Google
Powered By Blogger

Wednesday 29 August 2007

Seminar Percukaian 'Sistem Taksir Sendiri - STS'

Syarikat kami, Nuriman Management Services merupakan sebuah firma yang telah menjalankan perniagaan sebagai wakil cukai yang bertauliah daripada Kementerian Kewangan - No. 1727 dimana operasi perniagaan kami sebelum ini adalah di Wisma Perisai Wira, Kg. Baru dan kini telah mengembangkan operasinya di Bandar Baru Ampang(sebelah atas Restoran Red Dragon bersebelahan Spektrum Mall)



Beberapa perubahan yang ketara dalam sistem percukaian Malaysia, di mana kini bebanan percukaian berpindah dari pihak yang berkuasa kepada pembayar cukai kerana isu - isu pematuhan mula meningkat. Secara umumnya, kadar pematuhan semakin bertambah baik hasil kesedaran sesetengah pihak tentang tanggungjawab membayar cukai. Penguatkuasaan undang - undang yang mantap kini adalah termasuk untuk mengesan mereka yang mengelak membayar cukai.


Berbagai - bagai usaha dan tindakan diambil oleh LHDN untuk mendidik orang ramai supaya mempunyai kesedaran untuk membayar cukai kepada kerajaan termasuk menyediakan pegawai - pegawai mereka untuk berunding dan membantu pembayar cukai membayar cukai serta memperhebatkan promosi dan kempen.



Objektif seminar ini akan diadakan adalah untuk menggariskan dengan lebih terperinci akan perubahan - perubahan terbaru dan menjelaskan strategi percukaian yang interaktif untuk individu yang bekerja sendiri, bermajikan dan juga untuk para majikan.


Selain membantu peserta - peserta dengan persoalan - persoalan mereka tentang cukai, seminar juga adalah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang percukaian dan mendedahkan secara terperinci tentang bagaimana untuk menjadi seorang pembayar cukai yang berhemah. Kami akan mendedahkan starategi untuk mengelak denda, penalti dan menyentuh perubahan berkaitan selaras dengan bajet 2007. Kami akan menjelaskan kepada anda tentang konsep " Pay As You Earn" dan akan diakhiri dengan sesi soal - jawab bersama sekumpulan bekas pegawai LHDN yang berpengalaman.



Berikut adalah butir - butir tentang seminar berikut:


Tempat: KL International Hotel, Concorde Hotel - Kuala Lumpur.
Klang - Shah Alam - Subang - K . L - Ipoh - J.B

Masa: Februari/Mac 2008



Yuran: Individu - RM 420 seorang

Perkongian, Syarikat - RM370 seorang



Alamat surat - menyurat: P.O Box 10100,
50704 K.L

Alamat pejabat: No. 3C, Tingkat 2, Jalan Wawasan 4/1,
Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang

sebarang persoalan atau tempahan awal, sila ajukan ke:- c99ltd@gmail.com

SPONSOR LINK

Be A Millionaire in 360 Days!


View My Stats
Ads: