Google
Powered By Blogger

Monday 21 September 2009

update

salam. am in Alor Star, granny's house yo! wishing all Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H
drive safely yo! be safe!
:)

Friday 17 April 2009

Kedinginan Kota Bandung (Bahagian Akhir)

Kota Bandung dulunya (sekitar sebelum tahun 2000) yakni sebelum tahun milenium, khabarnya sangat sejuk. Dingin gitu. Namun sekarang ni, telah beransur menjadi sederhana sejuk berbanding dulu. "sudah ramai penduduk di sini pak," ujar Cepi pemuda yang ku temui di stesen keretapi tempoh hari. Ya, aku akui mmg happening Kota ini dengan penduduk dan para pelancong. Susah pulak aku nak nampak tourist mat saleh kat sini. Cepi beritahu, mat saleh lebih suka ke Bali. InsyaAllah, aku berazam nak ke Bali pula.

Day 3

3.00p.m - Hujan agak lebat. Air mengalir deras hampir mencecah buku lali kaki di atas Jalan raya.

Dalam keadaan hujan renyai - renyai, saya serta sahabat seperjalanan (Nizam Khalid a.k.a Elvis) meredah petang untuk mengisi perut yang agak berbunyi minta diisi sesuatu. Nak singgah kat gerai lain, macam tak berani - so kitorang pilih untuk makan kat food court atau di rumah makan saja. Jalan punya jalan punya jalan, ada satu port makan yang agak bersih la kitorang jumpa. Kalo DBKL datang check pun aku agak boleh dapat gred B la. Lagak port minum mapley kat Jalan Alor, Bukit Bintang, KL. Kami order mee pangsit soto. Aku mmg dah mengidam nak makan mee pangsit ni. ada la penah dengar menu ni kat dalam TV. Sampai je mee, terus rembat panas - panas. syahdu siot! walaupun cuma ok ja.harga - Rp12.000(RM4.10) semangkuk, tak la best sangat. Sempat gak beli otak - otak bakar lagi - 10 keping Ro10.000(RM3.4). Pastu aiskrim durian - order kat stall sebelah - Rp6.000(RM2.o5)

7.00pm - Still hujan. kitorang naik angkutan kota, bajet mau putar - putar. Last-last, tah sampai kemana driver tu bawak kitorang ikut route dia. Sampai hujung route dia tanya.

- Nak pi mana (Setelah dialih suara)
-Plaza yang ade J.co Donut
-ada 2 plaza ada J.co donut, nak pi yang mana satu?

dah terkendon kat situ. tobat tak tau. "drop je la kitorang kat mana-mana plaza". Sampai Plaza Bandung Indah, dah kol 8 malam. Pusing2 dalam mall kejap, terus balik hotel - jalan kaki! 10 minit jer jalan kaki rupanya. hmmm, leh la lepak kerap sikit lepas nie - bisik hati aku.

9.00p.m - sampai hotel kitorang terus landing atas katil masing-masing. aku tengok Elvis, dia tengok aku. sudah! Layan borak pasal perkembangan masing-masing. flashback balik cerita-cerita lama. Zaman hostel, rugbi, #1 time pengalaman mai kl, macam -macam. Sedar-sedar dah tengah malam.

"takkan kita mai jauh-jauh ni takat nak lepak dalam bilik?" bentak Nizam Elvis. "Jom Keluaq!" terus aku sarung kasut.

pukul 12 tengah malam ni dah lengang dah. dah tak buleh nampak sapa-sapa. tak macam malam minggu. kitorang jalan menyusur jalan. ada la dekat sebatu(1.6km)! last-last tak jumpak apa-apa. Terus berjalan balik ikut jalan kitorang jalan tadi. Lagi sebatu(1.6 kilometer). pastu ada dengar macam bunyi bass musik. dah dekat dekat kitorang punya hotel. Rupanya port makan nasi Kolong. order fruit tea, lepak sambil jamu mata tengok aweqs2 makan nasik kolong. Huhu

day4

11am: keluar. Jalan kaki pi Plaza Bandung Indah. Cari food ourt, makan dulu.
12.30p.m: Layan tengok wayang cerita Daniel Craig yang baru. cerita pasal hero yahudi pa ntah. Ok la. tiket wayang Rp20.000(RM6.80)

4p.m: kitorang jalan kaki lagi. Pi Dago Plaza. Pusing-pusing mall sampai tingkat 7, terus turun bawah order fruit tea. pastu lintas jalan, order KFC. Lepas makan, si kawan aku ni leh nak pi urut badan lak. "lenguh!" dia cakap. aku ambik kunci hotel terus balik. Nizam naik balik Dago Plaza, pi tempat urut.

On the way balik hotel, aku singgah beli DVD. 3 keping, Rp20.000(RM6.80) - Bapak murah! aku pilih cerita hindi terbaru Slumdog Milionaire, Morgan Freeman's The code dengan Jim Carrey punye compilation. Semua kena balik tengok kat Malaysia. Nak pasang DVD kat laptop, tak buleh pulak. Plug diorang jenis tak sama. Pelik jugak! buat penat jerk, usung laptop.

11.30 p.m: Ini adalah malam terakhir kitorang kat Bandung, memandangkan esok flight balik KL pukul 8.00 malam. Daripada perbualan kitorang dengan penduduk warga Bandung, diorang cakap ada satu tempat happening nama Braga Street. So, kitorang cari la angkutan Kota untuk pi sana. Best gak la lebih kurang macam kat Jalan P.Ramlee KL la. Bandung Style! Mula-mula nampak Caesar's Palace. Port Disko. Pastu pi plak kelab dangdut. Nizam ajak masuk, aku tak mau. At last, lepak kat tepi kelab layan Live band. Bosan kat situ, kitorang masuk satu cafe layan rock Live band. Gile rock kapak!

Day 5

Lepas pekena breakfast kat hotel, kitorang check out. Ambik angkutan kota depan hotel jurusan ke Margahayu turun di Binong. Tukar angkutan Kota untuk ke bandung Super Mall. Cari food court. Melantak! Pastu dari situ la terus ambik bas Prima Jasa untuk ke Airport Cangkerang Tanggerang. Tambang bas - Rp75.000(RM25.60)

Sampai airport dah petang kol 5. ada lagi 3 jam. Lepas check in beg, lepak KFC lagi. aku dah siap bawak balik fruit tea untuk kawan-kawan.


p/s: tak dek gambaq beb, trip kali ni. kamera leh tak bawak. last minute 4 orang kensel. mula2 mmg dah set sorang bawak SLR. Allah Maha Kuasa, Makhluk tak dak Kuasa. Kami merancang, rancangan Allah jua lah yang terbaik!

Sunday 29 March 2009

Catatan Perjalanan II

Bercuti memang best beb. Best betul! Sebab tak payah nak pikir pasal kerja, boleh tenangkan fikiran. Sepanjang aku sampai di Tanah Jawa ni, aku perasan yang waktu tempatan diorang kurang sejam dari di KL, Malaysia. Waktu jam pukul 6 ptg waktu tempatan, keadaan dah beransur gelap. Pukul 8 malam waktu tempatan, dah masuk waktu Isyak. Waktu gelap, macam nie lah yang syok kat kota Jakarta ni. Lebih - lebih lagi malam dekat dekat nak hari minggu. Aweqs2 dia berpelesaran merata - rata. Gadis - gadis kat sini, berkulit cerah - ala2 kacukan gitu. Sejuk mata memandang depa.. Huhu...

Di Kemang area, kitorang tak ada tempat nak dituju. Terus ke KFC sebab nampak macam ada anak-anak muda berkumpul di ruang makan di luar restoran. Kat KFC ni la kitorang kenal ngan Fruit tea - air botol yang didatangkan sekali di dalam menu yang dipesan. Gile layan fruit tea ni - kat KL tak leh nak cari benda air botol ni.

Lepas makan, aku dan sobat alma mater(KSAH) aku ni menyusuri sepanjang jalan di Kemang Area ni. Kedai, Restoran arab, Pub, Designer's Outlet berjajaran di sepanjang jalan di sini. Last2, mati akal - tak tau nak pi mana lagi. Nak cari bas untuk balik ke hotel kitorang kat Tanah Abang, macam dah jauh pulak dari tempat laluan bas kitorang naik tadi. Tanya punya tanya orang tempatan kat situ, kami tahan tuk-tuk(Bajaj) dan mintak hantar balik ke hotel.

Perjalanan naik tuk-tuk untuk balik ke hotel lancar. Driver tuk-tuk nampak begitu cekap dengan selok belok jalan di kota Jakarta(Jakarta Pusat). Dalam perjalanan balik ni la baru buleh menikmati pemandangan dan suasana kota Jakarta dengan tenang sikit - berbanding dengan sewaktu dalam bas tadi. Tambangnya, R.p40.000(RM13.60)

Sampai di hotel, kena milo panas, terus aku tido tak ingat dunia..



DAY 2

Misi untuk hari kedua, adalah untuk menaiki keretapi ke Bandung. Lepas breakfast bekalan yang aku bawak dari KL - Megi cintan Goreng, kami naik tuk tuk dari hotel ke Stesen Keretapi Gambir(Jakarta) untuk ke Steses Argo Gede Parahyangan(Bandung). Tambang keretapi sebanyak Rp.30.000(RM10.20) untuk seorang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Keretapi bertolak pada pukul 10.30a.m. Dalam keretapi aku pekena lagi nasik lemak kat dalam gerabak. Rp.15.000 (RM5.10) sepinggan. sepanjang perjalanan boleh nampak hiruk pikuk kota Jakarta ni, sebelum melalui kawasan pedalaman. kemudian bertukar jadi bukit -bukau.

Lebih kurang pukul 2.30p.m, setibanya kami di luar stesen, kami dihampiri seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Cepi. Anak muda kelahiran Kota Bandung inilah yang membawa kami ke Hotel berdekatan dengan Kereta sapunya. Pemuda ini begitu peramah. Mungkin pengalaman 4 tahun didalam bidangnya membentuk sifatnya yang layak diberi pujian.

Kebetulan apabila tiba di Bandung ni - hari Sabtu - hari minggu. Rata - rata tempat penginapan di sini telah menaikkan rate hotel. Survey punya survey punya survey, last2 check in kat Hotel Nova di Jalan Banda/Ambon. Paling murah - Rp.224.000(Rm76) untuk malam minggu. Lepas check in - keluar putar - putar lihat kawan sekitar. Ramai juga anak2 muda bermotosikal berpelesaran di segenap tempat peranginan ni. Entah dari mana datangnya, aku kurang pasti.
Ok la hotel yang kitorang duduk ni. dekat ngan semua port kat dalam Kota Bandung ni. And then... hari pun dah tinggi.. last2 mintak Cepi bawak kitorang pi makan.

"Bapak mau makan apa?" tanya dia. "Nasi Padang!" terus kami jawab. Dia kemudiannya bawa kami ke Restoran Raja Melayu. 2 pinggan nasi, 2 ketul ayam, 2 pegedel, 2 ketul daging, semangkuk gulai nangka dan satu nasi tambah - semua sekali Rp.71.000(RM24.20). Kat dalam Restoran ni, boleh dengar lagu senario pulak. Pastu lagu Datuk Siti. Terus aku tanya pelayan di situ, "pemiliknya restoran ini, dari Malaysia ya?". Dia geleng. hmmm.. Suasana dalam restoran terus aku rasa aku paling melayu. Dah nama restoran ni pun restoran Raja Melayu. Surau ada, Wi-fi ada, pelayan dia pulak siap bersamping lagi.

lepas makan hari hujan - balik hotel. Boring! aku tengok ZAM, Dia tengok aku. lepas hujan berenti, terus keluar putar - putar lagi. naik angkutan kota. bayar Rp.2.500(Rm0.85) boleh naik round- round sampai lebam. Last - last pi Amnesia Club, Plaza Paskal. Clubbing la beb! hehe...
pukul 11.30 p.m masuk, sedar - sedar dah 5.30a.m.

6 hrs of non-stop music, I love Bandung. and the chicks!






Friday 27 March 2009

Kembara Ilmu ke Tanah Jawa

Bismillahhirrahmannirrahim,

Assalamualaikum w.b.t, dengan limpah kurnia dan dengan izinNya, dapat aku buat coretan buat kali ini.

Kali ini, nak buat sedikit catatan perjalanan ke Jakarta dan Bandung, Indonesia yakni di sebelah Jawa Barat. Aku ada tempah tiket pergi balik untuk 6 orang ke sana dengan pesawat AirAsia. Namun hanya aku dan seorang sahabat seperjuangan saja dapat menjayakan misi untuk kali ini - yang lainnya terhimpit dengan alasan masing2. Takpa la.. walaupun cuma berdua, dan tak pernah sampai bumi Indonesia, kami tekadkan semangat untuk teruskan kembara ini. Bersemangat Waja terus berusaha! Kami yakin Allah S.W.T ada untuk membantu untuk guide perjalanan kami... huh jols!

Tengah malam Jumaat 20 Hb maret(March la!) Nizam a.k.a Elvis dah kalut tekan kereta dari Kedah untuk bersiap - siap naik flight di LCCT. Memang Family dia dah pindah ke Keramat, tapi dia dok monitor site di Baling, Kedah - Arkitek la katakan..

Pukul 3 Pagi, kitorang naik cab pi ke KL Sentral untuk ambik Skybus ke LCCT. Syukur la pengangkutan awam ke sana beroperasi 24 jam(Hidop Pak Lah Hensem!)
Sampai di LCCT dah pun pukol 5.30a.m - Aku baru kalut dok cari tempat nak mandi. Hehe
besa la..Pastu kelam kabut tukar duit rupiah. Alhamdulillah 24jam money changer tu..
Lepas Sembahyang Subuh, dan Breakfast serba sedikit pukul 7 a.m selamat kami naik Flight AK952 LCCT - Soekarno Hatta

DAY 1
Flight AK952 sampai ke airport Cengkareng Tangerang -Trus naik Kenderaan sapu kat situ ke Stesen Bas Kalideres - Kena Kapak Rp150.000(Rm50) - walaupun ada sobat dari KL dah pesan supaya bertanya di kaunter dulu. hmm, nak wat camna. 2 ekoq dok buat terpinga - pinga kat airport tu terus kena la...

Dari Kalideres kitorang terus naik bas untuk ke Tanah Abang untuk cari Penginapan untuk Malam tu - kena Rp2.000(Rm0.68). Hidayat jugak perjalanan naik bas kat sini. Setiap kali bas berhenti, ada saja jenis manusia akan naik, jual buah yang dah siap di potong, main gitar, main sruling lah, pastu ada jugak 3 orang yang berkempen politik sambil menghulur kan topi untuk mengharap sumbangan dari penumpang.

Berjalan punya berjalan sambil dok tanggung beg di belakang, lepas tanya orang - lepas puas pusing berjalan kaki, kitorang check in masuk ke Hotel Fokus. Ok la, baru Rp200.000(RM68) 1 malam. Pastu masuk bilik terus kelam. Sedar2 balik dah pun petang nak masuk Waktu Asar. Lepas Mandi dan bersiap siap, terus kami cari tempat nak isi perut yang dah berbunyi - Keadaan di sekeliling begitu sesak - orang ramai, peniaga kecil dengan kereta sorong mereka, kereta, abang motorsikal bersusun di tepi jalan mencari penumpang, Tuk Tuk(Bajaj), Teksi, Bas, Angkutan Kota( Van yang dijadikan mirip teksi), berselerak teruk!

Akhirnya dapat spot rumah makan nasi padang yang menyusun lauk pauk dengan unik sekali. lauk disusun bertingkat - tingkat dalam pinggan. Nasi putih, pegedel, Gulai Sapi, sedikit ulam dan sambal dan drinking water. 2 Orang makan Rp9.500(lebih kurang Rm3 ringgit?) huh, bleh tahan!

Lepas makan dah tak tau nak pi mana. Tengok sekeliling, dah pening. tak tau nak wat apa. Keadaan tempat tu lebih kurang kat Chowkit, Kl - 3-4 kali sesak. Ataupun macam kat Pekan Rabu, Aloq Setaq - 5 ke 7 kali lebih besar. Tengok Map, nampak gambaq kat satu tempat macam happening - Kemang Area. Tanya makcik Nasik padang tadi, terus tak paham apa dia cakap. Tanya pulak anak dia, terus anak dara dia tersipu sipu lari. Last2 tanya laki makcik tu kot, dia kata leh naik bas ke Kawasan tu. Naik bas KOPAJA 615 di sebarang jalan tu, dia tunjuk satu tempat yang kena jalan kaki agak jauh...

setengah jam tunggu bas, bas pun sampai. Bas cam bas sekolah berkapasiti 25 orang penumpang termasuk 10 kena berdiri. Naik bas ja, terus kena berdiri. Tambangnya Rp2.500(Lebih kurang RM0.85) ke Kemang, Jakarta Selatan. Sepanjang perjalanan, dipenuhi bendera parti parti politik dan gambar gambar calon yang bertanding untuk pilihanraya pada April ni. Trafik dan Lalulintas pulak, MasyaAllah - Sesak gila! Penjaja -penjaja Bakso, Pecel Lele, Kueh, Nasi ubuk,
dan segala macam makanan yang aku pun tak pernah tengok berselirat di tepi jalanraya , di atas siar pejalan kaki.

Perjalanan melalui Kota Padat Jakarta ni, tak dapat di nikmati dengan tenang kerana terpaksa berdiri dalam bas yang sesak. melewati Mall di Istora Senayan, kami sampai ke destinasi tujuan yang dituju. Kemang Area! Best gak kat sini. Lebih kurang macam kat Jalan Telawi, Bangsar la..
Tapi 10-12 kali kali lebih panjang jalan dia. Tempat dia pun best best. Yang lagi best... awek dia.
huh. best best best best

akan di sambung..

SPONSOR LINK

Be A Millionaire in 360 Days!


View My Stats
Ads: