septgdijln Allah lbh baik dr dunia dn isinya xbrmaksud harta dunia, wang rggit emas perak, tp lbh baik dr seluruh amal2 nafil yg sdg dijlnkn diseluruh dunia. Krn org yg buat amal nafil faedah utk dirinya sdiri namun org yg keluar dia akan jd asbab utk agam dihidupkan dan akan dtg pd semua org.

Kesan keburukn amal prbuatan manusia kesannya bkn shj kpd mnusia tp kena kpd semua maklhuk, itulh sbb semua makhluk pohon maghfirullah utk org keluar fisabilillah sbb kesan baik akan dapat pd makhluk2 juga. Ψ₯Ω†ّ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ω‡Ωˆ Ψ§Ω„Ψ±Ψ²Ψ§Ω‚ Ψ°Ψ§Ω„Ω‚ΩˆΨ© Ψ§Ω„Ω…ΨͺΩŠΩ†.
Nabi saw dn sahabat tlh sebarkn agama kesuluruh alam. Allah amkan krja ini pd umat. Sahabat duduk brsama nabi dan dapat tarbiah drp nabi bgmana nak buat usaha agama. Allah suruh beri peringatan dan bermuzakarah dgn manusia(ummat).

Allah tak minta rezeki drp manusia ttp Dia yg beri rezeki. Nabi telah brmuzakarah dgn sahabat berkaitan kerja dakwah, muamalat, akhlak, dan semua juzuk drp agama. Nabi telah tarbiah bgmana nak buat usaha agama. Allah telah jadikn mrk asbab utk agama hidup dseluruh dunia. Allah ttpkan kejayaan manusia dan jin dlm agama. Agama hanya akan dtg pd manusia dgn perantaraan usaha agama.

Nabi saw usaha, beritahu pd manusia, quuluΩ‚Ωˆ Ω„ΩˆΨ§ Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω‡ Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨͺΩΩ„Ψ­ΩˆΩ†... iaitu yakin lah pd kalimah Ω„Ψ§Ψ§Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ... maka kamu akan dpt kejayaan. Hr pertama abubakar, khadijah, ali dpt hidayat. Nabi tak tinggallan mana2 bahagian mnusia iaitu semua peringkat. Nabi telah fahamkn mrk tggjwb mrk trhdp ummat. Spy mrk brsama nabi utk teruskn kerja ini. Nabi telah fahamkan krja ini pd mrk (sahabat). Dan juga kpd setiap indvidu samada kulit putih, hitam, semua peringkat ut
 sambung krja nabi.


Para sahabat faham maksdud dn tujuan hidup mrk begitu juga knk2 dan wanita. Bila mrk keluar jln Allah, mrk terangkn maksud hidup kpd org yg didakwahkn. Kisah sahabat pergi dakwah pd seorg raja, raja kata pd rakyat mrk yg sahabat ni dtg krn kesusahan hidup, pakaian buruk, kurus kering, lapar dn sbg. Raja tanya adakh kamu nak pakaian dn mknn.

 Sahabat jwb bkn kami dtg pd kamu tp Allah telah dtgkn kami kpd lamu utk keluar drp perhambaan hamba kpd hamba, tp tukar perhambaan...drp kesempitn hidup dunia kpd keluasan akhirat. Sahabat telah hunuskn pdg yg patah yg dbungkus dgn kain lalu dakwahkn Islamlah kamu, kamu akan selamat. Sahabat faham Allah bersama mrk. Bkn sahaja lelaki, tp kaum wanita juga faham.

Ummu haram seorg mahram nabi. Bila nabi buat usaha di mekah, mrk suami istri peluk islam. Waktu tghari nabi kdg berqailulah di rmhnya. Suatu beliau tgok nabi tersenyum. Nabi jawab nabi mimpi seorg ummatnya naik kapal dlm satu jemaah. Beliau minta nabi doa, nabi doa.

Nabi mimpi lg dan beliau minta doa utknya, lalu nabi doakan. Satu jemaah lg mrntas lautan, belau minta doa, nabi doa, nabi brtahu beliau tdk brsama jmaah itu. Slps 5tahun zaman usman r.a., ummu haram bersama jmaah prg sebuah pulau dan buat kerja dakwah disana, semua terima islam, mrk semua hndak dibawa ke madinah. Knderaan gelincir, beliau meninggal dan dikebumi d sana, pulau ummu solihah. Wanita dan knk2 faham maksud mrk dihantar. Seorg budak prpuan sedih, dia brtahu sbb ayah nya mati drumah dan bkn djln Allah. Knk2, mrk brlumba2 utk keluar jln Allah. Mrka snggup bertanding sesama mrk utk keluar jln Allah. Ketika berlawan yg seorg telah brbisik, wahai kamu dah dipilih, bagilah aku peluang utk keluar.


Hr ini ummat telah lupa tujuan hidup mrk, tdk spt sahabat. Sahabat hanya dikenali sbg muhajirin dan ansar sahaja. Tiada golongan ketiga, yg ada golongan ketiga ialah munafiqin.

 Sekarang umaat ini jawab mrk adalh doktor, engineer dsb. Allah tak htr kita utk tujuan itu. Kt telah ambl krja yg tiada jaminan disisi Allah. Oelh kerana Sahabat telah buat kerja sebenar, Allah tundukkan dunia dibwh kaki mrk. Kt lupa krja ini dn buat kerja lain.

 Kt takkan dpt tukar salah faham ini melainlan kt keluar dijln Allah. Akan ttp belum lg dpt buat usaha pd tahap sebenar. Kt kena usaha agar bgmana umat amalkan agama pd tahap agama dizaman nabi iaitu dgn buat usaha pd tahap zaman nabi. Kt buat jord utk hidupkn kembali usaha dakwah. Sejauh mana kt dakwah pd umat ttg kerja ini, Allah akan bg faham kpd kita ttg kerja ini. Utk betulkn krmbli salah faham kt.

Apakaj tujuan sebenar, mana halatuju usaha kt. Tujuan ialah bgmana kita dpt tiru sahabat dlm setiap keadaan samada dlm usaha tmpatan dan usaha musafahah. (sahabat) sedia korban bila2 masa utk agama. Mereka beri seluruh diri harta masa utk kerja ini.

 Dlm apa shj keadaan. Sahabat menangis bila diputus balik, mrk berdoa dan tanya Allah apa salah mrk hingga diputuskan spy balik. Kita kena niat, mula langkah demi lgkah kpd usaha mcm sahabat. Kalau kt mati dlm prjalanan, Allah akan bangkitkn bersma mrk diakhirat nnti krn kt buat niat, azam dan bergerak ke arah itu.

Satu prkara umat tak fahm maksud. Mrk akan tanya apa aku, keluarga nak makn. 1,mrk tak sedar tujuan, tugas mrk sbnnar. Sahabat2, 1,nabi fhmkan mrka ttg maksud tujuan hidup, 2,nabi bina iman, amal pd sahabat hingga mrk tak akan risau sdkit pun ttg rezeki mrk.

Mrka adalah hamba kpd Zat Yg Memberi rezki. Mrk yakin Allah yg beri rezeki. Nabi telah sibukkan mrk dgn kerja. Mrk hanya terkesan dgn kerja agama. Yakin mereka telah terbentuk. Melalui taklim, mrk telah benci pd maksiat dn ada ruh dlm amal.

 Mrk dpt tarik khazanah Allah. Mrk yakin pd allah. Mrk dpt keluar, ygmana tiada suatu benda dpt halang mrk. Dirumah mrk ada halaqah iman, dakwah iman. Iman sahabiah jd mantap. Mrk ada amal yg hebat yg dpt tarik bantuan Allah.

Bila usaha kt ada halangan, iman jd lemah, mrk (ummat) takut dgn semua benda. Wanita, anak2 hr ini jd pghalang usaha sbb tiada usaha d rmh, tiada halaqh iman dan dakwah iman. Shbat keluar bw apa yg mrk ada shj dan tggal utk keluarga sdkt. Bila habis mknn, mrk tak zahirkan pd makhluk2.

Mrk nyalakn api shj spy jiran2 tak syak yg mrk tiada apa2 utk dimasak pun. Ktka itu juga mrk solat minta dgn Allah. Sehingga jiran dtg, bw mknn letak dlm periuk tanpa mrk sedar. Nabi saw telah bina iman, bina kekuatan amal. Prkara ni kena diusahakan. Utk baiki kelemahan ini, kena keluar jln Allah. Usaha agar setiap org buat dn ambk usaha ini.

 Bagamana ummat dpt digerakkan ke seluruh dunia, spy umat ini ada kesediaan utk korban diri harta masa utk agama. Ummat hr ini terkesan dgn semua benda.
Dgn akhlak, agama akan dtg pd ummat. Usahakan spy umat baiki akhlak. Dan bkn jadi penghalang kpd hidayat. Dgn kerja ini, akan dtg akhlak nabi pd ummat.

Dizaman sahabat pernah org kafir intai mcmana nak kalahkn org islam. Bila mrk (org kafir) pergi mkn, ada org belanja dn diberitahu sbb yg dia org luar (tetamu), sahabat cakap nabi ajar spy layan tetamu. 3hr mrk dilayan dirmh2 sahabat. Dia tengok lg dipasar, pekedai tak nak jual sbb keprluan dah cukup dan suruh org tu pergi kedai sahabatnya yg kedai satu lagi. Mrk balik karkuzari dan ckp bahawa mrk tak akan boleh menang lwn sahabat kerana akhlak mrk.

Kita kena taubat atas kelalaian kt dan sediakan org spy taubat. Buat spt sahabat buat pengorbanan. Usaha tempatan perlu dibuat. Jmaah pertama molana ilyas bntuk ialah setelah 10tahun buat usaha. Mewat ckp mrk tak tahu apa2. Allah dah terima usaha ini, tp adakah kita telah diterima dlm usaha ini??. Tertib sebenar lelaki ialah 4bln setiap tahun 10hr setiap bulan, 8jam setiap hari. Semua kena azam dn ada niat.

Nak jadikn usha mcm sahabat, kt kena buat pengorbanan. Sederhanakan keperluan, pakaian, rumah, kenderaan, majlis kahwin anak. Hr ini kt byk bermimpi (angan²) utk jd mcm khdupan bkn Islam (mewah dsb). Masyaa Allah...

(Sebarang kesilapan harap perbetulkan)

πŸŒ΄πŸŒ·πŸŒ²πŸŒ³πŸŒ±πŸŒ΅πŸ‚πŸπŸƒπŸŒΏπŸŒ·

Maulana Shaukat 4/4/15 lepas mahgrib

Terjemah ust Hazim

Allah beri umat ni satu kerja mulia..kerja agama.khusus pd umat ni. umat terdahulu tidak di beri kerja ini..umat ini bkn tuk ibadat saja tp kena mujahadah dlm kerja nabi.kerja nabi ni diberi tuk beri kemuliaan pd umat ini..walaupun mrk duduk drumah yg kecil..

zaman Umar 2/3 dunia ditundukkan pd org islam.. namun dia hya pakai baju 13 tampalan..dunia ditundukkan pd org islam pd masa itu..
Usaha nabi kena ikut cara nabi..mula dgn bentuk iman..tiada yang lebih agung drpd iman..kita blm tunai hak sebut nama Allah blm pon d ckap wlau d bibir.

.apatah lg hak amalan solat .puasa haji dsb..kita sebut nama Allah hati kita kosong dr kebesaran Allah. .spt bila kita sebut nama menteri kita rasa apa kuasa yang ada pd Menteri. .ulamak kata sebut nama Allah tanpa dlm hati ada kebesaran Allah ia akn tambah kelalaian .ada stgh ulamak kata sebut Allah tanpa ada kebesaran Allah adalah haram..

Bila kita sebut nama Allah dlm hati kena buang segala selain daripada Allah.! umpama mcm bangkai..Sohabat Ikramah sebut nama Allah trs pengsan..katanya ini adalah dari kalam Allah.
Seorg petani yg ltk benih..! yg tumbuhkan ialah Allah bkn petani..! seorang wanita hamil , bkn manusia yg beri anak, sbenar Allah yg bagi. .spt bayi sebut nama Mak dia nampak segala apa yg emak blh beri pdnya..jika dihimpunkan seluruh kasih sayang ibu2 pd anak slrh dunia maka lbh lg kasih sayang Allah pd hambanya. .

Seorang bayi akn sebut nama mak ,dia yakin ibu dia akn penuhi keperluan hajat nya ..kita kena yakin dan mohon hajat hya kpd Allah. .sehingga hati kita tak berhajat pd selain Allah. .adalah satu kehinaan bila kita berhajat pd apa2 pd selain Allah .hr ni kita masih berhajat dan harap pd selain daripada Allah. .

Bagaimana sohabat buat tuk dpt iman yg sempurna..! bgtulah juga kita kena buat..! ayat Quran. ."Allah redo pd mrk, dan org yg ittibak mrk.! mrk gi ke ldg2 kerumah2 ..bawa manusia ke msjid , buat halqah iman..org spt Umar jika ada nabi lpas nabi saw ,umar lah plg layak..syaitan takut lorong yg di lalui oleh Umar..

Sohabat sprti Umar dan abu hurairah gi jumpa manusia di bazar tashkil gi msjid..Muaz bin Jabal..Abdullah bin rawahah ..walau iman dah kuat masih jumpa manusia cerita pd org kebesaran Allah. .dan kasih sayang Allah. .satu kisah kerahiman Allah.!

satu ketika Ali msk masjid Nabi...Nabi tunduk kemudian nabi senyum. .Nabi bg tau Ali..baru tika td Allah tunjukkan suasana pdg mahsyar. .dihadapkan seorang pendosa..dia akui kesilapan nya..

Allah perintahkan msuk neraka..dia berlari ke neraka..spt nak manisan yg dibahagi2kan. .org kedua juga dibentangkan dosanya..dia akui.! Allah dgn keadilan nya perintahkan ia menuju ke neraka..tp dia lambat bergerak sambil toleh2 ke belakang, org pertama tadi d panggil .!

Di tnya olh Allah kenapa engkau berlari ke neraka bila diperintahkan. dia kata dulu aku tak nmpak kebenaran.! bila aku nmpak kebenaran aku berlari tuk laksanakan perintahMu . aku takut aku tak taat pd mu skrg.!

Org kedua kata..! aku dgr di dunia dulu kasih syg mu 100 kli ganda drpd kaseh seorg ibu kpada anak nya, bila aku diperintah keneraka..aku lambat bergrk sambil mengharap kasih syg engkau yg 99 lg tu..kot2 engkau panggil aku dgn kasih syg kau tuk maafkan aku...akhirnya Allah dgn kasih sayang Nya dia masukkan kedua-duanya kedlm syurga. .

maka keduanya berlari lari ke syurga. .aku lihat Allah bgtu gembira sbb tu aku pon tersenyum..hr ni kita kena ckp kebesaran dan kasih sayang Allah spya meningkat iman kita..

Para sahabat dgn percakapan iman..kebesaran Allah. berulang kali ia akn bina iman dlm hati..sehingga saidina Ali kata jika syurga n neraka diletak depannya ia tak akan turun or xmeningkat walau sebesar biji sawi..lg byk iman lg risau ttng iman nya..mcm org byk harta ia akn lbh risau hartanya..

walaupun Umar., ada hadis kata klau ada nabi slps ku.. Umar lah yg plg layak..tp ia check dgn huzaifah adakah ia termasuk dlm golongan munafik..sapa2 yg tak risau tntang iman nya, dia ada sifat munafik dlm dirinya.

 .Dari majlis iman yg di buat d msjid Nabi.. kluar nya iman spt abu bakar. .umar usman ..ali..tidak ada universiti yg akn lahir kn org spt sohabat., melainkan yg dikeluarkan oleh masjid nabawi..! .universiti hnya boleh lahir org spt firaun. .kita kena buat usaha spt sohabat baru yakin terbina..!

maulana yusuf kata..jika kita buat usaha spti sohabat kaki kita akn pijak pda tengkuk batil..sebaliknya klau bkn cara sohabat batil akan pijak usaha2 tersebut.!
Para sohabat dah buat usaha ijtimai dan infradi.! mrk dpt tarik bantuan Allah. kita juga kena ikut cara sohabat.!

abu hurairah khuruj jalan Allah tiba kat hadramaut lautan se jauh 54 batu..ia pacu kuda atas air sejauh 54 batu..dia sebut nama Allah. .bila smpai d sebelah sana dia kata tak nmpak pon kesan air pd kaki kuda..umat hr ni juga klau buat ghash taklim dsb mcm sohabat kita buat juga akn dpt bantuan spt para sohabat. . .

Tn yg mulia
Sohabat buat usaha dgn penuh basiroh..seorang pekedai bila org nak beli brg dia akn tunjuk pd tmpat yg ada brg tu dgn pasti..dia yakin brg ada kat situ sbb dia buat niaga dgn sungguh2.

 .sehingga tau benar tmpt brg tersebut tanpa melihat lg..dia yakin jika ia buat sambil lewa apa2 kekurangan pd perniagaan akn beri kesan pd perniagaan dan seluruh kehidupan nya.

Bila ia buat niaga dgn cuai..mkn minum pakaian nya akn beri kesan . kekurangan. Bgtu juga seorang dai , dia kena yakin jika ia cuai dlm mana2 amal jika tak buat dgn sempurna ia kn beri kesan pd kehidupan nya..mlh berkat tiada..kesan pd ksh syg pd anak tiada..kedamaian pd keluarga tiada....keberkatan dlm hidup pon tiada..!

Saidina Ali kata bila aku tak sempurna dlm amalan pd hr tersebut aku akn nmpk kesan pd kehidupan ku..jika seseorang tangguh dunianya krna agama ,Allah perintahkan malaikat spya sempurna kan dunianya.!

Tn yg mulia.
Pertama kena usaha yakin. Kedua cara nabi.Ketiga buat korbanan. .utk agama sanggup bg nyawa..kanak2 sanggup jinjit kaki -sanggup bergusti tuk kluar jln Allah. .

seorang sahabiah perempuan..ada ank ..kluar perang..anak d tawan..tangan d potong. .di kerat..smpai pd ibunya. .ibu nak tgk mayat anknya.perut terburai..tunjuk jenazah..dia tak menitis air mata..dia angkat tangan dia doa..utk inilah aku lahirkan kamu ..aku menyusu kan kamu..aku berharap kamu akn bantu aku di akhirat.!

5 amal bkn nak wujud kn 5amal, tpi setiap org yg dtg msj dpt buat 5 amal..seorang lama ia tya maulana yusuf..brapa lama kami nk buat taklim d msj..maulana kata 1jam stgh.! taklim d buat spya org yg dtg msj dgr taklim bila dia kluar dr msj dia kan jaga halal dlm rezekinya. .rezeki yg halal penting dlm kehidupan kita..!

saidina Abu Bakar kluar kan mkn haram dr tubuhnya walau pon nyawanya akn hilang..tubuh bdn yg tumbuh dr rezeki yg haram ..darah kita tak bersih..syarat sah solat kena bersih. .darah jg kena suci..baru solat diterima..sumber rezeki yg haram klau bg pd madrasah nur tiada..! taklim kena duduk sehingga kita tidak terlibat dgn rezeki yg haram.      

Setiap org islam dpt ambil bhgn dlm taklim.buat ghash. mesyuarat. .baca taklim setiap rumah, 5 perkara dpt di hidupkan. .setiap kita kena taubat krna cuai dlm usaha dakwah ini..
 
tashkil.!

πŸŽ†πŸŒ πŸŽ†πŸŒ πŸŽ†πŸŒ πŸŽ†πŸŒ πŸŽ†πŸŒ πŸŽ†

Wednesday 4 February 2015

Doa Maulana Saad

YA ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSA KAMI

YA ALLAH TUTUPKANLAH KESALAHAN-KESALAHAN KAMI

YA ALLAH TUKARKANLAH KEBURUKAN-KEBURUKAN KAMI KEPADA KEBAIKAN-KEBAIKAN

YA ALLAH ENGKAU MASUKKAN HAKIKAT IMAN DALAM HATI KAMI

YA ALLAH ENGKAU
KURNIAKAN SIFAT-SIFAT IMAN DALAM DIRI KAMI

YA ALLAH ENGKAU KURNIAKAN PENGIKHTIRAFAN MU PADA KAMI

YA ALLAH KURNIAKAN KAMI HUBUNGAN YANG KHUSUS DGN ZAT MU

YA ALLAH ENGKAU MALIK KAMI DAN KAMI MILIKMU

YA ALLAH YA ALLAH
BANTU KAMI DENGAN AMALAN-AMALAN YANG ENGKAU REDHAI

YA ALLAH TETAPKAN KAMI DENGAN AMALAN-AMALAN YANG ENGKAU REDHAI

YA ALLAH KURNIAKAN ISTIKLAS DAN ISTIQAMAT

YA ALLAH ENGKAU SATUKAN UMAT INI DENGAN USAHA DAKWAH

YA ALLAH ENGKAU JADIKAN SETIAP INDIVIDU UMAT INI DAEE AGAMA MU

YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPEDIHAN ATAS KERUNTUHAN AGAMA DALAM HATI-HATI UMAT INI

YA ALLAH ENGKAU GUNAKAN SETIAP KEMAMPUAN-KEMAMPUAN KAMI DALAM KERJA AGAMA

YA ALLAH ENGKAU GUNAKAN UMAT INI UNTUK BUAT PENGORBANAN UNTUK AGAMA MU

YA ALLAH ENGKAU KURNIAKAN HIDAYAH PADA SELURUH UMAT

YA ALLAH ENGKAULAH YANG SATU-SATUNYA YANG MEMBUAT TARBIYAH HAKIKI HANYA TARBIYAHMULAH
YANG HAKIKAT TARBIYAH.

YA ALLAH TARBIYAHLAH UMAT INI DENGAN SEBAIKNYA

YA ALLAH ENGKAU KURNIAKAN KAMI DGN KEHIDUPAN SUNNAH NABI SAW

YA ALLAH ENGKAU HIDUPKAN KEHIDUPAN SUNNAH NABI SAW PADA UMAT

YA ALLAH ENGKAU KURNIAKAN KEBENCIAN DALAM HATI KAMI CARA KEHIDUPAN ORANG KAFIR DAN HIDUPKAN SUNNAH-SUNNAH DALAM DIRI KAMI

YA ALLAH KELUARKANLAH SIFAT KEHAIWANAN DAN TIDAK BERAKHLAK DARI KAMI

YA ALLAH KURNIAKAN SIFAT INSANIYAH DALAM DIRI KAMI

YA ALLAH TUNJUKLAH SETIAP INDIVIDU UMAT INI

YA ALLAH AMKAN HIDAYAT PADA SELURUH UMAT

YA ALLAH LUASKANLAH JALAN-JALAN HIDAYAT

YA ALLAH TUTUPKANLAH PINTU-PINTU BATHIL

YA ALLAH HANCURKANLAH SUARA-SUARA BATHIL

YA ALLAH ENGKAU GAGALKANLAH RANCANGAN-RANCANGAN BATHIL

YA ALLAH PELIHARALAH USAHA-USAHA AGAMA INI, RAKAN-RAKAN USAHA AGAMA, MARKAS-MARKAS USAHA AGAMA, MASJID-MASJID BUAT USAHA AGAMA, MADRASAH-MADRASAH DAN SEMUA PERGERAKAN-PERGERAKAN AGAMA YANG HAQ

YA ALLAH BANTULAH KAMI DENGAN SETIAP LANGKAH KAMI

YA ALLAH TUNJUKLAH KAMI DENGAN SETIAP LANGKAH KAMI

YA ALLAH KURNIAKAN TAUFIK UNTUK BUAT KEBAIKAN-KEBAIKAN

YA ALLAH BANTU KAMI DENGAN USAHA-USAHA AGAMA YANG PENTING

YA ALLAH KURNIAKAN KEAMPUNAN, TUTUPKAN KESALAHAN-KESALAHAN KAMI, MUDAHKANLAH KAMI .
YA ALLAH KURNIAKANLAH IHSAN MU PADA KAMI.

YA ALLAH MUDAHKAN URUSAN KAMI DENGAN FADHIL MU

YA ALLAH TANAMKAN KEYAKINAN ATAS NUSRAH GHAIBMU DALAM HATI KAMI DAN KAU TURUNKAN NUSRAH GHAIBMU PADA KAMI.

YA ALLAH DIMANA PERLUNYA HUJAN, ENGKAU TURUNKAN HUJAN RAHMATMU ( 3X )

YA ALLAH JANGAN PANDANG UMAT INI DENGAN PANDANGAN MURKA MU LIHATLAH UMAT INI DENGAN PANDANGAN IHSAN MU

YA ALLAH JADIKAN UMAT INI MENYESAL ATAS DOSA-DOSA YANG DILAKUKAN DAN KURNIAKAN UMAT INI TAUFIK UNTUK BERTAUBAT

YA ALLAH JANGAN HINDARKAN RAHMAT / IHSAN MU PADA UMAT INI

YA ALLAH KASIHANLAH DAN RAHMATILAH UMAT INI. KAU TURUNKAN HUJAN RAHMATMU ( 3 X )

YA ALLAH KELUARKANLAH HARAPAN DALAM HATI KAMI PADA GHAIR, KURNIAKAN KAMI MTAUFIK UNTUK MENGAMBIL MANAFAAT TERUS DARI ZAT MU

YA ALLAH KELUARKANLAH YAKIN SALAH PADA MAKHLUK DALAM HATI-HATI KAMI DAN TETAPKAN KAMI DALAM METAATI PERINTAH-PERINTAH MU

YA ALLAH PADA ORANG-ORANG YANG ADA MASALAH HUTANG, ENGKAU BANTULAH MEREKA DENGAN PERTOLONGAN GHAIBMU UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.

YA ALLAH ENGKAU SEMBUHKANLAH ORANG-ORANG YANG SAKIT

YA ALLAH ENGKAU KELUARKANLAH KELEMAHAN-KELEMAHAN ZAHIR DAN BATIN KAMI

YA ALLAH ENGKAU KURNIAKANLAH KEKUATAN ZAHIR DAN BATIN KAMI

YA ALLAH PADA MEREKA YANG ADA MASALAH MAHKAMAH ENGKAU BEBASKANLAH DARI MASALAH MEREKA

YA ALLAH KURNIAKANLAH FIKIR AKHIRAT DALAM HATI-HATI UMAT

YA ALLAH HAPUSKANLAH KELALAIAN DALAM DIRI KAMI

YA ALLAH KURNIAKANLAH FIKIR AKHIRAT DALAM HATI KAMI

YA ALLAH DENGAN IHSAN MU / RAHMAT MU

TERIMALAH DOA KAMI

AMEEN

SPONSOR LINK

Be A Millionaire in 360 Days!


View My Stats
Ads: