Google
Powered By Blogger

Thursday 14 February 2013


       IJTIMAK TONGGI 2013
 10 JAN – 13 JAN 2013


IJTIMAK TONGGI 2013
BAYAN ASAR OLEH MAULANA ZUBER IMAM KAKRIL
PADA 10 JAN 2013

Alllah swt telah hantar Nabi demi Nabi ke dunia ini untuk membuat dakwah menyeru manusia akan keesaan Allah.Allah telah utus 124,000 ambia as ke dunia ini, semua buat usaha agama dengan mujahadah dan pengurbanan. Segala susah payah mereka  Allah swt telah terima. Baginda saw juga juga telah membuat usaha yang sama dan menghadapi keadaan yang serupa ini juga dan keputusan yang sama diterima oleh Nabi saw.  Sahabat r.hum hidup bersama Nabi saw dan beriman dengan Nabi saw.  Mereka hidup dengan iman dan mati dengan iman yang sempurna. Mereka sama-sama mengambil bahagian dalam usaha Nabi saw.Jika hari ini kita buat usaha seperti Nabi saw, seperti sahabat r.hum, insyaAllah kita akan  diterima seperti yang diterima oleh sahabat r.hum.  Satu jemaah sahabat menghadapi masalah ketiadaan air, mereka berkata tanpa air mereka akan mati dan binatang sebagai kenderaan seperti keldai, unta juga akan mati.  Mereka jumpa amir sab memberitahu tentang  masalah ini.  Amir sab mengajak semua sahabat sembahyang 2 rakaat, selepas solat mereka angkat tangan berdoa dan belum habis berdoa keberkatan datang, awan hitam mula berarak membawa hujan.  Allah swt telah turunkan hujan dengan lebat dan semua keperluan yang bersangkutan dengan air Allah telah diselesaikan. Binatang-binatang dapat minum air dan mereka dapat simpan air.  Dengan solat 2 rakaat sahaja Allah telah turunkan nusrahNya.

Pada zaman sahabat kemarau telah berlaku di Madinah, tanaman musnah dan kemiskinan berlaku.  Amirulmukminin telah hantar bantuan makanan kepada penduduk tetapi kemarau terus berlanjutan dan makanan yang dihantar tidak mencukupi.  Unta-unta habis disembeleh untuk dimakan.  Kanak-kanak menangis kelaparan, kambing yang sembeleh pun hanya ada kulit dan tulang sahaja. Akhirnya seorang sahabat malam bermimpi jumpa Nabi saw. Nabi bersabda apa sudah jadi dengan Umar, aku sangka dia orang yang bijak.Khalifah Umar sedar akan kelemahannya dan meminta sahabat yang lain berkumpul diadang yang luas dan minta mereka sembahyang istiqqah meminta hujan. Amirulmukminin ketikan itu Umar Farouk  telah doa maka Allah telah turunkan hujan dan masalah kemarau dan kemiskinan telah selesai.Tuan-tuan yang mulia, harta kekayaan tidak dapat menghilangkan kemiskinan, kemiskinan selesai dengan izin Allah swt.  Semuanya dalam tangan Allah swt.  Oleh itu kita kena tawajuh pada Allah swt. Air keluar daripada tanah, dalam tanah ada air.  Kalau Allah letakkan air dalam tanah, lagi dalam dan jauh dalam tanah, bagaimana kita hendak ambil air itu. Untuk memudahkan kita Allah keluarkan air dari dalam tanah.  Hari ini seluruh dunia menjadi huru hara kerana manusia hanya tahu minta tetapi tidak tawajuh pada Allah swt.  Segala keperluan kita minta pada Allah swt.  Dalam hati tawajjuh hanya pada Allah swt, dalam hati hanya ada Allah swt tidak ada keyakinan pada mahluk, inilah usaha dakwah dan tabligh. Allah tidak suka keyakinan yang bercampur-campur, yakin pada kedai, pada pekerjaan yang dapat memberi rezeki.  Kita buat kerja dunia tetapi yakin kita pada Allah swt.  Sebelum kita lahir lagi Allah telah hantar rezeki iaitu susu pada ibu kita, selepas lahir iaitu selepas bercerai susu ia mula makan makanan yang lembut kerana tidak ada gigi, dan apabila umur meningkat lagi ia mula boleh makan makanan yang keras sedikit.  Kemudian Allah tukar gigi yang lebih kuat dimana ia boleh gigit makanan yang keras.  Ini semua datang daripada Allah swt bukan dari doktor.  Semua ini Allah swt yang jadikan. Allah swt jadikan bulan, matahari tergantung tidak jatuh. Allah jadikan langit yang begitu luas meliputi seluruh dunia, tetapi Arasy Allah swt lebih besar daripada dunia dan langit.  Malaikat lihat Arasy Allah swt begitu besar, mereka rasa tidak dapat bawa arasy Allah tetapi Allah beritahu, lihat pada kaki kamu, iaitu ada seperti sayap yang boleh terbang.  Ini semua kudrat Allah swt.

Allah swt jadikan tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, buah-buahan yang mempunyai rasa yang berbagai-bagai.  Manusia kata buah-buahan yang berlainan dengan rasa yang berbeza datang dari pokok tetapi dari satu pokok yang sama terdapat rasa buah yang berlainan. Semua ini adalah ketetapan dari Allah swt.  Allah swt telah lantik Musa as sebagai Nabi dan meminta Nabi Musa as dengar dengan penuh perhatian, buka mata hati dan dengar baik-baik.  Musa as telah buka mata dan hatinya dan telah dengar semua anggota berzikir Subhanallah, Laillahaillallah, tiada Tuhan melainkan Allah. Semua anggota kamu Allah swt yang jadikan, ia adalah milik Allah swt.  Oleh itu semua keperluan kamu Allah akan selesaikan.  Allah yang beri rezeki, Allah yang jadikan kemiskinan dan Allah yang jadikan kekayaan. Allah swt yang memiliki segalanya.  Allah beri kerajaan dan ia jadi raja tetapi bila-bila masa Allah boleh ambil balik kerajaannya dan raja akan lari bersembunyi seperti tikus. 
Dahulu dia dimuliakan tetapi sekarang dia dihina.  Kemuliaan dan kehinaan ditangan Allah swt.  Kita lihat dalam kisah-kisah sahabat r.hum, dahulu mereka dihina kemudian Allah beri mereka kemuliaan.  Bilal r.hu seorang Habshi berkulit hitam, seorang hamba yang dihina tetapi setelah memeluk Islam Allah swt telah muliakan dia sehingga Nabi saw pernah bersabda, baginda mendengar tapak kaki beliau mengikut di belakang Nabi saw di syurga.  Bilal telah disiksa supaya ia tinggalkan Islam tetapi beliau yakin mati ditangan Allah swt bukan ditangan orang yang menyiksanya. Sahabat sanggup bagi nyawa untuk memelihara iman.  Seperti Nabi Muhammad saw seorang anak yatim, orang Quraisy menghina dia tetapi Allah swt telah buat keputusan untuk memberi kemuliaan kepadanya.

Nabi saw membuat usaha mengenalkan siapa Allah swt, dan sahabat r.hum juga membuat usaha yang sama bagi tahu manusia siapa Allah swt.  Kebaikan dan keburukan semua di tangan Allah swt.  Nabi saw pergi dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, lorong ke lorong untuk memperkenalkan Allah dan Islam.  Mengajak manusia menyebut kalimah Laillahaillallah.. pasti kamu berjaya. Dakwah adalah syariat, membawa hukum-hukum Allah, perintah-perintah Allah swt.  Jika kamu mati kerana mengantung diri, itu bukan hukum Allah swt. Kita hidup memerlukan makan, minum dan makanan dan minuman bukan datang dari usaha kita tetapi datang dari Allah swt, Allah yang beri kita makanan dan minuman.  Apa yang Allah beri kena belanja dijalan Allah swt.99 bahagian Allah beri pada manusia dan mereka boleh gunakan dan satu bahagian sahaja pada Allah.  Perintah Allah yang paling penting adalah solat.  Dimana-mana kita boleh solat tetapi perlu ikut syariat.  Allah swt beri kita dua biji mata, bagaimana kita gunakan mata kita, kemana mata kita melihat,  walapun seluruh dunia tahu dimana mata kita sekarang tetapi Allah sahaja yang tahu dimana mata kita sekarang. Allah perintahkan tundukan pandangan kita, jaga mata kita jangan melihat perkara yang dilarang oleh Allah swt. Latihan menjaga mata ialah dalam solat kita.  Bila kita pergi haji, semua perintah Allah kita laksanakan, semua perkara kita jaga termasuk mata kita. Sebab apa ?  kerana hendak haji yang mabrul, Allah ampunkan segala dosa, bersih seperti bayi yang baru lahir dan Allah janji dia akan menjadi kaya.  Kita selalu dengar orang kata dia pergi ke Mekah untuk lihat Baitullah.  Itu tidak betul kerana Haji adalah perintah Allah swt bukan lihat Baitullah itu Haji.  Niat pergi Haji mesti betul dan untuk tahu cara-cara mengerjakan Haji kita perlu belajar dengan ulamak.  Rasulullah saw telah ajar cara mengerjakan Haji, cara mengerjakan solat.  Kita kena gunakan apa yang Allah swt bagi kepada kita dari kepala hingga ke kaki mengikut syariat yang telah Allah tetapkan. Allah swt bagi kita mata untuk melihat tetapi ada juga orang ada mata tetapi tidak dapat melihat kerana Allah telah tarik nikmat melihat.

Tuan-tuan yang mulia, apakah deen ?, iaitu dimana ada perintah Allah swt dan ikut cara Rasulullah saw.  Kerja kita, perniagaan kita, ladang kita dan keseluruhan kehidupan kita laksanakan ikut perintah Allah swt dengan cara Rasulullah saw. Allah bagi mata, kita hendaklah gunakan mata mengikut kehendak Allah swt, Allah bagi telingaapa yang kita perlu dengar.  Seperti bila kita pandu kereta, kita perlu ikut undang-undang memandu.  Kalau semua tidak ikut undang-undang kelam kabut akan berlaku, berlanggar antara satu sama lain. Bila kita cakap tentang zikirullah, lidah kita sentiasa basah, ‘basahilah lidah kamu dengan zikrullah’.  Jangan kita lihat keburukan orang lain, jangan kita cakap keburukan orang lain.  Oleh itu dari kepala hingga ke kaki ada perintah Allah swt dan kita buat ikut cara Rasulullah saw,  itulah deen.  Semua amalan ini ada janji Allah swt dan ada hubungan dengan kudrat Allah swt. Allah swt boleh lihat sama ada dalam keadaan terang atau dalam gelap. Allah maha besar, Dia jadikan bumi dan Dia boleh hapuskan bumi bila Dia kehendaki, cuma dalam beberapa saat sahaja bumi boleh dihancurkan.  Bila Allah jadikan angin yang kuat, semua jadi huru hara.  Angin bawa air dengan sekelip mata semua bangunan yang besar boleh musnah. Barulah manusia faham inilah kekuatan Allah swt.

Allah hantar Nabi-nabi untuk buat usaha dakwah dan tabligh. Lihatlah bumi di bawah dan langit di atas adalah milik Allah swt.  Allah yang beri kemiskinan dan kekayaan. Kami beriman dengan Allah swt.  Allah yang beri makanan, minuman, kesihatan, ketenangan, kesusahan.  Allah bagi mata untuk kita melihat kebesaran, kekuasaan dan kudrat Allah swt. Kematian adalah dalam ketentuan Allah swt. Kita selalu fikir orang tua akan mati tetapi kita lihat ada orang muda mati, kanak-kanak juga mati. Kegembiraan di dunia hanya sementara tetapi kegembiraan di akhirat kekal selama-lamanya.  Kesusahan di dunia sekejap sahaja tetapi kesusahan di akhirat sema-lamanya.  Sebab itu Allah hantar para Nabi dan ambia as ke dunia untuk memberitahu manusia perkara ini.  Manusia dalam kegelapan, kebodohan, tidak kenal Allah swt.  Mereka buat berhala-berhala dengan tangan mereka kemudian mereka sembah. Mereka buat mata pada berhala tetapi adakah mata itu boleh melihat ?, mereka buat telinga adakah telinga itu boleh mendengar ?.

Tuan-tuan yang mulia, taat dengan perintah Allah dan ikut cara Nabi saw adalah deen. Deen bukan ada dalam laut atau ada atas bukit.  Deen adalah taat perintah Allah dan ikut cara Nabi saw. Bila kehidupan kita ikut deen, doa kita Allah akan terima seperti doa-doa Bani Israel, di dunia kita dapat kejayaan dan di akhirat kita dapat ketenangan, kemuliaan.  Kesenangan, kesusahan, kemuliaan, kehinaan, semuanya bergantung atas deen samada di dunia dan akhirat.  Dalam kubur Allah akan tanya “siapa Tuhan kamu ?”.  Sebab itu di dunia kita sucikan hati, yakin hanya pada Allah swt.  Keluarkan dari hati kita keyakinan pada mahluk, jangan sekali-kali syirikkan Allah.  Soalan kedua “apakah deen/agama kamu ?”, dan soalan ketiga, apabila ditunjukan wajah Nabi saw “siapakah orang ini? ”.  apabila kita taat perintah Allah dan ikut cara Nabi saw, insyaAllah kita dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan kepada kita. Tidak ada cara kehidupan lain yang Allah terima melainkan cara kehidupan mengikut syariat Nabi saw.

Oleh itu kita kena buat usaha, jumpa orang, pergi dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, lorong ke lorong.  Selamatkan manusia daripada masuk neraka jahanam dan masuk ke syurga.  Untuk latihan inilah kita hadir ke sini untuk menjadi wakil Allah, menjadi dae Allah, naib Nabi kepada Allah swt.  Kita tinggalkan rumah, anak isteri, mengambil cuti, dengan mujahadah untuk datang ke sini tetapi kita tidak buat apa-apa, kita dengar bayan sambil minum-minum cai, kita tidak ambil bahagian apa-apa.  Masa taklim duduk taklim, masa bayan dengar bayan, semoga Allah beri faham.  Kita kena belajar bagaimana untuk ambil dari Allah swt.  Siang hari ambil bahagian dan malam hari doa nangis-nangis dengan Allah swt. “ya Allah, berilah hidayat pada kami dan semua manusia  ya Allah, jauhkan mereka dari neraka jahanam ya Allah, berilah hidayat pada mereka ya Allah”.  Kita bayangkan manusia berbondong-bondong menuju ke neraka jahanam.  Kita doa “ya Allah, selamatkan mereka ya Allah”. Kita juga tingkatkan ikram antara satu sama lain.  Semua sedia ?.........INSYAALLAH.
































IJTIMAK TONGGI 2013
BAYAN MAGRIB OLEH HJ ABDUL WAHAB
PADA 10 JAN 2013

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah swt,  Allah swt akan bagi kejayaan apabila kita ikut perintah-perintah Allah dengan cara Rasulullah saw.  Oleh itu setiap kita perlu fikir, termasuk wanita-wanita di rumah, anak-anak perempuan dan lelaki, cucu perempuan dan lelaki, saudara mara kita, masuk dalam hati mereka bahawa semuanya berlaku dengan izin dan kehendak Allah swt.  Allah yang buat segala-galanya. Bila kita tunaikan perintah Allah dengan cara Rasulullah saw Allah akan beri kejayaan.  Inilah kerja kita.  Bila kita niat dan fikir seperti ini, semua manusia di seluruh alam, (pada masa ini ada 7 billion manusia) akan masuk dalam hati mereka bahawa Allah yang buat segala-galanya dan Allah akan beri ganjaran sebanyak 7 billon hasanah.Allah akan beri ganjaran sejumlah manusia dari hari ini hingga hari kiamat.  Bantuan yang Allah telah beri kepada Nabi saw dan Nabi-nabi dahulu, bantuan yang sama Allah akan beri kepada kita. Siapa yang Allah beri tanggungjawab maka orang itu bersama dengan Dia.  Allah swt telah beri tanggungjawab ini maka Allah bersama kita.

‘Yaaiyuhannas kulu laillahaillallah tuflihun’ masuk dalam hati semua manusia. “Wahai manusia di seluruh alam, katalah Laillahaillallah pasti kamu akan berjaya”.  Bila kita cakap sahaja seperti ini semua manusia di seluruh alam hingga kiamat berapa ramai manusia yang akan datang dan setiap kita akan dapat pahala sebanyak itu. Dan sebagaimana Allah bantu Rasulullah saw, Allah akan bantu kita. Bagaimana Nabi saw doa kepada Allah, lahirkan dia dikalangan orang miskin, hidupkan dia dalam kalangan orang miskin, matikan dia dalam kalangan orang miskin dan bangunkan dia dikalangan orang miskin.  Jadi, bagaimana Allah swt bantu Nabi saw maka seperti itulah Allah akan bantu kita. Walaupun ia seorang wanita tetapi apabila ia jadikan kerja Nabi saw sebagai kerja dia, maka Allah swt akan bantu dia sebagaimana Allah swt bantu Nabi saw. Allah swt tarbiah kita sebagaimana Allah tarbiah Nabi saw.  Dengan ini kita akan dapat ketenangan, kesenangan.  Bila kita sebut ‘assalamualaikum’, kitatelah hampir dengan Allah swt.  Tuan-tuan boleh bayangkan, kita duduk sini dalam keadaan sejuk, kita rasa sejuk. Bila kita duduk dengan orang yang berzikir kita akan dapat rasa kesan zikirnya, apatah lagi kita duduk dekat dengan Allah, bagaimana kesan yang kita akan rasa. Setiap amal yang kita buat kita perlu fikirkan yang semua manusia termasuk yang baru lahir hingga hari kiamat, masukkan dalam hati-hati mereka bahawa Allah yang buat segala-galanya dan Allah akan bagi kejayaan apabila kita tunaikan kehendak Allah dengan cara Rasulullah saw dan Allah akan beri pahala sebanyak jumlah manusia seluruh dunia.  Sepatutnya kita amat gembira dan bersyukur kerana Allah telah beri pada kita kemuliaan ini. Syukur kepada kamu ya Allah. Bila kita sembahyang, satu kita dapat pahala sembahyang kita dan kita juga dapat pahala semua manusia yang sembahyang dalam dunia ini. Oleh kerana itu permintaan saya, sehingga hari ini jika kita tidak anggap kita umat Nabi saw, kita telah begitu jauh daripada rahmat Allah. “Ya Allah, maafkanlah kami, ampunkanlah kami, masa depan kami akan jadikan maksud Nabi sebagai maksud kami”. Bila kita minta ampun Allah akan ampunkan malah Allah ganti dengan pahala. Seluruh dunia penuh dengan keberkatan.

Tuan-tuan yang mulia, apabila kita buat niat sahaja untuk jadikan kerja Nabi sebagai kerja kita, bantuan Allah telah datang kepada kita. Bila seorang kanak-kanak hendak belajar ‘bismillah’, dia niat sahaja ikan-ikan dilaut  doa untuk dia, semut-semut doa keampunan untuk dia.  Malaikat-malaikat doa keampunan untuk dia.  Jadi, apabila kita niat jadikan kerja Nabi sebagai kerja kita, Allah akan bagi pahala yang begitu banyak, pokok-pokok doa keampunan untuk dia, malaikat-malaikat juga doa keampunan untuk dia, “ya Allah, berilah kami taufik untuk buat kerja ini”.  Bila seorang itu sembahyang berjemaah di masjid, wajib orang itu menjadi tetamu Allah.  Bila kita niat untuk hidupkan agama diseluruh alam, betapa banyak pahala Allah bagi pada kita tetapi hingga hari ini kita tidak buat, kita minta ampun pada Allah. “Ya Allah, maafkanlah seluruh orang islam diseluruh dunia, samada lelaki dan wanita diseluruh dunia maafkanlah”. Allah berkata, “Ooh, ada hambaku mohon maaf, maka Aku maafkan mereka”.  Kita kena doa supaya semua orang Islam datang kepada maksud Nabi, kerja Nabi, Allah akan bantu kita.

Tuan-tuan yang mulia, seorang yang mengucapkan salam “assalamualaikum”, dia telah hampir dengan Allah swt dan Rasulullah saw.  Jadi, tuan-tuan apabila masuk rumah hendaklah kita beri salam “assalamualaikum” maka Allah swt telah ambil tanggungjawab beri cahaya dan  berkat.  Dalam rumah kita pun mencurah-curah cahaya dan berkat. Bila kita cakap lagi dan lagi, maka lebih banyak keberkatan mencurah turun.Orang Islam begitu mulia.  Kita banyakkan istiqfar, pasti Allah akan bagi iman pada manusia seluruh alam. Allah akan masukkan dalam hati-hati manusia bahawa Allah yang buat segala-galanya dan yakin dengan cara hidup Nabi membawa kejayaan.  Kita niat sahaja, Allah akan terima doa kita seperti Allah terima doa Nabi saw. Bila kita sebut Laillahaillallah Muhammadur Rasulullah, Allah sambut ‘benarlah kata hamba Ku, wahai Malaikat kamu jadi saksi Aku maafkan dia dan ampunkan semua dosa-dosa dia’.  Kita hendaklah yakin akan perkara ini. bantuan yang Allah bagi kepada Nabi, Allah berikan kepada kita.  Di Padang Mahsyar kita bersama dengan Nabi saw.  Kita cakap perkara ini lagi dan lagi dengan penuh gembira kerana Allah swt telah beri kemuliaan.  Kemudian kita sediakan orang lain bercakap perkara yang sama.  Setiap langkah bantuan Allah bersama kita.  Kita perlu yakin bahawa Allah akan buat keputusan yang semua doa-doa kita Allah akan terima.  Boleh buat ?, insyaAllah.

Tuan-tuan, kita perlu merasa gembira kerana di Padang Mahsyar kita bersama Rasulullah saw. Bagaimana perkara ini boleh berlaku ? apabila kita usaha masukkan dalam hati semua manusia bahawa Allah yang buat segala-galanya dan Allah akan beri kejayaan apabila kita ikut cara Rasulullah saw.  Kita cakap lagi dan lagi sehingga ia masuk dalam hati kita dan kemudian kita sediakan orang lain bercakap perkara yang sama, “Laillahaillallah Muhammadur Rasulullah”, bila kita ucap sahaja Allah akan menjawab “memang benar hamba Ku, tidak ada illah melainkan Aku, wahai malaikat kamu jadi saksi Aku ampunkan semua dosa-dosanya”.  Tuan-tuan keluar dari rumah datang ke sini, setiap amalan kita, zikir, sembahyang Allah bagi pahala 490 juta kali ganda. Kita cakap lagi dan lagi hingga masuk dalam hati kita.  Bila telah masuk dalam hati kita, kita akan dapat ketenangan, dapat bantuan Allah.  “Ya Allah, lenyapkanlah daripada hati saya bahawa selain dari Kamu boleh buat sesuatu, hanya Kamulah yang buat dan hanya dengan cara Nabi sahaja Kamu bagi kejayaan”.  Bila kita doa seperti itu Allah ampunkan dosa kita, Allah akan jadikan kita sebagai tetamu Dia, kita akan jadi asbab untuk hidayat dan kebaikan seluruh alam.  Semua kebaikan dan bantuan yang Allah berikan kepada Nabi saw, Allah swt akan bagi pada kita.  Lagi dan lagi kita cakap dan sediakan orang lain cakap kepada orang lain dan orang itu cakap dengan orang lain.  Dalam proses ini kalau kita mati syurga kita satu tahap rendah daripada Nabi-nabi.  Ini bukan perkara kecil, semoga Allah ampunkan kita.  “Ya Allah, ampunkan kami ya Allah kerana tidak jadikan kerja Nabi sebagai kerja kami”. 
Rasulullah saw setiap tahun 4 bulan di luar Madinah, 8 bulan di Madinah dan bila ada keperluan baginda akan keluar.  Bila kita keluar hendaklah niat ke seluruh alam, maka Allah akan sampaikan keseluruh alam, doa-doa kita Allah akan terima.  Jadi tuan-tuan, hendaklah niat keluar 4 bulan tiap-tiap tahun di jalan Allah.  Macamana Allah tarbiah para sahabat, Allah swt akan tarbiah kita.  Kita perlu sediakan setiap orang menjadikan kerja Nabi sebagai kerja mereka.  Bila kita kata ‘Laillahaillallah Muhammadur Rasulullah’, kita kena tunaikan perintah Allah swt dengan cara Nabi saw.  Tuan-tuan hendaklah buat keputusan untuk jadikan kerja Nabi sebagai kerja tuan-tuan dan sediakan seluruh umat menjadikan kerja Nabi sebagai kerja mereka. Bila-bila ada takazar kita keluar...insyaAllah.

Tuan-tuan kena buat kerja ini dahulu, ‘Laillahaillallah Muhammadar Rasulullah’, “ya Allah dalam setiap kerja orang Islam, dalam setiap keadaan kita akan ikut perintah Allah dan ikut cara Rasulullah saw”.  Bila kita buat demikian semua dosa-dosa kita Allah akan ampunkan dan masa akan datang Allah akan bukakan jalan untuk kita.  Ini bukan perkara kecil, kita cakap lagi dan lagi ‘Laillahaillallah Muhammadur Rasulullah’. Tuan-tuan kena doa supaya semua orang Islam diseluruh dunia masukkan dalam hati mereka untuk datang kepada kerja Nabi saw.  Kita hantar jemaah ke tempat-tempat yang memerlukan.  Hantar jemaah ke seluruh dunia.  Bila kita lapazkan kalimah ini bermakna dalam apa keadaan urusan kita buat ikut perintah Allah swt dan ikut cara Rasulullah saw.  Kita perlu ada niat supaya semua umat datang kepada perkara ini. Untuk itu kita kena keluar bila-bila masa takaza yang dibentangkan dan sediakan umat untuk keluar. “Ya Allah, masukkanlah yakin pada kalimah ini dalam hati semua manusia seluruh alam, terimalah kami untuk buat kerja ini dan terimalah seluruh umat untuk membuat kerja ini”.  kita cakap lagi dan lagi bahawa Allah yang buat segal-galanya selain dari Allah tidak boleh buat apa-apa, hanya dengan cara Nabi saw, Allah terima dan beroleh kejayaan.  Buat kerja ini dahulu, buat urusan agama dahulu kemudian baru buat urusan yang lain.  Utamakan kerja Nabi kemudiankan keperluan kita.  Semua sedia ?..insyaAllah.

Kita kena fikir dimana tempat jemaah belum dihantar dan hantar jemaah ke sana.  Kita juga fikir jemaah dari negara mana belum sampai ke tempat kita.  Tuan-tuan kena buat keputusan, mulai hari ini jadikan kerja Nabi sebagai kerja kita.  Semua umat Nabi saw menjadikan kerja Nabi sebagai kerja mereka.  Dengan ini Allah akan bantu kita, Allah akan pelihara kita, Allah akan beri hidayat pada kita.  Kita kena yakin dengan Allah dan doa “Ya Allah, bagilah kami taufik untuk buat kerja ini, ikut cara Nabi dalam semua urusan kami”.  Keluar 4 bulan setiap tahun buat usaha dan sediakan orang untuk buat usaha diseluruh dunia.  Siapa sedia ?..INSYAALLAH.  Bila kita kata ‘Bismilla hitawakkal tuallallah lahaulawala kuwataillabilla hulaliyulazim’ keluar dari rumah.  Allah swt akan cukupkan keperluan kita, Allah akan mudahkan urusan kita, Allah akan beri perlindungan pada kita, Allah akan beri hidayat pada kita.  Kita kena bergerak dan gerakkan semua orang Islam.  Dalam semua urusan kita ikut cara Nabi saw dan sediakan semua manusia ikut cara Nabi dalam semua urusan mereka.  Kita kena fahamkan semua keluarga kita dan semua orang bahawa inilah kerja mereka.  Kita niat dan sediakan diri kita dan bentuk jemaah. InsyaAllah taskel... siapa yang belum bagi nama segera bagi nama. SEMUA SEDIA JADIKAN KERJA INI MAKSUD HIDUP ?...INSYAALLAH.  




IJTIMAK TONGGI 2013
BAYAN SUBUH OLEH MAULANA JAMIL IMAM RAIWIND
PADA 11 JAN 2013.

Tuan-tuan yang mulia, Nabi-Nabi diutuskan oleh Allah swt membawa beberapa perkara iaitu keimanan, ibadat,muamalat,musyarah dan akhlak.  Iman bermakna kita mengakui bahawa Allah swt adalah Tuhan kita, selain daripada Allah swt bukan Tuhan.  Beriman pada Allah, beriman pada Malaikat, beriman pada Nabi-nabi, beriman pada Kitab, beriman pada hari Kiamat dan beriman pada Takdir yang baik dan buruk daripada Allah swt.  Satu adalah iman dan lagi satu adalah lapaz iman. Lapaz menunjukan sesuatu perkara.  Iman, hakikatnya ialah apabila kita zahir illah kita pada lidah dan masuk dalam hati dan diri kita. Iman ialah kita ikrar di lidah kita dan kita tasdikkan atau membenarkan dalam hati kita.  Setiap keadaan, setiap masa hati kita akur bahawa Allah adalah Tuhan saya. Kalau seluruh manusia dari seluruh dunia datang untuk memberi menafaat kepada saya tetapi sekiranya Allah tidak ingin maka ia tidak memberi menafaat kepada saya.  Kalaulah seluruh manusia seluruh alam ingin memberi mudharat atau kerugian kepada saya, sekiranya Allah tidak ingin maka mereka tidak akan dapat memberi mudharat atau kerugian kepada saya. 

Abdullah bin Abas r.hu bersama dengan Nabi saw, ia membonceng di belakang Nabi saw.  Nabi saw memberitahu Abdullah bin Abas, “kamu peliharalah Allah, Allah akan pelihara kamu.  Kamu peliharalah Allah, kamuakan dapati Allah di hadapan kamu.”  Maksudnya :  kamu peliharalah perintah Allah dan agama Allah maka Allah akan pelihara kamu daripada musuh-musuh kamu, daripada gangguan ghairullah/selain daripada Allah swt.  Kemudian Nabi saw beritahu Hadrat Ibn Abbas r.hu, “sekiranya kamu hendak meminta, mintalah pada Allah swt dan sekiranya kamu hendak meminta perlindungan, mintalah perlindungan daripada Allah swt.”  Kemudian Nabi saw memberitahu lagi, “sekiranya seluruh manusia berkumpul untuk memberi menafaat kepada kamumaka mereka tidak dapat memberi menafaat kepada kamu melainkan apa yang ditentukan oleh Allah swt.  Selagi Allah swt tidak izin mereka tidak akan memberi menafaat kepada kamu.”  Kemudian Nabi saw bersabda lagi, “sekiranya seluruh manusia berkumpul untuk memberi kerugian kepada kamu maka mereka tidak dapat memberi kerugian kepada kamu melainkan apa yang Allah telah takdirkan bagi kamu. Pena telah diangkat dan dakwat telah kering, tidak ada apa-apa  yang akan berlakukecuali yang telah diputuskan oleh Allah swt.”  Oleh itu kita kena tawajjuh kepada Allah swt. Hati kita harap hanya pada Allah, kita minta dengan Allah swt.  Dalam satu hadis Nabi saw bersabda, Allah swt berfirman maksudnya,“Kamu semua lapar, Aku yang memberi makan kepada kamu maka mintalah makanan daripada Aku, Aku akan sempurnakan rezeki kamu, Aku akan hilangkan kelaparan kamu.  Kamu semua telanjang tidak ada pakaian melainkan Aku yang pakaikan pakaian kamu maka mintalah pakaian daripada Aku maka Aku akan pakaikan kamu pakaian.  Kamu semua sesat melainkan mereka yang Aku beri hidayah/petunjuk maka mintalah hidayah petunjuk daripada Aku, Aku akan beri hidayah petunjuk kepada kamu, Aku akan pimpin kamu.”

Kemudian Nabi saw bersabda lagi mafhumnya (Hadis Kudsi) :  “berkumpul orang sebelum kamu dan selepas kamu di satu medan dan minta dengan Aku, semua berdoa kepada Aku dan Aku tunaikan semua permintaan yang diminta daripada Aku.  Selepas ditunaikan semua hajat-hajat ini pun tidak akan kurang dari khazanah Aku, ia tidak lebih dari jarum yang direndam dalam lautan dan diangkat dan banyak mana air yang melekat pada jarum itu maka banyak itulah kurangnya khazanah Aku.”  Yakni, Nabi-Nabi pun minta dengan segala kekuatan mereka.  Sahabat pun berdoa dengan segala kekuatan mereka.  Semua mahluk Allah, semua manusia, semua ahli sains minta pada Allah dengan kekuatan yang ada pada mereka.  Dalam satu masa semua meminta dengan kekuatan mereka masing-masing dan Allah swt sempurnakan semua hajat-hajat mereka tetapi dalam khazanah Allah tidak berkurangan sedikit pun seperti air yang melekat pada hujung jarum tadi.  Allah swt berfirman, maksudnya “mintalah daripada Aku, mintalah dengan Aku.” Dalam satu hadis, “barangsiapa tidak minta daripada Allah swt, Allah akan murka, Allah akan marah dengan dia.” Mafhum hadis, “Allah amat suka orang yang merayu-rayu, pujuk rayu, rendah diri, minta lagi dan lagi dengan menangis-nangis merayu pada Allah.”  Seperti seorang kanak-kanak yang inginkan sesuatu dia akan meminta merayu-rayu pada ibunya.  Manusia jika orang berkali-kali minta daripada dia, dia akan marah.  Ini adalah sifat manusia tetapi Allah swt akan marah dengan kita jika kita tidak minta kepadaNya.  Allah suka jika kita merayu-rayu seperti kanak-kanak, rendahkan diri berpaut pada Allah swt.  Allah begitu karim, kita tidak dapat fikir, tidak dapat bayangkan kalau kita doa dan doa kita tidak diterima.  Jika doa kita tidak diterima oleh Allah kita jangan putus asa.  Kita tidak boleh putus asa daripada doa kita, berterusan kita minta lagi dan lagi. 

Mafhum hadis, “seorang hamba/wali Allah minta satu benda yang harus daripada Allah.  Allah beritahu kepada Jibril as, pergilah kamu sempurnakan hajat hamba Aku tetapi jangan terus sempurnakan cuma lambatkan sedikit supaya dia merayu-rayu sedikit, minta lagi dan lagi dengan Aku.”  Mengapa dia minta doa dengan menyebut nama-nama Allah yang cantik ‘ya arhaman rohimin’, kadang-kadang dia kata, ‘ya zalkuwatil matin’, kadang-kadang dia sebut, ‘ya awalal awalin, ya akhirat akhirin’.  Nama-nama Allah yang indah dan cantik digunakan untuk minta pada Allah, Allah amat suka, Allah sayang dengan dia. “Biarkan dia sebut-sebut nama Aku, panggil-pangil Aku dengan nama Ku yang indah.”  Sebab itu Allah lambatkan sedikit memakbulkan doa hamba Dia. Allah amat suka mendengar hambaNya menyebut-nyebut namaNya. Dalam satu hadis, “seorang hamba Allah yang kufur, dia tunjuk yang dia seorang Islam tetapi sebenarnya dia adalah musuh Allah. Allah swt beritahu pada Jibril as, wahai Jibril sempurnakanlah doa dia dan sempurnakan dengan segera.  Ini musuh Allah, orang munafik, berdoa pada Allah dan Allah perintahkan Jibril sempurnakan dengan segera, Allah tidak ingin dengar suara dia lagi, bagi cepat-cepat supaya dia berhenti doa.”  Oleh itu kita kena minta dengan Allah lagi dan lagi, jangan pandang kiri dan kanan, jangan tawajjuh kita lari kepada selain dari Allah. 

Dalam satu kisah dalam hadis, ada 2 orang, seorang Islam dan seorang lagi majusi (kafir).  Kedua-duanya pergi ke laut untuk tangkap ikan, bawa jala masuk ke laut untuk tangkap ikan.  Orang Islam tadi campakkan jala dengan membaca ‘Bismillah’, kemudian dia tarik seekor ikan pun tidak ada.  Orang Majusi tadi pula campakkan jalanya dengan menyebut berhala dia dan dia tarik penuh dengan ikan.  Allah yang bagi ikan pada orang Majusi tadi kerana berhala dia tidak dengar pun apa yang dia ucapkan.  Orang Islam tadi campakkan jalanya kali kedua dengan ‘bismillah’, bila dia tarik tidak juga dapat ikan. Si Majusi campak lagi jalanya dan bila ditarik penuh dengan ikan.  Beberapa lama berlalu, orang Islam tadi campakkan jalanya dan bila dia tarik jalanya kosong, dan si Majusi bila dia campak dan tarik jalanya penuh dengan ikan.  Matahari pun hampir hendak terbenam, orang Islam tidak dapat seekor pun ikan dan orang Majusi penuh sampannya dengan ikan. Bila akhir sekali bila matahari sikit lagi hendak terbenam orang Islam tadi cuba lagi dengan harapanmendapat ikan.  Dia campak jala dengan ‘bismillah’, maka sangkut seekor ikan tetapi bila dia tarik dan hendak tangkap ikan terlepas.  Dia cuba lagi sekali dengan nama Allah tetapi tetap gagal dapat ikan. Bila matahari tenggelam kedua-duanya pun balik.  Orang Islam balik dengan sampan yang kosong, dalam keadaan sedih dan muram.  Orang Majusi tadi balik dengan gembira, dengan suka hati sampan penuh dengan ikan

Malaikat-malaikat tenguk kisah ini mereka sangat kesian dengan orang islam maka malaikat beritahu pada Allah “Ya Allah, ini sahabat Engkau ya Allah, sepanjang hari dia campakkan jala dia tetapi seekor ikan pun dia tidak dapat.  Ini musuh kamu, Majusi setiap kali dia campakkan jalanya, setiap kali itulah penuh dengan ikan. Mengapa ya Allah, kekasih Engkau, orang yang taat dan beriman dengan Engkau, sahabat Engkau kembali ke rumah dengan tangan kosong tetapi musuh Engkau kembali ke rumah dengan sampannya penuh dengn ikan.  Apakah hikmah Engkau ya Allah.”  Allah beritahu pada Malaikat, “bukalah pintu ini.”  Apabila malaikat buka pintu tadi ada taman, ada pokok-pokok, ada mahligai, ada sungai susu, sungai madu, sungai arak, ada bidadari-bidadari.  Pintu yang malaikat buka tadi ada syurga.  Kemudian Allah swt beritahu pada malaikat, “hamba Ku yang beriman adalah milik Aku, dekat dunia Aku tidak beri dia apa-apa.  Setiap kali dia campak jala dengan menyebut nama Aku, Aku tidak beri dia apa-apa, tetapi Aku sediakan untuk dia ini,  rumah dia, syurga dia.  Bila dia mati sahaja dia akan masuk syurga ini.  dekat dunia dia sebut nama Aku, dia sebut nama Aku, aku tidak bagi dia apa-apa tetapi apabila dia tingglkan sahaja dunia Aku akan masukkan dia dalam syurga. Adakah hamba Aku ini akan menyesal ?”  maka Malaikat kata, “pasti dia tidak akan menyesal, walaupun Engkau tidak beri dia apa-apa di dunia ya Allah, sudah memadai syurga untuk dia.”  Kemudian Allah beritahu pada Malaikat, “buka pintu yang ini pula.”  Bila malaikat buka, ada api yang sedang menyala-nyala, ular, kala jengking,tukul-tukul besi, anak panah.  Dipenuhi kesusahan, kepayahan. Allah swt beritahu pada Malaikat, “orang Majusi/kafir yang tidak menyebut nama Aku setiap kali dia lontar jala dia tetapi dia menyebut nama berhala dia, maka di dunia Aku beri pada dia tetapi apabila dia mati, dia masuk neraka selama-lamanya kerana dia tidak beriman pada Aku, tidak sembah Aku, tidak perhambakan diri pada Aku.  Dunia dia dapat sedikit tetapi selepas mati selama-lamanya dalam neraka.  Adakah kegembiraannya akan berterusan ?.”  Malaikat kata, “tidak, pasti dia akan menyesal selama-lamanya.”

Oleh itu tuan-tuan yang mulia, kita hendaklah berterusan meminta dengan Allah.  Kalau Allah beri kita kena syukur dan kalau Allah tidak beri pun kita kena syukur pada Allah kerana Allah tidak beri pasti ada hikmah.  Ada orang minta pada Allah yang lain tetapi Allah beri yang lain.  Kadang-kadang Allah beri lambat sedikit.  Kadang-kadang Allah swt simpan untuk akhirat.  Semuanya ada hikmah dari Allah swt.  Kita umpamakan diri kita ini seperti seorang ibu yang sedang masak daging, daging masih mentah lagi datang anaknya minta, “wahai ibu saya hendak makan daging, saya hendak makan daging.”  Ibunya tidak hiraukan kerana daging tidak masak lagi, ibunya biarkan dia menangis.  Bila daging dah masak ibu dia masih tidak bagi lagi, angkat daging letakkan dalam pinggan dan tunggu sejuk dulu.  Bila telah betul-betul sejuk dan boleh makan baharulah ibunya suapkan.  Jadi, kita seperti kanak-kanak tadi.  Kita minta, kita hendakan segera, hendak cepat.  Allah swt tahu keadaan kita, kita selalu ingin tahu bila Allah swt akan sempurnakan doa kita. Kadang-kadang Allah lambatkan, kadang-kadang Allah tukarkan dengan yang lain, kadang-kadang Allah simpan dan sediakan tempat dia di akhirat.  Oleh itu kita jangan putus asa, berkali-kali minta, merayu-rayu dan sampai masanya nati Allah akan sempurnakan. Allah itu karim, Allah tidak akan mensia-siakan hamba Dia.  Semua doa Allah akan sempurnakan cuma cepat atau lambat.  Sebagai hambaNya kita kena bersyukur, jika dapat bersyukur dan tidak dapat pun syukur.  Kita sentiasa hubungkan diri kita dengan Allah swt.  Jangan tenguk kiri atau kanan, jangan tenguk selain daripada Allah.  Allah tidak suka hambaNya harap pada mahluk walaupun sedikit.  Allah hendakkan harapan hambaNya seratus peratus pada Allah.

Tuan-tuan yang mulia, Nabi saw telah ajar bagaimana hendak minta pada Allah.  Bila datang satu-satu masalah pada Nabi saw atau Nabi berhajatkan sesuatu, Nabi saw akan tawajjuh pada Allah dengan cepat-cepat datang pada sembahyang.  Ini adalah cara Nabi saw ajar pada kita.  Bila ada masalah apa yang perlu kita buat. Tenguklah pada semua Nabi-nabi, Nabi Noh as berdoa, Nabi Ibrahim as berdoa, Nabi Yahya as, Nabi Zakaria as minta anak, Nabi Muhammad saw begitu banyak berdoa.  Begitu juga dengan ambia as, setiap keadaan, setiap masalah mereka akan merayu minta doa pada Allah swt.  Kita tenguk disisi orang kafir penuh dengan nikmat, mereka ada harta, jangan tenguk harta mereka dengan hati yang tamak, hendaklah kita tenguk pada rezeki yang Allah beri pada kita.  Bila ada sifat kanaah maka akan lahir rasa syukur dalam hati kita.  Allah beritahu pada Nabi saw, “wahai Nabi Ku, janganlah kamu angkat pandangan kamu dengan melihat kearah bazar-bazar orang kafir, harta-harta yang ada pada orang kafir, kebendaan yang ada bersama mereka, tenguk dengan ada rasa tamak dan berkeinginan.  Semua yang ada pada mereka tidak kekal dan tempat mereka di akhirat adalah neraka jahanam. “  Umar r.hu sekali datang ziarah rumah baginda, apabila dia masuk dia lihat rumah baginda kosong, terdapat ada beberapa kulit yang belum disamak, ada sedikit tikar dan di belakang badan baginda ada kesan-kesan baginda baring atas tikar, maka keluar air mata Saidina Umar r.hu dan berkata “ya Rasulullah, kekasih Allah, Nabi akhir zaman. Raja Rom, Kaisar dan Raja Parsi musuh Allah tetapi mereka penuh dengan nikmat.”  Nabi saw beritahu pada Hadrat Umar r.hu, “wahai Umar, adakah kamu tidak redha, bagi mereka Allah sediakan dunia dan bagi kita Allah sediakan akhirat. Adakah kamu tidak redha dengan ketetapan Allah swt ?, apakah keperluan aku dengan dunia ini, perumpaan aku adalah musafir yang dalam perjalanan apabila letih berehat dihujung pokok.  Setelah dia sedar musafir itu pun berjalan meninggalkan pokok tadi. Jadi, perjalanan saya seperti musafir, dunia ini hanya singgah untuk sementara dan bila sampai masanya saya akan tinggalkan menuju ke akhirat yang kekal selamanya.”

Oleh itu kita kena usaha hari ini tawajjuh atau tumpuan kita hanya kepada Allah swt jangan lihat pada orang-orang yang ada harta, orang-orang yang ada kerajaan, orang-orang yang ada pangkat. Tumpuan kita, permintaan kita hanya pada Allah swt kerana Allah yang menyelesaikan masalah kita.  Kita kena dakwah orang-orang dunia, orang-orang berharta bahawa kami tidak perlu pada harta kamu, wahai orang-orang kerajaan kami tidak perlukan kerajaan kamu, wahai orang-orang yang berpangkat kami tidak perlukan pangkat-pangkat kamu, wahai orang kebendaan kami tidak perlukan kebendaan kamu.  Kami hanya inginkan hidayat kepada kamu, dekatkan diri kamu dengan Allah, kamu jadi orang yang hampir dengan Allah supaya kamu dapat kejayaan di dunia dan akhirat.  Kami inginkan kamu ikut agama yang dibawa oleh Nabi saw supaya Allah redha dengan kamu, Allah suka dengan kamu.  Kamu datanglah pada agama.  Kami hendak diri kami fakir, kamu juga anggap diri kamu fakir.  Allah telah beritahu “Allah yang kaya, kamu semua fakir.”  Wahai orang-orang kerajaan, orang-orang kafilah, orang-orang negara.........kamu semua fakir.  Allah yang ghoni, Allah yang maha kaya, kamu fakir, apa yang kami boleh minta pada orang fakir.  Jadilah orang yang meminta pada Allah, Allah yang ghoni, Allah yang kaya, maka mintalah pada Allah.  Kami ingin keluar dari tipu daya maka kami juga ingin keluarkan kamu dari tipu daya.  Allah lah ghoni, maha kaya, makakita hendaklah usaha menjadi hamba yang meminta hanya pada Allah.  Kita bayangkan diri kita berhadapan dengan Allah.

Allah beri perumpamaan bahawa mahluk-mahluk ini seperti berhala yang mana berhala tidak boleh buat apa-apa walaupun seekor lalat.  Kalau ada apa-apa makanan yang terlekat pada berhala diambil oleh lalat, berhala tidak dapat rampas. Itulah lemahnya mahluk, yang minta pun lemah, yang diminta pun lemah. Dalam al-Quran juga Allah ada memberi perumpamaan ghairullah seperti hatta manzana.  Apabila di padang pasir dari jauh kita lihat macam ada air, kita pun lari dekat.  Lagi kita dekat benda itu lagi jauh.  Dunia seisinya adalah seperti hatta manzana tidak dapat menyelesaikan masalah kita hanya tipu daya sahaja. Semua ghairullah adalah tipu daya.  Semua ghairullah tidak memiliki apa-apa walau selaput nipis yang ada pada bahagian atas biji tamar.  Selaput yang amat nipis ini pun bukan milik mereka.  Ghairullah juga tidak dapat sempurnakan hajat kita seperti sebuah perigi, air dalam perigi itu jauh ke bawah dan kita tidak ada apa-apa alat seperti tali dan baldi untuk ambil air. Kemudian kita seru air, “wahai air naiklah ke atas masuk dalam mulut aku,”tanpa tali, tanpa baldi boleh kah kita buat begitu ?.  itulah mahluk ini tidak ada kemampuan, mereka tidak boleh sempurnakan hajat kita, sempurnakan keperluan kita melainkan Allah swt.  Oleh itu kita dengan perantaraan amal kita minta pada Allah swt. Dengan perantaraan amal ini kita jadikan sebagai penerimaan dan kita minta sungguh-sungguh semoga Allah terima amal kita dan Allah sempurnakan hajat kita.  Bila seorang hamba sembahyang memohon hajat pada Allah, ia satu amalan yang makbul di sisi Allah, jadi bila dia minta dengan Allah maka Allah sempurnakan hajat dia. Samada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat. Selepas sembahyang fardhulah Allah terima doa kita. Sahabat memberitahu, keadaan-keadaan kami melambatkan doa-doa kami sehingga sembahyang fardhu kerana selepas sembahyang fardhu doa kita diterima oleh Allah swt. Sahabat tunggu sehingga sembahyang fardhu baru mereka mohon doa. Selepas sembahyang isyrak juga Allah swt terima doa kita, waktu tahajjud Allah swt terima doa kita, antara azan dan iqomah Allah terima doa kita, doa dipertengahan malam juga diterima oleh Allah swt, doa orang dalam kegelisahan pun diterima oleh Allah swt, doa orang musafir diterima oleh Allah swt, ketika hujan pun doa diterima oleh Allah swt.  Kita sentiasa minta pada Allah swt walaupun hajat kita kecil.  Kalau tali kasut kita putus pun kita kena minta dengan Allah swt. Seluruh dunia tidak dapat beri tali kasut pada kita kerana tali kasut dibuat dari kapas.  Tidak ada manusia yang dapat tumbuhkan pokok kapas, dari kapas dijadikan benang kemudian dijadikan kain. Manusia tidak ada kekuatan untuk jadikan semua itu.  Semuanya berlaku dengan perintah Allah swt.  Bertukarnya satu benda kepada satu benda yang lain adalah dengn perintah Allah swt. 

Oleh itu kita kena bawa manusia seluruh alam kepada Allah swt.  Tarik mereka bawa kepada sembahyang fardhu.  Mafhum hadis, “barang siapa berulang alik ke masjid dari rumah dia maka Allah akan jadikan dia tetamu Allah dalam syurga Allah.  Setiap kali dia kembali ke masjid dia menjadi tetamu Allah dan Allah pasti sempurnakan hajat tetamuNya.”  Mafhum hadis, “barang siapa yang keluar dari rumah dengan wuduk untuk tunaikan sembahyang fardhu maka dia akan dapat pahala seperti seorang yang pakai ehram menuju menunaikan haji.’ Walaupun di rumahnya tidak ada air panas seperti di masjid tetapi dia ambil wuduk di rumah dan pergi ke masjid.  Dia ambil wuduk dengan sempurna, dia basuh anggota wuduk dengan betul-betul.  Abu Darda r.hu berkata, telah ditanya kepada Nabi saw, “wahai Rasul Allah, macam mana tuan dapat kenali umat umat Baginda di Padang Mahsyar nanti.”  Maka sabda Nabi saw “oleh kerana umat aku yang sentiasa berwuduk maka anggota wuduk mereka akan bercahaya-cahaya yang mana diakhirat nanti cahaya ini dapat dikenali ia adalah umat aku yang mana amalan wuduknya tidak diberi kepada umat sebelum ini.”  Umat Nabi saw dapat dibezakan dengan cahaya pada anggota wuduk mereka.  Mafhum hadis, Nabi saw bersabda, “orang-orang beriman/mukmin diakhirat nanti akan dipakaikan kalung-kalung emas dan berlian pada anggota-anggota yang sampai air wuduk dan diakhir nanti Allah beritahu, orang yang membaca kalimah selepas wuduk dia akan diberi peluang untuk memilih pintu syurga mana dia hendak masuk diakhirat nanti.” Satu lagi hadis, Nabi saw bersabda mafhumnya, “takbiratul ula lebih berharga daripada dunia dan seisinya.” Kalau takbiratul ulla lebih berharga dari dunia dan seisinya, maka bayangkan rukun-rukun yang lain.

Bacaan fatihah dalam sembahyang lebih afdhal daripada khatam seluruh al-Quran di luar sembahyang.  Hamba yang paling hampir di sisi Allah swt ialah hamba yang dalam keadaan sujud, dahinya menyentuh bumi.”  Dalam al-Quran, Allah swt beritahu maksudnya, “orang-orang yang maju, berlumba-lumba maju adalah orang-orang yang hampir dengan Allah swt, muqorrobin.”  Orang yang maju/muqorrobin ialah orang yang apabila dibentuk jemaah dia cepat-cepat maju ke hadapan, orang yang pertama keluar. Mereka juga apabila sembahyang duduk di saf pertama, depan-depan.  Hadrat Aisyah r.ha berkata, Nabi saw duduk bersembang-sembang dengan kami, tiba-tiba kedengaran suara azan, baginda bangun dengan segera tinggalkan kami seolah-olah baginda tidak kenal kami. Saidina Umar r.hu berkata, apabila Nabi saw keluar dari rumah datang untuk sembahyang, baginda kelihatan begitu gelisah sehingga apabila baginda lalu di sisi kami seolah-olah baginda tidak kenal kami. Sahih bin Muslim rah. berkata, “40 tahun berlalu satu takbiratul ula pun saya tidak terlepas.”  Begitu sekali mereka menjaga sembahyang mereka.  Sahabat, wali-wali Allah amat menjaga sembahyang mereka.  Beliau juga berkata, “telah 20 tahun tidak pernah berlaku sekali pun azan sedang dilaungkan dan saya berada di luar masjid.”  Muhammad bin Samik, “sekali dia terlepas takbiratul ula iaitu pada hari ibu dia meninggal kerana sibuk mengendalikan urusan jenazah dan apabila dia kembali dari pengurusan jenazah hari itu dia terlepas takbiratul ula.”  Begitu juga kita dengar dari orang-orang salaf kita, apabila mereka dengar azan wajah mereka berubah dan berkata “Rob aku sedang memanggil aku.”  Pada zaman sahabat, zaman tabiin, seorang tukang besi sedang ketuk besi tiba-tiba dengar azan, tukul besi sedang diangkat terus dia campakkan kerana menyahut seruan Allah.  Apabila azan mereka akan tinggalkan segala urusan mereka dan menuju kepada Allah, “penyeru kepada Allah telah panggil saya.”

Tuan-tuan yang mulia, contohnya apabila ayah kita panggil kita dan pada masa itu kita sedang buat kerja, kita buat tidak indah sahaja.  Kita tenguk jam dan teruskan kerja kita, kemudian ayah kita panggil kita lagi tetapi kita masih teruskan kerja kita lagi.  Selepas 10 atau 15 minit baharu kita pergi pada ayah kita dan tanya apa yang dia mahu.  Apa perasaan ayah kita ?, mengapa anak aku buat aku begini. Begitu juga apabila Allah swt panggil, kita tenguk jam dan melengah-lengahkan panggilanNya. Kita lebih utamakan urusan kita.  Bagaimana pandangan Allah pada kita.  Kita buka kedai, kemudian datang pelangan ke kedai kita waktu azan dilaungkan maka kita kena tinggalkan mereka, beritahu mereka “sekarang telah masuk waktu sembahyang saya hendak pergi sembahyang, jika tuan hendak juga tunggu selepas saya sembahyang.” Kalau dia sabar dia akan tunggu, kalau tidak cari kedai lain.  Ini adalah hak kita dengan Allah swt.Bila kita dengar azan sahaja kita kena tinggalkan semua, alihkan pandangan kita dari kebendaan,  keduniaan, kemudian dakwah pula orang-orang kebendaan, orang-orang kerajaan datang kepada Allah swt. Perkara ini menjadi mudah bagi orang yang yakinnya betul dengan Allah swt. Yakinnya bertambah, dalam hatinya telah bertapak penuh dengan zat Allah swt.  Allah yang bagi rezeki, Allah yang menyelesaikan masalah saya, Allah bersama saya.  Bagi mereka semua urusan Allah akan menjadi mudah. 

Untuk itulah kita minta untuk keluar 4 bulan. Bukan bermakna keluar 4 bulan selesai masalah dia, atau boleh jadi orang beriman macam sahabat, tetapi4 bulan ini baru kita hendak alihkan arah tuju dia, baru hendak betulkan arah landasan dia.  4 bulan dia berusaha memantapkan iman, 4 bulan duduk taklim.  4 bulan untuk alihkan landasan dunianya kepada akhirat.  Selama inikita sibuk bina dunia, jadi sekarang kita hendak alihkan arah landasannya kepada akhirat, “saya hendak bina akhirat saya.”  Inilah maksud 4 bulan.  Bagaimana telah timbul perkara ini ?, inilah usul yang Nabi saw buat pada sahabat.  Apabila Nabi lihat sahabat mula arahnya berat kepada dunia, Nabi cepat-cepat alihkan kepada akhirat. Dalam peperangan Khaibar, selepas perang berakhir banyak harta rampasan perang, jadi bolehlah berjual beli.  Ada sahabat yang tidak perlukan barang itu dia jual dan ada yang memerlukan dia beli. Selepas berjual beli seorang mendapat keuntungan 3,000 ukiah perak. Dia cakap kepada Nabi saw, Nabi saw memberitahu, “hendakkah saya beritahu kamu satu keuntungan yang lebih besar daripada ini, kamu sembahyang fardhu dibelakang Nabi lebih berharga daripada keuntungan 3,000 ukiah perak yang kamu dapat.”  Nabi saw alihkan perhatian dia kepada amal.  Bila tumpuan mereka lari, landasan mereka lari, maka Nabi cepat-cepat alihkan, betulkan pada amal, pada akhirat. Satu angkatan tentera telah pergi ke Tariq dan dalam masa yang singkat mereka beroleh kemenangan dan bawa balik harta rampasa yang banyak.  Sahabat hairan dengan tentera tadi, dalam masa yang begitu singkat dapat keuntungan yang banyak.  Bila Nabi lihat sahabat merasa kehairanan maka Nabi telah beritahu, “kamu boleh mendapat keuntungan yang lebih besar daripada itu, apabila kamu lepas sembahyang subuh duduk berzikir sehingga selepas tertib matahari kira-kita 10 minit kamu sembahyang 2 rakaat, kamu akan dapat keuntungan lebih daripada yang diperolehi oleh tentera tadi dan masanya lebih singkat lagi.”  Nabi saw cepat-cepat alihkan tawajuh sahabat daripada harta/kebendaan kepada amal.  Yang mengalihkan tawajuh sahabat ialah Allah swt tetapi Nabi saw yang usahakan.

Abdullah bin Masud r.hu jatuh sakit, Hadrat Othman bin Affanr.hu datang ziarah dia. Sahabat telah mendapat tarbiah dari Nabi saw, daripada harta datang kepada amal. Hadrat Othman yang datang ziarah telah bertanya pada Abdullah bin Masud, “apa penyakit kamu ?,”  kata Abdullah bin Masud r.hu, “aku sakit kerana memikirkan dosa-dosa aku,” kemudian Hadrat Othman tanya lagi, “apa keinginan kamu sekarang ?” maka kata Abdullah bin Masud, “aku hendak rahmatullah hirobbi (rahmat Tuhan aku).”  Apakah rahmat Allah sekarang ?.  Hadrat Hadrat Othman bertanya tentang benda-benda dunia samada Abdullah bin Masud ingin hendak makan apa-apa.  Tetapi Abdullah bin Masud memberi jawapan akhirat.  Kemudian Hadrat Othman bertanya lagi, “mahukah kamu aku panggil doktor untuk merawat sakit kamu’ .  Jawab Abdullah bin Masud, “sakit itulah yang sakitkan aku, sakit itulah yang sakitkan aku,” bermakna sakit itu datang daripada Allah, Allah yang memberi sakit.  Waktu itu Hadrat Othman adalah amirul mukminin, dia bertanya “adakah mahu saya tetapkan sedikit wazifah/ imbuhan untuk kamu daripada Baitulmal ?” Abdullah bin Masud kata, “tidak perlu,” Hadrat Othman memberitahu, “ bantuan itu adalah untuk anak-anak kamu, anak-anak perempuan kamu selepas pemergian kamu.”  Kemudian kata Abdullah bin Masud “kamu takutkah anak-anak aku akan fakir ?, aku telah perintahkan anak-anak aku setiap malam membaca Surah Waqiah kerana Nabi saw bersabda, barang siapa membaca Surah Waqiah setiap malam pasti kefakiran tidak akan datang pada dia.” 

Hari ini orang-orang buat kilang, buat kedai supaya pemergiannya akan tenang kerana menganggap anak-anaknya akan hidup senang. Sedangkan sahabat, mereka memberi amal kepada anak-anak mereka dan selepas pemergiannya ia merasa tenang kerana anak-anaknya telah ada bekalan untuk mereka. Sebab itu pentingnya kita alihkan tawajjuh kita dari harta kebendaan kepada amal. Inilah tarbiah yang mereka dapat daripada Nabi saw dan kemudian mereka tarbiah anak-anak mereka. Oleh itu kita kena minta pada Allah swt supaya hati kita dialih daripada keduniaan kepada akhirat, daripada harta kepada amal, daripada mahluk kepada Khaliq.  Allah yang akan alihkan dan kita usaha dan doa, siapa yang usaha dan doa dia akan dapat.  Minta pada Allah dengan sungguh-sungguh, menangis-nangis. Allah akan alihkan hati-hati yang tawajjuh kepadakebendaan kepada Allah. Kita tidak ambil dari orang tetapi ambil dari Allah. Maka seluruh mahluk akan duduk di bawah tapak kaki dia. Allah akan alih arah tuju hati kita, tawajjuh kita tetapi Allah lihat sejauh mana kesungguhan kita minta dengan Allah, kemudian baharu Allah buat keputusan. Sahabat-sahabat Nabi saw wujudkan halaqah-halaqah taklim, halaqah-halaqah iman, muzakarah iman supaya tawajjuh hati mereka beralih pada Allah swt.  Bila mereka datang kepada amal maka Allah alihkan hati-hati mereka kepada Allah. Begitu juga dengan banyak berzikir hati akan beralih pada Allah swt.

Bila kita keluar 4 bulan, kita duduk dalam majlis-majlis iman, halaqah taklim, halaqah zikir maka hati akan beralih pada Allah.  Selama 4 bulan duduk dalam halaqah iman, cakap iman, duduk dalam halaqah taklim, berzikir maka jika dia buat dengan tertib, hati dia akan beralih daripada kebendaan kepada amal, daripada dunia kepada akhirat, daripada mahluk kepada Allah. Selepas buat amal kita perlu jaga amal tadi, pelihara amal kita.  Jangan susahkan mahluk Allah, jangan susahkan orang, jangan rampas harta orang.  Kita buat amal tetapi susahkan mahluk Allah.  Jika kita tidak ikram mahluk Allah amal kita menjadi sia-sia.  Mafhum hadis, Nabi saw bersabda, “ada orang-orang yang akan datang pada Allah bawa pahala seperti gunung.  Oleh kerana dia memaki orang, makan harta anak yatim, rampas tanah orang. Maka orang-orang yang dizalimi akan datang dan ambil amalannya yang seperti gunung tadi.  Kemudian orang-orang yang dia zalimi datang lagi sedangkan pahala dia telah habis.  Akhirnya Allah swt beritahu pada mereka, letakkan dosa-dosa kamu atas kepala dia.” Dosa demi dosa begitu banyak diletakkan atas kepala dia.  Dia yang datang dengan pahala seperti gunung tetapi sekarang dosanya banyak seperti gunung dan dosa dia sendiri dia akan terima balasan, dosa orang pun dia terima balasan. Jika orang yang ditindas itu berzina, oleh kerana dia menindas orang itu dosa zina orang itu pun dia kena terima.  Bermacam-macam dosa orang dia kena tanggung dan terima balasan. Selagi kita tidak selesaikan dekat dunia, selagi itu dosa itu menjadi musibah atas kita. Jika dia rampas tanah orang, cuma sebidang tanah dan rumah tetapi tujuh petala bumi akan diletakkan atas kepalanya. Orang seperti inilah yang Allah sebutkan “orang yang muflis.”

Rasulullah saw telah ajar kita bermula dari rumah, bagaimana akhlak dalam rumah tangga. Macamna sepatutnya hubungan kita dengan isteri kita.  Nabi bersabda mafhumnya, “sebaik-baik kamu ialah dia yang paling baik di sisi isteri dia dan saya adalah yang terbaik di sisi isteri-isteri saya.  Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang paling baik dengan isterinya.” “anak yang soleh apabila dia melihat ibu dan ayahnya dengan pandangan kasih sayang/rahmat dan setiap pandangan dia Allah swt akan bagi pahala haji yang mabrul di sisi Allah swt.”  Jika dalam satu hari dia melihat emak dan ayahnya dengan pandangan rahmat betapa banyak pahala dia dapat.  Allah berjanji, walau sehari seratus kali dia melihat,  Allah swtboleh beri seratus kali haji yang mabrul. Bagi Allah tidak ada yang mustahil, Allah suci daripada kelemahan.  Akhlak kita perlu berkualiti, bermutu tinggi.  Sabda Nabi saw, “ ada 3 gulungan yang tanpa hisab akan masuk syurga. 3 gulungan ini tidak perlu hisab dan tidak perlu tunggu. Mereka akan bersiar-siar di bukit-bukit, di lembah-lembah kasturi, mereka tidak perlu gelisah, tidak perlu risau.
i.                    Gulungan pertama ialah orang yang belajar al-Quran, kemudian dia menjadi imam dan semua makmum dia  suka dan redha dengan dia.
ii.                  Gulungan kedua ialah orang yang menyeru manusia kepada sembahyang hanya kerana Allah swt
iii.                Gulungan ketiga ialah orang yang berbuat baik dengan orang atasan dia dan berbuat baik dengan orang bawahan dia.  Orang atasan maksudnya emak ayah dia, pakcik makcik dia, datuk nenek dia.  Bawahan dia ialah isteri dia, anak-anak dia, cucu-cucu dia.  Kalau pekerja, orang atasan dalam pejabat dia dan orang bawahan dia.  Kalau mereka dapat tunaikan hak dengan sempurna, mereka akan masuk syurga tanpa hisab.  Sebab itu kita diminta ikut akhlak Nabi saw. Tinggikan martabat ibu dan ayah kita. Dalam hadis, emak saudara kamu adalah ibu kamu. Emak saudara iaitu adik beradik perempuan ibu kita adalah seperti ibu kita.  Sebab itulah kita digalakan keluar 4 bulan supaya cinta harta keluar dari hati kita kerana dengan cinta harta inilah kita bergaduh dengan pakcik kita, bergaduh dengan makcik kita, bergaduh dengan adik beradik kita.  Malah ada yang bergaduh dengan bapa sendiri kerana cinta harta telah bertapak dalam hati kita. Bila kita keluar 4 bulan bermakna dalam masa 4 bulan kita banyak bercakap tentang akhirat maka cinta ghairullah sedikit demi sedikit keluar dari hati kita.

Tuan-tuan yang mulia, Islam telah mengajar kita hak-hak yang mana hak-hak tadi telah bina umat ini.  Bila hak-hak ini kita jaga ia akan bina keamanan.  Jadi kita keluar 4 bulan supaya kita kenal semua hak-hak ini dan sempurnakan semua hak-hak ini.  Nabi saw bersabda mafhumnya, “orang yang terbaik di sisi Allah ialah orang yang terbaik dalam satu jemaah, dia terbaik dengan sahabat-sahabat dia, sahabat-sahabat senang dengan dia, dia terbaik dengan jiran-jiran dia, dia memberi ketenangan kepada jiran dia.  Kalau dia tentera semua orang senang dengan dia, gembira dengan dia.”  Mafhum hadis Nabi saw bersabda, “tidak beriman seseorang itu, tidak beriman seseorang itu, tidak beriman seseorang itu yang mana jiran dia tidak merasa aman dengan dia.”  Bermakna iman dia belum sempurna lagi.  Dalam hadis, “seorang itu tidak beriman jika dia tidur dalam kekenyangan sedangkan jiran dia dalam kelaparan.”  Bermakna tidak sempurna iman dia. Islam telah ajar kita berbuat baik dengan orang  awam, “orang yang terbaik dkalangan kamu ialah orang yang banyak memberi menafaat kepada orang lain.”  Iaitu orang yang terbaik diantara kamu ialah mereka yang memberi menafaat kepada orang lain.  Dalam satu hadis Nabi bersabda mafhumnya, “ ada 4 orang diharamkan masuk neraka, orang yang kesusahan untuk kesenangan seseorang, orang yang bersikap lembut, orang memberi kemudahan, orang yang rapat dengan manusia (mudah bergaul).” 4 orang ini haram api neraka atas mereka. Mafhum hadis, “diantara orang-orang yang beriman, yang paling sempurna imannya ialah orang yang terbaik akhlak dia.” Dikalangan orang beriman, orang yang paling sempurna iman, paling akmal iman ialah orang yang paling baik akhlaknya dikalangan mereka.

Tuan-tuan yang mulia, tadi kita diajar berbuat baik dengan orang awam tetapi Islam juga mengajar kita untuk berbuat baik dengan musuh-musuh kita. Islam sahaja yang ada mengajar bagaimana berbuat baik dengan musuh-musuh.  Carilah pada agama-agama yang lain, tidak ada satu agama yang memberitahu sepertimana Islam telah ajar kepada kita.  Mafhum hadis, “barangsiapa orang di bawah dia, hamba abdi, orang yang dibawah perjanjian di bawah pemerintah kita, orang susahkan dia, dirampas harta dia, ambil harta tanpa keredhaan dia, di letakan beban lebih dari kemampuan mereka, menzalimi orang kafir.  Aku akan jadi peguam bela atas mereka (orang kafir) di akhiat nanti.”  Orang kafir yang di bawah perjanjian dengan kerajaan kita, mereka bayar jiziah pada pemerintah.  Orang-orang ini jika kita zalimi mereka Nabi saw sedia menjadi penguam bela kepada mereka di hadapan Allah di akhirat nanti. ‘kes mereka ditangan aku.”  Semasa Islam memerintah Mesir, orang-orang kafir zimni iaitu mereka telah membayar jiziah.  Gabnur Mesir masa itu duduk di bawah bumbung sedangkan orang-orang zimni duduk di tengah panas. Masa itu Khalifah lalu, dia tenguk kafir zimni duduk di tengah panas dan Gabnor Islam duduk di tempat redup dengan selesa. Khalifah telah pergi kepada Gabnor dan marah. Dia kata, “kamu tidak dengarkah sabdaan Nabi saw, barang siapa mengazab mereka di dunia, Allah akan azab mereka di akhirat nanti.”  Sahabat kena marah kerana menyeksa orang kafir. “barangsiapa kasihan dengan penduduk bumi, penduduk langit akan kasihan dengan dia”.  Kita berurusan baik dengan penduduk bumi maka Allah akan berbuat baik dengan kita. Mafhum hadis, “barangsiapa sembunyikan aib orang Islam, Allah akan sembunyikan aib dia di akhirat nanti.”  Orang yang zahirkan aib sahabat dia, Allah akan zahirkan aib dia dalam rumah dia sendiri.  Aib-aib dia dalam rumah pun Allah akan bungkarkan.

Saya ingin beritahu, apa yang Allah perintahkan kita buat kepada manusia itulah Allah akan buat dengan kita. Kalau kamu berurusan baik dengan orang dimuka bumi, orang dillangit akan kasihan kepada kamu.  Dalam satu hadis lagi, “barangsiapa tidak berkasih sayang dia tidak dikasih sayang.”  Dia tidak kasihan dengan manusia maka Allah tidak kasihan dengan dia.  Dalam satu hadis, “siapa yang suka memaafkan, Allah akan maafkan dia.” Mafhum hadis, “macamana kamu buat dengan orang, macam itulah balasan yang kamu terima.” Kita kena buat yang terbaik pada mahluk Allah, pada hamba-hamba Allah.  Untuk semua ini kita perlukan iman, perlu kekuatan iman.  Allah akan menyediakan satu mahligai untuk dia di celah-celah syurga bagi orang yang tertinggal barang tetapi dia tidak hendak tuntut.  Siapa yang akhlaknya cantik, Allah akan sediakan mahligai untuk dia di tanah tinggi di syurga.  Orang yang jaga lidah dia, percakapan dia lembut dan manis, Allah jamin dia masuk syurga.  Barangsiapa menjaga lidah dia dan kemuliaan dia Allah juga jamin dia masuk syurga.  Orang yang jaga solat muakadah selepas sembahyang fadhu Allah akan beri dia mahligai dalam syurga.  Barangsiapa yang menjaga sembahyang isyrak dan sembahyang dhuha atau kadang-kadang dia sembahyang isyrak dan kadang-kadang dhuha, bagi mereka ada mahligai di syurga.  Barangsiapa anak lelakinya meninggal dia kata “alhamdulillah”, Allah akan bagi satu mahligai dalam syurga untuk dia.  Barangsiapa mengasihi Allah, Allah akan buatkan satu mahligai untuk dia dalam syurga. 

Barangsiapa membaca kalimah keempat, ‘Laillahaillallah huwahdahu lasyarikalah'dan masuk ke pasarmaka Allah akan ampunkan 1 juta dosa, beri 1 juta pahala dan satu mahligai dalam syurga.  Sekali kita baca Surah Ikhlas, satu mahligai terbina, 20 kali baca, 20 mahligai dibina.  Sahabat berkata, “kalau macam tu ya Rasulullah banyak mahligai dalam syurga.”  Nabi kata “Allah maha besar dan Allah suci dari segala-galanya, kamu tidak letih membaca maka Allah pun tidak letih membina mahligai untuk kamu.”  Tuan-tuan, untuk mendapat mahligai dan untuk mendapat akhlak yang baik perlu ada yakin yag betul.  Dengan yakin pada Allah yang betul baharulah dia boleh bentuk akhlak yang baik dan boleh bina mahligai dalam syurga.  Kalau yakin tidak betul dengan Allah, dia suka bergaduh dengan orang, rampas harta orang. Orang ini akhlaknya rosak, akhirat pun rosak. Bila yakin dia lemah, amal akan menjadi lemah dan bila yakin dia kuat, amal akan menjadi kuat.  Untuk itu kita keluar 4 bulan supaya yakin bertambah.  Kita tinggalkan perselisihan yang kecil-kecil dan kita bina mahligai-mahligai dalam syurga.

Sekarang saya hendak tanya dengan tuan-tuan dan saya hendak tuan-tuan jawab. Apa yang telah saya sampaikan patutkah disampaikan pada seluruh manusia, seluruh alam ?...PATUT..... Sebab itu dalam kerja tabligh kita jumpa orang dan bawa mereka kepada amal, dia jadi orang buat amal.  Semua pahala-pahala orang itu orang yang beritahu itu pun dapat.  Orang yang bagi dakwah dapat pahala dan orang yang terima pun dapat.  Kita kena beranikan diri kita keluar 4 bulan.  Kita boleh bagi dakwah, kita boleh jadi dae supaya kita boleh alihkan landasan kita yang salah atau betulkan landasan kita supaya kita belajar agama, belajar dakwah.  Berdosa kalau niat kita buat usaha untuk bina dunia.  Seorang yang betul-betul buat usaha dia akan fikir bagaimana hendak membetulkan landasan/arah tuju orang lain.  Sebanyak mana orang akan datang pada dakwah dia, dia akan dapat pahala.  Kalau dia tidak keluar 4 bulan, dia tidak belajar dakwah maka iman dia akan lemah.  Bila iman lemah amal menjadi lemah.  Bila amal lemah akhlak dia akan menjadi rosak.  Bila akhlak rosak masalah banyak berlaku.  Orang yang akhir sekali keluar dari neraka Allah akan bagi syurga 10 kali besar dunia. Sebiji mahligai tidak cukup dengan syurga yang begitu luas.  Bidadari pun ada 2.5 juta maka kita kena bina banyak mahligai.  Oleh itu kita keluar, belajar amal-amal yang Allah redha.  Kita sediakan orang, beritahu pada mereka supaya mereka faham dan mereka pun buat amal. Jadi mereka dapat mahligai dalam syurga, kita juga dapat mahligai dalam syurga.

Tuan-tuan yang mulia, mengapa kita minta syurga ?.  kerana kita akan nampak Allah swt dari syurga kita.  Kita minta syurga kerana Allah swt.  Allah adalah cinta hakiki kita.  Kalau kita dapat Allah swt, kita dapat segala-galanya, semua milik kita.  Kalau tidak dapat Allah swt, semuanya terlepas dari kita.  Orang yang bertebaran berjumpa manusia dan bawa mereka kepada Allah, adakah dia tidak dapat Allah ?.  Dengan susah payah, dia mengajak manusia pada Allah, adakah dia tidak dapat Allah ?.  Nabi-Nabi dahulu apabila buat dakwah ada umatnya yang menyokong, membenarkan.  Betapa sukanya Allah. Ada kisah itu dalam al-Quran, dalam surah Yassin.  3 rasul datang pada satu kaum,  kaum itu mendustakan nabi-nabi tadi maka ada seorang memberitahu “kamu ikutlah mereka ini,” kamu berimanlah dengan nabi-nabi ini, kamu akan berjaya.  Kemudian kaum dia bunuh dia,  Allah swt masukkan dia dalam syurga.  Kemudian dia berkata “alangkah baiknya kalau kaum aku tahu apa yang Allah telah buat dengan aku.” Tuan-tuan yang mulia, orang ini baru menyokong, membenarkan dakwah Nabi. Allah  swt amat suka. Kisah ini orang baca hingga hari kiamat.  Orang yang membenarkan pun Allah begitu gembira bagaimana pula orang yang bagi dakwah, pasti Allah swt begitu suka sekali.

Firaun kata “saya akan bunuh Musa, panggillah Rob kamu.”  Firaun mesyuarat hendak bunuh Musa, Firaun tunggu mana Rob Musa tidak datang-datang. Maka seorang dari ahli keluarga Firaun bangun dan bagi dakwah “adakah kamu hendak bunuh Musa kerana dia berkata Tuhan aku adalah Allah, kalau kamu bunuh, kamu akan terima padah ?.” Dia membenarkan, membela dakwah Musa.  Allah swt telah menceritakan kisah dia membenarkan dakwah Musa ini dalam satu surah iaitu Surah Mukmin.  Dia menyokong dakwah Musa as, kemudian dia dakwah pula Firaun, “aku menyeru kamu kepada hidayat tapi kamu menyeru kepada api, hari ini kamu tidak dengar dakwah saya besok kamu akan ingat saya.”  Jadi Allah swt nukilkan, seorang yang bela ambia, kemudian dia dakwah kaum dia, Allah swt suka sehingga Allah swt ceritakan dalam al-Quran.  Kemudian Allah telah selamatkan orang mukmin tadi dan Allah telah binasakan Firaun dan keluarga dia.  Asyabul kahfi, mereka bukan nabi tetapi untuk selamatkan iman mereka telah keluar dan tidur dalam gua.  Allah swt turunkan satu surah yang namanya Surah Kahfi.  Tuan-tuan, mereka hendak selamatkan iman mereka pun Allah swt begitu suka dan Allah ceritakan dalam al-Quran.  Apakah martabat seorang yang keluar untuk selamatkan iman beribu-ribu manusia, apakah kedudukan martabat dia di sisi Allah swt. Tuan-tuan yang mulia, seorang hamba Allah yang soleh telah tanam harta dia dan dia buat satu dinding untuk simpan harta dia.  Tiba satu masa dinding itu runtuh kerana reput.  Allah swt perintahkan 2 Nabi iaitu Nabi Musa as dan Nabi Khidir as pergi tegakkan semula dinding tadi.  Ini baru seorang yang soleh yang simpan harta untuk anak dia yang masih kecil.  Bila anak dia besar dia boleh keluarkan harta tadi.  Kerana dia seorang lelaki yang soleh bukan dae lagi Allah telah hantar 2 orang Nabi untuk pelihara harta dia.  Kerana dia soleh maka Allah pelihara anak dia.  Bagaimana pula orang yang keluar dijalan Allah untuk sebarkan agama Allah untuk kehidupan manusia, adakah Allah akan jadikan dia fakir, Allah akan jadikan dia miskin.  Ini tidak mungkin kerana seorang yang hanya soleh Allah jaga harta dia untuk anak dia.

Tuan-tuan yang mulia, semut dia sampaikan seruan pada semut-semut yang lain.  Allah begitu suka dengan fikir semut itu sehingga Allah turunkan Surah Semut dalam al-Quran.  Kemudian kisah burung Hud-hud yang mana dia fikir untuk selamatkan satu kaum dengan Puteri Balqis. Allah amat suka dan Allah ceritakan kisah ini dalam al-Quran.  Tuan-tuan yang mulia, ini kerja tabligh.  Tabligh bukan satu jemaah, seluruh umat satu jemaah.  Kita kena letak seluruh umat depan kitadan kita ingin buat kebaikan pada seluruh umat.  Kita kena doa untuk seluruh umat.  Agama hidup disetiap rumah, syariat Nabi hidup disetiap rumah.  Ini keinginan kita. Keinginan kita supaya sunnah Nabi saw, agama Allah swt, fikir risau Nabi saw hidup disetiap rumah.  Seluruh umat adalah satu jemaah.  Kita jangan jadikan jemaah kita kecil.  Kita jangan pecah-pecah jemaah jadi kecil akan menyembelih umat ini.  Kita buang perselisihan, kita jadikan satu umat dan bangunkan umat bersama-sama dalam kerja Nabi saw.  Kita kena letakkan seluruh umat di hadapan kita supaya kita fikir untuk selamatkan seluruh umat. Seluruh umat ini adalah masalah kita.  Selagi taskil tidak sempurna tuan-tuan jangan bangun.  Siapa sedia 4 bulan bangun.




IJTIMAK TONGGI 2013
BAYAN TARGIB OLEH MAULANA SHAUKAT
PADA 11 JAN 2013 (10.30 PAGI)

Tuan-tuan yang mulia, usia umat ini kalau dibandingkan dengan usia umat-umat terdahulu paling banyak 100 tahun dan umat terdahulu ratusan tahun dan ada ribuan tahun usianya.  Sebab itu satu kali Musa as telah lalu dan melihat seorang ibu sedang menangis, maka Musa telah bertanya, “wahai ibu, mengapa ibu menangis ?.”  katanya  “anak kecil saya meninggal dunia.”  Musa as telah tenangkan dia, “kemana dia pergi, kamu akan pergi dan saya juga akan pergi.  Berapa umur anak kamu yang meninggal tu.” Dia kata, “200 tahun.”  Musa as begitu takjub kerana perempuan itu kata anaknya masih kecil tetapi umurnya 200 tahun. Satu masa, umat akhir zaman usianya 100 tahun, tetapi persiapan yang dia buat untuk 100 tahun seolah-olah dia tidak mati, seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya di dunia ini.  Allah swt telah beri perumpamaan ini iaitu umur yang pendik tidak tahu bila dia akan mati.Wanita tadi bertanya berapa umur mereka.  Musa as beritahu “kalau 100 tahun bermakna 70/80 tahun umur umat tersebut.” Kemudian wanita tersebut berkata, “kalaulah kami umur sepanjang itu kami hanya habiskan umur kami di bawah naungan sebatang pokok dan menyebukan diri kami dengan beribadat kepada Allah swt, kami tidak akan menyebukkan diri kami dengan membuat tempat tinggal dan sebagainya kerana umur yang diberi kepada kami begitu pendik.”

Tuan-tuan yang mulia, diantara banyak-banyak umat, umat ini Allah swt beri umur yang paling pendik sedangkan kerja dan tanggungjawab Allah beri begitu besar dibandingkan umat-umat yang lain.  Melihatkan umur yang diberi kepada umat ini begitu pendik dan tanggungjawab dan kerja yang diberi kepada umat ini begitu besar dan untuk kejayaan umat ini kerana medan usaha yang diberi kepada umat ini begitu luas dan untuk kejayaan kita Allah swt telah memberi tanggungjawab dan kerja ini dimana seseorang yang mengambil kerja ini dan melaksanakannya Allah swt akan memberi kejayaan kepadanya dalam kehidupan dunia dan selepas mati.  Begitu juga persinggahan-persinggahan selepas kubur sehingga akhirnya berada dalam syurga buat selama-lamanya.  Kerana kehidupan di dunia ini satu kehidupan yang pendik dan ringkas sedangkan kehidupan akhirat kekal untuk selama-lamanya.  Oleh kerana itu mengenai perkara ini Nabi saw mengatakan “orang yang cerdik dan orang yang bijak ialah orang yang dalam kehidupan dunia ini dia membuat persiapan untuk membina kehidupan akhirat.” Dalam satu hadis kudsi Allah swt berfirman maksudnya, “Aku adalah satu khazanah yang tersembunyi, apabila Allah swt berkehendak bahawa zatNya dikenali, diketahui maka Allah swt telah mencipta sekalian mahluk ini yang dengan mahluk ini kebesaran Allah swt, kudrat Allah swt dapat dikenali.”  Lantaran itu Allah swt telah mencipta berjenis-jenis mahluk yang tersebar diseluruh alam ini dan untuk memperkenalkan dan mengenali akan zat Allah swt, kebesaran dan kudratNya, Allah swt telah mencipta Adam as dan seterusnya anak cucu baginda.  Mereka ini iaitu manusia dengan perantaraan mahluk-mahluk yang ada mereka dapat mengenali keagungan dan kebesaran Allah swt.  Allah yang menciptanya, Allah Esa, tidak ada sekutu bagi Allah swt mencipta sekalian mahluk ini. 

Begitu juga dalam memberi rezeki kepada mahluk-mahluk ini, Allah swt Esa, tidak ada sekutu bagi Allah swt.  Dalam memberi rezeki Allah swt mengetahui kesediaan mahluk-mahluknya, mengetahui hajat dan keperluan mereka, dan Allah swt mengetahui apakah jenis rezeki yang sesuai dan layak untuk setiap mahluknya.  Dimana tempat mereka berada Allah swt dengan kudratnya berkuasa menyampaikan rezeki pada sekalian mahluk-mahluknya.  Allah swt juga pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi dan dengan kekuasaan dan kudratnya Allah swt mencipta segala jenis mahluk, tidak ada sekutu dalam penciptaanya, tidak ada sekutu dalam pemeliharaanya, tidak ada sekutu dalam memberi rezekinya, segala keperluan dan hajat mahluk-mahluknya.

Allah swt mencipta insan, mencipta manusia ini supaya mereka mengenali Allah swt dan mereka memperkenalkan Allah swt kepada manusia yang lain.  Daripada tanah Allah swt mencipta berbagai-bagai mahluk dan menyempurnakan berbagai keperluan.  Walaupun Allah swt mencipta sekalian mahluk, sekelian keinginan ini untuk kita mengenali Allah swt dan untuk kita perkenalkan Allah swt kepada manusia, pada masa yang sama dalam mahluk-mahluk tersebut Allah letakkan kesan menafaat dan mudharat, walaupun mahluk ini ada kesan-kesan tertentu yang Allah swt letakkan kepadanya, tetapi semua kekuasaan menafaat dan mudharat dalam genggaman dan kuasa Allah swt.  Semua mahluk ini dengan kesan-kesan yang ada pada mereka tidak boleh memberi apa-apa kesan kebaikan/menafaat atau kemudharatan melainkan dengan perintah daripada Allah swt.  Sekiranya sekalian mahluk ini dibuangkan akan perintah Allah swt daripada mereka, semua mahluk-mahluk ini akan menjadi timbunan-timbunan bangkai, kerana apa yang kita nampak menafaatnya atau mudharatnya bergeraknya sesuatu mahluk yang dicipta oleh Allah swt ini semata-mata kerana perintah dari Allah swt.  Sekiranya perintah Allah, zat yang khaiyum qoiyum/zat yang maha hidup, yang berdiri dengan sendiri dibuang daripada mahluk, mahluk tidak ada apa-apa, tidak boleh memberi menafaat atau mudharat hanya seperti bangkai sahaja.  Keyakinan inilah perlu ada dalam hati tuan-tuan dan semua manusia.  Pandangan manusia hanya tertumpu pada Allah swt dan mahluk-mahluk juga benda-benda yang Allah swt cipta bukan hak milik kita bahkan ia hanya pinjaman yang Allah beri pada kita, bila-bila Allah kehendak Allah ambil balik dan dalam benda-benda itu Allah beri kesan samada menafaat atau mudharat atau apa-apa kesan.  Inilahujian kepada kita.  Manusia ketika perlu tumpuannya kepada siapa ?, pada mahluk atau pada Allah swt.  Sekiranya ketika dia berhajat tumpuannya pada Allah swt, ini tanda iman.  Dengan iman kepada Allah swt dia menyakini yang menyempurnakan, menyelesaikan segala masalah ialah Allah swt.  Tetapi sebaliknya ketika keperluan, ketika berhajat pandangannya menuju kepada mahluk atau benda-benda, ini alamat syirik.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah, hidayat atau petunjuk mahluk-mahluk ini berada dalam genggaman atau kuasa Allah swt.  Begitu juga kesesatan didalam ganggaman dan kuasa Allah swt.  Semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul, ada riwayat 110 ribu, ada riwayat 124 ribu, ada riwayat 200 ribu telah diutuskan oleh Allah swt kemuka bumi ini.  Semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul berusaha bersungguh-sungguh dengan kemampuan yang mereka ada untuk memberi hidayat pada seseorang tetapi jika Allah tidak berkehendak, demi Allah dia tidak akan dapat hidayat.  Begitu juga jika Allah berkehendak untuk memberi hidayat pada sekalian mahluk ini tanpa pertolongan dan usaha seorang Nabi pun nescaya Allah berkuasa memberi hidayat pada sekalian mahluk.  Allah swt berkuasa atas segala-galanya. Allah swt mencipta sekalian mahluk dan meletakkan sifat-sifat di dalamnya tetapi semua sifat-sifat dan kesan tersebut dalam kekuasaan dan genggaman Allah swt.  Tidak keluar satu pun mahluk kerana kontrol dan kuasa dari Allah swt, semuanya berlaku dengan kehendak Allah swt semata-mata zat yang mematikan, menghidupkan.  Semuanya dalam genggaman Alalh swt, dalam kuasa Allah swt.  Seorang tidak akan mati atau tidak akan hidup melainkan dengan kehendak Allah swt.  Misalnya seorang mengambil keputusan hendak mati dengan membunuh diri, dia naik tingkat tinggi dan dia terjun, dia jatuh atas seorang penunggang basikal.  Penunggang basikal mati tetapi dia hidup, kerana Allah swt tidak hendak dia mati.  Semua mahluk dalam genggaman dan kekuasaan Allah swt, tidak ada satu pun yang terkeluar dari kekuasaanNya.

Baginda saw begitu berkeinginan yang bapa saudaranya dapat haidayat dan baginda begitu bersungguh-sungguh berusaha tetapi tidak ada habuan hidayat untuk bapa saudaranya Abu Talib, maka dia meninggalkan dunia dalam kufur kepada Allah swt.  Sedangkan dalam keadaan yang lain Wahsyi yang telah menombak Hamzah bapa saudara Nabi saw dan kemudian menyincang mayatnya.  Baginda saw begitu sedih dan bersumpah akan membunuh 70 orang sebagai balasan daripada seorang yang telah disyahidkan.  Kemudian Allah swt menurunkan ayat menegur baginda saw, mengapa 70, kalau hendak satu dibalas dengan satu dan kalau engkau boleh ampunkan adalah lebih baik bagi kamu.  Kehendak Nabi Wahsyi itu dibunuh sebagai ganti pembunuhan Hamzah r.hu, tetapi Allah swt hendak memberi hidayat pada Wahsyi sedangkan Nabi begitu berkeinginan bapa saudaranya dapat hidayat tetapi Allah tidak bagi hidayat. Hidayat dan kesesatan hanya di tangan Allah swt semata-mata. Atas maksud yang besar inilah iaitu untuk mengenali Allah swt dan memperkenalkan Allah swt kepada mahluk, Allah swt telah mengutuskan umat ini.  umat ini hakikatnya umat yang telah didoakan, diminta oleh Ibrahim as.  Baginda telah minta umat dan baginda telah minta kerja.  Kerja umat ini ialah menyambung kerja Nabi-nabi dan Rasul-rasul menyeru manusia kepada Allah swt.  Oleh itu baginda saw pernah menyatakan bahawa “aku adalah hasil doa daripada datuk ku Ibrahim as dan hasil dari basyarah berita gembira yang disampaikan oleh Isa as dan merupakan kebenaran mimpi yang telah dialami oleh ibu baginda saw diutuskan.” Sebagai Nabi daripada keberkatan doa Ibrahim as, umat ini juga telah diminta oleh Ibrahim as bertanggungjawab menyampaikan agama, memperkenalkan Allah swt kepada mahluk.  Oleh kerana itu segala kemampuan kita, segala kebolehan kita, kekuatan kita harus digunakan, dibelanjakan, dikurbankan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang saya dan tuan-tuan diberikan tanggungajwab tersebut supaya setiap daripada kita umat ini dan setiap manusia dapat mentaati perintah Allah swt.  Dapat menjalani kehidupan mereka dengan tuntutan agama.  Atas maksud inilah tuan-tuan yang mulia, kita harus menggunakan segala kemampuan, kebolehan yang ada pada kita untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan kepada kita.

Oleh kerana umat ini adalah umat yang dimohon, diminta oleh Ibrahim as, begitu juga Nabi saw adalah Nabi yang diminta oleh Ibrahim as.  Allah swt telah memerintahkan baginda saw mendidik dan mentarbiah umat ini juga atas mijaz, cara, pengurbanan Ibrahim as.  Oleh kerana itu Nabi saw telah mentarbiah para sahabat r.hu atas mijaz, sifat, cara dan pengurbanan Ibrahim as.  Segala kemampuan mereka, kebolehan mereka, harta mereka, semua digunakan untuk menyebarkan agama.  Jangan pandangan mereka tertumpu pada ladang-ladang mereka, kerja dan keperluan mereka tetapi tumpuan mereka ialah bagaimana untuk menyampaikan agama kepada manusia, memperkenalkan Allah swt kepada manusia.  Sahabat-sahabat r.hum menyertai jemaah yang dibentuk oleh Nabi saw.  Ada jemaah menunaikan solah, ada jemaah menunaikan Haji semata-mata tetapi mijaz mereka, tabiat mereka, sifat mereka adalah untuk menyampaikan agama. Sebagaimana beberapa sahabat Hadrat Ansar bin Rafik,  dihantar ke hujung Afrika.  Apabila sampai di Pantai Maldive, beliau telah mencecah masuk kelaut dan sampai air sehingga ke dada kudanya, dia mencabut pedangnya dan menggoyang-goyang ke udara dan berkata, “kalaulah aku tahu disebelah seberang sana ada lagi manusia-manusia nescaya aku akan membelah dada laut ini dan aku akan kesana untuk menyebarkan agama.”  Dengan jasbah dan semangat inilah umat ini ditarbiah.  Setiap para sahabat ra.hum mempunyai sifat dan tabiat ini iaitu mereka sedia kurbankan segala kebolehan mereka, kemampuan mereka, harta mereka, fikir risau mereka untuk menyebarkan agama kepada manusia.

Tuan-tuan yang dirahmati oleh Alalh swt, kita ini dicipta bukan seperti Yahudi, Nasrani yang sibuk mengisi perut mereka.  Oleh itu mengapa kita berusaha untuk kita nak makan.  Oleh kerana kita hendak makan kita kena berusaha seperti Yahudi dan Nasrani ?, itu bukan maksud kita, pada natijaknya inilah kesannya pada umat ini yang meninggalkan usaha dakwah, usaha Nabi saw dan kita telah menjadi hina,  sedangkan umat ini pada masa dahulu segala kekayaan dunia berada di bawah tapak kaki mereka dan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang tidak beriman pada Allah swt mereka adalah orang yang hina.  Orang-orang Islamlah yang telah memberi sedekah kepada mereka, usaha supaya mereka mendapat hidayat, memberi keperluan kepada mereka, memberi keamanan kepada mereka.  Tetapi oleh kerana umat ini telah meninggalkan tanggungjawab mereka, orang yang dahulunya kita memberi sedekah kepada mereka, pada hari ini kita pula berada di bawah kekuasaan mereka dan kita meminta-minta kejayaan, harta dan kemuliaan daripada mereka.  Keadaan telah menjadi terbalik kerana umat ini telah meninggalkan tanggungjawab membuat usaha agama yang menjadi maksud Allah swt cipta mereka.

Tuan-tuan yang mulia, keadaan umat dari hari kehari menjadi semakin lemah, lantaran itu kita lihat diseluruh dunia umat ini dalam kehinaan.  Mereka bukan tidak ada dunia, tetapi kerana dunialah mereka menjadi hina.  Sebenarnya kehinaan umat ini  adalah kerana mereka telah menyimpang dari jalan yang Nabi saw telah mentarbiahkan sahabat r.hum.  hanya senya dengan cara inilah Allah swt akan memberi kemuliaan kepada umat ini.  Umat ini jangan mereka terpesung dengan para politik berhubung hukum Allah, “katakanlah jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, isteri kamu, harta kamu, rumah kamu lebih kamu suka daripada kamu berjihad dijalan Allah swt, kamu tunggu, Allah swt akan datangkan azabnya.”  Oleh itu tuan-tuan, umat ini tidak mampu untuk keluar daripada kehinaan pun.  Usahalah dengan cara apa pun melainkan kembali kepada tarbiah yang baginda saw telah tarbiahkan umat ni.  Kita harus bertaubat pada Allah swt dan berazam kita akan mengambil tanggungjawab kerja ini dan laksanakan sebaiknya tanggungjawab ini dan dengan ini pasti Allah swt menerima taubat kita.  Kita juga bertaubat dari dosa-dosa kita, sebesar mana pun dosa kita lakukan pintu keampunan Allah swt sentiasa terbuka.  Allah swt sedia menerima bila-bila masa hambanya bertaubat padaNya.  Walaupun hari ini orang-orang akan menolak dari pintu-pintu mereka tetapi Allah swt tetap menerima dan membuka pintu rahmatNya kepada kita. Sesetengah keadaan pula seorang ibu begitu marah kepada anaknya, tertutup pintu kemaafan dari pihak dia tetapi Allah swt, bagaimana pun keadaan hamba mengingkari perintahNya tetapi apabila kembali kepada Allah, bertaubat kepada Allah swt pasti Allah swt mengampunkan dosa-dosanya.

Tuan-tuan yang mulia, kita perlu ada keazaman kepada Allah swt untuk kembali kepada usaha agama dan hanya dengan cara inilah Allah swt akan memberi kejayaan dan kemuliaan kepada kita.  Sekiranya kita mencari selain daripada cara Nabi saw untuk berjaya pasti kita tidak akan berjaya bahkan kita akan mendapat kehinaan.  Ini adalah janji Allah swt, “kemuliaan itu  hanya bagi Allah swt, bagi Rasulnya dan bagi orang mukmin yang beriman pada Allah swt dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama, sekali-kali ia tidak akan diterima  dan dia dikalangan orang-orang yang rugi.”  Oleh itu jalan kejayaan hanyalah agama, buat usaha agama dan disitulah Allah swt memberi kejayaan kepada kita sekalian.  Sedia ?......insyaAllah.

Sebenarnya kita orang-orang mukmin, setiap detik berlalu, setiap nafas kita bernafas, setiap titik darah yang mengalir dalam tubuh kita, setiap langkah yang kita langkah hanya senya untuk meninggikan kalimah Allah swt.  Hidup kita, mati kita hanya untuk agama Allah swt.  Oleh kerana itu yang telah lalu kita bertaubat pada Allah swt tetapi untuk masa akan datang hari ini kita berazam untuk buat usaha Nabi saw, pergi kepelusuk dunia, sedia pergi kemerata tempat untuk bawa agama Allah swt. Oleh itu kita kena azam keluar tunai 4 bulan dijalan Allah swt, untuk hidupkan usaha baginda saw.  semua sedia ?.......INSYAALLAH.

































IJTIMAK TONGGI 2013
BAYAN ASAR OLEH MAULANA ZUBER
PADA 11 JAN 2013

Tuan-tuan yang mulia,  selain dari agama tidak ada cara lain, selain dari agama tidak ada maksud lain, selain dari cara Nabi saw tidak ada kejayaan.  Mereka yang meninggalkan agama dan mengejar cara lain maka orang itu akan berada dalam kerugian yang besar.  Dalam al-Quran ada diberitahu maksudnya, “selain daripada agama mereka berusaha atas benda yang lain maka ia akan mendapat kerugian yang besar, ia akan mendapat kegagalan di dunia dan mendapat kegagalan di akhirat.” Agama bukanlah kita kena buat beberapa perkara malah deen adalah nama kepada mengikut segala perintah Allah dengan cara yang ditunjuk ajarkan oleh Nabi saw, maka inilah agama.  Apakah agama ?,  iaitu kita menundukan segala badan dan jasad kita di hadapan Allah swt dan kita menjalani kehidupan kita sesuai dengan perintah Allah swt dan cara yang ditunjuk ajar oleh Nabi saw.  Setiap dari kita perlu menenguk apakah hukum Allah dan apakah yang diajar oleh Nabi saw.  Walaupun amal yang kita lakukan itu kecil tetapi  kita buat ikut cara Nabi saw ia akan jadi agama, ada nilai, ada harga dan kita akan dapat sesuatu daripadanya.  Jika kita buat sesuatu amal yang besar sekali pun tetapi kita tidak buat dengan cara Nabi saw, kita buat ikut nafsu kita sendiri maka ia tidak akan ada harga di sisi Allah swt dan tidak bernilai di sisi Allah swt.

Agama sangat mudah, dan menjalankan atas agama sangat mudah dan menjadikan agama dalam kehidupan kita juga sangat mudah. Agama adalah mudah tetapi mudah untuk siapa ?, iaitu untuk mereka yang ada keazaman dan keagungan agama dalam dada.  Jika dalam dada seseorang ada keazaman dan keagungan agama, dia yakin ada kejayaan dalam agama, bagi dia adalah senang untuk mengamalkan agama dalam kehidupannya tetapi jika dalam dada seseorang tidak ada keazaman dan keagungan agama, dia tidak yakin ada kejayaan dalam agama maka untuk mengamalkan agama dalam kehidupannya menjadi susah.  Hari ini manusia lebih suka kepada dunia, sebab itu dalam menjalani kehidupan ini mereka letakkan dunia di hadapan mereka dan meminggirkan agama.  Menjalani kehidupan mengikut nafsu adalah asbab kerugian kita.  Di sisi Allah swt dunia ini tidak ada nilai.  Kalau ada nilai di sisi Allah swt sudah tentu Allah swt tidak akan bagi air walau seteguk pun kepada orang kafir.  Jadi, apa yang bernilai di sisi Allah swt ialah agama.  Hari ini kita sangat lalai dalam menjalani kehidupan beragama dan ini adalah asbab kerugian kita, kegagalan kita dan asbab kita tidak mendapat kejayaan di sisi Allah swt.  Kita menjalani kehidupan dunia dengan sibuk mengumpul kekayaan harta, kekayaan dunia tetapi apabila Malaikat Maut datang mengambil nyawa kita semua benda-benda ini akan kita tinggalkan di dunia ini, ia tidak akan dibawa bersama kita dalam kubur.  Sebab itu harta benda dunia tidak ada nilai di sisi Allah swt.  Perkara yang akan ikut kita hingga ke kubur ialah deen atau agama.  Jika kehidupan kita di dunia berasaskan agama dan untuk meredhakan Allah swt maka kita akan mendapat kehidupan yang tenang di atas dunia ini dan Allah swt akan beri penghargaan kepada kita di akhirat nanti dan penghargaan yang paling utama ialah Allah swt redha dengan kita.  Keredhaan Allah swt ini adalah nikmat yang paling besar sekali.

Tuan-tuan yang mulia, jika kita leka terhadap agama maka kita akan menghadapi masalah yang besar di akhirat nanti.  Masalah di akhirat adalah masalah yang besar, disana kita akan berasa menyesal, kerugian tetapi segala penyesalan dan tangisan di sana tidak ada harga.  Di sana ialah hari untuk mendapat balasan atas apa amalan kita di dunia ini.  jika seorang itu menangis di hadapan Allah swt dan minta Allah kembalikan dia kepada kehidupan dunia, dia berjanji untuk buat amal, sembahyang tetapi dia tidak akan dikembalikan lagi.  Sekali dia telah meninggalkan dunia dia tidak akan dikembalikan.  Tidak ada seorang pun yang akan tinggal di dunia selama-lamanya. Selepas pergi dia tidak akan kembali.  Kehidupan yang sebenar ialah kehidupan selepas mati.  Satu hari kematian akan menjemput kita dan kita akan meninggalkan dunia yang fana ini.  Kerosakan yang berlaku di dunia ini adalah disebabkan kerosakan amal-amal manusia.  Jika amal manusia rosak maka keadaan yang turun dari Allah swt juga rosak dan fasad.  Jadi, kefasadan dan kerosakan bukan berasaskan benda-benda di dunia ini malah ia adalah disebabkan amal-amal yang keluar dari badan-badan manusia.  Allah swt telah buat keputusan bahawa keadaan yang turun dari langit adalah berdasarkan amalan manusia.  Sekiranya amalan manusia itu baik mengikut perintah Allah swt dan mengikut sunnah yang diajar oleh Nabi saw, maka keadaan akan turun mengikut amalan yang dibuat oleh manusia tadi.  Sekiranya manusia menjalankan kehidupan mengikut hawa nafsu dengan melanggar hukum hakam Allah swt maka keadaan juga turut rosak dan fasad dan dihari dimana mata kita akan tertutup dan nafas akan terhenti disitu kita akan melihat segala-galanya.  Apakah keputusan Allah swt, ganjaran dan balasan dari Allah swt.  Allah swt akan bungkarkan pada ketika itu, jika dia membuat amalan baik semasa di dunia maka balasan baik akan di perolehinya tetapi jika dia membuat amalan yang rosak di dunia matanya akan menyaksikan apa balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukannya.

Seramai mana ambia as yang telah datang ke dunia ini semuanya mengatakan, “wahai manusia, binalah kehidupan akhirat kamu, beribadatlah pada Allah yang satu, yakinlah pada Allah yang satu, tunduklah kepala kamu di hadapan Allah swt, kamu akan mendapat kejayaan di dunia ini dan kejayaan di akhirat.”  Barangsiapa yang tunaikan perintah Allah swt maka dia akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.  Barangsiapa hidup di dunia engkar dengan perintah Allah dan mengikut hawa nafsu, di dunia lagi Allah telah gagalkan dia dan terus gagal dikehidupan akhirat.  Semua ambia as yang datang ke dunia ini mendakwahkan perkara yang sama, ‘yaaiyuhannas qulu Laillahaillallah tuflihun,’ – wahai manusia yakinlah pada Allah swt, dia adalah mahbub yang hakiki, tunduklah kepala kamu kepadanya dan menjalani kehidupan mengikut perintahnya nescaya Allah swt bagi kejayaan kepada kamu.  Allah swt akan cahayakan kehidupan kamu di dunia dan akhirat dan akhir sekali telah datang Nabi Muhammad saw, baginda juga telah membuat dakwah yang sama mengajak manusia kepada Allah yang Esa. Bagi mereka yang mengikut perintah Allah dan dengan apa yang telah ditunjuk ajar oleh Nabi saw maka Allah swt beri kejayaan di dunia ini dan kejayaan di akhirat kelak.  Maka untuk itu tuan-yuan yang mulia, Allah telah bagi tanggungjawab kepada umat ini. Allah swt berfirman maksudnya,“wahai manusia hendaklah kamu membuat amal mengikut perintah Allah dan hendaklah kamu membetulkan amalan-amalan manusia.” Oleh itu kerja kita ialah buat usaha, mujahadah dan kerja Allah swt akan menzahirkan Nabi dan jannati. Allah swt adalah zat yang Ar-hamar rohimin, Allah tidak akan mensia-siakan usaha sesiapa di atas buka bumi ini.  Untuk itu setiap saat indvidu daripada umat ini bertanggungajwab untuk mengajak setiap manusia membuat usaha agama dan membuat amal dakwah supaya mereka juga terbentuk kehidupannya di dunia ini dan terbentuk kehidupan di akhirat kelak.

Tuan-tuan yang mulia, dengan keberkatan Nabi saw, Allah swt telah beri tanggungajwab usaha dakwah dan tabligh ini pada setiap umat.  Sekiranya umat ini menjadikan kerja ini sebagai maksud kehidupan mereka, menganggap kerja ini adalah kerja yang asal dan menyibukkan diri dalam usaha agama ini.  jika sekiranya kita menganggap kerja nombor dua dan kita leka daripada amalan-amalan akhirat maka kita berada dalam kerugian dan kegagalan yang nyata. Amalan-amalan agama ialah dakwah, apakah dakwah ?, iaitu kita hendak memasukkan, menguatkan keimanan kita dengan kita membayangkan dan menjelaskan  akan kebesaran Allah swt.  Cakap tentang kebesaran Allah swt, bercakap lagi dan lagi sehingga perkara itu turun dalam hatinya, kemudian akan keluar segala kebesaran mahluk dari hatinya dan mula yakin kepada kebesaran Allah swt, yakinnya akan bertambah kepada zat Allah swt.  Bila Allah ingin membuat sesuatu, Allah swt akan buat dengan kudratNya.  Sebelum ini pun Allah swt telah buat dengan kudratNya, sekarang juga Allah swt buat dengan kudratNya dan masa akandatang pun Allah swt buat dengan kudratNya.  Semuanya berada dalam tangan Allah swt.  Sebanyak mana kita bercakap kebesaran Allah maka sebanyak itulah kebesaran Allah swt akan masuk dalam hati kita.  Sebanyakmana kita bercakap tentang mahluk maka sebanyak itu ketakutan tentang mahluk masuk dalam hati kita dan kebesaran Allah akan hilang dari hati kita.  Maka kebesaran mahluk, ketakutan pada mahluk semakin hari semakin bertambah dalam hati kita dan kebesaran Allah swt terus hilang dalam hati kita.  Oleh itu kita kena cakap tentang kebesaran Allah swt lagi dan lagi.

Inilah iman yang dimatlobkan, inilah iman yang dimaksudkan yang mana Allah swt telah menjadikan kejayaan kepadanya.  Jika iman kita kuat maka dalam keimanan kita akan wujud roh, dan dengan sebab itu amalan kita akan jadi soleh, akan jadi betul.  Hari ini iman kita dan amalan kita rosak.  Setiap amal yang keluar dari badan kita adalah amalan yang rosak.  Amalan kita penuh dengan nafsu syaitan.  Apa yang datang dalam hati kita dan terlintas dalan hati itulah yang kita buat.  Ini bukanlah kejayaan.  Kejayaan ialah kita buat amalan mengikut perintah Allah swt dan sunnah Nabi saw, hanya untuk meredhakan Allah swt dan tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan Allah swt.  Hari ini iman kita sangat lemah, sangat dhaif sebab itu kehidupan kita tidak mengikut perintah Allah hanya mengikut hawa nafsu kita.  Setiap amalan yang dibuat mengikut hawa nafsu tidak akan mendapat kejayaan dan tidak pernah mendapat kejayaan.  Oleh itu amalan yang keluar dari jisim-jisim kita perlulah amalan yang diredhai oleh Allah swt, amalan yang disukai oleh Allah swt iaitu mengikut cara Nabi saw dan amalan-amalan inilah yang memberi kita kejayaan di dunia dan akhirat.

Oleh itu tuan-tuan, kita hendaklah membina atau takluk hubungan kita dengan Allah swt.  Hari ini benda apa yang kita sebut, kita zikir, kita tazkirah maka benda itulah yang akan masuk dalam hati kita dan kita akan mahabbah atau cinta pada benda-benda tadi.  Setiap apa yang kita cinta apabila kita sebut namanya akan menjadi lazat.  Maka inilah maksudnya, supaya kita zikir ingat pada Allah swt, supaya kita sebut nama Allah swt, disitu ada kelazatan dan takluk kita bertambah dengan Allah swt dan hubungan kita selain daripada Allah terputus.Hanya takluk dan hubungan dengan Allah swt sahaja yang tersemat dalam hati kita.  Kita juga hendaklah berusaha menjadi orang yang menunaikan hak-hak saudara muslimin kita.  Sebanyak mana kita jaga hubungan ini maka sebanyak itulah amalan-amalan kita akan terpelihara.  Dengan usaha dakwah ini juga akan keluar cahaya dari amalan-amalan yang kita buat.  Sekiranya kita tidak jaga hukum mughibat atau hak-hak hamba Allah ini maka hak kita dengan Allah swt juga tidak sempurna.  Oleh itu kita hendaklah menjaga hak-hak kita dengan saudara kita, hendaklah kita kasih mengasihi sesama kita, tolong menolong sesama kita.  Dengan itu kita kasih saudara kita.  Bersihkan hati kita dari rasa cemburu dan kebencian, kita buat semua ini hanya untuk mendapat keredhaan Allah swt bukan untuk mendapat sesuatu dari dunia ini, hanyalah untuk meredhakan Allah swt. Maksud kita hanyalah satu iaitu Allah redha pada kita, Allah suka pada kita.  Jadi, setiap amalan yang kita buat walaupun kecil tetapi amalan itu amat berharga di sisi Allah swt.  Dengan ini Allah swt akan beri sesuatu kepada kita.  Seorang yang buat amalan tanpa ikhlas, tanpa meredhakan Allah swt maka amalannya tidak ada harga di sisi Allah swt.  Malah takut-takut amalan itu menjadi asbab azab dari Allah swt.

Tuan-tuan mestilah ada niat untuk buat kerja ini dengan diri kita sendiri dan kita hendak bawa saudara-saudara kita buat usaha ini.  inilah maksud usaha Nabi saw kerana manusia ada 2 nisbah. 
a.      nisbah dia sebagai hamba Allah
b.      nisbah dia sebagai umat Nabi saw. 
jadi, kita buat amalan dengan diri kita sendiri, ini adalah nisbah kita dengan Allah swt.  Kita jumpa setiap manusia dan fahamkan mereka tentang kerja Nabi saw dan kita buat kerja ini sedaya upaya, natijahnya bukan ditangan kita, natijah atau keputusan adalah ditangan Allah swt.  Kita hanya sekadar membuat kerja mengikut tatacara yang telah ditunjuk ajar kepada kita tetapi keputusannya ada ditangan Allah swt.  Sebanyak mana majma yang hadir pada hari ini perlu azam dan iradhah insyaAllah kita akan jadikan kerja ini maksud hidup kita dan kita akan jadikan usaha agama ini kerja nombor satu kita dan jadikan kerja dunia sebagai kerja nombor dua kita. Bila kita pergi dari dunia ini Allah swt akan bangkitkan kita dengan orang yang beragama dan membuat usaha agama.  Kenikamatan ini akan diberi oleh Allah swt kepada orang yang mengamalkan agama.  Apa sahaja amalan baik yang kita buat pada orang lain di dunia ini, kesannya akan datang pada diri kita sendiri.  Begitu juga apabila kita membuat perkara yang buruk kepada orang lain, pada hakikatnya kita sedang membuat perkara yang buruk itu terhadap diri kita sendiri.  Menafaat yang paling utama kepada umat ini ialah kita selamatkan semua umat ini daripada terjerumus masuk neraka jahanam dan masuk ke syurga Allah swt.  Ini adalah menafaat yang paling utama dan paling sempurna sekali.

Untuk itu kita kena iktimam dan sungguh-sungguh doa pada Allah, “wahai Allah, Engkau kabulkanlah amalan semua umat manusia untuk usaha ini dan Engkau kekalkan kami dalam usaha ini hingga akhir hayat kami.”  Allah swt akan balas setiap amalan kita.  Usaha agama yang kita buat melalui usaha dakwah hari ini perlu kita sertakan dengan doa pada Allah swt.  Natijah usaha yang kita buat pada siang hari Allah akan zahirkan pada waktu malam bila kita berdoa pada Allah swt.  Bila kita buat usaha agama pada siang hari ia akan memberi roh atau kekuatan pada doa kita pada waktu malam. Hari ini hari jumaat, waktu asar sebelum matahari jatuh Allah terima doa kita.  Diharap semua majma duduk dengan tawajjuh pada Allah swt, minta pada Allah swt kerana kita tidak tahu permohonan siapa Allah swt akan buka pintu kepadanya.  “Ya Allah, Engkau terimalah kami untuk usaha ini.  ya Allah Engkau terimalah individu setiap dari umat ini dan apa-apa halangan daripada usaha ini ya Allah, Engkau hilangkanlah halangan tersebut, ya Allah, bukakanlah pintu hidayat seluruh alam.”  InsyaAllah, Allah swt akan buka pintu hidayat dan pintu rahmat.  Dengan usaha yang kita buat hari ini, Allah akan membalas dengan memakbulkan permintaan kita, jadi kita minta hidayah untuk seluruh umat.  Kita juga mohon supaya takluk dan hubungan kita dengan Allah swt terus bertambah.  Kita minta pada Allah swt supaya Allah beri kita ketaatan pada Allah swt selaras dengan apa yang ditunjuk ajar oleh Nabi saw.
IJTIMAK TONGGI 2013
BAYAN MAGRIB OLEH MAULANA SAAD
PADA 11 JAN 2013

Sahabat Abdullah bin Khuzaifah r.hu telah ditawarkan supaya meninggalkan agama  Islam dan masuk agama Nasrani dengan diberi ganjaran separuh daripada negara Rom di serahkan pada sahabat untuk diperintah.  Tetapi oleh kerana dia buat dakwah agama, bukan setakat Kerajaan Rom tetapi sekali dengan Kerajaan Arab pun dia tidak sedia tinggalkan agama dan untuk murtad sekelip mata pun tidak sedia.  Raja kata, “aku akan bunuh kamu.”  Dia jawab, “silakan,” Raja mengarahkan supaya masak air panas dan seorang daripada tentera dia telah dicampak dalam air panas tersebut dan syahid. Dia melihat, Raja Rom kata, “awak pun akan dicampak dalam air panas itu.” Sahabat menangis, Raja tanya “kenapa kau menangis adakah kamu takut,”  dia menjawab, “aku bukan takut kerana dicampak dalam air panas tetapi aku menangis kerana nyawa aku hanya ada satu sahaja yang boleh dikurbankan dijalan Allah swt, kalaulah nyawa aku ada sebanyak bulu-bulu roma di tubuh badan ini akan aku kurbankan satu persatu untuk agama Allah.”  Kesan daripada kisah ini, apakah sebabnya yangmenyebabkan Raja-raja, pemerintahan yang besar tidak dapat faham keadaan tersebut.  Sebabnya ialah kerana umat ini dan sahabat r.hum telah bergerak dengan penuh semangat dan istiqamah untuk menyebarkan agama menyebabkan agama datang dalam kehidupan mereka.  Mereka keluar menyebarkan agama dengan jasbah baginda saw dan sahabat r.hum.  Apabila roh Islam tidak dakwah kepada kebenaran mereka akan menjadi lemah apabila bertentangan dengan kafir, kerana untuk hidayat umat ini dan tarbiah umat ini ialah dengan dakwah illallah. Allah swt ada menyebut dalam al-Quran dengan jelas dan nyata, “siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyeru kepada Allah swt.”  Orang yang menyeru manusia kepada Allah, dialah agama yang terbaik iaitu dalam akidah, sunnah, muasyarah Nabi, muamalah Nabi, amalan Nabi, akhlak Nabi, pengurbanan Nabi.  Daripada semua sudut seorang Islam itu dapat bawa perkara ini dalam ia buat dakwah dan amal.

Ulamak berpendapat bahawa dalam setiap sudut orang Islam itu dapatambil iktibak dalam menyempurnakan perintah Allah swt, dia telah serahkan dirinya pada perintah Allah swt, dengan tidak ada keinginannya sendiri, dengan caranya sendiri.  Dia serahkan dirinya pada Allah swt, orang yang menyempurnakan seratus peratus perintah Allah swt. Allah swt berfirman kepada Ibrahim as maksudnya, “serah diri”, Jawab Ibrahim as, “aku telah serah diri aku kepada pentadbir sekalian alam.” Tuan-tuan yang mulia, pada zaman ini setiap orang fikir mengapa agama terkeluar dari kehidupan manusia.  Apakah cara untuk datangkan agama dalam diri kita.  Pada zaman ini setiap orang cuba fikir cara-cara baru.  Mereka adakan mesyuarat untuk mereka atau mencipta cara-cara baru.  Ini jelas dan nyata seperti yang dikatakan oleh Imam Malik rah. “umat akhir ini tidak dapat diperbaiki selagi umat ini tidak buat sepertimana umat yang awal dahulu lakukan.”  Selagi umat ini secara ijtimae tidak menyeru kepada Allah, dia tidak merasa ini satu kepentingan/kefardhuan pada dia, dia tidak kembali pada cara tersebut. Kalaulah kamu jadikan perniagaan maksud kamu, sibuk dengan ladang sebagai maksud kamu, dan tinggalkan usaha agama sebagai maksud kamu, Allah swt akan timpakan kehinaan kepada kamu sehingga kamu berbalik kepada agama kamu.  Oleh kerana itu berbagai pandangan, buah fikiran, cadangan untuk membawa agama dalam kehidupan manusia.  Untuk datangkan agama sebabnya dengan dakwah dan untuk kekalkan agama dalam diri pun sebabnya dakwah.  Ini satu hakikat, ini satu fitrah manusia.  Sesuatu yang manusia usaha secara fitrahnya dia akan cinta dengan perkara tersebut.  Seorang peniaga tentu dia tidak sanggup melihat kedainya mengalami kerugian, kilangnya rugi kerana terbakar atau pemerintah tidak sanggup melihat kerajaannya runtuh, ini kerana kemampuannya digunakan untuk perkara tersebut.  Fitrah manusia dia tidak mampu melihat kerosakan kepada benda yang dia usahakan.

Oleh itu, tuan-tuan yang mulia, kita kena buat satu keputusan bahawa kita kena tentukan hala tuju kita. Firman Allah yang maksudnya “orang yang berusaha dengan cara yang Aku inginkan, cara agama Aku.”  Apakah yang dianggap sebagai usaha ?, iaitu cara Nabi, cara sahabat dengan semangat tersebut membawa agama kepada seluruh manusia.  Setiap zaman Allah swt bagi hidayat, begitulah pada zaman sahabat r.hum. Allah telah tentukan kaedah tersebut dan Allah telah buat keputusan cara untuk mendapat hidayat.  Tetapi cara dan usaha tersebut telah keluar daripada umat.  Cara usaha yang asal inilah hidayat akan datang pada manusia.  Hari ini orang Islam tinggalkan agama, sebabnya samada ia suka pada kehidupan orang kafir atau pun dia takut pada orang kafir.  Kalau pun dia suka atau takut dengan orang kafir, mengapa dia tidak dakwah mereka kepada agama.  Orang Islam apabila dia didakwahkan agama kepada orang lain, dakwahkan kebenaran, dakwah kepada hak, Allah akan beri kekuatan untuk amalkan agama, walaupun menghadapi berbagai ujian dia dapat amalkan agama.  Allah swt akan istiqomahkan dia, sebab itu dibagi contoh Abdullah bin Khuzaifah r.hu dalam keadaan takut dimana kawan-kawannya telah dicampak dalam air yang mendidih.  Abdullah bin Khuzaifah r.hu menangis bukan kerana takut tetapi kerana Allah swt bagi satu nyawa sahaja kepada dia.  Semangat ini Allah bagi kerana istiqomahnya dalam dakwah hak,  hak kepada kebenaran.

Satu perkara yang amat malang dalam diri orang Islam ialah semangat untuk usaha atas iman telah hilang.  Akhir umat ini tidak akan jadi betul melainkan dengan usaha yang dilakukan oleh umat diawal.  Agama dengan segala hukum-hukumnya, segala sunat-sunatnya dan dengan cara muamalah dan muasyarahnya yang telah hidup di Madinah Munawarah pada masa dahulu, yang menjadi satu contoh yang mana sahabat hendak belajar agama datang ke Madinah.  Apakah asasnya ?.  asasnya ialah sahabat-sahabat menganggap untuk mempelajari iman satu kerja yang tersendiri tetapi hari ini seorang pun tidak menganggap usaha atas iman ini bukan satu kerja/usaha bahkan mereka menganggap cukup mereka telah dilahirkan sebagai orang Islam. Allah swt berfirman, “wahai orang beriman, berimanlah kamu.” – ‘yaaiyuhallazi naamanu aminu’.  Di masjid-masjid mereka wujudkan halaqah-halaqah iman.  Sahabat-sahabat pergi keluar masjid panggil orang masuk masjid.  Hari ini perlu saya bagi tahu orang Islam menganggap dakwah iman ini untuk orang bukan Islam sahaja.  Sahabat r.hum usaha dikalangan sahabat. Atas tajuk ‘untuk mempelajari iman’ mereka berkumpul di masjid. Atas maksud ‘kumbina’, datang bersama-sama kami, ‘saasaatan’ – datang bersama kami, ‘izlis’ – duduk dengan kami.  Ia bukan seorang sahabat bahkan ramai sahabat-sahabat berkumpul di masjid.  Mereka jumpa orang di luar masjid dan bawa ke masjid.  Kita juga atas sebab yang sama, maksud yang sama berkumpul di masjid untuk mempelajari iman.  Usaha ini telah hilang dari umat ini walhal usaha ini dapat mengubah yakin seseorang.  Ini disebabkan yakin dengan perniagaan, yakin dengan mahluk boleh buat sesuatu kerana usaha di masjid tidak ada.  Sedangkan dengan halaqah-halaqah iman di masjid seseorang dapat meyakini kudrat dan kebesaran Allah dalam hati dan meyakini Allah yang memberi rezeki selain daripada Allah tidak boleh beri rezeki. Untuk latihan iman inilah masjid dibina dan kita jumpa orang di luar masjid dan bawa ke masjid.  Abdullah bin Rawahah r.hu, Muaz bin Jabal r.hu, Abu Hurairah r.hu, amalan harian mereka ialah mengujudkan halaqah-halaqah iman dan mereka pergi keluar masjid panggil “mari datang ke masjid duduk seketika kita beriman.”

Hari ini kita begitu jauh dengan cara sahabat dan kita lupa usaha tersebut.  Orang yang buat usaha pun ada perselisihan. Dia kata ‘perlu ke dibawa ke masjid ?”, dia kritik “orang buat macam ini ke hendak belajar iman ?”.  ini sahabat-sahabat bukan orang tabligh. Umar r.hu berkata, “aku wujudkan halaqah iman di masjid, aku kumpulkan kamu supaya iman aku pun bertambah.”  Kita tinggalkan asbab untuk wujudkan iman.  Bagaimana usaha para sahabat, ini bukan satu istihar, saya atau siapa-siapa, bahkan inilah amalan para sahabat, Abdullah bin Rawahah berkata, “datanglah seketika ke masjid kita duduk”, ini amalan sahabat, Ubai bin Kaab r.hu, Muaz bin Jabal r.hu seorang ulamak pun panggil sahabat-sahabat yang lain datang ke masjid untuk duduk dalam halaqah-halaqah iman.  Tuan-tuan yang mulia, kita ada tanggungjawab, kita hendak bawa usaha dan hendak hidupkan cara Nabi saw dan sahabat-sahabat ke seluruh dunia.  Perkara yang pertama sekali ialah kita hendak usahakan cara yang telah keluar daripada umat iaitu cara hendak belajar iman dimana para sahabat telah jumpa orang di luar masjid dan bawa ke masjid.  Mafhum Hadis, “atas maksud untuk mempelajari iman, dalam masjid difahamkan tentang kebesaran Allah, kudrat Allah, nikmat-nikmat Allah.”  Dalam halaqah iman disebut nikmat-nikmat Allah kerana dalam halaqah tidak ada dicerita kebesaran pemerintah atau peniaga berbincang mengenai perniagaan.  Apabila Muawiyah r.hu masuk ke dalam masjid didapati ada halaqah, dia bertanya “kau buat apa ni ?,”  mereka menjawab “kami sedang muzakarah nikmat-nikmat Allah.”  Dia dengar dalam masjid ada cerita akhirat, cakap tentang kebesaran Allah, perintah Allah, mengenai syurga, neraka, nikmat-nikmat Allah.  Imam Nawawi rah telah nukilkan perkara ini. Maksud halaqah iman inilah diceritakan kebesaran Allah, nikmat-nikmat Allah. Kemudian Muawiyah r.hu berkata, “aku bertanya dengan kamu bukan kerana buruk sangka dengan kamu.”  Mereka bercerita, “satu hari kami sedang duduk seperti ini dalam masjid dan tiba-tiba Nabi saw datang, Nabi bertanya, kamu buat apa, kami kata, kami sedang muzakarah kebesaran Allah, nikmat-nikmat Allah,” Nabi sabda “aku bersumpah untuk itu sahaja kamu duduk ?,”  kami kata “Ya”, kemudian Nabi saw bersabda, “alangkan baiknya kalau kamu nampak satu pintu yang Allah baru buka sekarang, Allah amat berbangga atas para malaikat.”

Saya beritahu perkara ini kepada tuan-tuan kerana amalan ini bertepatan dengan sirah Nabi saw.  Bagaimana untuk ubah keyakinan daripada yang rosak kepada yang betul dengan cara Nabi saw dan sahabat r.hum.  Ghast atau jaulah daripada sahabat kepada sahabat. ‘kumbina’, mengajak sama-sama.  Berapa banyak jemaah yang berada di sini, saya sarankan kita bawa masjid kita kepada amalan Masjid Nabawi.  Bila dakwah hidup, agama juga akan hidup kerana kita perlu bawa manusia dari suasana di luar masuk dalam suasana masjid. Tuan-tuan yang mulia, dalam halaqah iman apa yang disebut ?,  dalam Hayatus Sahabah, Maulana Yusuf rah telah sebut bahawa halaqah iman untuk mendustakan dengan mata bahkan meyakini janji-janji Allah swt.  Maksud halaqah iman dalam Hayatus Sahabah, Maulana Yusuf rah telah terangkan bahawa untuk menafikan musyahadah, meyakini kebesaran Allah swt.  Ini adalah latihan iman.  Jika orang bertanya “perlu ke kita buat macam ini ?,”  kita mesti jawab “ya perlu.”  Imam Nawawi rah dalam Sahihnya telah sabitkan bahawa dengan mengujudkann halaqah-halaqah iman akan menguatkan iman dan beliau telah membawa riwayat Muaz bin Jabal r.hu, “datanglah bersama kami, duduklah seketika muzakarah iman.”  Kita faham bahawa ghast kita adalah seumpama ghast sahabat r.hum untuk bawa orang luar masjid kepada suasana masjid, dari suasana yang bertentangan langsung kepada suasana masjid yang menceritakan kebesaran Allah, Allah yang buat segala-galanya.  Maulana Ilyas rah berkata, kalau hendak beri nama usaha ini, dia akan beri nama Tahrikul Iman.  Kita perlu gerakan untuk mengubah iman.

Tuan-tuan yang mulia, mengapa muasyarah kita rosak ?, kerana kita terkesan dengan suasana di luar, semua keadaan yang tidak ada agama ini.  Kita terkesan dengan ghairullah di luar.  Kita bawa mereka dari suasana luar masuk dalam masjid.Ceritakan banyak-banyak tentang kelebihan masjid.  Seseorang yang datang ke masjid untuk mempelajari ilmu, Allah swt beri ganjaran haji dan umrah yang diterima.  Orang keluar dari rumah untuk mempelajari ilmu, Allah swt akan merahmatinya, Allah swt akan redha dengannya dan Allah swt akan mudahkannya jalan ke syurga.  Seperti yang diberitahu tadi bahawa asas agama ini adalah IMAN, yang dituntut daripada kita ialah sebagaimana sahabat-sahabat buat usaha bentuk halaqah-halaqah iman di masjid, ajak orang-orang di suasana luar masuk ke masjid.  Sahabat-sahabat bawa mereka ke rumah Allah. Firman Allah swt maksudnya “orang yang datang kepada ku dengan berjalan, Aku akan berlari kepada dia.”  Ini cara sahabat r.hum belajar iman.Oleh itu setiap daripada kita kena bawa kepada tertib tersebut.  Yakin kita jadi rosak adalah disebabkan semua yang ada di luar.  Dengan kita bawa mereka ke masjid iman mereka akan berubah, yakin akan berubah.  Nabi saw sedang buat taklim di masjid, Nabi bersabda mafhumnya, “kamu akan menakluk Iraq dan kamu akan bertemu seorang wanita bernama Munsyirah yang menjadi hamba di sana.”  Seorang sahabat duduk di belakang berkata, “wanita itu untuk saya,”  Nabi sabda “kamu punya.” Selepas berlaku beberapa kali pertukaran Khalifah perkara itu baru terjadi dan dia jumpa perempuan tersebut yang menjadi hamba tawanan.  Dia yakin, inilah suasana di masjid.  Kita tinggalkan, lupakan semua rupa bentuk di luar datang ke masjid menyakini akan kudrat Allah swt.

Kita jangan jadi buruk sangka dengan Allah swt disebabkan dunia dan rupa bentuk kebendaan dunia kerana diantara kita dengan Allah swt kita anggap kebendaan ini perantara.  Apabila kita letak benda ini ditengah kita jadi buruk sangka dengan Allah swt.  Tuntutan yang utama ialah bahawa orang mukmin kena betulkan sangkaannya dengan Allah swt.  Semua ketidak keberkatan, semua masalah yang datang yang menyebabkan tekanan kerana umat ini buruk sangka dengan Allah.  Sangkaan adalah satu kekuatan yang tersendiri.  Orang yang betulkan sangkaannya dengan Allah swt, Allah swt akan bersamanya seperti Ibrahim as betulkan sangkaannya dengan Allah swt.  Semuanya berlaku dengan perintah Allah swt, ia tidak merugikan apa-apa kepadanya.  Bila Ibrahim as dicampak dalam api, Jibril as datang bawa 2 malaikat gunung.  Ibrahim as tidak berharap apa-apa dengan mahluk, dia bersangka baik dengan Allah maka Allah terus perintah api sejuh sejahtera.  Diantara dia dengan Allah tidak ada perantara, terus kepada Allah swt. Sangkaan ada satu kekuatan tersendiri.  Abu Darda r.hu, 3 kali orang yang berlainan datang beritahu rumahnya terbakar tetapi jawab Abu Darda r.hu “tidak mungkin, rumah aku tidak akan terbakar kerana Allah swt telah berjanji, Nabi saw beritahu dan ajar doa ini  ‘allahumma anta robbi laillaanta alaikatawakkaltu..........hingga akhir’, dan saya telah baca.” Bantuan Allah swt datang pada mereka semata-mata kerana mereka berbaik sangka dengan Allah swt.  Satu kita buat kebendaan dan kita minta pada Allah swt dan satu lagi kita buat amal dan mohon pada Allah swt.  Dalam apa keadaan sebagaimana Ibrahim as, malaikat pun dia tidak perlu.  Kita minta dari Allah swt bukan kita kemukakan asbab, kita kemukakan asbab kerana mengingkari kudrat Allah swt. 
Dalam setiap keadaan, setiap zaman Allah kekal dengan kudratnya.  Allah tidak perlukan kepada sesiapa.  Kita jangan buruk sangka kepada Allah swt.  Kita kedepankan sebab amal dengan itu Allah selesaikan masalah kita.  Saya beritahu tuan-tuan bahawa baik sangka adalah satu kekuatan yang besar,  sahabat telah mendapat menafaat terus dari kudrat Allah swt.  Mereka berdoa pada Allah swt, seperti Abu Darda r.hu, dia ada hubungan dengan Allah swt, dia amalkan doa yang diajar oleh Nabi saw, Allah swt tidak mungkir janji.  Orang yang membaca doa ini waktu pagi terhindar sebarang musibah sehingga kepetang dan bila baca waktu petang, hingga ke pagi musibah tidak datang. Mustahil rumah aku terbakar.  Kalau seorang ambil tanggungjawab atas seorang yang samseng pasti dia akan berjalan mendabik dada keliling kampung kerana ada orang yang jamin keselamatan dia.  Allah swt menjamin untuk membina kehidupan seseorang, untuk memelihara seseorang.  Oleh itu asbab-asbab yang ada jangan menyebabkan kita buruk sangka dengan Allah swt.  Allah swt berfirman yang maksudnya, “Aku, sebagaimana sangkaan hamba ku kepada ku.”  Oleh itu kita kena betulkan sangkaan kita dengan Allah swt.  Dengan iman apa sangkaan kita dengan Allah swt.  Zikir yang kita baca 100 kali pagi dan 100 kali waktu petang kita sebut naman Allah, dengan kita sebut nama Allah swt kita dapat NUR, dapat penghampiran pada Allah swt.  Kita sebut nama Allah supaya datang keyakinan kepada Allah swt dan keluar dari hati kita segala rupa bentuk ghairullah.

Dalam al-quran, dimerata tempat Allah swt memberi peringatan malah banyak kisah disebutkan dalam al-Quran keinginan Nabi saw tetapi Allah swt bagi tidak jadi, kerana dalam masa kamu kehendak kamu telah terhentikan kehendak kamu bukan pada Allah swt, mengapa takaza InsyaAllah,  jika Allah kehendak akan berlaku.  Untuk menceritakan ulamak telah menulis bahawa maksud itu perlu diterangkan.  Bila orang bertanya Nabi saw sesuatu perkara, Nabi kata “esok saya beritahu kamu,” tanpa kata “insyaAllah,”  15 hari wahyu tidak turun pada Nabi.  Maksud Nabi ialah Jibril as datang beritahu bagi pihak Allah swt tetapi Nabi saw terlupa sebut InsyaAllah.  Ada riwayat mengatakan satu bulan.  Kemudian baru wahyu turun, Allah swt mengingatkan Nabi saw sepatutnya kamu beriradhah dan kemudian sebut InsyaAllah.  Bila kamu lupa sebutlah insyaAllah, masa akan datang sekali-kali jangan cakap “esok saya bagitahu atau esok saya buat.”  Nabi Yusuf as telah dipenjara, dia kata, hari ini 2 orang itu akan lepas, seorang daripada mereka akan jadi tukang beri minum, seorang lagi tolong beritahu aku kepada raja.  Kemudian Allah beritahu, mengapa tidak mengadu kepada Aku.  Apabila seseorang menaruh harapan kepada ghairullah, Allah akan serahkan diapada ghairullah.

Tuan-tuan yang mulia, ini adalah kerja kita.  Ambia-ambia as ditegur jika berlaku sebarang kesilapan.  Ibrahim as, jasmaninya kuat dan rohaninya juga kuat.  Sulaiman as berkata, saya akan bersatu dengan isteri-isteri saya dan setiap mereka akan melahirkan anak lelaki dan semua mereka menjadi mujahid.  Sulaiman as buat dengan ikhlas kerana Allah swt dan kemampuan yang di ada tetapi dia lupa kata InsyaAllah.  Dia mengauli 100 isteri dia, seorang sahaja menagandung yang 99 lagi tidak menjadi, yang seorang itu pun lahir tidak sempurna.  Hari ini kita tenguk manusia berkata dari pagi kepetang “saya akan buat ini”, peniaga juga kata yang sama, pemerintah juga kata yang sama.  Maka Allah tidak redha dengan kita, Allah swt murka dengan kita.  Walau satu kalimah keluar dari lidah kita bertentangan dengan Laillahaillallah, kita hendaklah beristiqfar cepat-cepat.  Allah yang buat segala-galanya.  Jadi dengan iman kita, kita kena betulkan sangkaan kita dengan Allah swt.  Apabila sangkaan baik kita dengan Allah swt, Allah akan bersama dengan kita kerana Allah berfirman maksudnya, “Aku sebagaimana sangkaan hamba Ku kepada Ku.”  Tuan-tuan yang mulia, sangkaan baik pada Allah swt amat penting, kerana Allah swt bertindak mengikut sangkaan kita.  Allah akan berurusan dengan kita mengikut sangkaan kita.

Nabi saw telah mengajar sahabat iman bersama alamat-alamatnya.  Seorang bertanya “wahai Rasulullah, iman itu apa ?.”  kata Nabi saw, “apabila kamu buat kebaikan kamu berasa gembira dan apabila kamu buat kejahatan kamu merasa sedih/susah hati.”  Kalau kita tidak melihat kepada alamat-alamat iman kita akan jadi bebas.  Iman merupakan satu yang kekang kepada orang mukmin dalam muasyarahnya, akhlaknya, rupa bentuk paras muka, pakaiannya, sunnahnya.  Apakah sunnah ?, tanda iman. Dengan iman kita ada kekuatan amal sunnah.  Tidak mungkin amal sunnah tanpa iman.  Seperti yang dikatakan tadi, kita takut pada musuh atau kita cinta pada musuh menyebabkan kita takut hendak amal agama.  Terkesan dengan ghairullah dalam hati juga tanda iman. Seperti seorang mukmin dia sembahyang, buat Haji, keluarkan zakat tetapi dia tidak mengamalkan sunnah, ini alamat penapian iman.  Nabi saw bersabda, “orang mukmin ini macam unta yang dikekang hidungnya, kemana ditarik dia ikut.”  Iman bukan setakat menyempurnakan amalan fardhu sahaja bahkan iman meliputi sunnah ibadat dan sunnah adat,  sunnah ibadat ialah sembahyang, puasa dan  sebagainya dan sunnah adat ialah kehidupan harian kita, makan, mimun, perjalanan berpakaian dan sebagainya. Demi Allah, tidak mungkin beriman jika ada kesan ghairullah.  Iman bukan setakat mengerjakan yang fatdahu sahaja tetapi iman meliputi amalan sunnah Nabi saw dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.  Seorang mukmin ialah apabila kita tenguk, kita teringat Allah swt.  Alamat iman yang pertama ialah taqwa.  semua kebaikan ini asasnya ialah taqwa.  Taqwa ialah dalam setiap jurusan hidup kita takut pada Allah swt dan yang datang menyelamatkan kita daripada cara selain cara Nabi saw, cara orang batil.  Iaitu semua jurusan hidup yang menepati kehendak Allah swt.  Ini adalah satu hakikat alamat iman.  Allah swt juga berfirman, “kalimah Laillahaillallah adalah kalimah taqwa.”

Mula-mula sekali kita bawa taqwa dalam muamalat kita kerana semua ibadat dan muasyarah yang rosak ini disebabkan rosaknya muamalat kita.  Orang berusaha jadi akhlak yang baik, muasyarah yang baik tetapi selagi muamalat tidak betul dia tidak akan jadi baik.  Muasyarah akan jadi betul, akhlak akan jadi betul, ibadat menjadi betul, doa diterima, semuanya demi Allah terjadi jika muamalatnya betul.  Selagi kita tidak cari keperluan kita cara agama, kita tidak mampu mengamalkan apa-apa perintah Allah dalam apa pun jurusan hidup.  Kerana manusia ini adalah mesin amal.  Kalau bahan bakarnya haram, raba’, menipu,  darah dalam badannya dari sumber yang haram maka mata dia tidak mampu untuk mengalihkan pandangan kepada benda yang haram.  Dia ingin hendak ubah tetapi tidak boleh.  Sebab darah yang mengalir dalam badannya adalah haram.  Dia perlu sucikan dengan betulkan muamalatnya.Kalau kita ambil minyak kapal terbang letak pada kereta dan sebaliknya, kedua-duanya tidak boleh bergerak.  Setiap mesin ada bahan bakarnya tersendiri. Misalnya seorang berniaga, kemudian dalam perniagaannya dia makan riba’ adakah dia khusyuk dalam sembahyangnya?, adakah doanya diterima?,  adakah dengan perniagaan riba’ muasyarahnya boleh jadi betul ?  itu mustahil.  Oleh itu yang mula-mula sekali ialah kita kena betulkan muamalat kita mengikut perintah Allah swt. Bila muamalat betul, muasyarah, ibadat, akhlak akan betul.  Toharah, mengikut ulamak ialah membersihkan darah seorang mukmin pun termasuk toharah. Bermakna bukan sahaja zahirnya suci dengan wuduk atau mandi tetapi dalam pun kena suci.  Begitu juga kita kena bersihkan darah kita daripada rezeki yang haram. Allah swt tidak pernah mengiklankan Dia berperang dengan dosa melainkan riba’.  Orang yang buat dosa besar sebenarnya dia sedang berperang dengan Allah.  Riba’ lebih buruk daripada berzina dengan ibu sendiri.  Satu suap makanan riba’ lebih buruk berzina 70 kali dengan ibu sendiri.  Oleh kerana itu kita kena buat muamalat kita atas syariat.

Tuan-tuan yang mulia, muasyarah kita tidak akan betul dengan kanun-kanun yang dibuat selagi rezeki kita bukan rezeki yang halal.  Abu Bakar r.hu dalam keadaan lapar dia telah makan makanan daripada bekas tukang tilek dia zaman jahiliah.  Selepas makan dia bertanya, dari mana dapat makanan tadi.  Orang itu kata dia dapat makanan dari hasil dia tenung nasib dahulu.  Abu Bakar r.hu telah usaha muntahkan makanan yang dia makan, dengan susah payah dia usaha keluarkan makanan tadi kerana makanan yang sedikit ini akan menjadi darah daging.  Oleh itu saya ingin mengingatkan tuan-tuan, kita hendaklah betulkan muamalat kita dengan mengikut hukum dengan ini akan wujud muasyarah, ibadat, akhlak yang betul.  Orang yang buat dosa Allah tidak ada iklan perang melainkan makan riba’. Tuan-tuan yang mulia, asbab yang Allah bagi adalah untuk ujian.  Firman Allah maksudnya, “Allah jadikan perhiasan dunia ini untuk Allah swt menguji yang terbaik dari segi amal.”  Jangan kita meletak harapan pada asbab, bahkan kita tunaikan perintah Allah swt  yang ada dalam asbab kerana asbab bukan pengantara tetapi hukum Allah swt itu pengantara.  Pengantara untuk kejayaan bukan asbab itu sendiri tetapi hukum yang ada sebelum itu penyebab kejayaan.  Muhajir bukan orang yang tinggalkan satu negeri kesatu negeri bahkan muhajir ialah orang yang meninggalkan sesuatu yang dilarang oleh Allah swt.  Dia berhijrah kepada kebaikan.  Allah swt begitu suka kalau kita berhijrah kerana Allah swt.  Seorang yang keluar dijalan Allah untuk baiki diri/islah diri sebagaimana Maulana Elyas rah berkata “tidak ada yang paling cepat dapat menghampiri Allah melainkan dakwah, menyeru manusia kepada Allah.”  Tidak ada amalan yang boleh menandingi amalan dakwah yang begitu cepat dapat menghampirkan diri pada Allah swt.  Seorang yang selangkah bergerak untuk islah dirinya Allah swt begitu suka, Allah swt redha dengannya.  Walaupun dia tidak sempat sempurnakan hajatnya kerana ajal telah sampai tetapi Allah swt akan sempurnakan hajat dia.

Tuan-tuan dengar satu kisah, seorang telah membunuh 99 orang kemudian dia rasa dia perlu bertaubat, dia pun keluar dan berjumpa dengan seorang rahib/pendita.  Dia tanya samada taubat dia Allah swt terima kerana dosa yang dilakukan begitu besar.  Pendita kata, tidak boleh, dosa kamu besar sangat.  Seseorang tidak binasa disebabkan dosa tetapi yang binasa ialah orang yang menyebabkan pendosa putus asa daripada rahmat Allah swt.  Orang yang menyebabkan orang berdosa putus asa dari rahmat Allah swt tidak layak untuk hidup, ia perlu dibunuh. Sekarang dia telah bunuh 100 orang.  Dia jumpa orang alim dan bertanya samada Allah swt terima taubat dia, orang itu kata “boleh, tetapi kamu kena tinggalkan kampung kamu berhijrah.”  Tuan-tuan, Allah swt jadikan umat ini untuk mereka bergerak.  Disebabkan umat ini duduk diam tidak bergerak menyebabkan umat ini rosak.  Mereka tidak ada agama kerana umat tidak bergerak. Ini bertentangan dengan kaedah Allah swt.  Bertentangan dengan cara Rasulullah saw dan para sahabat r.hum.  Kita keluar untuk diri kita tetapi orang lain pun dapat faedah. Orang yang membunuh tadi pun keluar dijalan Allah swt  menuju kesebuah kampung untuk dia islah diri dan tidak sampai pun lagi ke kampung yang dia hendak tuju, ajal pun sampai, malaikat maut datang meletakkan hidup dia, malaikat rahmat datang meletakan niat dia, dia mati dekat dengan kampung lama dia.  Allah perintahkan bumi kampung yang dia hendak pergi di dekatkan, jadi ukuran lebih dekat pada kampung yang dia hendak pergi.  Dan jauh dari kampung yang dia telah tinggalkan.

Oleh itu tarbiah umat ini dan islah umat ini adalah bergeraknya mereka dengan nisbah dakwah, yang berkaitan dengan dakwah.  Kita keluar dan kemudian kita keluarkan orang lain.  Inilah taskiyah iaitu penyucian diri, penghampiran kita dengan Allah swt, takluk kita dengan Allah swt.  Umat yang tidak bergerak seperti air yang bertakung, dia akan jadi najis, siapa yang masuk dalamnya pun dia jadi najis.  Tetapi bila air mengalir dia menjadi bersih dan tempat yang dia lalu pun jadi bersih.  Ini merupakan tanggungjawab umat ini.  asal berlakunya kemurtadan kerana umat tidak bergerak.  Setiap individu umat bertanggungjawab untuk seluruh umat.  Dalam al-Quran Allah telah nyatakan dengan jelas.  Sahabat r.hum seratus peratus mereka bergerak untuk bawa agama.  Ini adalah tanggungjawab setiap umat.  Mereka menyeru kepada makruf dan mencegah kepada mungkar.  Mereka inginkan hidayat pada manusia.  Tuan-tuan yang mulia, kita bertanggungjawab atas umat dan melaksanakanya. Mereka yang ada disini yang belum keluar 4 bulan, niat untuk keluar 4 bulan.































IJTIMAK TONGGI 2013
BAYAN SUBUH OLEH MAULANA SAUKAT
PADA 12 JAN 2013

Tuan-tuan yang mulia, mafhum Surah Taubat, ‘kalau kita cinta isteri kita, anak-anak kita, emak kita, bapa kita, harta kita, kebun kita, rumah kita lebih daripada Allah dan Rasul dan berjihad dijalan Allah maka tunggulah, Allah tidak akan beri hidayat pada orang yang fasik.”  Allah swt telah beri satu keistinewaan kepada umat ini.  Umat ini diminta beri pengurbanan untuk agama dan usaha agama.  Begitu tinggi pengurbanan.  Umat ini telah dipilih oleh Allah swt untuk memberi pengurbanan segala-galanya untuk agama. Sama dengan pengurbanan para Nabi.  Selama mana umat ini sedia memberi pengurbanan untuk tunaikan perintah Allah, untuk meninggikan kalimah Allah di atas permukaan alam ini, diseluruh penjuru dunia ini.  Bila umat ini memberi pengurbanan walaupun ia tinggal di rumah pondok tetapi Allah beri dia kemuliaan diseluruh alam.  Bila sifat ini tidak ada pada umat ini walaupun mereka tinggal di mahligai tetapi mereka tidak ada kemuliaan. Pada zaman kegemilangan Islam, mahkota orang Parsi dicampak ke Madinah tetapi pada masa itu pakaian Saidina Umar bertampung-tampung.  Umat ini Allah swt tidak muliakan kerana asbab.  Allah swt telah bagi kemuliaan umat ini melalui agama.  Emas, perak, harta bukanlah asbab untuk kemuliaan umat ini.  Saidina Umar menangis apabila melihat mahkota Kisra berada di tepi jalan di Madinah.  Kalaulah benda itu ada khir/ kebaikan pasti Allah swt akan bagi pada Rasulullah saw.  Kaum-kaum dahulu pun diuji dengan harta dan kita juga takut kita akan diuji dengan kebendaan ini.  Kemuliaan umat ini bukan pada harta, kuasa tetapi ialah apabila umat ini memberi pengurbanan, ada jasbah untuk sebarkan agama keseluruh alam.  Hidup dan mati untuk hidupkan agama diseluruh alam.

Tuan-tuan yang mulia, Robbul Izat jadikan umat ini umat yang paling baik kerana Allah swt telah beri pada umat ini usaha agama bagi memuliakan umat ini.  Untuk mendapat kejayaan dalam setiap aspek kehidupan dan untuk mendapat tahap yang paling tinggi iaitu kecemerlangan di dunia dan kehidupan akhirat yang selama-lamanya.  Rasulullah saw telah bawa umat ini pada usaha agama dan telah bawa umat ini kepada kemuncak kejayaan. Allah swt berfirman maksudnya, “kamulah yang paling mulia kerana kamu orang yang beriman, tiada siapa pun boleh mengatasi kamu, kamulah yang paling mulia.  Bukan hanya kamu dapat hidayat, saya berjanji dengan kamu siapa sahaja yang mengikuti kamu hingga kiamat juga dapat hidayat.”  Siapa sahaja yang ikut sahabat mereka dapat hidayat.  Pada masa itulah umat ini akan membahagi-bahagikan hidayat keseluruh alam.  Oleh kerana kita telah tinggalkan usaha agama, orang yang dahulu kita bagi sedekah tetapi sekarang kita minta sedekah daripada mereka.  Kita telah tinggalkan usaha agama maka kita telah jadi hina.  Sekarang kita sedang belajar buat usaha agama, kita belum lagi sampai pada tahap Nabi saw membentuk sahabat-sahabat, kita masih ditahap permulaan tetapi Allah telah nampakkan hasilnya.  Agama mula berkembang. Bila kita buat usaha agama hingga kepada mijaz sahabat buat usaha, dengan pengurbanan mereka, dengan jasbah mereka, demi Allah apa yang berlaku 1,400 tahun dahulu akan berlaku sekarang.  Segala bantuan Allah swt turunkan, sekarang Allah swt akan turunkan dan sampai kiamat Allah swt akan turunkan jika kita buat usaha mengikut cara Nabi dan sahabat-sahabat r.hum.

Tuan-tuan yang mulia, para sahabat r.hum, mereka punya iman, mereka punya jasbah, mereka punya cara,  inilah roh dalam kerja ini.  Dakwah akan ada roh jika kita buat dengan fikir mereka, dengan jasbah mereka, dengan iman mereka.  Usaha dakwah yang mubarak ini jika kita buat dengan fikir,  dengan jasbah mereka dan dengan kerisauan mereka dengan niat untuk belajar, setiap langkah orang yang buat usaha agama berpijak atas kebatilan.  Yang paling bijak hanya Nabi saw.  Kalau seratus peratus kecerdikan, 99 peratus diberikan pada Nabi saw dan satu peratus lagi diberikan pada semua ciptaan Allah yang lain. Kita kena buat ikut mujaz dan cara Nabi saw. Kalau kita buat usaha dengan ikut perancangan kita, dengan kesenangan, kemudahan, kerehatan, tidak sempurnakan takaza, usaha agama ada tetapi tidak ada roh. Macam bangkai jasad ada tetapi roh tidak ada.  Kalau kita buat ikut tertib kita, setiap langkah batil akan pijak leher kita.  Kalau kita buat dengan fikir, mijaz dan pengurbanan ikut  sahabat, setiap langkah kita akan pijak leher kebatilan.

Untuk ini tuan-tuan, usaha yang mula-mula Nabi saw bangunkan atas para sahabat ialah usaha atas iman.  Seluruh dunia hidup atas perkara itu.  Setiap percakapan iman begitu berharga disisi Allah swt.  Selama mana walaupun ada satu perkataan Allah dalam dunia, dunia akan kekal. Langit dan bumi, matahari, bintang, bulan semua akan kekal dan terus menjalankan tugas-tugas mereka selama mana ada walaupun satu perkataan Allah di dunia ini.Bila lapaz Allah disebut walaupun seluruh dunia penuh dengan dosa, semua manusia, semua jin, semua binatang, semua Malaikat, semuanya engkar, seluruh dunia penuh dengan maksiat, dosa tetapi kalau ada seorang manusia yang sebut ALLAH, dan selama mana dia sebut Allah, Allah, kiamat tidak akan datang.  Semua yang ada di permukaan bumi, di lautan, diangkasa akan kekal malah arasy pun akan kekal selagi lapaz Allah ada disebut oleh manusia.  Bila tidak ada lagi lapaz Allah di dunia ini walaupun segala-galanya ada, kiamat akan datang.  Oleh itu usaha yang paling besar perlu kita buat supaya kita menjadi orang yang boleh menyebut nama Allah. Telah berpuluh-puluh tahun usaha agama berjalan sehingga hari ini hak untuk sebut nama Allah kita tidak tahu lagi.  Kita belum lagi dapat menyebut Allah sepertimana hak menyebut Allah.

Tuan-tuan yang mulia, Allah Robbul izat, kebesaran Dia, zat yang sempurna.  Kita kena cakap perkara iman ini lagi dan lagi begitu banyak sehingga apabila kita menyebut ALLAH tumpuan kita kepada segala sifat Allah.  Apabila kita menyebut ALLAH di hadapan kita dunia ini tidak ada apa-apa. Begitulah kemuliaan Allah swt. Bila kita sebut nama Allah, semuanya kita nampak seperti benda yang telah mati.  Allah swt Haiyum qoiyum.  Dalam dunia ini hanya ada satu zat, ia adalah zat Allah, yang lain adalah mati.  Semua mahluk Allah swt bergerak atas perintah Allah swt, tanpa perintah Allah swt semuanya seperti bangkai, tidak boleh buat apa-apa.  Setiap perkara kita sebut dengan mengingatkan menafaat dan mudharat akan perkara itu. Kalau kita sebut harimau, mengingatkan kita keganasan harimau itu.  Tetapi apabila kita sebut nama ALLAH, macam mana Allah itu Khaliq, Maliq, segala kebesaran Dia, kudrat Dia bila-bila dia boleh binasakan semua, tidak pun mengingatkan kita akan keagungan, kemuliaan dan kebesaran nama itu.  Kita sebut Allah begitu sahaja. Sepatutnya bila kita sebut ALLAH dengan tumpuan segala sifatNya.  Hari ini kita masih tidak tahu bagaimana hendak menyebut nama Allah.  Seluruh ciptaan Allah swt, dari timur ke barat, utara ke selatan, apa-apa bentuk yang ada, dengan kudrat Allah swt telah jadikan semua ini.  Tidak ada sesiapa yang bersyarikat dengan Allah.  Allah swt dengan sendiri, dengan kudratnya menjadikan semua ini.  Demi Allah, Allah yang memelihara segala ciptaanya.  Semua mahluk daripada dia lahir hingga dia mati, segala keperluan, segala hajat, segala masail, semua dalam genggaman kudrat Allah swt.  Tidak ada sesiapa melainkan Allah, Allah Khaliq, dialah Maliq yang mengujudkan semua masail dan Dialah yang menyelesaikan semua masail, hanya Allah.

Allah swt tahu dimana mahlukNya berada dan berapa banyak rezeki yang mereka perlukan dan Allah swt sampaikan kepada mereka. Binatang-binatang Allah yang sampaikan rezeki, manusia pun Allah yang bagi rezeki.  Untuk memelihara tidak bergantung pada padi, roti, gandum, Allah tidak perlu kepada kedai atau kilang kamu, Allah swt pelihara dengan perintah Dia.  Semua rupa bentuk dan asbab ini hanyalah untuk menguji kita. Dengan makanan Allah pelihara dan tanpa makanan pun Allah boleh peilihara.   Zaman Yakjud dan Makjud akhir zaman orang beriman yang hendak menyelamatkan iman mereka akan masuk dalam gua-gua, disana tidak ada makanan dan minuman.  Dalam Hadis ada disebut, bila mereka lapar dan dahaga mereka akan baca kalimah ‘subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah wallahu akbar, lahaulawala kuwataillabilla hul aliyulazim’.  Dengan berkat kalimah ini Allah akan kenyangkan mereka.  Allah berfirman maksudnya, “wahai manusia, lihat Saya tidak bergantung pada makanan untuk mengenyangkan mereka, Aku tidak bergantung pada segala rupa bentuk ini, Aku adalah Raja yang mutlah, Aku tahu bagaimana hendak memelihara kamu. Ibrahim as 40 hari dalam api Aku lah yang memelihara. Aku tahu dimana mahluk berada dan apa rezeki yang mereka perlukan, ini bukan masalah kamu, ini adalah masalah Aku, Aku yang memelihara.”  Allah yang menguruskan semuanya, tiada siapa yang bersekutu denganNya.  Mahluk bergantung kepada Allah untuk keselamatan tetapi Allah tidak bergantung pada sesiapa.  Malahan Jibril as pun bergantung pada Allah swt.  Hanya zat Allah yang selamat yang lain semua bergantung pada Allah.

Semasa Nabi saw hendak berhijrah, pemuda-pemuda Quraisy dengan pedang terhunus telah mengelilingi rumah Nabi saw, mereka hendak bunuh Nabi saw.  Tiap- tiap hari mereka fikir bagaimana hendak tamatkan agama Islam. Mereka telah mengepung rumah Nabi saw.  Jibril as telah beritahu kepada Nabi saw, bila kamu hendak keluar mereka akan serang kamu dengan pedang, mereka hendak bunuh kamu.  Allah swt telah perintahkan Nabi saw keluar juga pada hari itu dan keluar dengan baca Surah Yasin.  Bila Nabi dengar perintah Allah, baginda telah ambil pasir dan genggam dalam kedua-dua tangannya dan baca surah yasin, kemudian Nabi terus jalan sambil baca ayat dari surah yasin, dan baling pasir tadi pada kepala mereka.  Mereka terus tunggu sehingga syaitan datang dan bertanya apa yang mereka tunggu. Hari ini kita hendak tamatkan musuh negara, keluar sahaja kami akan bunuh dia.  Syaitan kata, dia sudah keluar dan telah baling pasir atas kepala kamu.  Mereka tenguk atas kepala mereka ada pasir, apa telah terjadi,  Allah, Robbul Izat telah lahirkan kudratNya. “Wahai manusia, Aku yang memberi cahaya dalam mata kamu dan untuk memelihara habib Aku, Aku boleh lenyapkan cahaya dalam mata kamu, kamu kena ingat sejauh mana Aku mahu kamu boleh lihat sejauh itulah kamu dapat melihat dan selama mana kamu boleh lihat maka selama itulah kamu dapat melihat.  Setiap titisan darah dalam saluran badan manusia Aku ketahui, bila-bila Aku boleh bekukan dan bunuh mereka. Semua mahluk dalam genggaman Aku.  Apa yang kamu mahu tidak akan berlaku tetapi apa yang Aku mahu itulah yang akan berlaku.”  Allah swt yang hakiki, yang buat segala-galanya hanya Allah.  Mahluk bergantung kepada Allah swt.  Apa yang kita lihat semuanya berjalan dengan perintah Allah, samada mereka bergerak atau tidak bergerak semua dengan perintah Allah swt. Tanpa perintah Allah swt semuanya seperti bangkai. Kaki tangan kita bergerak hanya dengan perintah Allah, tanpa perintah Allah tangan tidak boleh bergerak. Ada orang ada mata tapi tidak boleh melihat, ada kaki tapi tidak boleh berjalan, ada telinga tapi tidak boleh mendengar.  Semua ini bergantung pada perintah Allah swt.

Tuan-tuan yang mulia, satu usaha supaya yakin ini masuk dalam hati manusia ialah dengan bergerak keseluruh dunia membuat usaha dakwah ini.  Para-para sahabat sentiasa menjaga yakin mereka dengan tiap-tiap hari membahagikan amalan mereka, sentiasa meluangkan masa berusaha meningkatkan yakin mereka.  Zaman Rasulullah saw masa mereka dibahagikan 2.    Masjid -  deligasi-deligasi dari luar. Rombungan-rombungan datang daripada luar.  Rasulullah dakwah mereka, cakap tentang kebesaran Allah swt, mereka terkesan dan masuk Islam, mereka beriman.  Mereka yang baru masuk Islam ini dibahagi-bahagikan kepada sahabat untuk belajar agama. Para sahabat membawa tetamu-tetamu ini ke rumah mereka, ajar agama pada mereka, ajar usaha agama kepada mereka dan sediakan makan, minum dan tempat tinggal pada mereka.  3 kerja sahabat.  Setiap orang mengikut kemampuan bawa tetamu balik.  Saad bin Mubazar r.hu, tiap-tiap hari 80 tetamu dia bawa balik kerumah dia.  Kadang-kadang ada juga rombungan yang tinggal di Masjid Nabawi supaya mereka tenguk mahol masjid dan hati mereka akan menjadi lembut, terkesan dan iman perlahan-lahan masuk dalam hati mereka.  Amalan harian sahabat dari pagi hingga petang, setengah hari untuk masjid dan setengah hari untuk keperluan.  Setengah malam untuk masjid dan setengah malam untuk anak isteri mereka.  Mereka buat halaqah iman di masjid, “duduklah bersama kami sebentar untuk beriman kepada Allah, untuk memperbaharui iman kamu.”  Mereka keluar dari masjid Nabawi mereka buat ghast, dengan tunai bawa orang ke masjid duduk dalam halaqah iman.  Abu Hurairah r.hu, imam syaikhul hadis dalam dunia buat ghast di bazar, ‘Wahai orang-orang di bazar,apa sudah jadi kepada kamu, sekarang ini harta pusaka Nabi saw sedang di bahagi-bahagikan di masjid, kamu tidak pergi ?,”  mereka semua pergi ke masjid tetapi tidak ada harta yang dibahagikan. Mereka balik ke bazar mengadu kepada Abu Hurairah r.hu. yang ada cuma halaqah-halaqah taklim, halaqah iman.  Kata Abu Hurairah r.hu, “kamu ingat harta pusaka Nabi tu dinar dan dirham? itulah harta pusaka Nabi iaitu iman dan amal.” Umar r.hu juga buat halaqah iman dan dia juga buat ghast di keliling masjid bawa orang ke masjid. Ubai bin Kaab, Muaz bin Jabal, semua sahabat-sahabat buat ghast.  Ada juga sahabat yang lain marah kerana mereka telah beriman.  Mereka mengadu kepada Nabi saw.  sabda Nabi saw , “semoga Allah swt memberi rahmat pada mereka mengujudkan halaqah iman, sesungguhnya Allah swt berbangga di hadapan malaikat-malaikat.”

Para-para sahabat belajar iman supaya iman yang ada dalam hati mereka lebih mantap, maju dan terus maju.  Iman boleh meningkat dan boleh kurang.  Bila ada usaha dia akan meningkat dan bila tidak ada usaha ia akan menurun.  Orang yang buat ghast imannya kamil, orang dibuat ghast pun imannya kamil.  Sahabat buat ghast untuk meningkatkan iman. Ghast adalah amalan harian sahabat, mereka bawa mereka tunai ke masjid. Kemudian kita taskel mereka, lepas taskel kalau dia hendak balik hantar mereka beberapa langkah sambil dakwah.  Taskel tidak  boleh buat di rumah, taskel perlu ada mahol masjid.  Untuk dapat iman seperti sahabat kita kena buat seperti apa yang sahabat buat. Pengurbanan seperti sahabat,  3 perkara perlu ada iaitu
i.                    Cara sahabat buat dakwah
ii.                  Pengurbanan sahabat
iii.                Fikir sahabat sama dengan fikir Nabi saw
Tiap-tiap hari di masjid Nabawi ada usaha iman.  Siapa yang datang ke masjid dengan berjalan, bermakna datang pada Allah swt dengan berjalan, rahmat Allah swt datang berlari kepada mereka.  Dengan kita buat usaha bawa manusia ke masjid, kita bawa mereka kepada rahmat Allah swt.  Seorang yang bagi salam pada 20 orang, Allah swt bagi syurga untuk dia.  Berapa banyak orang kita jumpa dan berapa banyak salam yang disebut maka berapa banyak orang yang kita bawa kepada rahmat Allah swt.

Halaqah taklim ada 2 menafaat
i.                    Bawa orang yang kita tidak kenal datang tunai, duduk dalam halaqah iman, targib tentang iman, amal, syurga, neraka.
ii.                  Orang yang datang duduk dan dengar, targib mereka, jadi iman mereka akan maju. Mereka dapat tarbiah dan orang yang bawa mereka dapat tarkik/kemajuan
Nabi saw beritahu sahabat “kamu keluarlah bersama dengan orang-orang yang bukan dari kabilah kamu.  Bila kamu keluar dengan orang yang kamu tidak kenal, mereka juga tidak tahu kamu siapa, mereka akan buat lebih kurang dengan kamu. Jadi bila kamu taskel mereka dan tarbiah mereka, mereka tahan.  Apabila dia tahan, sabar, Allah akan buat keputusan hidayat untuk dia.”  Kemajuan kita ialah apabila orang-orang baru dapat tarbiah.Mereka bergurau dengan kita, kita tahan, kita juga akan dapat tarbiah. Nabi saw sendiri suka duduk dengan orang-orang baru, begitu juga dengan orang-orang miskin. Satu ketika sahabat mengadu orang-orang baru tidak hormat Nabi saw, bergurau dengan Nabi saw.  Nabi saw berkta “aku mahu orang-orang baru ini langkah leher aku.”

InsyaAllah tuan-tuan niat, apa yang tuan-tuan dengar tuan-tuan dapat amalkan, bawa dalam kehidupan kita.























IJTIMAK TONGGI 2013
TARGIB OLEH BAGH MUNIR
PADA 12 JAN 2013

Tuan-tuan yang dirahmati Allah swt, ketika Nabi saw bertanya Harithah r.hu, “wahai Harithah, bagaimana kamu berpagi,”  Nabi saw sebenarnya telah tahu, tetapi Nabi tanya untuk beritahu umat tahap mana kita kena usaha dan tahap mana kita kena sampai dan jawapan itu sampai hari kiamat manusia tahu jawapan Harithah ini supaya kita juga berusaha sampai ke tahap itu. Harithah menjawab “aku berpagi dalam keadaan beriman pada Allah swt.”  Hari ini kita juga kata, “malam tadi saya hendak tidur saya baca doa tidur dan bangun baca doa bangun tidur. Saya tidur dalam keadaan iman, bangun pagi pun dalam keadaan beriman.”  Setiap sesuatu mesti ada dalilnya.  Nabi saw tanya “apa buktinya kamu kata, kamu berpagi dalam keadaan beriman.”  Maka kata Harithah r.hu, “saya dalam setiap masa saya rasa saya berdiri atas titian sirat dan dikanan saya syurga, dikiri saya neraka,  saya boleh lihat dan rasakan kegembiraan ahli-ahli syurga, nikmat yang mereka terima saya boleh nampak.  Di kiri saya, saya dengar tangisan-tangisan, saya boleh dengar jeritan ahli neraka, saya boleh nampak apa yang berlaku pada mereka.”  Oleh itu kita kena fikir, adakah kafiat ini wujud pada kita.  Kita hanya kata kita orang beriman, kita lahir dari orang beriman, adakah kafiat ini ada pada kita ?, adakah kita dapat rasakan ?.  Nabi saw saja tanya kepada Harithah rhu, supaya perkara ini sampai kepada kita.  Kemudian Harithah r.hu berkata lagi, “saya rasakan malaikat maut berada di belakang saya,  setiap langkah saya fikir, sempat ke saya melangkah lagi yang kedua, malaikat maut akan sambar saya.  Setiap langkah saya rasa ini langkah saya yang terakhir.  Saya juga tahu di kanan saya ada malaikat mencatit amalan baik saya dan di kiri ada malaikat yang mencatit amalan buruk saya dan saya tahu setiap ucapan saya malaikat akan tulis, saya seolah-olah dengar suara tulisan yang dilakar oleh malaikat ditelinga saya.  Begitu juga bila saya rasa bila saya tersilap, malaikat di kiri saya sedang menulis dosa saya dan saya boleh dengar tulisan yang di tulis oleh Malaikat.”

Oleh itu tuan-tuan yang mulia, ini keadaan mereka.  Kita kena bina iman kita, yakin  kita kena usaha untuk pelihara iman kita.  Hari ini manusia tidak ingat pun dia akan mati, adakah kita fikir perkara ini kalau tidak tiap-tiap hari, seminggu sekali atau setiap bulan bahawa saya akan bertemu dengan Allah swt, saya akan berdiri di hadapan Allah swt.  Kita rasa begitu lemah iman kita, sebab itu kita datang ijtimak ini untuk maksud inilah, malam tadi kita dengar bayan tentang kekuasaan dan kebesaran Allah swt dan dalam muzakarah-muzakarah kita cakapkan perkara ini.  Kita kena cakap lagi dan lagi apa yang akan berlaku di hadapan Allah swt, apa yang sedang berlaku dan apa yang telah berlaku.  Kita cakap banyak-banyak kali supaya terkesan dan masuk dalam hati kita dengan ini iman dan yakin kita bertambah dan bertambah.  Seolah-olah mati itu sentiasa ada dalam pemikiran kita dan kita buat persiapan untuk menghadapinya.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah swt,  iman adalah satu yang besar oleh itu kita kena minta pada Allah swt, kena doa pada Allah swt supaya Allah swt beri hakikat iman yang sebenarnya kepada kita. Bila hakikat iman masuk dalam hati kita maka mudah untuk kita taat dengan perintah Allah swt dan meninggalkan larangan Allah.  Perintah Allah menjadi mudah seolah-olah kita berjalan di taman-taman bunga. Larangan Allah susah untuk lakukan seperti kita berjalan di taman yang berduri, apabila kita berjalan dalam taman yang pokok-pokoknya berduri kita kena jalan berhati-hati kerana duri ini akan koyakkan pakaian kita, lukakan badan kita.  Bila iman telah bertapak dalam hati, perintah Allah menjadi mudah, senang dan segala larangan Allah dia menjadi takut dan berhati-hati.  Satu kisah, Abdullah bin Abas r.hudalam satu safar telah berhenti dalam satu hutan untuk berehat dan makan.  Di situ ada seorang pengembala kambing.  Abdullah bin Abbas r.hu telah pelawa pengembala kambing itu makan bersama.  Pengembala kambing itu kata, “saya berpuasa.”  Abdullah bin Abas r.hu merasa hairan kerana tengah musim panas begini ada juga hamba Allah berpuasa kerana tugas pengembala akan berjalan mengikut kambingnya bergerak.  Abdullah bin Abas r.hu bertanya, “mengapa kamu berpuasa,” pengembala baca ayat al-Quran yang maksudnya, “hari ini kita menahan lapar dan dahaga, moga-moga Allah memberi kerehatan, makanan dan kesenangan di akhirat nanti.”  Abdullah bin Abas r.hu pun tenguk dia, masyaAllah ini tentu orang beriman. 

Sesungguhnya iman adalah satu yang amat luas.  Setakat mengucap kalimah, solat, puasa, naik haji belum pasti kita beriman.  Adakah kita mengucap kalimah dengan ikhlas.  Dalam satu Hadis Nabi saw bersabda mafhumnya, “orang yang mengucap kalimah dengan ikhlas akan masuk syurga.” Kemudian sahabat bertanya, “apakah ikhlas dalam kalimah ya Rasulullah,” Nabi bersabda, “kalimah ini akan menghalang pengucap tadi daripada melakukan larangan-larangan Allah.”  Nabi tidak kata pun kalimah ini mengenai puasa, zakat dan haji. Memang selepas mengucap kalimah kita perlu solat, puasa, zakat dan haji tetapi ikhlas akan lahir apabila kita meninggalkan larangan-larangan Allah.  Ini adalah satu benda yang sangat besar dan mujahadah.  Tanda zahir ikhlas apabila kita meninggalkan larangan Allah.  Hari ini kita banyak puasa, kita kata kita orang mukmin.  Kita sangka kita orang beriman kerana kita solat,puasa, bayar zakat, kita buat haji tetapi kita masih banyak melakukan larangan-larangan Allah, maka tanda zahir ikhlas dalam kalimah belum lagi ada.  Sahabat r,hum mereka sentiasa semak iman mereka.  Mereka uji  iman mereka antara satu sama lain supaya iman mereka tidak dicampur aduk dengan perkara-perkara lain.  Iman yang ikhlas, yang tulin, yang bersih, sedikit pun tidak campur aduk dengan perkara lain.Abdullah bin Abas r.hu telah uji lagi iman pengembala kambing tadi samada iman dia benar-benar ikhlas. Hadrat Abdullah pun tanya dia, “engkau juallah seekor kambing pada kami, nanti engkau dapat duit, beritahu kami berapa harga dia nanti kami masak dan boleh bagi kamu sedikit untuk buka puasa.”  Kemudian hamba itu berkata, “siapalah saya, saya hanya pekerja, saya hamba kepada tuan saya,  saya mengembala kambing, ini bukan milik saya, kambing ini saya tidak boleh jual.”  Hadrat Abdullah uji lagi tahap  ikhlas iman hamba tadi, “engkau bagi ke atau engkau jual ke mana tuan engkau tahu, engkau beritahulah serigala telah makan dia, tuan engkau bukannya tahu, bukannya nampak, beritahu sahaja kambing itu telah hilang.”  Hamba itu menjawab, “pasti nampak, dimana perginya Allah, dimana perginya Allah, memang saya boleh cakap tetapi di hadapan Allah nanti apa saya hendak bagi alasan.” Mendengar jawapan hamba itu Hadrat Abdullah r.hu tersentak.

Akhirnya Hadarat Abdullah bin Abas r.hu pergi dari situ, sepanjang jalan dia berkata maksudnya “dimana Allah, dimana Allah.”  Inilah tahap iman yang kita hendak usahakan. Kita jangan melanggar perintah Allah, kita betulkan iman kita, kita ikhlaskan iman kita.  Majma yang ada sudah cukup untuk sebarkan agama seluruh alam.  Sahabat cuma 12 orang sahaja telah sampai ke Indonesia, tapi yang sedikit ini imannya begitu tulin semata-mata pada Allah swt.  Oleh itu tuan-tuan banyak lagi alamat-alamat iman, maksud firman Allah swt, “wahai Muhammad kamu katakanlah, sesungguhnya kamu mencintai Allah, ikutilah sunnah-sunnah ku, Allah akan kasih pada kamu dan Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu”.   Setiap kita hendaklah mengikut cara Nabi saw, nikah kahwin kita, pakaian kita, makan minum kita, semua kehidupan kita mencontohi kehidupan Nabi saw.  Ini tanda keimanan kita kepada Allah swt.  Kehidupan kita mirip kehidupan Nabi saw, nikah kahwin kita adakah mirip nikah kahwin Nabi saw.  Setiap inci kehidupan kita ikut cara Nabi saw, inilah tanda keimanan dalam hati kita.  Sahabat r.hum adalah makam yang paling tinggi dikalangan umat ini selepas ambia as.  Nabi saw membimbing sahabat r.hum. 

Seorang wali besar bernama Supian Tauri, setiap gerak geri beliau ikut cara Nabi saw daripada makan, minum, keluar masuk rumah, keluar masuk masjid, keluar masuk tandas, dia jaga betul-betul sunnah Nabi saw kekasih Allah swt.  Oleh kerana kehidupannya mirip kehidupan Nabi saw, dia hampir dengan Allah swt.  Tetapi fitrah manusia kadang-kadang terlupa, satu ketika dia masuk masjid dengan kaki kanan tetapi dia keluar masjid dengan kaki kanan juga.  Bila dia keluar masjid dengan kaki tangan maka terdengar suara dari langit, “wahai lembu jantan apa kamu telah buat ni,”  Dia terus tersentak. Oleh itu tuan-tuan, orang yang meninggalkan sunnah diketogarikan haiwan bukan manusia lagi.  Walaupun Allah swt tegur wali Dia, tetapi bagi Allah orangtidak mengamalkan sunnah adalah haiwan di sisi Allah swt.  Oleh itu kita kena amalkan sepenuh sunnah dalam kehidupan kita,  kalau kita hidup tidak amalkan sunnah, kita telah sia-siakan hidup kita.  Hari ini orang Islam banyak mensia-siakan masa mereka.  Kita bersyukur kita dapat kenal sunnah Nabi, dapat kenal perintah Allah swt. Berkat usaha dakwah.  Tetapi berapa banyak lagi yang masih meninggalkan perintah Allah, 95 peratus manusia di dunia ini masih meninggalkan perintah Allah, mensia-siakan hidup mereka.  Berapa billion manusia seluruh alam yang masih belum beriman. Mensia-siakan hidup  mereka.  Oleh itu, kita, iaitu saya dan tuan-tuan kena fikir, kena bangun mengingatkan manusia dengan sunnah Nabi saw, dengan perintah Allah swt, betulkan kalimah Allah dengan ikhlas dalam kalimah, sembahyang yang sempurna dan buat usaha Nabi saw.

Tun-tuan yang mulia, kehidupan sunnah ini penuh dengan keberkatan.  Di dunia Allah beri keberkatan dan di akhirat juga penuh keberkatan.  Kalau kita ikut sunnah Nabi saw dalam kubur akan ditanya, “siapakah gambar lelaki ini.”  gambar Nabi dletakan di hadapan kita, kalau kita amal sunnah dengan mudah kita jawab, “ini Nabi aku, kekasih Allah, Muhammad saw.”  dekat dunia lagi Allah beri keberkatan kehidupan kita.  Seorang sahabat datang mengadu kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah, miskinnya saya ni, dunia tidak hendak tenguk saya langsung, miskin sangat saya ni.”  Kemudian Nabi bersabda, “semua mahluk bertasbih pada Allah,”  dalam satu kitab ‘Kehidupan Haiwan’ dinyatakan yang kaldai berzikir 3,000 kali setiap hari.  Mahluk Allah mengingati Allah tiap-tiap hari dan zikir inilah Allah swt beri rezeki pada mereka.  Haiwan-haiwan ini bertasbih ‘subhanallah hiwabihamdihi subhanallah hilazim astaqfirullah’.  Maulana Elyas rah memberitahu pada orang yang buat usaha dibaca selepas sembahyang sunat subuh sebelum iqomat, dibaca 100 kali, Allah akan memberi rezeki.  Selepas Nabi saw ajar, sahabat tadi pun amalkan, Allah beri dia rezeki yang banyak sehingga unta-untanya tidak terurus.  Dengan amal sunnah Allah swt beri keberkatan hidup di dunia dan di akhirat Allah swt akan beri keberkatan yang luar biasa.

Tuan-tuan yang mulia, sunnah Nabi yang terbesar ialah kerja dakwah, kerja ambia as, kerja nabi, fikir risau Nabi tentang umat. Fikir risau inilah kita kena ambil dalam kehidupan kita.  Setakat kita amal agama dalam kehidupan kita tidak memadai, ia tidak boleh mengubah keadaan alam.  Disamping kita amalkan perintah Allah dan amalkan sunnah kita kena fikir alami supaya mereka juga amalkan perintah Allah mengikut sunnah Nabi dalam kehidupan.  Bila umat Islam bangkit untuk amalkan agama dan fikir risau Nabi saw barulah Allah swt bukakan pintu hidayat pada orang-orang kafir untuk masuk Islam.  Kalau tidak ada fikir ini pintu orang kafir untuk terima Islam akan tertutup bahkan akan terbuka pintu orang Islam yang jauh dari kehidupan Islam.  Tuan-tuan yang  mulia, kerja ini amat besar dan Allah swt banyak beritahu pada baginda saw, “terangkanlah, sampaikanlah apa yang Aku beritahu kepada kamu.”  Mula-mula Allah beritahu tentang agama ini kepada Nabi saw kemudian Nabi sebarkan.  Kita kena bangun dengan fikir risau yang sama sampaikan agama ini kepada manusia. Orang Islam kena bangkit selamatkan agama, sempurnakan tanggungjawab terhadap agama dengan ini terbuka pintu hidayat orang kafir masuk Islam.  Allah swt berfirman maksudnya “Aku telah bagi agama ini kepada kamu wahai Muhammad, maka sebarkanlah.”  Kalau orang Islam tidak bangun buat usaha agama, sebarkan agama, fikir  risau yang sama tentang umat maka akan timbul berbagai fitnah sehingga orang Islam sendiri sanggup tinggalkan agama.   Semua sedia ?........InsyaAllah.

































IJTIMAK TONGGI 2013
TARGIB MASTURAT OLEH PROF. ABDUL HALIM
PADA 12 JAN 2013

Tuan-tuan yang mulia, Nabi saw diutus oleh Allah swt untuk seluruh umat.  Umat ini bukan lelaki sahaja bahkan umat ini lelaki, wanita dan kanak-kanak.  3 gulungan ini adalah umat Nabi saw.  Jika kita fikir untuk lelaki sahajamaka kita tidak fikir seluruh umat lagi.  Kita hanya buat usaha sebahagian daripada umat ini sahaja.  Dalam pembahagian umat, gulungan wanita dan kanak-kanak yang paling besar.  Oleh itu dalam masa yang sama sahabat juga fikir tentang wanita supaya fikir tentang agama sampai pada mereka. Suasana rumah dibentuk oleh wanita. Wanita kalau terbentu fikir mereka atau berubah sahaja fikir mereka, akan mengubah suasana rumahnya.   Oleh itu begitu penting di dunia ini ada usaha dikalangan wanita. Dikatakan disatu tempat ada seorang wanita yang miskin. Walaupun dia miskin tetapi dia ada fikir dan risau tentang agama.  Suami wanita miskin ini seorang yang suka melanggar perintah Allah, dia suka minum arak.  Setiap hari dia berdoa menangis-nangis supaya Allah ubah cara kehidupan suaminya.  Satu hari jemaah telah sampai ke kampung dia dan mereka taskel suaminya keluar. Dia balik rumah dengan keadaan marah dia beritahu isterinya jemaah yang datang ke kampungnya telah taskel dia keluar.  Dia kata, “macam mana aku hendak keluar, mana aku ada duit.”  Kemudian isterinya kata, “tak mengapa, abang dah azam hendak keluar, keluarlah, insyaAlah Allah akan mudahkan dan akan bantu .”  Perempuan itu pun siapkan keperluan suaminya dan letakkan di depan rumahnya.  Suaminya masih bising sebab tidak ada duit hendak keluar.  Semasa perkahwinannya dahulu bapa perempuan tadi ada memberi cincin emas, dia pun ambil barang tadi beri pada suaminya supaya dijual dan duit itu dibelanjakan dijalan Allah swt.

Suami wanita tadi pin hairan, ini satu pengurbana yang besar kerana hendak makan pun mereka tidak ada duit.  Kemudian dia pun keluar tetapi selepas 3 hari dia tidak balik sehinggalah selepas 4 bulan baharu dia balik dan kehidupan dia telah berubah.  Oleh itu tuan-tuan, sangat penting usaha dikalangan wanita, tetapi wanita yang hendak keluar perlu ikut syarat,  selagi syaratnya tidak cukup, kita libatkan dia dengan amalan di rumah.  Bila telah cukup syarat kita bawa mereka keluar 3 hari, kemudian 40 hari dan seterusnya.  Oleh itu tuan-tuan,  kita majukan usaha kita jangan lupa pada isteri kita. Mereka adalah rakan membantu kita.  Bagaimana suasana di rumah dibentuk oleh wanita.  Anak-anak dijaga oleh wanita, masa mereka banyak bersama dengan anak-anak dan ibunyalah yang mentarbiah anak-anak, kalau kita tidak bentuk dan zihen mereka maka mereka tidak akan fikir anak-anak kita.  Anak-anak kita adalah akhirat kita, kalau mereka tidak dapat didikan agama dan fikir agama mereka akan menjadi seperti orang-orang di luar sana. Oleh itu usaha wanita amat penting, kita jangan lupakan isteri kita.  Usaha wanita ikut tertib.  Setiap 3 bulan kita taskel dia keluar 3 hari bersama kita.  Jemaah lelaki dibantu oleh masturat.  Bila mereka telah keluar 3 hari sebanyak 5 kali  kita boleh bawa mereka keluar 40 hari.  Selepas 3 tahun keluar 40 hari kita boleh bawa mereka keluar 2 bulan. 2 tahun kita keluar dengan jemaah lelaki dan tahun berikutnya kita boleh bawa masturat keluar 2 bulan.  Kalau isteri telah keluar 40 hari IPB dia boleh azam keluar ke negara jauh.  Inilah caranya kita hendak wujudkan suasana dakwah dan taklim di rumah kita.  Kita buat taklim di rumah dengan kumpulkan semua ahli mahram kita dan kalau bukan mahram kita buat tabir.  Anak-anak kita dudukkan sama-sama dalam taklim.  Buat taklim dengan sungguh-sunguh.Begitu juga kita wujudkan suasana agama di keliling rumah kita, galakan wanita sembahyang diawal waktu, jaga zikir dan tilawah al-Quran.  Setiap hari ada percakapan iman dalam rumah kita.  Setiap wanita datang ke rumah kita, orang rumah kita mesti dakwah mereka. 

Bila kita libatkan mereka dalam usaha, mereka akan ada fikir dan sama-sama buat usaha.  Kalau kita tidak melibatkan mereka dalam usaha ini, mereka akan menjadi penghalang dalam usaha ini, mereka tidak benarkan kita keluar, mereka akan timbulkan masalah-masalah sehingga susah untuk kita hendak keluar, lama kelamaan kita pun tidak keluar.  Inilah yang akan berlaku jika kita tidak usahakan atas masturat.  Berubahnya seorang wanita, dia boleh mengubah suasana rumah dan membentuk anak-anak sukakan agama.  Semua niat dan azam...........InsyaAllah.  Kita kena sama-sama dengan isteri kita buat usaha ini, jangan sebelah sayap sahaja.  Kita bawa mereka dengan ikut syarat tanpa cukup syarat kita jangan paksa mereka.  Allah swt telah letakkan kuasa yang luar biasa pada wanita.  Nabi saw sendiri menganggap wanita sama dalam usaha ini.  Di Mekah, sahabiah-sahabiah sama-sama buat usaha dengan Nabi saw.  di Madinah pula wanita-wanita dibentuk untuk mengujudkan suasana agama di rumah-rumah mereka.  Seluruh Madinah wujud suasana amal.  Jemaah-jemaah datang untuk belajar agama di Madinah.  Nabi saw akan ageh-agehkan mereka kepada sahabat-sahabat untuk belajar agama.  Wanita-wanita Nabi hantar pada sahabiah-sahabiah di rumah dan lelaki tinggal di masjid.  Dalam masa seminggu sahaja wanita-wanita ini dapat mengamalkan agama yang sempurna dan lelaki juga dapat mengamalkan agama yang sempurna.  Kemudia kabilah-kabilah ini balik ke kampung-kampung mereka.  Oleh itu kita perlu libatkan wanita-wanita dalam rumah kita dengan usaha agama.  kita juga perlu hadir dalam taklim harian di rumah, dan kita gilir-gilirkan muzakarah 6 sifat pada semua yang hadir.  Selepas muzakarah kita kena buat taskel.

Di samping itu kita jangan lupa kerja tempatan kita.  Semua majma pasang niat, InsyaAllah. Bila kita mudah keluar, orang lain pun mudah keluar. Bila wanita dapat membentuk suasana agama dalam rumah tangganya, wanita lain pun terkesan dan mengalakkan suami mereka keluar.Tuan-tuan yang datang ijtimak ini jangan datang untuk dengar bayan sahaja selepas itu balik ke rumah.  Kita kena belajar kerja ini dan balik buat di tempat kita. Lapangkan masa di sini, balik dan keluar di sini.  Ramai yang datang untuk hadir ijtimak sahaja.  Kita jangan niat untuk hadir ijtimak sahaja tetapi kita niat untuk belajar kerja ini.  Kita kena belajar kemudian baru balik ke rumah kita dan buat usaha di tempat kita.  Kita libatkan isteri kita dalam buat usaha kemudian kita bertebaran keseluruh alam.  Kita kena belanjakan harta dan diri kita untuk kerja ini.  Allah swt beri kita harta untuk kita belanjakan dijalan Allah swt.  Untuk kita rehat dan bersenang-senang bukan di dunia sebenarnya.  Jika kita mati dalam masa kita buat kerja agama, diakhirat kita akan berjalan bersama-sama Nabi saw.  Semua Nabi yang buat usaha agama akan masuk ke syurga berbondong-bondong.  Nabi akan hairan melihat wajah umat ini dan baginda tertanya-tanya “umat dari mana ni.”  Wajah mereka seperti wajah-wajah ambia as.   Tuan-tuan yang mulia, kita kena bersusah payah, mujahadah, bertungkus lumus buat usaha semoga Allah gulungkan kita bersama jemaah Nabi saw dan Allah swt terima kita di akhirat nanti.  Dunia ini kehidupan yang sementara, masa akan berlalu dan untuk kesenangan di akhirat kita kena susah payah sedikit di dunia.  Ganjaran yang besar-besar akan diberi kepada sahabat di akhirat, umat ini juga akan dapat anugerah yang sama.  Oleh itu kita kena azam seumur hidup kita, kita buat usaha yang dibuat oleh sahabat r.hum.  Kita kena niat untuk buat kerja sahabat ini dan untuk belajar buat kerja kita perlu lapangkan masa di sini dan balik kita buat kerja di tempat kita.  Semua majma buat niat....InsyaAllah.
IJTIMAK TONGGI 2013
BAYAN ASAR OLEH MAULANA ZUBER
PADA 12 JAN 2013

Tuan-tuan yang dirahmati Allah swt, Allah telah letakkan keperluan dalam diri manusia dan Allah juga telah beritahu manusia cara menyempurnakan keperluan itu.  Kalau keperluan itu digunakan mengikut syariat/agama, keperluan itu akan menjadi agama dan Allah  swt permudahkan segala keperluan dan urusan kita.  Kita pun tahu maksud hidup kita, maka kita letakkan maksud pada tempatnya dan keperluan pada tempatnya. Kalaulah dalam hidup kita ini kita hanya sibuk menyediakan keperluan, hidup kita akan jadi susah kerana keperluan ini tidak akan habis, tidak akan berakhir.  Manusia hanya dapat melayan kehendak dan keperluan dia semata-mata dan oleh kerana dia tidak ada had maka kadang-kadang sampai pada satu tahap seperti kehaiwanan.  Oleh itu manusia perlu letakkan maksud di hadapan dan keperluan dibelakang.  Segala keperluannya dia mesti urus mengikut syriat/cara Nabi saw.  Bila kita menyediakan keperluan kita mengikut perintah Allah swt dan mengikut cara Nabi saw maka tujuan kita akan tertunai dan kita akan dapat pahala, diberi ganjaran atas amalan kita tadi.

Tuan-tuan yang mulia, nafsu dan syaitan berusaha membuat manusia sibukkan keperluan semata-mata.  Jadi bila dia sibuk dengan keperluan semata-mata maka hidupnya akan susah.  Setiap manusia Allah letakan 5 keperluan iaitu
i.                    Makan dan minum, menegakkan tulang belakang dia
ii.                  Pakaian  bagi menutup aurat dia
iii.                Rumah supaya dia dapat berlindung dari sejuk dan panas
iv.                 Kenderaan
v.                   Nikah kahwin.
Kalau kelima-lima ini kita letak pada tahap keperluan sahaja, Allah swt akan mudahkan hidup kita.  Tetapi kalau keperluan ini kita letak pada tempat ikut hawa nafsu walaupun maut datang ia tidak akan habis atau berakhir. Kehendak nafsu ini kalau seorang usaha sehingga sempurna dia tidak berakhir, datang pula keinginan yang lain yang kedua dan yang kedua telah sempurna datang pula keinginan ketiga lama kelamaan semua keinginannya tidak dapat disempurnakan dan dia mati dalam keadaan tidak dapat menyempurnakan kehendak hawa nafsunya.  Dunia bukan tempat kita melayan hawa nafsu kita. Dunia adalah tempat kita terikat dengan perintah Allah dan sunnah Nabi saw.  Apabila kita hidup mengikut   sunnah Nabi saw, dan kita berpegang teguh dengan maksud hidup nabi, maka Allah swt akan jadikan semua keperluan kita mudah dan sehingga keperluan ini langsung tidak menimbulkan masaalah pada kita. Bahkan Allah swt akan meletakan keperluan-keperluan ini keberkatan sepertimana nikah kahwin.  Allah juga perintahkan kita menyempurnakan nikah kahwin seperti Nabi saw.  Semua perintah-perintah ini untuk hari ini hingga akhirat dan dalam syurga nanti.

Oleh itu tuan-tuan, iman adalah satu perintah Allah begitu juga pernikahan adalah satu perintah Allah swt.  Orang yang target hidup dia untuk menyempurnakan keperluan dia, satu keperluan telah sempurna, timbul pula keperluan yang kedua dan seterusnya sehingga dia mati dalam keadaan kepeluannya tidak disempurnakan.  Di dunia dia susah dan akhirat pun dia susah.  Di dunia manusia juga perlukan wanita, di syurga pun manusia perlukan wanita.  Di dunia bukan tempat Allah swt hendak sempurnakan semua keperluan, di syurga Allah sempurnakan semua keperluan kita.  Di dunia apa yang ada adalah sedikit tetapi di akhirat apa yang ada adalah banyak dan banyak. Kalaulah seorang gunakan masa yang sadikit di dunia ini dengan meletakkan perintah Allah dan sunnah Nabi saw dan menganggap dirinya adalah umat Nabi saw, dia jadi orang agama dan usahakan orang lain jadi orang agama dan segala keperluannya mengikut perintahnAlalh swt dan sunnah Nabi saw.  Dia sempurnakan semua perintah-perintah Allah dan Allah amat gembira, kehendak nafsu ini Allah telah siapkan dalam syurga, disana manusia akan dapat sempurnakan kemahuan dan keinginan dia.  Di dunia apa yang ada akan habis dan kalau dia letakkan keperluan dia mengikut perintah Allah dan sunnah Nabi saw maka segala kehendak nafsunya Allah akan sempurnakan di syurga nanti.  Kalau di dunia kita hidup menjadi orang yang taat, keinginan kita Allah swt akan sempurnakan di syurga tetapi kalau di dunia kita lalai di dunia kita rugi di akhirat kita lagi rugi.  Dunia ini  satu masa kita akan tinggalkan dan kita akan menyesal buat selama-lamanya. Di akhirat kita akan menangis walaupun air mata kita seperti sungai kesedihan itu tidak akan dapat ditampung di akhirat nanti.

Maksud bayan ini  ialah supaya segala usaha kita bergerak buat ghast, taklim, supaya kita letak akhirat di hadapan kita dan kita cuba usaha untuk bina akhirat kita sungguh-sungguh supaya kita menjadi hamba yang benar-benar kepada Allah swt  Siapa yang buat dia akan berjaya dan siapa yang tidak buat dia merugikan diri dia sendiri. Orang yang hidup di dunia dalam kelalaian maka dia akan menyesal di akhirat nanti.  Maksud kita bergerak ini adalah dengan meletakkan akhirat di hadapan kita supaya hidup kita ini berlandaskan agama dan hidup kita ini seratus peratus jadi agama.  Sebab itu kita buat usaha agama supaya kehidupan kita seratus peratus menjadi agama.  semua orang pernah berkahwin, Nabi saw juga berkahwin, sahabat juga berkahwin, Hadraji dan burzuk-burzuk juga pernah berkahwindan mereka ini berkahwin langsung tidak berlandaskan kehendak nafsu tetapi hari ini semua perintah Allah, sunnah Nabi saw semua kita tolak tepi dan kita letakkan nikah kahwin kita dengan harta, duit, pangkat sedangkan Allah swt tidak meletakkan asas perkahwinan dengan harta, duit dan pangkat ini, jadi tidak ada keberkatan.  Barang siapa yang berkahwin berasaskan keagamaan hidup dengan tenang, gembira dan barang siapa yang berkahwin berasaskan harta, pangkat, hidupnya susah dan bertambah susah. 

Hari ini perkahwinan penuh pembaziran, perkara yang tidak perlu pun kita kata perlu.  Jangan kita membazir, sesungguhnya Allah swt tidak suka kepada pembaziran.  Kalau Allah telah beritahu jangan membazir tetapi dalam majlis nikah kahwin kita membazir pasti dalam majlis itu tidak ada rahmat Allah swt.  Kalau kita melanggar perintahn Allah kecelakaan akan datang. Sebanyak mana kita amal sunnah dalam nikah kahwin sebanyak itulah keberkatan akan datang. Jadi tuan-tuan yang mulia kita perlu kenal maksud hidup kita dan setelah kita kenal pasti maksud hidup kita, kita berjalan atas maksud ini sehingga kita mati.  Disamping kita berjalan atas maksud hidup kita, kita juga perlu usaha atas saudara kita yang lain dan kita memperkenalkan maksud hidup di dunia dan berjalan atas maksud hidup itu.  Agama adalah maksud hidup yang sebenarnya. Kalau ada duit yang banyak kita belanjakan untuk sebarkan agama bukan untuk keperluan.  Semoga Allah bagi taufik kepada kita semua...InsyaAllah. Maulana minta setiap dari kita azam sungguh-sungguh setiap detik kehidupan kita berpegang teguh dengan perintah Allah dan cara sunnah Nabi saw dan kita gunakan setiap bahagian kehidupan belajar agama, kita tahu bagaimana hendak gunakan kehidupan kita berdasarkan ilmu agama.  Dalam agama inilah Allah letakkan keredhaan dan  kejayaan.  Semoga Allah beri taufik untuk kita buat usaha hingga kita mati.
IJTIMAK TONGGI 2013
BAYAN MAGRIB OLEH MAULANA AHMAD LAT
PADA 12 JAN 2013

Tuan-tuan yang mulia, Allah swt telah letak satu kemampuan untuk lelaki dan wanita berusaha untuk kebaikan, kejahatan, ketaatan, keburukan, untuk agama, untuk tanpa agama, untuk tauhid, kubur, untuk menyembah Allah dan tidak menyembah Allah.  Dalam seseorang itu kehidupannya sampai keperingkat alam, apa yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku dan apa yang akan berlaku.  Semua asasnya daripada kesan kehidupan manusia samada baik atau buruk.  Dimana-mana anak adam dan anak hawa yang berada di muka bumi ini, yang telah ada dan yang akan datang lagi merupakan peraturan Allah.  Betapa banyak keburukan, pencurian, pembunuhan, zina, rasuah yang mereka lakukan kesannya ialah pada amalan manusia, tauhid, kehidupan mengikut Nabi, ibadah, akhlak, hubungan dengan Allah, keadilan dan kezaliman.  Apa sahaja yang berlaku, yang ada sekarang kesemuanya adalah hasil natijah daripada usaha manusia.  Dalam setiap zaman untuk membimbing hamba-hambaNya lelaki dan wanita Allah swt hantar khalifah-khalifah dan juga dihantar Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul dikalangan kaum mereka dan akhirnya Nabi Muhammad saw diutuskan.  Diturunkan al-Quran pada baginda, kitab yang sempurna yang telah memansuhkan segala kitab-kitab yang terdahulu, kitab yang datang dari langit sehingga terbit matahari dari barat ada dalam al-Quran ini.  Dalam al-Quran itu ada menyatakan dengan penuh kesungguhan dari yasrib hingga magrib, utara ke selatan, diperingkat mana kedudukan mereka, orang kaya, orang miskin, lelaki, wanita, orang muda, orang tua, orang awam, untuk sekalian manusia.

Allah swt beritahu Nabi saw maksudnya, “Wahai Nabi beritahu pada mereka/manusia usaha siapakah yang tidak sia-sia dan usahanya menjadi sia-sia dan rugi, apakah usaha menjadi kezaliman dan melampaui batas dan usaha yang manakah dikatakan kufur dan syirik dan dengan usaha siapakah Jahanam disediakan dan dengan amalan siapakah datangnya ketidak amanan dan dunia menjadi seolah-olah neraka.”Kita pun dimana sahaja atas kemampuan berusaha atas perkara yang boleh dilihat dengan mata kepala/musyahadah kaum-kaum atau bentuk keluarga pada penempatan tertentu,  apabila mereka melihat yang musyahadah dan apa pun yang mereka lihat pada masa akan datang mereka kata ‘dia dalam kerugian,kerugian’, usahanya menjadi sia-sia, seolah-olah dia sendiri mengetuk kakinya dengan tukul.  Dalam al-Quran telah diiklankan perkara tersebut.  Azam Allah swt seolah-olah menyeru, seolah-olah Allah bersuara menyeru mereka.  Kemampuan berusaha dan beramal bukan perkara biasa, Allah amat menghargainya.  Apabila usaha ini dikaitkan dengan iman dan supaya nizam ghaib Allah bersama dengan kita, Allah swt telah datangkan hujan kerahmatan dari kesan kemampuan berusaha, kita akan lihat dengan berputih mata.  Diantara langit dan bumi, bagaimana begitu terang dan jelas sebagaimana setiap hari kita nampak siang dan malam, terang dan gelap kita nampak.  Amal telah dilihat, keberkatan telah dilihat dan nusrah-nusrah ghaib pun telah ditenguk.  Dunia terpaksa menenguk hakikat tersebut.  Semua masalahnya bergantung kepada kemampuan berusaha dan beramal yang ada pada manusia.  Oleh kerana itu kita kena faham sebagai asasnya bahawa ijtimak-ijtimak ini atas nama dakwah seluruh alam 4 bulan, 40 hari, jalan kaki, dalam negeri, luar negara, semuanya ini bukan sudah keluar 40 hari, 4 bulan malah 1 tahun, bukan ini maksudnya.  Asasnya ialah hendak betulkan arahtuju amalan umat ini.  Membetulkan arahtuju amal mereka kepada perkara yang ghaib. 
Sebanyakmana mereka telah menuju kearah kebinasaan dan kerugian kerana mereka telah menggunakan kemampuan dan kebolehan beramal ke atas benda yang musyahadah.  Oleh kerana itu Nabi-Nabi as, kisah-kisah dakwah mereka dibacakan, diperdengarkan dan sirah-sirah nabawi dibaca, dimutalaah, akhirnya sirah Nabi saw, sejarah sahabat r.hum maka dengan asas usaha mereka apa yang telah terhasil. Orang yang menggunakan kemampuannya dan ikhtiarnya kepada yang musyahadah dan dia usaha dan terus usaha, mereka menyangka mereka buat perkara yang betul, yang baik.  Mereka dalam kegelapan kerana menyangka mereka menggunakan kemampuannya pada tempat yang betul.  Daripada rumah sewa ke rumah sendiri, daripada naik basikal ke naik motor kemudian naik kereta, daripada rumah yang dibuat dari tanah kepada rumah batu, daripada jawatan kecil ke jawatan besar.  Sebenarnya dia tertipu, dia tertipu. Dia menyangka dia sedang meningkat dan maju ke hadapan.  Al-Quran telah beritahu kesan atau natijah, dimana pun mereka berada, apa berita, bila pun, cakap, dengar, fikir dan letakkan dalam hati.  Jika dia gunakan segala kemampuannya pada perkara tersebut, al-Quran menerangkan :  semua khulasah, seolah-olah dia berada di padang pasir, orang yang menyangka ini air tetapi ia hanya potomagana.  Di tengah padang pasir air pun tidak ada tetapi orang yang tidak faham ini dia tertipu dengan pandangan matanya, orang yang menjadi musyahadah atas usahanya.  Dia dalam kesusahan, berbagai masalahnya dan dia berada di padang pasir, seorang yang dahaga dan dia nampak potomagana itu seolah-olah macam air.  Atas musyahadah tersebut dia gunakan kemampuan dia atas harta benda dunia.  Al-Quran menyatakan dia tertipu oleh pandangan matanya.  Orang dahaga, kerongkongnya kering, perutnya memulas-mulas, mual nampak bintang kerana terlalu dahaga, tetapi dia tidak faham yang bersinar-sinar di padang pasir, dia menyangka disinilah tempat dia menyelesaikan masalah dia dan dia sedang bergerak menuju kearah perkara tersebut.  Lagi dia pergi, lagi dekat dan akhirnya yang dia nampak seperti air itu bukan air. Dia tertipu.  Kita kena keluar daripada penipuan ini.

Oleh kerana itu, siapa yang telah tertipu dan dia terpaksa menanggung kerugian bukan satu hari atau dua hari, 40 tahun atau 50 tahun tetapi untuk selama-lamanya.  Dia bercakap tentang ghairullah, selain dari Allah swt boleh buat sesuatu atau di fikir selain dari Allah swt boleh buat sesuatu atau di tenguk selain dari Allah swt boleh buat sesuatu dan dia telah gunakan segala kemampuan dan kebolehannya untuk selesaikan perkara tersebut.  Inilah yang diterangkan dalam al-quran.  Tuan-tuan yang mulia, Allah swt telah terangkan dalam al-Quran siapa orang yang rugi, orang yang amalnya jadi sia-sia, iaitu orang yang meletakkan musyahadah di hadapan.  Dia berusaha dan dia menyangka daripada situ, musyahadah/ghairullah tersebut akan menyelesaikan masalah dia.  Sebahagian mereka menyangka adanya kuasa, negara, ada harta, kedudukan dan pangkat, mereka sedang maju tetapi Allah swt menerangkan mereka adalah orang yang rugi dan kerugian itu disebabkan mereka letakan musyahadah di hadapan dan kerugian itu untuk selama-lamanya.  Allah swt pentadbir sekalian alam ciptaannya telah bersumpah dalam surah al-Asyr, mereka juga berusaha meletakkan harta benda, musyahadah di hadapan, mereka menggunakan kemampuan mereka untuk menghasilkan musyahadah, Allah berfirman, “mereka dalam kerugian.”

Allah swt telah beritahu jalan keluar dengan beriman pada Allah dan sifat-sifatnya, beriman atas asmah ulhusna, beriman atas nizam ghaib Allah swt, beriman atas kudrat Allah dan beriman atas khazanah Allah yang tidak akan habis, beriman atas hari kiamat, beriman atas kenabian (Nabi dan Rasul), beriman atas takdir, beriman atas kebangkitan selepas mati.  Usaha mereka kepada perkara tersebut al-Quran menerangkan kejayaan mereka. Asas usaha mereka ialah perkara yang ghaib, atas sunat-sunat dan hukum Allah,  kemampuan yang diberi oleh Allah, kekayaan yang diberi oleh Allah, hubungan yang diberi oleh Allah digunakan untuk agama.  Yang ada ilmu dia gunakan ilmu dia, yang ada hubungan antara satu sama lain gunakan hubungan dia, yang ada kedudukan gunakan kedudukan dia, gunakan segala keistimewaan yang Allah beri.  Mereka juga beriman dengan al-Quran dan kitab-kitab yang terdahulu, telah masuk dalam hati mereka keyakinan tentang hari akhirat.  Untuk membezakan antara orang bijak dengan orang yang tidak bijak,  orang yang menyangka dia orang bijak, orang pandai tetapi Nabi saw memberitahu “tidak ada orang yang lebih bodoh, lebih buta daripada orang yang menggunakan kemampuannya untuk usaha perkara yang musyahadah.  Orang yang bijak ialah orang yang meletakkan akhirat di hadapan dan dia menggunakan kemampuan dan kebolehannya untuk mendapatkan perkara tersebut.”  Senang hati untuk bertemu dengan Allah swt dimana kita perlu menjawab semua amalan kita, makanan yang kita makan, tangan dan kaki yang digunakan.  Semuanya ada amal seperti peladang bila dia letak sahaja biji benih pada hari itu, dengan perintah ghaib daripada Allah swt dia akan tumbuh yang Allah swt perintahkan tumbuh dia akan  keluarkan tunasnya.  Begitu juga hubungan suami isteri dan air mani mendapat tempatnya, dalam hadis menyatakan pada hari tersebut dengan perintah ghaib Allah swt, Allah swt mencipta mahluknya, maka akan lahirlah seorang bayi yang comel.

Tuan-tuan yang mulia, apa yang lihat, apa yang di cakap, usaha yang nampak, apa pun  yang Allah swt telah buat semuanya akan menghasilkan natijah ghaib di akhirat di sisi Allah swt, samada kebaikan atau keburukan, samada ia menarik rahmat Allah swt atau menarik kemurkaan Allah swt, samada membina syurga atau neraka, samada masa sakratul maut menjadi mudah atau susah, samada dia dapat minum air dari  Telaga Kausar dari tangan Nabi sendiri atau pun dia dipesongkan jauh dari tempat itu. Semua mata bendanya tipu daya dan benda yang diyakini ialah akhirat.  Orang yang gunakan kemampuannya pada jalan yang betul dia mendapat hidayat dan dialah orang yang berjaya.  Kita kena ubah fikiran kita, ubah pandangan kita.  Yang pertama sekali ialah kita cakap “Allah boleh berbuat sesuatu.”  Dengan anak-anak kita, dengan jiran-jiran kita, orang-orang di kampung kita, dibandar kita, di negeri kita, di negara kita dan semua umat Nabi saw dimana sahaja mereka berada, mereka bercakap perkara yang sama.  Cerita kebesaran Allah, bercakap keagungan Allah swt, luasnya khazanah Allah swt.  Bila Allah swt berkehendak Allah swt boleh buat segala-galanya, yang buat segalanya ialah Allah swt.  Tidur, bangun, bergerak, dalam gelap, dalam terang, di lorong-lorong, di masjid, dijalan-jalan, percakapan umat ini berubah.  Di dunia bercakap dengan kuasa, dengan Kerajaan, dengan harta benda dan mereka cakap, mereka dengar dan mereka tenguk dan ianya masuk dalam hati.  Oleh kerana itu awal-awal lagi saya telah beritahu kita keluar 40 hari, 4 bulan, 1 tahun, jalan kaki, naik kenderaan bukan maksud.  Maulana Said Ahmad Khan rah. berkata, dalam 6 perkara antara 2 sahaja iaitu yang pertama ialah kalimah.  Maulana Yusuf rah berkata, untuk kalimah terbahagi 2 iaitu Laillahaillallah dan kedua Muhammadur Rasulullah.

Maksud yang pertama (Laillahaillallah) ialah untuk mengubah keyakinan, selain daripada Allah swt walau dalam bentuk apa sekali pun samada di langit, di bumi, di laut, dimana-mana sahaja kita yakin tidak boleh buat apa-apa, hanya Allah swt sahaja yang boleh buat segala-galanya tanpa bantuan sesiapa.  Setiap umat cakapkan perkara ini, dengar perkara ini dan cakap lagi dan lagi, banyak-banyak kali sehingga ia masuk dengan hakikatnya dalam hati.  Maulana Yusuf rah. kata yang kedua ialah Muhammadur Rasulullah,  sebanyak mana manusia di dunia ini termasuk kita yang mengucapkan kalimah ini mereka yakin dengan kenabian dan usaha Nabi saw iaitu mendakwahkan iman dalam halaqah-halaqah taklim, sembahyang dengan khusyuk, mereka fikirkan ketinggian Allah dan fikir akhirat dan semangat/jasbah kebesaran Allah.  Semua usaha ini Nabi saw sendiri buat dan Nabi usahakan semua para sahabat buat usaha ini,  Abu Bakar r.hu, Umar r.hu, Othman r.hu dan Ali r.hu juga buat usaha ini.  Orang Muhajirin dan Ansar samada lelaki, wanita dan anak-anak, semua mereka membuat usaha Nabi saw.  Orang yang menjadikan usaha sahabat-sahabat sebagai usahanya, fikir mereka sebagai fikirnya, cakap-cakap mereka sebagai percakapannya, pandangan mereka menjadi pandangannya, tangisan mereka menjadi tangisannya dan risau mereka menjadi risaunya.  Maka Allah swt akan redha dengannya sebagaimana Allah swt telah redha dengan mereka

Tuan-tuan yang mulia, bila kita yakin dengan kebesaran Allah, keagungan Allah. Pada hari itu akan mula iman masuk dalam hati.  Perkara yang paling dicintai oleh Allah swt, disukai oleh Allah swt, diredhai oleh Allah swt ialah iman iaitu meyakini akan keagungan Allah swt, kebesaran Allah swt, kehebatan Allah swt. Meyakini khazanah Allah swt yang maha luas.  Samada kuasa, pangkat, kedudukan, bagaimana Allah swt berkhidmat.  Firman Allah swt maksudnya, “kamu tidak tenguk ke bagaimana Allah swt lakukan dengan kaum Ad yang sombong dan bongkak dengan kehebatan dan kekuatan mereka dan mereka iklankan kehebatan mereka.  Begitu juga kaum Samud yang megah dengan kekuatan teknologi mereka. Mereka memotong batu-batu besar dan memindahkan ketempat lain.  Mereka buat rumah-rumah mereka dalam batu.  Begitu juga Firaun yang mengiklankan tiap-tiap hari yang dirinya ‘bahawa aku adalah tuhan kamu yang agung’, dan dia berkata lagi ‘tidakkah aku ini yang menguasai negara Mesir dan sungai-sungai ini mengalir di bawah jajahan aku’.”  Mereka telah banyak membuat kerosakan dan kesesatan.Dia (Firaun) sendiri tenggelam dalam kerugian dan kesesatan dan dia juga tenggelamkan orang lain. (dia sesat dan menyesatkan orang lain).  Dia berkata, kuasa boleh buat sesuatu, kamu pula kata harta boleh buat sesuatu, kamu pula kata dengan pangkat dan kedudukan boleh buat sesuatu.  Sebenarnya semua ghairullah tidak boleh buat apa-apa.  Perkara inilah kita perlu ubah percakapan umat ini kepada percakapan yang betul bahawa “selain daripada Allah adalah ghairullah dalam apa rupa bentuk sekali pun,  dimana sahaja dia berada samada di langit, di bumi, di lautan, di daratan, dia tidak boleh buat apa-apa.  Yang buat segala-galanya ialah Allah swt.”  Zat Allah boleh buat segala-galanya tanpa apa-apa.

Menggunakan kemampuan untuk berusaha atas perkara yang ghaib dan apa yang dia gunakan kemampuan dan kebolehannya, keyakinannya akan datang, cintanya akan datang.  Apabila datang kecintaan dalam hati, kemampuan dia, kebolehan dia, diri dia, jiwa raga dia, dia akan ikut orang yang dia suka.  Inilah rahsia sahabat r.hum. inilah keseluruhan kehidupan sahabat r.hum, hari yang mereka dapat iman, mereka faham nilai iman, mereka tahu harga iman dan Nabi saw telah tarbiah mereka bersama dengan taklim.  Ini bukan satu himpunan maklumat, bukan  satu pengetahuan semata-mata. Kamu tahu atau tidak kalimah yang aku ajarkan kepada kamu apa nilainya ?. ‘dengar kalimah yang Aku dakwahkan kamu kepadanya,  tauhid yang aku berikan kepada kamu, aku dakwahkan Allah yang kamu perlu beriman dengannya.  Kalau keyakinan ini masuk dalam hati, betapa berharga lebih dari 7 petala langit dan 7 petala bumi.  Kalaulah kadarnya hanya sebelah kepak nyamuk nescaya Allah swt tidak akan berikan orang kafir walau seteguk air.  Kamu dalam tipu daya seperti seorang dapat tanah/harta, kedudukan, pangkat, semua itu tidak ada nilai.  Oleh sebab itu Abdullah bin Khuzaifah r.hu apabila Raja Rom dakwah dia supaya tinggalkan Muhammad.  Kalau kamu sanggup tinggalkan Laillahaillallah Muhammadur Rasulullah, setengah kerajaan Rom aku akan serahkan kepada kamu.  Dia kata, apa yang kamu cakapkan ni.  Mereka memahami nizam Allah swt, kursi Allah seolah-olah mereka nampak dengan mata mereka.

Oleh sebab itulah ditempat yang lain, Shu’bah dengan tenteranya.  Dia kata dengan amir jemaah, “apa yang sedang terjadi ?.  bahawa dari 4 penjuru arasy dihujani dengan panah-panah, kamu tidak buat apa-apa tindakan ?.”  amir jemaah kata, “kamu baru pergilah,” aku akan takbir 3 kali nanti. 
i.                    Takbir yang pertama kamu berwuduk,
ii.                  Takbir kedua kamu akan nampak nusrah Allah datang dari langit
iii.                Apabila nusrah Allah telah datang baru aku takbir
Abdullah binKhuzaifah pula, dia tidak tahu tentang harta benda.  Sahabat-sahabat tidak kenal harta benda dunia.  Seorang sahabat dapat sebiji buah kran, bila dia buka dia terus kata, “subhanallah,” dalam batu Allah swt cipta batu.  Seorang sahabat dalam perjalanan dapat kapur, dia kata, “subhanallah, bau wangi,”  Abu Hurairah r.hu beberapa hari dia pengsan diantara Raudhah dan mimbar dan orang sangka dia kena sawan.  Orang Arab zaman dulu orang yang sawan dia pijak pada tengkuk maka orang pijak tengkuk dia, dia kata, “kerana lapar dia jatuh pengsan.”satu hari dia makan roti dengan sapukan keju, dia makan sambil tenguk tangan , mereka tanya “mengapa ?,”  katanya “aku dengar orang yang makan roti dengan keju akan jadi gemuk, maka aku tenguk tangan aku gemuk ke tidak.”sahabat tidak tahu apa-apa tetapi mereka tahu nizam ghaib Allah, mereka tahu bagaimana hendak menarik khazanah Allah swt.  Mereka tahu macamana hendak menurunkan pintu rahmat Allah swt untuk bersama dengan kudrat Allah swt.  Akhirnya mereka mendapat makyatullah/penghampiran Allah.  Tetapi taklim yang di ajar oleh baginda saw dan tarbiah yang baginda bagi begitu bernilai untuk iman pada mereka.  “kamu kata setengah negeri ?  seluruh dunia berapa kerajaan yang ada, apa yang ada di langit dan di bumi, semua dikumpul tidak sama dengan sebelah sayap nyamuk, satu negeri pula setengah.  Pergilah tawarkan kepada orang lain.”  Dalam hati mereka telah masuk iman.  Mereka boleh ubahkan angin, mereka boleh ubahkan air.  Iman yang ada dalam hati mereka tidak akan bergoyang, tidak akan berlaku kecurangan bila iman dengan hakikatnya telah masuk dalam hati.

Seorang bercakap ‘yaaiyuhal lazinaamanu’, seorang menjawab ‘aminu’.  “Wahai orang yang beriman, binalah iman kamu.” Kita cakap-cakap tentang iman supaya iman masuk dalam hati.  Mereka mendakwa mereka mempercayai Allah, mempercayai akhirat, Allah kata “kamu bohong.” Orang yang menyakini Allah swt dan menggunakan kemampuannya atas perkara tersebut dan dia meyakini akhirat, sebelum dia buat amal dia fikir, apakah kesan dari amalan ini jadi akhirat atau membina akhirat, syurga atau neraka, atau dia akan dapat nanah, ular atau kala jengking, atau dia akan dapat bidadari dan nikmat. Dia usaha bina iman dan iman akan terbina dengan dakwah.  Peribahasa Arab, seseorang yang cintakan sesuatu dia akan banyak menyebut perkara tersebut. Dia akan sebut berulang-ulang, berulang-ulang sehingga ia mantap dalam hati.  Kebesaran Allah swt, keagungan Allah swt, ketinggian Allah swt, Allah swt yang buat segalanya, selain dari Allah swt tidak boleh buat apa-apa.  Sebanyak mana kita cakap maka sebanyak itulah ia terbentuk dalam hati kita.  Kemudian percikan iman akan datang dalam hati dan kita akan menggemis di hadapan Allah swt, “Ya Allah, kurniakanlah iman kepada ku.” Tetapi kalau kita tidak usaha, kita masih cinta dengan Kerajaan, cinta dengan kuasa, cinta dengan pangkat, cinta dengan tanah ladang dan kita gunakan kemampuan dan kebolehan kita untuk itu.  Oleh sebab itu apa yang saya cakap awal tadi, bukan 40 hari, 4 bulan sahaja. Ulamak tulis, sesuatu perkara yang syariat letak satu hukum untuk belajar.  Sembahyang 5 waktu, puasa setahun sekali wajib, haji seumur hidup sekali, ada yang jaga nisab, tetapi iman ini setiap nafas mesti beriman.  Banyak itulah keperluan dia.

Maulana Elyas rah berkata, “saya tidak letakkan nama tabligh jemaah tetapi kalau hendak letakkan nama saya akan letak nama Tahrif Iman.”  Orang-orang Islam dimana-mana dalam kedudukan apa mereka perlu usaha ini supaya masuk nilai iman dalam hati mereka, kebesaran iman masuk dalam hati dan sentiasa usaha untuk membina iman, memelihara iman dan menyebarkan iman ke seluruh alam.  Dia sedia mengurbankan diri dan hartanya ke seluruh alam dengan ini agama akan tersebar.  Kita semua berhajat untuk bina iman, bila iman kita terbina bukan sebanyak diperhimpunan kita.  Seorang yang boleh tunjukan apa iman boleh buat.  Dalam sirah para sahabah, seluruh manusia apabila disebut iman, ialah iman seumpama para sahabah.  Apabila iman berada dalam hati dengan hakikatnya, walaupun ia diugut akan membunuhnya, akan memotong-motong badannya sedikit pun tidak menimbulkan ketakutan dalam hatinya.  Misalnya Hadrat Abdullah r.hu dia tidak kisah apabila diberi amaran akan membunuhnya, dia dicampak dalam air yang mendidih dan dia mati seperti tepung yang dibuat jemput-jemput digoreng dalam minyak.  Iman apabila telah berada dalam hati dia tidak akan berganjak. Apabila tukang bunuh hendak membawa dia, dia menangis dan pengawal bagi tahu Raja.  Raja ingat iman dia mungkin telah goyang dan bawa balik pada Raja kalau-kalau dia telah berubah fikiran. Raja bertanya, mengapa kamu menangis, jawabnya “kamu menangis sebab lain,aku menangis sebab lain. kamu padamkan dapur seseorang kamu suka, aku nyalakan dapur seseorang aku suka.  Kamu suka seorang perawan yang lari tetapi aku suka selamatkan perawan yang lari.  Kamu suka nyalakan api dan kami suka padamkan api.  Aku menangis kerana iman, iman yang sebesar zarah Allah swt beri syurga yang sebesar 10 kali ganda besarnya langit dan bumi.  Tetapi dalam badan yang begini besar ada satu sahaja roh dan kalaulah nyawa aku ada sebanyak bulu roma di badan ku, akan aku kurban semuanya dijalan Allah satu persatu.” Apabila iman telah berada dalam hati, apa-apa halangan yang datang mereka akan tentang.  Inilah iman para sahabat r.hum yang sebelum ini apabila melihat kekayaan Rom dan Parsi melelih air liur mereka tetapi apabila Nabi saw memberitahu nilai iman dan nilai apa yang ada di langit dan di bumi, mereka rasa jijik dengan segala kekayaan dunia.

Tuan-tuan yang mulia, kita juga perlu belajar iman dan seluruh umat berhajat kepada iman dan ini adalah tanggungjawab kita.  Kita bina iman kita dan kita bawa dakwah iman keseluruh dunia. Dapat ambil dari khazanah Allah.  Hadrat Salim r.hu, cucu kepada Umar r.hu berada di Haram, Sulaiman bin Abdul Malik, Raja pada masa itu.  Dia berkata, “Tuan, saya hendak khidmat kepada tuan, jika ada apa-apa keperluan beritahu kepada saya, saya akan sempurnakan.” Dia kata, “dalam rumah Allah, minta daripada ghairullah?.  Saya malu hendak minta ghairullah dalam rumah Allah”.  Maulana Yusuf rah  berkata, “Nabi saw menjadikan umat ini orang masjid dan tempat umat ini bersatu di masjid dan perkara yang menyatukan umat ialah solah.  Kita sedia satukan umat ini dimana-mana, atas apa tajuk sekali pun tetapi tempat sebenarnya umat ini bersatu ialah di masjid dan atas tajuk solah, ‘assolah tu jamaah’.
Bila sebut sahaja ‘assolah tu jamaah’, sahabat semua faham ada takaza di masjid dan semua kena datang.” Hadrat Salim r.hu, berkata kepada Raja, “aku malu untuk minta kepada ghairullah dalam rumah Allah.”  Kemudian dia keluar dan dia tanya pula, “kamu beritahulah, kamu hendak sempurnakan keperluan dunia ke atau akhirat saya.” Sulaiman bin Abdul Malik kata, “akhirat saya dapat macamana, kalau keperluan dunia bolehlah saya bagi,” 

Tuan-tuan, kita letak sirah sahabat di depan kita, kita buka dan kita baca, kita dengar kisah mereka dan kita simpan dalam kepala kita.  Ini satu pelajaran dan pengajaran.  Allah yang memiliki sekalian alam ini, untuk keperluan dunia pun kita kena minta daripada Dia.  Kita ada tanah,ada ladang sebagai alasan kita maka kemampuan kita untuk hidayat amat kecil.  Kekuatan doa ialah untuk hidayat manusia. Tempat yang tidak ada masjid, tidak ada pengajian al-Quran, tidak ada zikirullah, orang tidak dapat bezakan halal dan haram, kita doa,  Ya Allah, negara sekian, ya Allah, di sekian tempat,  Nabi saw bagi dakwah dan doa pada kita.  Apabila kita buat dakwah dan pengurbanan, kita buat dakwah dengan penuh tumpuan dan ikhlas, kita buat dakwah dengan tawadhuk, dengan banyak doa dan tangisan.  Bila dakwah ini dengan semua sifat-sifatnya, walaupun hati dikunci mati.  Dengan dakwah ini pun Allah swt akan buka keberkatannya dengan buka kunci hati mereka tetapi bila dakwah tidak ada kurban, tidak ada mujahadah dijalan dakwah, tidak ada bangun malam berdoa, merayu, menangis di hadapan Allah, ia hanya akan jadi seperti ceramah atau bayan atau sebagai satu majlis. Dengan dakwah kita tambah pengurbanan, tambah tangisan waktu malam dan dakwah dengan tambah amalan waktu malam, tambah masa berdoa maka dakwah ini terus akan memberi kesan.  Oleh kerana dakwah tidak dihidupkan manusia menjual imannya dengan benda-benda yang murah.  Tetapi iman apabila ada dengan hakikatnya, iman akan tunjuk kehebatannya.

Dalam satu surah diceritakan kisah iman seorang lelaki.  Mereka telah berusaha untuk pesungkan iman dia, Allah swt telah zahirkan, mafhum hadis, “apabila Allah ingin beri kebaikan kepada seseorang Allah swt akan beri faham agama, Allah akan beri dia sifat dae, dia hendak belajar agama, hidup cara agama, wujud semangat hendak belajar dan dapat keluar dijalan Allah swt.”  Semua mereka cuba hendak menentang kalimah, dan Allah telah membantu dia, Allah sampaikan dia ke satu tempat yang mana dengan limpah kurnia Allah dan keagungan Allah.  Majma yang ramai, ini semata-mata limpah kurnia Allah swt, Allah swt hendak bagi sesuatu kepada kita, kita minta semoga Allah memberi taufik kepada kita memberi tumpuan kepada perkara tersebut.  Budak tadi telah mempelajari agama.  kemudian ada seorang sakit mata, dia cuba ubat dengan menyebut nama Allah swt dia tiup pada mata pesakit tadi dan sembuh.  Kemudian orang sakit mata tadi pun beritahu kawannya. Kawannya tanya dia ubat macamana, katanya budak itu cuma menyebut, “Allah yang mencipta kamu dan aku, mencipta 7 petala langit dan inilah kekuatan namanya.”  Dengan sebab itu matanya jadi baik dan sehat.  Mereka bawa dia ke laut dan campakkan dalam laut. Kemudian dia yang dicampak dalam laut tidak mati tetapi orang yang bawa dia terjatuh dalam laut dan mati.  Dia datang balik di hadapan mereka.  Mereka tanya mengapa kamu tidak mati, katanya “dalam laut ada apa, Allah swt yang berkuasa, siapa yang Allah hendak selamatkan dia selamat, siapa yang Dia hendak tenggelamkan, orang itu akan tenggelam.  Sesiapa yang Dia hendak matikan orang itu akan mati.  Sesiapa yang Dia hendak hidupkan orang itu akan hidup.”  Mereka kata budak ini bahaya.  Mereka kumpulkan semua orang untuk bunuhnya.  Kemudian dia kata, “kalau kamu hendak bunuh aku, kamu sebut Allah dan panah.”  Mereka pun kumpulkan orang,’bismihaza gulam’, maknanya, yang budak ini beriman dengan nama Tuhan dia beriman, kami panah dia.  Dia pun mati.

Maulana Yusuf rah berkata, hidupnya dae, hidupnya Islam.  Matinya dae pun hidup Islam.  Seorang bagi nyawa kerana iman, berapa orang yang berada di situ pula berkata mulai hari ini kami beriman dengan Tuhan budak itu.  Bila dakwah ini dibuat dengan pengurbanan dan dibuat dengan ikhlas dan buat dakwah dengan tidak ada kepentingan diri apa-apa semata-mata untuk meninggikan kalimah Allah.  Untuk datangkan kehidupan Nabi, pergi dari rumah ke rumah dan dengan jasbah ini keluar dijalan Allah.  Kita kurbankan diri kita dan harta kita, kurban keinginan kita, kurbankan semangat kita.  Bila pengurbanan seperti orang Badar datang kepada umat ini, Allah akan zahirkan kudratnya sebagaimana Allah zahirkan di Badar. Kita kena ingat, sebanyakmana kita yang ada, bagaimana keadaan kita, macam mana kedudukan kita, kalaulah kita menentang cara Nabi saw, kita buat perkara yang bertentangan dengan keinginannya, kita akan di musnahkan sehingga tidak ada tanah untuk ditanam mayat-mayat orang Islam.  Belajarlah kalimah ini.  Apa yang telah berlaku Allah swt yang buat, apa yang sedang dan akan berlaku pun Allah yang buat.  Peraturan Allah untuk buat sesuatu bukan dengan kedudukan pangkat, kuasa atau kerajaan tetapi dengan Muhammadur Rasulullah.  Apabila umat ini telah jadikan usaha Nabi sebagai usaha mereka, fikir Nabi jadi fikir mereka dan risau Nabi jadi risau mereka.  Allah swt dengan sifat-sifatNya... Wahai Nabi, tanggungjawab kamu berusaha, waktu malam bangun berdoa menangis-nangis zahirkan kerisauan.  Selepas itu orang yang ada bahagian hidayat akan dapat hidayat dan orang yang telah dikunci mati dalam hati mereka, wujud mereka sebagaimana Haman, wujud mereka sebagai Syadad, wujud mereka sebagai Kaisar dan Kisra, menganggap diri maha berkuasa. 

Selepas Firaun ditenggelamkan bukan bermakna telah selesai.  Setiap masa, Allah dengan kudratNya yang sempurna, peraturan Allah swt, apabila kita buat usaha dengan pengurbanan dan mujahadah dan setiap zaman al-Quran menjadi pertunjuk kepada kita. Firman Allah maksudnya, “Wahai orang beriman, ingatlah nikmat Allah ke atas kamu, apa kamu telah buat, mereka korek parit dalam keadaan sejuk dan Aku telah terima pengurbanan mereka.  Abu Sufian dan tenteranya dengan penuh kelengkapan datang untuk menhancurkan kamu. Kami hantar angin dan tentera yang mereka tidak melihat.  Pengurbanan yang kamu telah buat. Mujahadah yang kamu telah buat dan dakwah kamu jadikan kerja kamu dan kamu kata Allah swt yang buat segalanya dan kamu fikir hidayat untuk diri kamu dan hidayat untuk orang lain dengan penuh risau.  Allah swt dengan kudratNya, Allah swt akan menzahirkan kebenaran dan menghancurkan kebatilan walaupun orang yang menyebut ‘Allah’ tidak menyukainya.”  Oleh kerana itu Muhammad saw telah ajar doa kepada mereka.

Tuan-tuan, iman kita iman yang diwarisi.  Kita tidak kurbankan nyawa kita untuk iman.  Macam anak tukang jahit. Bila ditanya “kamu buat apa ?,” jawabnya “menjahit,” “mengapa,” “ayah saya tukang jahit, saya pun tukang jahit.” Jadi “bapa saya orang Islam, saya pun orang Islamlah.” Dalam kisah-kisah sahabah, bagaimana sahabat telah kurbankan nyawa untuk agama. Kisah orang-orng Ansar dan Muhajirin yang menanggung kelaparan dan dahaga, tidak cukup pakaian.  Dalam majma ini juga ada yang tidak cukup kelengkapan untuk cuaca sejuk. Sahabat Khuzaifah r.hu pada musim sejuk ada sehelai cadar sahaja.  Mereka ikat perut dengan batu dan buah-buah kurma yang diberi pun telah habis.  Untuk berlindung dari sejuk mereka korek tanah duduk dalam lubang.  Abu Sufian bersama kelengkapannya datang hendak menyerang sahabat.  Allah swt telah hantar malaikat untuk mengazab mereka.  Allah dengan kudratNya, ketinggianNya, dalam melakukan sesuatu, hari ini pun begitulah kudratnya sepertimana hari dahulu. Hari ini kita inginkan kalimah Allah itu tinggi dan Allah swt inginkan setiap manusia ubah percakapan mereka dan untuk itu pengurbanan perlu dibuat  ke tahap pengurbanan sahabat.  Oleh kerana itu semua orang kena ubah percakapan mereka.  Kata Maulana Yusuf rah, “kamu tinggalkan kisah-kisah Tartar menyerang Islam, jangan kisahkan perkara itu tetapi kamu kena belajar takut pada Allah, belajar merayu depan Allah.  Belajar datang ke masjid duduk dalam halaqah iman, halaqah taklim, zikir, belajar al-Quran, belajar solah kemudian menangis-nangis berdoa pada Allah”.  Dengan ini Allah akan menyelamatkan kita dari semua ketakutan.

Oleh kerana itu tuan-tuan yang mulia, di awal tadi saya beritahu pada tuan-tuan bahawa Allah telah letakkan kemampuan untuk berusaha pada setiap orang.  Kisah-kiasah dalam al-Quran semuanya mereka berusaha atas musyahadah.  Kita perlu yakin pada perkara yang ghaib, sebab itu untuk 4 bulan / 40 hari, saya dan tuan-tuan untuk keluarga kita, kampung kita, bandar kita, negeri kita, dimana sahaja kita berada, dimana sahaja ada umat kita betulkan usaha mereka.  Daripada mereka meyakini musyahadah kepada meyakini perkara yang ghaib.  Dengan pengurbanan diri dan harta mereka bertebaran keseluruh alam.  Mahluk adalah keluarga Allah swt.  Jangan mereka di tangkap oleh Allah swt, jangan mereka teriniaya.  Perkara ini yang perlu kita fikir dan risaukan.  Kita kurbankan diri kita untuk kebaikan mereka. “Wahai orang beriman, jadilah pembantu agama Allah”.  Doa ini berikan kepada baginda saw.  hamba yang menjadi asbab kebaikan dengan diri dan hartanya dan dengan sebabnya keburukan dihapuskan.  Nabi berdoa untuk mereka.


























IJTIMAK TONGGI 2013
BAYAN SUBUH OLEH MASAEH KAKRIL
PADA 13 JAN 2013

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah swt, adalah satu nikmat dan berkat Allah pilih kita keluar dijalan Allah swt. Allah beri ganjaran yang banyak kepada mereka yang buat pengurbanan dan mujahadah keluar dijalan Allah swt.  Siapa yang keluar dijalan Allah swt, Allah mengambil tanggungjawab memelihara keluarga yang ditinggalkan, begitu juga Allah mengambil tanggungjawab pada mereka yang masuk ke rumah dengan memberi salam.  Kalau seorang meninggal dunia semasa keluar dijalan Allah swt akan masuk syurga.  Seorang yang keluar dijalan Allah dibandingkan dengan seorang yang tidak keluar tetapi sepanjang hari berpuasa, dan waktu malam beribadat. Orang keluar dijalan Allah waktu malam pun mereka beribadat, jadi mereka seolah-olah beribadat sepanjang malam.  Debu-debu yang melekat pada baju mereka menghalang dari disambar oleh asap api neraka.  Orang yang keluar dijalan Allah swt, satu subhanallah ganjarannya berganda 490 juta kali ganda. Satu rakaat solah dijalan Allah digandakan 490 juta kali ganda.  Ada seorang telah meninggal dunia dan semua orang tahu dia tidak pernah membuat amal baik. Kemudian Nabi saw telah iklan, adakah sesiapa yang melihat dia melakukan amal kebaikan, seorang telah bangun dan memberitahu, ya Rasulullah saya ada lihat satu malam orang ini telah berjaga malam menjaga satu jemaah fisabilillah.  Nabi saw memberitahu pada mayat tadi, “wahai mayat, orang kata kamu ada buat amal yang baik, saya sebagai Nabi Allah memberitahu bahawa kamu adalah ahli syurga.”  Kemudian Nabi saw sendiri menguruskan jenazahnya.

Oleh itu tuan-tuan, inilah satu jalan, jalan ukwah. 4 hari kita datang ke sini dengan cuaca sejuk dan dengan segala susah payah, Allah swt akan maafkan kita. Tuan-tuan yang mulia, mengapa kita perlu keluar fisabilillah ?,  Allah swt bagi agama kepada anak adam dan sesiapa sahaja yang amal agama pasti akan dapat kejayaan di dunia dan akhirat.  Kalau seorang yang kaya raya samada bangsa Arab atau siapa sahaja, walau pun dia orang bangsawan tetapi dia hina di sisi Allah swt.  Seorang yang ada agama dan mengamalkan kehidupan beragama dia pasti mulia di sisi Allah swt.  Oleh itu tuan-tuan, bayangkan dengan sedikit amalan kita sangka kita telah cukup agama. Itu tidak cukup, imaniat kita kena betul, ibadat (solah, puasa,zakat, haji), muamalat kena baiki, muasyarah kena baiki dan akhlak kena baiki.  Kelima-lima ini kita dapat amalkan dengan sempurna baharu amalan agama yang sempurna ada dalam diri kita.  Kita kena fikir macam mana agama yang sempurna dapat masuk dalam diri kita. Kita keluar dijalan Allah swt ialah bagaimana diri kita dapat dibaiki.  Bagaimana saya boleh ubah diri saya, bagaimana iman saya boleh mantap/kuat, bagaimana ibadat saya boleh diterima oleh Allah swt, macam mana jual beli saya boleh bersih dari riba, macam mana muasyarah saya boleh saya baiki.  Semua amalan ini perlu dibaiki supaya amalan itu diterima oleh Allah swt.  Kalau satu dunia dapat hidayat tetapi saya tidak dapat hidayat saya akan rugi besar.  Oleh itu kita kena fikir diri kita dan diri orang lain bukan lupa diri atas orang lain.  Selagi agama tidak hidup di muka alam kita tidak akan merasa tenang.  Kehidupan tidak akan dapat dibaiki tanpa agama. Oleh itu agama perlu dihidupkan diseluruh alam.  Bila kita keluar djalan Allah, amal akan jadi baik, bila amal baik ibadat akan menjadi baik, bila ibadat baik kehidupan akan menjadi baik, rahmat dan keberkatan akan turun.  Bila iman dan amal baik Allah akan angkat azab yang allah hendak turunkan.  Untuk baiki keadaan dunia, kita kena baiki iman dan amal kita dahulu.

Baitullah adalah rumah Allah, semua masjid seluruh dunia ada kaitan dengan Baitullah. Siapa yang ada kaitan dengan masjid bermakna dia ada kaitan dengan Baitullah.  Oleh itu kita perlu hidupkan amalan masjid.  Bila kita tidak ada kaitan dengan masjid dan hidupkan amalan masjid, masjid tidak dapat keberkatan Baitullah, bila masjid tidak dapat keberkatan Baitullah, dunia juga tidak dapat keberkatan.  Amalan masjid akan tarik nusrah dan keberkatan Allah swt. Hari ini umat Islam luput dari amalan masjid. Mereka sembahyang Jumaat sahaja di masjid sedangkan sembahyang yang lain 5 waktu mesti dengan berjemaah di masjid.  Kalau sembahyang Jumaat masjid 10 tingkat pun penuh.  Hari ini kita kena hidupkan amal masjid dengan cara yang lebih sempurna.  Kalau kita dapat hidupkan amal agama dengan sempurna Allah akan turunkan rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.  Segala masalah Allah akan selesaikan.  Allah swt beritahu maksudnya “ orang yang beriman ialah orang yang menghidupkan amal masjid.”  Hari ini masjid besar-besar dan cantik tetapi 24 jam hidup dengan amalan lain.  Tidak ada dakwah, tidak ada taklim, tidak ada tilawah. Bila seseorang ambil wuduk dari rumah dan kemudian berjalan kaki ke masjid dia seolah-olah pakai ehram pergi ke Baitullah, sedangkan dia cuma pergi sembahyang di masjid morhala sahaja.Allah swt beri jaminan selama mana seorang itu berada dalam masjid. Barang siapa hidupkan amal masjid, Allah swt akan beri rahmat, beri taufik untuk dia beramal, Allah tambah rezeki dan Allah janjikan mereka syurga dan akan redha dengan mereka.  Oleh kerana itu, umat pada masa ini kena baiki hubungan dengan masjid.

Seorang mukmin hatinya terpaud dengan masjid, dia sayang untuk meninggalkan masjid.  Bila dia keluar masjid seolah-olah dia rasa belum tahu lagi bila dapat datang ke masjid lagi.  Mafhum hadis, siapa yang hatinya terpaud pada masjid di mahsyar ada 3 gulungan akan dapat naungan arash Allah, salah satunya ialah orang yang hatinya terpaud dengan masjid.  Oleh itu kita kena hidupkan amalan masjid dan ada hubungan dengan masjid kalau kita hendak ke pejabat, kita singgah di masjid dahulu untuk solat berjemaah.  Kita usahakan sehingga ke satu tahap dimana 99 peratus umat islam jaga solat berjemaah di masjid.  Dalam Islam solat merupakan kepala pada badan.  Seorang yang tidak ada kepala dia seumpama mayat.  Jadi seorang yang tidak sembahyang seolah-olah dia tidak ada kaitan dengan agama Islam.  Hari ini banyak orang islam masih meninggalkan sembahyang.  Orang yang meninggalkan sembahyang seperti orang fakir, doa-doanya tidak diterima oleh Allah swt.  Mulai hari kita kena banyak bertaubat, “ya Allah, saya mohan maaf dengan perkara-perkara yang telah lalu dan dimasa hadapan saya tidak akan tinggalkan solat.”  Kalau solat kita tidak diterima Allah, amalan lain pun Allah tidak akan terima.  Kalau solat tidak betul, amalan lain pun jadi tidak betul. Kita kena jaga solat 5 waktu dengan takbiratul Ula di dalam masjid.  Kalau kita sembahyang jemaah di surau 27 kali ganda, kalau solat berjemaah di masjid jamek kelebihannya/pahala 500 kali ganda, dalam Masjidil Aqsar 25,000 kali ganda, Masjid Nabawi 50,000 kali ganda dan Masjidil Haram 100,000 kali ganda.  Kita kena jaga kualiti solat kita supaya Allah terima solat kita.

Hari ini kebanyakan kita syirik, kita kata Allah Khaliq, Allah Maliq tetapi dalam setiap urusan kita tidak merujuk kepada Allah swt. Setiap masalah kita selesaikan dengan sembahyang.  untuk dapatkan sembahyang yang khusyuk kita perlu ada
i.                    Ilmu masail – kita perlu tahu setiap masail dalam sembahyang, apa yang haram, yang membatalkan solat, perkara-perkara fardhu, sunat dan harus. Masalah dalam wuduk dan dalam toharah/kesucian
ii.                  Ilmu fadhail – kelebihan/ganjaran yang Allah swt beri dalam setiap tertib dalam solat/sembahyang dan juga wuduk
iii.                Tumpuan/tawajuh -  tumpuan kita hanya pada Allah swt.
iv.                 zikir - Bila kita berzikir dalam sembahyang seolah-olah kita sedang berkata-kata dengan Allah swt.
v.                   Ikhlas - Kita sembahyang bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi semata-mata untuk mendapat keredhaan Alllah. 
Dengan 5 sifat ini kita bawa dalam sembahyang, insyaAllah sembahyang kita diterima oleh Allah swt malah dengan 5 sifat ini kita bawa dalam setiap amal, amal kita diterima oleh Allah swt.

Tuan-tuan yang mulia, agama akan masuk dalam diri umat Islam kalau umat Islam ikut cara sahabat r.hum.   Sahabat r.hum hidup sederhana, miskin dan tanpa patong-patong.  Mereka belajar agama dari Nabi saw sehingga mereka diredhai oleh Allah swt.  Mereka digelar radhiallahuanhu (r.hu). kita hari ini hendak Allah suka pada kita tetapi cara yang kita amalkan tidak disukai oleh Allah swt.Oleh itu kita kena ikut cara sahabat r.hu.  Ucap kalimah dan daftarkan nama dalam islam.  Satu kisah dalam al-Quran, beberapa orang dari satu kampung telah datang berjumpa Nabi saw.  Nabi tanya, “siapa kamu,” mereka jawab, “kami orang beriman,” mereka tanya lagi, “bila kamu masuk islam”  orang kampung tadi menjawab “ kami baru masuk islam, belum daftar nama dalam Islam.”  Mereka baru masuk Islam tetapi belum capai hakikat iman.  Maknanya sahabat ucap kalimah belum lagi hasilkan hakikat iman.  Sahabat belajar iman baru belajar al-Quran, tetapi kita hari ini bila sudah tahu membaca beberapa surah al-Quran kita rasa kita telah beriman tetapi tertib sahabat ialah bagi dakwah, zikir, dan bercakap tentang iman sehingga hakikat iman masuk dalam hati.  Sifat sahabat bila jumpa sahabat yang lain “mari kita duduk sebentar muzakarah iman.”  Seorang sahabat pernah mengadu kepada Nabi saw kerana Abdullah bin Rawahah r.hu pegang tangan sahabat yang lain mengajak untuk muzakarah iman, sedangkan mereka telah beriman.  Nabi saw bersabda mafhumnya, “ini amalan yang bagus, memang kita telah beriman tetapi iman ini tidak tetap, naik turun,”  oleh itu kita hendaklah bercakap tentang iman bila-bila masa, cakap tentang kebesaran Allah, tentang syurga, tentang neraka, supaya kita sentiasa jaga iman kita.  Kita perlu muzakarah iman tiap-tiap hari seperti kita perlu makan 2/3 kali sehari untuk makanan jasmani, begitu juga untuk makanan rohani.

Bila satu suasana kehidupan beragama wujud, orang dengan mudah akan terima agama.  oleh itu dimana kita berada kita kena hidupkan mahol agama, samada dalam kawasan pasar, di ladang-ladang, dikilang-kilang. Bila suasana agama wujud orang mudah terkesan dan amalkan agama. Di masjid ada suasana agama, kita bawa orang ke masjid dan dudukan mereka dalam halaqah taklim, berapa lama dia boleh duduk dalam halaqah adalah bergantung kesediaan dia.  Apabila dia dengar tentang perkara-perkara akhirat, kelebihan-kelebihan amal, dia akan terkesan dan amalkan agama.  Allah swt sendiri sebut dalam al-Quran,  Ibrahim as mulia kerana buat dakwah.  Namrud ada kerajaan yang hebat masyhur seluruh dunia tetapi Namrud tidak beriman maka Allah hina dia.  Oleh itu tuan-tuan inilah hikmah dakwah.  Seperti kisah Nabi-Nabi, kisah sahabat r.hum, yang buat dakwah mendapat bantuan Allah swt.  Sahabat tidak ada kapal, tidak ada jambatan untuk seberang sungai tetapi Allah sampaikan mereka keseberang tanpa kaki mereka basah kena air sungai.  Kita buat dakwah dari rumah ke rumah dan kemudian bawa mereka ke masjid kerana masjid adalah rumah Allah, dalam rumah Allah lagi banyak boleh cakap tentang agama kerana dalam masjid ada suasana agama dan kesannya lebih baik.  Oleh itu masjid adalah seperti kilang untuk membetulkan iman yakin.  Kita cakap tentang kisah-kisah sahabat, perkara-perkara akhirat,alam kubur, padang mahsyar, neraca timbangan, titi sirat, syurga, neraka kemudian baru taskel fisabilillah/keluar dijalan Allah.

Oleh itu mesjid perlu dihidupkan 24 jam.  Zaman sahabat masjid sentiasa hidup. Abu Hurairah r.hu pergi ke pasar dan iklankan, “wahai kamu semua mengapa duduk di sini sedangkan harta pusaka Rasulullah saw sedang di bahagi-bahagikan di masjid.”dengan pantas mereka berlari ke masjid.  Tetapi apabila mereka sampai mereka lihat tidak ada harta yang dibahagi-bahagikan yang ada adalah halaqah-halaqah taklim, halaqah iman, halaqah al-Quran.  Mereka pun lari kepada Abu Hurairah dan beritahu apa yang mereka lihat.  Maka kata Abu Hurairah r.hu. “itulah harta pusaka Rasulullah saw.”  oleh itu kita kena hidupkan jemaah masjid.  Semua masjid kena hidupkan 5 amal samada masjid kecil atau masjid besar. Kemudian kita keluar 40 hari, 4 bulan.....InsyaAllah. bila keluar hanya ada dua gulungan iaitu Ansar dan Muhajir jangan ada Muhajir ketiga.

Tiap-tiap hari kita kena luangkan sedikit masa 2 ½ jam hingga 8 jam.  Masa ini bukan kita punya, mengikut ayat 111, Surah at-Taubah, maksudnya, “harta dan masa orang mukmin Allah telah ganti dengan syurga.”  Oleh itu 1/3 harta dan masa kita kena gunakan untuk takaza agama.  Tiap-tiap hari masa 2 ½ jam sampai 8 jam kita kena isikan dengan menyempurnakan takaza agama.  Dalam 2 ½ jam ini kita pergi rumah-ke rumah bawa mereka ke masjid dan cakap hal-hal agama.  Kemudian buat taklim di rumah dan taklim di masjid, 2 ½ jam mesyuarat harian,  2 ghast, satu kawasan sendiri dan satu lagi kawasan jiran, keluar 3 hari tiap-tiap bulan.  3 amal harian, 1 amal mingguan dan satu amal bulanan.  5 amal masjid ini perlu di hidupkan pada setiap masjid. Zaman Nabi saw dalam masjid ada 4 mahol hidup dalam masjid Nabawi,  seperti kita tahu zaman jahiliah semua keburukan berlaku, minum arak, berjudi, berzina, bunuh anak perempuan hidup-hidup.  Semua perkara ini dapat diselesaikan dengan hidupkan amal masjid.  Begitu juga hari ini banyak masalah sosial timbul seperti zaman jahiliah, jadi cara mengatasinya adalah sama dengan menghidupkan 5 amal masjid.  Bila 5 amal masjid hidup, suasana agama akan hidup disana. Kita juga kena usaha wujudkan suasana/mahol agama dalam rumah.  Dengan ada taklim, muzakarah 6 sifat akan wujud suasana agama,  bila ibu ada fikir agama, anak-anak juga akan ada fikri agama.  Kalau isteri ada fikir agama, mudah untuk suami keluar dijalan Allah.  Oleh itu usaha ini perlu dibuat bersama-sama, suami dan isteri. Suami usaha wujudkan suasana agama di luar rumah dan isteri usaha wujudkan suasana agama di dalam rumah.  Hari ini kita yang buat usaha kelam kabut bagaimana orang kafir boleh tertarik dengan Islam.  Bila kita dapat wujudkan mahol agama dalam mohala kita, bila ada orang kafir masuk islam kita boleh sambut mereka. 

Tuan-tuan tolong taskel diri tuan-tuan supaya tiap-tiap hari boleh beri masa 2 ½ jam untuk hidupkan amal masjid.  Harta dan masa bukan milik kita tetapi Allah telah beli dan Allah gantikan dengan syurga.  Harta dan masa adalah hak Allah dan Allah telah amanahkan, hak amanah akan ditanya di Padang Mahsyar, macamana kamu gunakan kehidupan kamu, macamana kamu belanjakan harta kamu.  Hari ini ramai antara kita lupa dan anggap harta aku adalah milik aku sahaja. Dengan kesilapan ini kita perlu bertaubat.


IJTIMAK TONGGI 2013
BAYAN HIDAYAT OLEH MAULANA SAAD
PADA 13 JAN 2013

Tuan-tuan yang mulia, Allah Robbul Izat telah menetapkandari dahulu lagi untuk menjadikan agama hidup ialah dengan dakwah. Nabi datang buat dakwah jadi agama hidup dan tersebar.  Nabi pergi /wafat, tidak ada dakwah, agama pun terhapus.  Allah swt sebutkan dalam al-Quran yang maksudnya, “Agama siapa yang lebih baik daripada mereka yang buat amal dan dakwah.” Iaitu orang yang paling baik agamanya di muka bumi ini ialah orang yang beramal dan buat dakwah.  Maulana Elyas rah berkata, “dakwah dan tabligh ialah membawa iman dan amal kepada kesempurnaan.”  Dalam surat yang ditulis oleh Mualana Yusuf rah, selepas 6 bulan Maulana Elyas rah meninggal dunia, kepada semua karkun lama di India, “usaha dakwah dan tabligh sebenarnya bukan sahaja untuk betulkan kalimah dan sembahyang, tetapi untuk mendapatkan kesempurnaan iman dan amal”Bawa amal daripada adat kepada hakikat.  Dakwah sahabat telah sampai kepada kemuncak dimana iman mereka Allah telah jadikan contoh untuk semua umat yang akan datang sehingga hari kiamat.  Allah perintahkan kita, “bawalah iman seperti sahabat.”  Dakwah untuk sempurnakan iman, kuatkan iman.  Bagaimana sahabat sempurnakan iman dengan buat dakwah tetapi perkara ini telah ditinggalkan oleh umat.  Rasululllah saw beritahu sahabat, “hendaklah kamu perbaharui iman, iman akan menjadi luntur sepertimana pakaian lama.”  Mafhum Hadis, “iman akan keluar daripada seseorang sebagaimana kita buka baju kita.”

Oleh itu, langkah pertama untuk perkara ini ialah betulkan yakin kita.  Kita kena kata selain daripada Allah swt tidak boleh buat apa-apa, hanya Allah yang buat segala-galanya. Para-para sahabat walaupun mereka telah sampai kepada kemuncak iman.  Iman mereka telah dijadikan contoh oleh Allah swt. Kalau iman seluruh orang islam dalam dunia kalau dikumpulkan tidak boleh sama dengan iman seorang sahabat.  Apa yang mereka buat ?, mereka buat halaqah iman dalam masjid, mereka jumpa orangdi luar masjid dan bawa mereka ke masjid duduk dalam halaqah iman.  Datanglah ke masjid untuk beriman kepada Allah swt.  Umar r.hu berkata, saya kumpulkan orang di luar masjid dan bawa ke masjid buat halaqah iman di masjid, jadi iman saya meningkat.  Sahabat-sahabat r.hum berkata, tirulah seperti kami dalam iman.  Alhamdulillah, banyak usaha agama telah dibuat dan banyak jemaah telah dikeluarkan, tetapi perkara penting saya hendak beritahu tuan-tuan, kita kena bawa sunnah dan sirah Nabi sawdalam kehidupan kita dan bawa orang kepada amalan sunnah.  Inilah cara untuk menguatkan dan memantapkan iman, dan cara inilah juga yang dilakukan oleh Imam Bohari rah untuk memantapkan iman beliau.

 Sahabat telah sampai kepada tahap iman yang paling sempurna dan mereka sentiasa menjaga iman mereka supaya kekal pada tahap itu. Untuk perkara inilah kita kumpulkan orang di masjid.  Rasulullah saw menjadikan setiap sahabat orang masjid dan setiap masaalah diselesaikan di masjid.  Sekarang ini hubungan umat dengan masjid tidak wujud, semua masalah diselesaikan di luar masjid.  Mereka datang untuk sembahyang sahaja dan orang yang tidak sembahyang terus tidak datang ke masjid. Sebab itu kita patut jumpa orang Islam dan ajak mereka ke masjid untuk belajar iman.  Bani Sakif, Nabi saw suruh mereka duduk dalam masjid kerana mereka ini satu kaum yang hidupnya sangat keras.  Nabi saw beritahu, baginda suruh mereka duduk dalam masjid untuk lembutkan hati mereka.  Orang kafir duduk di masjid hatinya boleh lembut, inikan pula orang Islam pergi ke masjid hatinya tidak boleh lembut.  Setiap orang yang hendak belajar iman bawa mereka ke masjid. Sahabat akan jumpa sahabat yang lain seperti Abdullah bin Rawahah r.hu pegang tangan sahabat yang lain, “mari kita duduk sebentar muzakarah iman” begitu juga Umar r.hu, ajak sahabat yang lain duduk sebentar untuk kita beriman pada Allah swt. Kalau kita berpandu kepada alamat-alamat iman, kita dapat lihat iman kita amat lemah.  Ada iman tetapi kita masih mengumpat, ada iman tetapi masih ada riba, ada iman tetapi masih menipu, ada iman tetapi tidak amalkan sunnah, macam mana iman kita.  Ini disebabkan hati kita terlalu banyak terkesan dengan ghairullah.

Tuan-tuan yang mulia, apa itu iman ?, iaitu mencegah daripada perkara yang haram.  Kita tahu lafaz kalimah, sekarang kita mahu ikhlas dalam kalimah. Sahabat bertanya pada Nabi saw, “apa itu ikhlas dalam kalimah,”  Nabi saw beritahu iaitu melarang dia daripada melakukan perkara yang haram.  Sahabat-sahabat jumpa orang dan bawa ke masjid untuk duduk sama-sama dalam halaqah iman, dengan ini iman mereka meningkat.  Setiap jemaah masjid kita kena bawa kepada tertib ini.  Wujudkan halaqah iman, beritahu orang di luar masjid, bawa mereka ke masjid dan dudukkan dalam halaqah iman, beritahu fadhilat masjid. Dalam Munthahab Hadis ada banyak fadhilat masjid, dengan kita bacakan hadis-hadis tentang fadhilat masjid orang akan suka datang ke masjid.  Semua yang ada di luar masjid akan merosakkan iman kita. Hanya masjid yang akan membina iman kita.  Taskel ini memerlukan mahol ijtimae. Sahabat-sahabat buat taskel keluar dijalan Allah di masjid, mereka berkumpul di masjid dan sampaikan perintah-perintah Allah.  Taskel perlukan suasana ijtimae.  Semasa zaman Nabi, Nabisaw letakkan orang-orang tawanan perang dalam masjid kerana amalan dalam masjid dapat melembutkan hati mereka.  Suasana amal dalam masjid memberi kesan pada hati mereka.

Perkara yang paling penting selepas iman ialah solat/sembahyang.  Tidak ada bahagian dalam Islam kalau tidak solat. Tidak ada bahagian adalah seperti kepala dipancung.  Bayangkan manusia yang tidak ada kepala.  Kita pun tidak dapat bayangkan bagaimana orang Islam tidak sembahyang.  Ada seorang masuk dalam Masjid Nabi dan dia lihat orang sedang sembahyang. Kemudian dia pun masuk saf dan terus sembahyang.  Selesai sembahyang Nabi saw nampak orang tadi dan Nabi tidak pernah nampak dia sebelum ini.  Nabi saw pun pergi jumpa dia dan bertanya tujuan dia datang.  Dia kata, dia datang untuk terima Islam. Belum terima Islam tetapi dia sudah sembahyang.  Orang kafir memang tidak sembahyang tetapi tidak mungkin orang Islam tinggalkan sembahyang. Melalui sembahyang kita dapat khazanah Allah. Kita kena dakwah orang bahawa dalam sembahyang ada kejayaan.  Dengan sembahyang pasti kita dapat faedah langsung dari Allah swt.  Sahabat hendak minta kebenaran dari Nabi saw untuk pergi ke Bahrin berniaga, Nabi saw suruh sahabat sembahyang 2 rakaat dahulu.  Nabi saw didik sahabat dahulukan amal sebelum membuat sesuatu perkara. Bila ada apa-apa hajat terus sembahyang(latihan pertama).  Tidak ada satu rupa bentuk pun akan mendapat kejayaan dari Allah melainkan sembahyang.  Kita kena dakwah bahawa kudrat Allah bersama dengan janji Allah dan janji Allah bersama dengan amal/perintah Allah.  Kudrat Allah tidak bersama dengan rupa bentuk dunia.  Kita kena tinggalkan semua benda bila masuk waktu sembahyang. Dahulukan/utamakan sembahyang daripada perkara-perkara lain. Seorang peniaga tidak boleh tinggalkan sembahyang kerana pelanggan dia.  Orang buat usaha agama mijaz dia perlu utamakan sembahyang.  Kita buat usaha, buat usaha....hanya sembahyang yang dapat faedah secara langsung dari Allah swt.  Bila kita yakin dengan perkara ini, maknanya apa-apa hajat kita terus pergi sembahyang.  Kalau kita hendak bersafar seperti keluar dijalan Allah 4 bulan, atau 40 hari atau pun 3 hari sebelum kita keluar rumah kita sembahyang 4 rakaat.  Allah swt akan beri menafaat kepada keluarga kita seolah-olah kita ada bersama mereka.

Zaman Maulana Yusuf rah. seorang lama berkata, “tuan kata, jadikanlah sembahyang kamu sembahyang yang ada hakikat,kami tidak yakin dengan sembahyang.”  Maulana Yusuf kata,”bukan hanya dengan kamu tunaikan sembahyang kamu boleh yakin dengan sembahyang, Allah akan uji kamu samada kamu yakin dengan sembahyang atau tidak yakin dengan sembahyang.  Seorang telah datang ke masjid untuk sembahyang tiba-tiba datang orang beritahu Perdana Menteri datang ke rumah.  Kalau dia balik kerumah bermakna dia menafikan kerajaan Allah. Kalau dia terus ke masjid bermakna dia yakin dengn sembahyang.  Kita hendaklah tolak semua perkara dunia dan dulukan sembahyang.  Kudrat bersama dengan janji Allah dan janji Allah bersama dengan amal.  Dengan dakwah yakin kita akan dibina, daripada benda datang kepada amal, daripada dunia datang kepada akhirat.  Usaha ini adalah untuk ubah yakin kita. Dengan dakwah kita usaha untuk palingkan hati kita dari rupa bentuk kepada amal.  Umar r.hu telah ditikam dan beliau pengsan, berbagai usaha di buat supaya dia bergerak, kemudian seorang beritahu, kalau bisikkan ketelinganya “waktu sembahyang telah masuk,” pasti dia akan bergerak. Bila masuk waktu sembahyang mereka pun bisikkan ketelingnya. Umar r.hu sedar dan berkata, “tidak ada bahagian dalam Islam orang yang tidak sembahyang.”  Kita kena buat janji, “apa pun berlaku saya tidak akan tinggalkan sembahyang.”......INSYAALLAH.

Tuan-tuan yang mulia, yang kedua kita bawa diri kita tumpuan pada Allah, untuk menegakkan sembahyang, membetulkan sembahyang kita.  Dalam sembahyang seolah-olah kita lihat Allah, tapi kalau ini kita tidak dapat, kita hendaklah yakin bahawa Allah pasti melihat kita. Banyak orang telah keluar 4 bulan banyak kali tetapi sembahyangnya masig macam dulu lagi.  Tidak ada peningkatan.  Sembahyang pun ada ikhlas.  Ikhlas dalam sembahyang mencegah kita dari melakukan perkara mungkar.  Kalau serang bangun dari rukuk tanpa meluruskan tulang belakangnya, Allah tidak tenguk/pandang pun sembahyang dia, dan sembahyang sendiri mendoakan kemusnahan untuknya.  Kita juga usaha betulkan zahir kita.  Kiam, rukuk, sujuk,tahiyat, tomaknina mesti betul.  Satu hari Nabi saw tenguk sahabat datang untuk sembahyang dan Nabi tenguk dia sembahyang.  Nabi suruh dia sembahyang lagi sekali.  Mafhum hadis dari Muaz bin Jabal r.hu, “siapa yang sembahyang cepat-cepat, sembahyang mereka tidak sah.”  Kita kena usaha bawa kesempurnaan dalam sembahyang.  Setiap rukun dalam sembahyang kita buat dengan tenang, dengan ada tomaknina.  Ada orang sembahyang cepat-cepat telah 40 tahun dia sembahyang seperti itu.  Mafhum Hadis dari Khuzaifah r.hu, “kalau kamu mati dalam sembahyang seperti itu, kamu tidak mati dalam agama yang dibawa oleh Nabi saw.” Oleh itu kita kena bawa kesempurnaan dalam sembahyang kita.  Kita kena usaha betulkan zahir dan batin sembahyang. Iman akan sempurna kalau kita bawa kesempurnaan dalam semua perkara fardhu dan perkara fardhu yang paling utama ialah sembahyang.

Dalam setiap amal kita perlu buat dengan ilmu. ilmu ialah segala perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw. Bila kita buat amal dengan ilmu baharu amal itu diterima oleh Allah, kalau buat dengan tidak ada ilmu, amalnya tidak diterima oleh Allah.  Kejahilan bukan satu alasan.  Allah swt telah hantar Nabi saw dan turunkan al-quran untuk kita belajar.  Ilmu ada 2 jenis,  satu di lidah dan satu lagi di hati.  Dalam Hadis yang sahih, ilmu di hati akan memberi menafaat dan ilmu di lidah akan memberi musibah kerana dia ada ilmu tetapi dia tidak amal, seperti dia tahu benda itu haram tetapi dia lakukan juga.  ilmu di hati akan memberi menafaat untuk manusia seluruh dunia.  Al-Quran akan bawa orang masuh syurga dan al-Quran juga boleh bawa orang masuk neraka,  dia tahu isi al-Quran tetapi dia tidak amal.  ilmu di hati akan timbul taqwa/takut pada Allah.  Orang yang takut pada Allah, orang itu ada ilmu.  Orang yang tidak takut pada Allah, orang itu tidak boleh jadi alim.  Mungkin dia telah baca banyak kisah-kisah dalam al-Quran tetapi semua tidak memberi kesan dalam hati dia. Kalau ilmu itu masuk dalam hati pasti dia takut pada Allah.  Ulamak adalah orang yang takut pada Allah. Dalam dakwah kita mesti ikhlas dalam ilmu.  tuan-tuan kena dengar betul-betul, kita keluar dijalan Allah supaya kita dapat ilmu yang memberi menafaat kepada kita, supaya kita faham agama dan menjadi asbab dia faham agama.Allah swt beritahu dalam al-Quran berkaitan dengan ulamak, “ulamak keluar dijalan Allah,”  bermakna orang yang mengajar juga kena keluar dijalan Allah.  Semua kena keluar. Dia ada 2 bahagian,
i.                    Ulamak keluar dijalan Allah swt
ii.                  Dia buat apa-apa cabang khidmat agama seperti mengajar dan sebagainya.
Seorang ulamak keluar dijalan Allah dengan ilmu yang ada dalam diri dia dan mereka keluar secara bergilir-gilir supaya tidak menjejaskan pembelajaran pelajar jika dia mengajar.  Apabila balik mereka kena beritahu/beri kakuzari pada orang tempatan supaya mereka juga takut pada Allah.

Rasulullah saw berkata, ilmu adalah seperti awan, dia bergerak dan apabila turun hujan ada setengah bumi ia akan menyerap air, dia simpan, dan ada bumi yang tanahnya tidak menyerap air jadi air itu bertakung.  Maknanya ada orang ia dapat ilmu dan dapat memberi menafaat pada orang lain.  Ada orang dia ada ilmu tetapi dia sendiri tidak dapat menafaat dan orang lain pun tidak dapat menafaat.  Misalnya Rasulullah saw bawa agama, Abu Hurairah r.hu jadi muhadith tetapi Abu Jahal tidak dapat begitu. Zaman Nabi ulamak pun keluar sepertimana Nabi saw pun keluar bersama dengan orang awam.  Muaz bin Jabal r.hu seorang ulamak besar pada zaman Khalifah Abu Bakar r.hu juga keluar walaupun Umar r.hu mencadangkan supaya Muaz bin Jabal tidak payah keluar kerana kalau dia keluar tidak ada orang yang akan bagi fatwa di Madinah.  Saidina Abu Bakar r.hu kata, “Wahai Umar macam mana saya hendak halang orang yang hendak keluar.”  Sahabat keluar dengan ilmu mereka, maka ilmu tersebar.  Abdullah bin Mubarak 6 bulan keluar dijalan Allah swt, pengikutnya begitu ramai sehingga kalau dia bersin, pengikutnya berkata alhamdulillah bergema sehingga musuh menyerang Raja.  Allah janji harta yang dibelanjakan Allah swt bagi berkat dan tambahkan.  Begitu juga ulamak yang keluar Allah bagi berkat tambah rezeki mereka dan tambah ilmu mereka. Seratus peratus ulamak zaman sahabat keluar dijalan Allah swt.  Ulamak keluar dengan ilmu mereka dengan ini Allah akan tambah ilmu mereka dan memberi fahaman yang lebih mendalam dengan ilmu mereka.  Ulamak perlu cari ilmu yang diajar oleh Nabi saw.  Seperti awan yang bergerak dan turunkan hujan pada bumi.  Begitu juga ulamak dia kena bergerak sebagai tanggungjawqab untuk sampaikan agama kepada seluruh umat.

Rasulullah saw ada beritahu sahabat, “ulamak kena ajar ilmu kepada orang jahil, kalau tidak saya akan hukum mereka dalam dunia”  sahabat datang bertanya Nabi saw, “adakah tuan kata kalau ulamak zaman sahabat tidak mengajar kepada orang jahil tuan akan hukum mereka dalam dunia.” Rasulullah kata, “ya betul saya kata begitu.” Mereka kata, “ya Rasulullah, kami hendak mengajar tetapi mereka tidak mahu datang untuk belajar.” kemudian Nabi saw kata lagi, “kalau ulamak tidak mengajar agama kepada orang awam, saya akan hukum mereka di dunia.”  Mereka berkata lagi “ya Rasulullah, kami hendak mengajar tetapi mereka tidak mahu datang belajar.”  Nabi saw cakap lagi sekali dan mereka beri jawapan yang sama.Kemudian baru mereka faham, kalau mereka tidak datang untuk belajar, ulamak kena pergi mengajar mereka. Ulamak dikalangan sahabat berkata, “mereka pisah tembuk satu tahun.”  Yakni, beri mereka masa satu tahun, jadikan mereka semua fuqoha.  Umat dalam kejahilan yang sangat dahsyat.  Kejahilan yang besar ialah orang yang tidak ada ilmu mereka anggap ada ilmu. Perkara dunia pun orang awam kata ilmu.  Orang yang bagi targib dengan hadis tentang perkara dunia ini bukan ilmu, tetapi mereka bagi fadhilat pakai hadis.  Ilmu yang sebenarnya ialah tunaikan perintah Allah swt dengan cara Nabi saw.  Zaman ini semua pelajaran perubatan, kejuruteraan, semua dikatakan ilmu. Ini kezaliman yang paling dahsyat.  Ilmu hanya apa yang Allah swt mahu daripada kita dan bagaimana Nabi saw tunaikan kehendak Allah swt.  Ilmu dapat membantu kita menjawab 3 soalan dalam kubur.
i.                    Siapa Rob kamu
ii.                  Apa agama kamu
iii.                Siapa orang ini (wajah Nabi saw ditayangkan di hadapannya)
Ilmu sebenarnya ada 3 bahagian, ilmu Rububiat, ilmu syariat dan ilmu sunnah.  Dalam kubur  kita jawab dengan yakin dalam hati bukan dengan lidah.  Kadang-kadang di dunia orang itu tahu siapa Rob dia, apa agama dia tetapi dalam kubur dia tidak boleh menjawab.

Oleh itu kita kena keluarkan diri kita sendiri dan seluruh umat dari kejahilan ini.  selain daripada perintah-perintah Allah dan sunnah Rasulullah saw adalah kemahiran seperti pelajaran sains, perubatan, kejuruteraan, matematik dan sebagainya dan kadang-kadang ia boleh berubah tetapi agama tidak akan berubah.  Sekarang ini yang bukan ilmu kita sibuk cari tetapi ilmu kita tidak cari. Ilmu adalah yang berkaitan dengan agama.  Umar r.hu adalah seorang alim.  Dia kenal Allah swt daripada Rasulullah saw.  Dia telah baca al-Quran dan telah tahu segala yang ada dalam al-Quran, begitu juga hadis, jadi satu hari dia ingin tahu apa yang Allah telah sampaikan kepada Musa as dalam Taurat.  Dia baca beberapa muka surat dalam Taurat.  Nabi saw tanya apa yang dia baca, dia beritahu, “saya baca Taurat untuk tambah ilmu saya.” Nabi saw sangat marah, sahabat-sahabat telah datang dengan pedang.  Nabi bersabda, “Agama yang saya bawa adalah daripada Allah, tidak cukup ke untuk hidayat kamu. Kalau hari ini Musa as datang, dia pun tidak ada jalan lain untuk mendapat kejayaan melainkan dengan ikut aku,  kalau kamu ikut dia hari ini kamu akan tertipu.” Hari ini perkara yang bukan ilmu kita kata ilmu.  kita jahil tentang ilmu, apa akan jadi pada kita.  Oleh kerana itu kita belajar ilmu dengan ulamak.  Kita kena selalu dampingi ulamak. Madarasah ialah kota yang memelihara ilmu agama.  Menziarahi ulamak adalah ibadat.  Kita kena yakin semua bahagian dalam kehidupan kita seperti perniagaan, pertanian, pemerintahan, perusahaan ada ilmu dalam melaksanakannya.  Kita kena belajar ilmu yang berkaitan dengan semua bahagian hidup.  Rasulullah saw telah bawa cara yang sempurna dalam setiap inci kehidupan,  untuk berniaga apa perintah Allah, untuk bertani apa perintah Allah, bagaimana cara perkahwinan Nabi saw.  Setiap amalan kita kena buat dengan ilmu. ikhlas dalam ilmu membawa kita takut pada Allah, taqwa pada Allah swt.

Tuan-tuan yang mulia, fardhu untuk kita belajar yang fardhu, ilmu masail.  Setiap lelaki belajar fardhu ain berkaitan kehidupan lelaki dan wanita belajar fardhu ain tentang kehidupan wanita. Disamping itu kita kena tahu ilmu fadhailiaitu ilmu tentang kelebihan amal.  Taklim fadhail ini untuk kita bawa diri kita yakin dengan janji-janji Allah.  Taklim ini Nabi buat bersama dengan sahabat-sahabat dan sahabat yakin dengan janji Allah swt.  Kita duduk dalam halaqah taklim fadhail berulang-ulang kali supaya kitadapat yakin. Allah akan tunaikan segala janji-janjiNya kalau kita yakin.Kita duduk dengan mujahadah, kurbankan apa-apa takaza yang ada, duduk dengn adab barulah kita akan dapat nur hadis dan akan bawa kita kepada amal. Duduk dengan berwuduk dan jangan bercakap antara satu sama lain.  Jangan bangun atau tinggalkan majlis dalam perkara-perkara kecil. Bila kita duduk dalam halaqah taklim fadhail nur hadis akan masuk dalam hati kita dan dengan nur inilah akan memberi kekuatan untuk kita beramal.  Orang yang baca taklem kena baca dengan penuh jasbah, supaya orang yang mendengar benar-benar yakin dengan segala janji-janji Allah. Buat ghast, panggil orang duduk dalam majlis taklim dan ini pun sunnah para-para sahabat.  Zaman Nabi taklim dibuat di masjid dan kemudian sahabat-sahabat usaha atas sahabat yang lain, mereka keluar pergi ke bazar-bazar mengajak orang ke masjid, duduk dalam halaqah taklim.  Oleh itu kita juga perlu buat taklimi ghast.  Taklim yang kita buat di masjid atau di surau, kita panggil orang duduk dalam taklim terutama orang yang buat usaha agama.  Orang yang buat usaha agama cuba hafal hadis-hadis yang berkaitan 6 perkara, supaya kita dapat bercakap 6 perkara dengan hadis-hadis yang sohih.Bila kita bercakap 6 perkara berpandu kepada hadis-hadis yang sohih, kita pun akan dapat menafaat. Dengan kita selalu mendengar kelebihan-kelebihan amal, kita akan cuba membaiki amal kita untuk kita mendapat kelebihan yang Allah janjikan. Kita mula fikir dan risau tentang amal kita seperti bagaimana sembahyang kita dan kita cuba ikut seperti hadis-hadis yang kita dengar supaya sembahyang kita sempurna.  Kita juga berkeinginan untuk mendapat mutu sembahyang, berzikir seperti sahabat. Keinginan untuk dapat sifat ikram seperti sahabat, dapat sifat ikhlas seperti sahabat dan dapat membuat pengurbanan untuk agama seperti sahabat.  Kita baca satu persatu. Satu masa baca Fadhilat Amal, satu masa baca Munthahab Hadith dan satu masa baca Fadhilat sedekah.

Begitu juga kita kena berzikir pada Allah pagi dan petang.  Duduk dengan tawajjuh pada Allah.  Kita kena putuskan dengan semua benda ghairullah. Zikir 100 kali subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar, 100 kali selawat dan 100 kali istiqfar.  Membaca  al-quran pun zikir.  Kalau kita tidak tahu kita perlu belajar walaupun usia kita telah tua.  Kalau kita tidak habis belajar kita meninggal dunia Allah akan gulungkan kita seperti orang yang tahu membaca seluruh al-Quran.  Maulana Elyas rah berkata, amalan yang membawa kepada penghampiran kepada Allah dengan begitu laju ialah membaca al-Quran sebelum subuh, waktu tahajud. Terjemah pun kena baca supaya kita baca al-Quran dengan faham ertinya.  Orang membaca al-Quran tanpa faham, tidak ada khir. Kita baca banyak fadhilat zikir.  Siapa yang membaca ‘Lahaulawala kuwatailla billahulali yulazim’  Allah akan jauhkan dia dari 99 keburukan dan yang paling kurang,  Allah swt akan lenyapkan kerisauan dan kesedihan orang itu.  Saya mengadu hal saya.  Orang yang buat usaha agama tidak jaga tertib.  Sembahyang panjang-panjang, mesyuarat panjang-panjang, menyebabkan letih, kurang tidur, kita perlu rehat.  Ini bukan cara Nabi saw.  Cara Nabi saw ialah Nabi balik letihkan diri dalam dakwah.  walaupun letih Nabi saw tetap bangun malam.  Walaupun Nabi sakit tetapi baginda baca 7 surah dalam tahajjud. Perintah Allah swt “letihkan diri kamu dalam ibadat.”  Orang yang buat usaha dakwah mudah bercakap dengan jelas dan dapat memberi kefahaman dengan mudah kalau dia jaga tahajjud.  Walaupun kita letih dengan bayan, dengan mesyuarat panjang-panjang tetapi malam kita mesti bangun tahajjud mohon hidayat untuk diri kita dan seluruh umat.  Doa waktu tahajjud tidak ditolak oleh Allah swt.  Dengan keletihan kita buat dakwah kemudian bangun tahajjud, itulah yang lebih menafaat.  Baru kita dapat penghampiran kepada Allah. Maulana Elyas rah kata,  dia dapat penghampiran kepada Allah yang paling banyak dengan membaca Quran dengan melihat masyaf al-Quran waktu tahajjud, dia tidak dapat dengan amalan-amalan yang lain.  Dengan kita bangun malam beribadat akan memberi kesan kekuatan untuk buat dakwah dan percakapan kita dapat disampaikan dengan jelas, dia akan bagi nur dalam percakapan kita.  Para sahabat satu tahun tahajjud menjadi fardhu ain, tetapi Allah swt melihat sahabat letih maka ia dijadikan sunat muakadah/diberatkan.

Kita juga latih ikram, tunaikan hak hamba-hamba Allah.  Ini adalah perkara penting.  Ada orang tumpukan dengan ibadat tetapi muamalat, muasyarah tidak jaga. Di akhirat pahala ibadatnya akan dibahagi-bahagikan kepada orang yang tuntut hak, bila pahala sudah habis, dosa orang yang tuntut hak diletakkan atas kepalanya.  Akhirnya orang yang banyak ibadat ini masuk neraka. Oleh kerana itu kita kena latih diri kita dengan ikram.  Sibukkan diri kita dengan khidmat.  Kita kena bantu orang lain disamping kita jaga keperluan kita sendiri.  Sahabat tulis surat kepada Abu Darda r.hu.  Orang yang minta orang lain khidmat kepadanya, hubungannya dengan Allah terputus. Ada seorang sahabat, walaupun dia mampu untuk ada khadam tetapi dia tidak mahu kerana dia ingat Nabi saw bersabda, orang yang minta orang khidmat untuknya, hubungan dengan Allah akan terputus.  Khidmat kita bantu dalam ijtimae.  Saya boleh bantu dalam masak, saya boleh bantu dalam cuci tandas.  Ini semua adalah amalan nubuwah.  Khidmat juga untuk tarbiah.  Khidmat semasa keluar dijalan Allah akan dapat sifat tawadhuk. Nabi saw, manusia yang begitu mulia pun buat khidmat mencari kayu api untuk memasak.

Untuk mendapatkan hakikat dari perkara-perkara tadi kita keluar dijalan Allah.  Sepagi sepetang dijalan Allah lebih baik dunia dan seisinya.  Amal yang dibuat dijalan Allah lebih baik dari amal yang dibuat ditempat kita.  Nabi saw beritahu, kamu buat amal di Madinah bukan maknanya lebih baik dari kamu beramal semasa dijalan Allah tetapi orang yang keluar dijalan Allah lebih tinggi/baik lagi.  Abdullah bin Rawahah r.hu biarkan jemaah bergerak kerana dia mahu sembahyang jumaat yang terakhir di belakang Nabi.  Selepas sembahyang dia akan turuti jemaah.  Nabi saw bersabda, “tahukah kamu mereka telah 500 tahun di hadapan.”  Maulana Elyas rah berkata, “tidak ada cara untuk mendapat penghampiran kepada Allah melainkan keluar dijalan Allah.”  Kita keluar dengan jasbah sahabat.  Ada sahabat lewatkan pemergiannya dijalan Allah satu malam.  Nabi saw beritahu, “kamu tidak mahukah bermalam di taman-taman syurga.”  Nabi saw keluarkan sahabat cara tunai. Abdullah bin Rawahah hendak tunggu sembahyang subuh pun Nabi tidak benarkan.  Dunia ini nilainya tidak lebih dari sebelah sayap nyamuk di sisi Allah. 2 perkara kita perlu ingat apabila keluar dijalan Allah swt
i.                    Apabila kita merasa susah, kita bayangkan bagaimana kesusahan yang dihadapi oleh sahabat.  Bila kita lapar kita ingat bagaiman sahabat lapar semasa buat usaha.  Bila kita sejuk, kita bandingkan sahabat yang mengalami kesejukan semasa keluar dijalan Allah swt.  Bila kita dapat bandingkan dengan keadaan sahabat kita akan istiqamah.
ii.                  Kita merasa syukur apa yang Allah telah bagi. “Ya Allah, kamu bagi saya dengan kesusahan ini, Engkau yang tahu siapa yang layak. Alhamdulillah.”

Jangan kita minta susah tetapi jika berlaku kesusahan sedikit kita kena sabar dan syukur.  Keluar jalan kaki akan menyejukan kemurkaan Allah.  Kita juga makmurkan masjid dengan amal yang akan menjauhkan daripada azab Allah.  Oleh itu 2 perkara yang akan menjauhkan azab dan kemurkaan Allah iaitu
a.      Keluar jalan kaki
b.      Memakmurkan masjid dengan amal
Debu-debu yang keluar dari pakaian orang yang keluar dijalan Allah, Allah akan jadikan powder/bedak untuk bidadari di syurga.  Kita keluar dijalan Allah untuk kita dapat hakikat dalam amal. Orang yang keluar dijalan Allah kedudukannya lebih tinggi dari orang yang duduk ditempat mereka, begitu juga amalan yang kita buat dijalan Allah jauh lebih baik dari amalan yang kita buat di rumah. Untuk mendapat penghampiran yang cepat kepda Allah swt tidak ada  amalan yang lebih cepat dan besar selain keluar dijalan Allah.  Jemaah sahabat telah dibentuk dan Nabi saw telah suruh keluar tetapi malam mereka masih di Madinah.  Nabi tanya, “mengapa tidak keluar lagi.”  Jawab mereka, “kami hendak bermalam di Masjid Nabawi, pagi besok kami berangkat.”  Kata Nabi saw, “kamu tidak mahukah bermalam di taman-taman syurga, kalau malam ini kamu keluar kamu telah bermalam di taman-taman syurga.”

Kerja kita ialah hendak bawa semua orang Islam kepada usaha dakwah,  jumpa setiap orang Islam dakwah mereka dan sediakan mereka untuk berdakwah.  Mana-mana route kita dapat terus keluar.  Sebelum masuk kampung baca doa masnun dan masuk kampung,  doa, supaya Allah masukkan dalam hati orang kampung sayang dengan kita dan hati kita sayang dengan orang kampung. Masuk masjid ikut sunnah dengan kaki kanan dan letakkan barang-barang di tepi.  Mula-mula sekali mesyuarat.  Mesyuarat adalah tulang belakang usaha ini.  mesyuarat ini Allah swt sebut dalam al-Quran bersama dengan solat.  Macam mana sembahyang penting begitulah pentingnya mesyuarat. Dalam mesyuarat mesti ada juru putus, macam mana dalam sembahyang ada imam kita ikut dia, begitu juga dalam mesyuarat.  Allah swt suruh kita buat semua kerja dengan mesyuarat.  Sangat baik kalau ada orang tempatan bersama kita dalam mesyuarat.  Kalau mereka tidak ada kita teruskan mesyuarat.  Putuskan umur/perkara yang hendak dibincangkan.  Kita putuskan siapa khidmat supaya orang tempatan tidak sibuk untuk menyediakan makanan dan kita jangan harap dengan orang tempatan.  Kalau kita harap dengan orang tempatan hubungan kita dengan Allah swt akan terputus.  Kita kena usaha setiap kita ada hubungan dengan Allah swt dan minta dari Allahswt untuk membawa manusia kepada Allah swt.  Syaitan tipu kita dengan beri tanggungjawab makanan kepada orang tempatan.  Inilah kerja Nabi-nabi, mereka tidak minta/harap pada orang tempatan.  Minta/harap hanya pada Allah swt.  Kalau kita minta dari orang tempatan kita telah tutup pintu bantuan Allah dan buka pintu kefakiran.  Dae beri makan kepada orang, jadi mana-mana kita pergi kita bagi orang makan.  Ikram adakah hikmah yang paling besar.  Dengan hikmah kita ambil hati orang.  Belajarlah belanja untuk orang lain, Allah swt akan bukakan pintu rezeki kita.  Jangan bercakap perkara yang sia-sia/layani iaitu kesan yang kita dapat daripada amal telah habis.

Seorang sahabat telah syahid di Medan Uhud.  Jenazahnya dihantar ke rumah untuk sembahyang jenazah untuk tenangkan fikiran keluarga.  Emaknya kata, “wahai anak, kamu dapat syurga, tahniah.”  Nabi saw bersabda, “mana kamu tahu ia syahid, kerana semasa keluar dijalan Allah ia banyak bercakap sia-sia.”  Orang ini keluar dijalan Allah tetapi dia banyak bercakap sia-sia atau benda yang dia boleh bagi pada orang lain tetapi dia tidak bagi.Masa keluar jangan buat apa-apa melainkan dakwah.  Kalau buat perkara lain kerugian yang besar.  Kalau semasa keluar bercakap tentang dunia, cinta dunia akan lebih daripada sebelum keluar.  Pada zaman Saidina Umar r.hu, seorang telah meninggal dunia dan sahabat kata dia syahid.  Saidina Umar r.hu kata, “mana kamu tahu dia syahid kerana semasa dia berjuang dia buat perniagaan dan keuntungannya ada diletakkan di kenderaannya.”Kerja ini kena buat dengan satu tumpuan, buat kerja dakwah sahaja jangan buat kerja yang lain.  Kemana kita pergi, kita dengan orang tempatan memakmurkan masjid.  Kita mahu semua masjid di dunia macam Masjid Nabawi Munawarah, iaitu ada halaqah iman, yang lain keluar jumpa orang bawa ke masjid.  Mana-mana jemaah yang keluar kena hidupkan masjid tempat mereka keluar.  Mula-mula kita kena istiqfar, “Ya Allah, kami tidak jadikan kerja ini maksud hidup kami, ya Allah ampunkanlah kami.  Bila balik kami akan jadikan masjid kami sebagaimana Masjid Nabawi.”  Di Masjid ada amalan dakwah, ada halaqah iman, keluar dan bawa orang kepada amalan di masjid.  Kalau amalan masjid tidak sampai kepada amalan Masjid Nabawi maka iman, muamalat, muasyarah, masih belum sempurna.  Semua tempat taskel jemaah tunai, yang telah keluar 40 hari taskil keluar negara jauh.  Setiap orang beriman sediakan dia keluar seluruh alam.  Kemana kita pergi kita bagi dakwah dan sediakan orang lain buat dakwah.  Maulana sedih kerana jemaah yang banyak keluar tidak istikhlas. Masa keluar buat 2 kerja.  Usaha dakwah pun buat dan urusan dunia pun dia buat.  InsyaAllah sekarang doa.




























IJTIMAK TONGGI 2013
NASIHAT MAULANA ZUBER
PADA 13 JAN 2013

Tuan-tuan yang dirahmati Allah swt,  usaha-usaha yang kita buat ini hanya rupa bentuk sahaja, kalau tidak ada roh tidak ada menafaat.  Sekarang kita hendak masukkan roh pada apa yang kita telah perkatakan.  Roh ini akan datang dengan kita menangis waktu malam, dengan kita mengadu kepada Allah, dengan kita tahajjud, dengan kita menangis di hadapan Allah minta hidayat.  Bila kita bangun waktu malam sembahyang tahajjud, Allah akan masukkan roh.  Bila amalan ada roh Allah akan bagi hidayat.  Usaha ditangan kita, doa di tangan kita dan Allah yang bagi hidayat. Kita buat usaha siang hari, buat dakwah, buat amal, waktu malam kita doa sungguh-sungguh di hadapan Allah, “ya Allah sepertimana hak Mu, kami tidak dapat tunaikan hak kerja ini.  ya Allah dengan karim Mu masukkanlah roh dalam kerja kami, wujudkanlah hakikat dalam kerja kami dan bukakanlah pintu hidayat untuk seluruh alam.”  Kita juga kena doa, “Ya Allah, terimalah setiap individu umat iniuntuk buat kerja ini samada lelaki, wanita dan kanak-kanak.”  Bila kita buat usaha dan doa Allah swt yang ar-Rahman, ar-Rohim tidak akan sia-siakan usaha kita.  Allah tidak tolak sesiapa yang meminta.  Allah swt zat yang maha kaya, Allah suka bila kita meminta kepadaNya. Akhir malam Allah iklankan, “adakah sesiapa yang hendak meminta keampunan,”  waktu itu kita hendaklah menangis, kita tidak tahu tangisan siapa yang Allah suka, doa siapa yang Allah suka dan Allah bukakan pintu hidayat.  Bila kita buat dua-dua perkara, siang kita buat usaha mengikut kemampuan kita, malam kita doa.  Allah swt tidak akan jauhkan kita, pasti Allah terima.

Dengan kuasa dakwah ini kita perlu memperbanyakan doa, merendahkan diri kita kepada Allah memohon Allah beri kita hakikat dan kefahaman dalam usaha ini.  Malam hari kita menangis kepada Allah kerana Allah swt sahaja yang boleh memberi hidayat dan Allah swt sahaja yang maha pengampun, Allah swt boleh mengampunkan semua manusia.  Kita mohon supaya Allah membukakan pintu hidayat seluas-luasnya, hinggalah hidayat itu masuk dalam hati dan menjadi hakikat yang benar kepada kehidupan manusia dalam jalan hidayat.  Inilah  usaha dakwah, jalan memohon kepada Allah swt supaya Allah swt amkan hidayat.  Bagaimana seluruh manusia datang menerima hidayat samada kaya, miskin, pandai, apa bangsa juga. Tuan-tuan yang mulia, dalam masa yang sama juga kita perlu iktimam/menitik beratkan dengan amalan-amalan infradi kita serta perlu jalankan usaha dakwah juga menjaga tasbihat dan bacaan al-Quran.  Setiap orang perlu bertanggungjawab menghidupkan amalan taklim di rumah dan juga di masjid dan anak-anak juga di didik dengan semangat-semangat sahabat.  InsyaAllah agama akan datang dalam kehidupan mereka.  Amalan infradi ini amat mustahak, ia bukan satu amalan yang kecil.  Amalan infradi inilah yang akan menjadikan amalan ijtimae kita berkesan.  Apa yang jadi sekarang amalan ijtimae kita tidak berkesan kerana kita tidak beri tumpuan pada amalan infradi kita, kekurangan dalam amalan infradi kita.  Oleh itu kita hendaklah menguatkan amalan infradi kita serta memastikan amalan infradi kita dipenuhi.

Hendaklah kita memperbanyakkan selawat.  Dengan memperbanyakkan selawat akan timbul cinta yang sejati kepada Baginda saw.  Dengan cinta yang penuh dalam hati kita akan memberi kesan yang besar pada kehidupan kita.  Amalan selawat ini mempunyai hubungan dengan Allah dengan penuh cahaya.  Sebab itu setiap umat ini perlu menitikberatkan amalan selawat.  Kita berazam akan memperbanyakan selawat kita.  Apabila kita memperbanyakan selawat, kita akan mendapat penghampiran di sisi Allah.  Disebabkan kita kurang selawat menyebabkan kita lalai dalam buat dakwah.  Dengan kelalaian ini menyebabkan diri kita menjadi kemurkaan Allah yang menyebabkan kita jauh dari Allah.  Diantara perkara yang perlu diperbanyakan, yang perlu dititik beratkan dalam usaha agama ini ialah memperbanyakkan selawat.  Dengan memperbanyakan selawat akan melahirkan cinta yang sejati kepada Allah.  Kita akan mendapat tempat di sisi Allah.  Dengan berselawat Allah akan jadikan hati kita hati yang bercahaya.  Sebab itulah kita perlu menjaga amalan selawat ini setiap hari siang dan malam.  Dengan memperbanyakan selawat Allah akan mensucikan hati kita, Allah akan membersihkan hati kita, Allah akan mencahayakan hati kita.  Perbanyakan selawat tuan-tuan.

Disamping selawat kita juga jangan tinggalkan amalan istiqfar.  Dengan istiqfar Allah akan mengampunkan dosa kita. Memohon ampun pada Allah dengan Istiqfar adalah amalan yang sangat mustahak.  Jadikan ia amalan kita, maksud hidup kita, maka Allah akan mempermudahkan jalan hidup kita di dunia dan di akhirat.  Apabila kita jalankan usaha agama dengan sungguh-sungguh, Allah akan gulungkan kita dikalangan orang yang buat usaha dakwah di akhirat nanti.  Allah akan letakan kita dikalangan orang solehin, Allah akan merestui kita sebagai orang-orang yang diredhai oleh Allah swt.  Inilah sebenarnya kejayaan  di dunia dan akhirat.  Inilah daulah yang sebenar-benarnya apabila mendapat restu dari Allah swt.  Oleh itu tuan-tuan, hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh dan jadikan dakwah sebagai maksud hidup kita dan menjalankan usaha ini kepada seluruh umat agar mereka juga faham bahawa usaha dakwah ini juga tanggungjawab dan maksud setiap umat ini.

Tuan-tuan yang mulia, jadikanlah usaha dakwah ini sebagai maksud hidup kita, sebagai matlamat kita dengan ini Allah swt akan mempermudahkan hidup kita dan Allah akan membangkitkan kita dikalangan orang-orang yang membuat usaha agama di akhirat nanti.  Allah swt akan gulungkan kita dikalangan orang-orang yang dicintai dan diredhai oleh Allah di akhirat nanti.  Apabila kita menjadi orang yang disayangi dan diredhai oleh Allah, maka kita telah berjaya di dunia dan akhirat.  Oleh itu, jadikan usaha dakwah maksud hidup kita.  Jadikan usaha dakwah ini usaha kita untuk menerapkan dalam hati setiap orang Islam dam mereka juga memahami bahawa usaha dakwah ini juga matlamat mereka.  Apabila Allah meredhai kita, kita akan dapat apa yang kita suka, Allah akan berikan segalanya.  Di dunia Allah akan perkenankan hajat-hajat kita, melindungi kita dan di akhirat Allah akan bagi selayak-layaknya.  Kita mohon pada Allah agar kurniakan keikhlasan kepada kita supaya usaha yang kita buat ini direstui oleh Maliq/Raja kita,  kita buat bukan atas maksud yang lain.  Kalau amalan kita tidak diterima oleh Allah, maka kita adalah orang yang paling rugi sekali. Oleh itu kita jangan ketinggalan memohon pada Allah keikhlasan dalam usaha agama ini.  Semoga Allah ampunkan kelemahan kita dan merestui usaha kita dan menerima usaha kita.  Dalam doa kita jangan ketinggalan kita memohon Allah swt beri kita keikhlasan dalam usaha dakwah ini.  Kalau Allah terima usaha kita dan keikhlasan kita maka kita telah berjaya dengan sebenar-benarnya.  Tetapi walaupun kita buat usaha dengan sungguh-sungguh, kita tidak diterima di sisi Allah kerana ketiadaan keikhlasan dalam hati kita, maka kitalah orang yang paling rugi di dunia ini.  Hendaklah kita memohon kepada Allah supaya Allah menerima kita dengan apa yang kita lakukan ini walaupun begitu banyak kekurangan Allah ampunkan dan menerima kita sebagai orang yang menjalankan usaha agamanya. Sekarang kita berselawat dan sebentar lagi kita berdoa.



















SPONSOR LINK

Be A Millionaire in 360 Days!


View My Stats
Ads: