Google
Powered By Blogger

Saturday 21 April 2007

3 Line, 360 & 3 Colour

Sudah berkumandang azan subuh sekarang kat tempat aku. Bergema ia di kedinginan pagi yang tandanya mula menyinsing. Malam telah berganti dengan pagi. Aku masih di sini. Masih menatap monitor komputer ini. Mencari-cari isi-isi yang boleh di kupasi.

Lebih kurang 3 hari 3 malam aku menulis di sini, banyak respon yang aku dapat dan sangat menggalakkan. Aku bangga dan terus berazam akan memantapkan lagi wacana di sini.

Sungguhpun dalam sesuatu apa jua yang kita kejar, mengekalkan sesuatu di puncak adalah lebih sukar berbanding nak menggapai sesuatu puncak. Itu salah satu kata-kata cikgu merangkap bos aku masa aku dalam pasukan ragbi sekolah. Ianya melekat dalam kepala otak aku hingga kini. Maksudnya pada ketika itu, menjadi juara tidaklah semudah untuk mempertahankan sesebuah kejuaraan itu. Benar, pasukan KSAH hanya dapat bertahan selama 4 tahun saja sebagai johan dalam Kejohanan Ragbi Sekolah-Sekolah Premier dalam negara yang kejayaan sulongnya di tempuh ketika aku bersama-sama pasukan tersebut.
Peringkat zon tidak kira - aku kurang pasti dengan perkembangan terkini mereka.

Aku sudah pun angkat juara. Proton juara! Belum pasti samada bila aku dapat mula memandunya. Tak sabar-sabar rasanya menanti kemunculan kereta aku itu.


Ahahhaha... Sorry la, off topic sikit hari ni.

1 comment:

Shahabudeen Jalil said...

hehe.. apa sangatlah yg hendak dikekalkan kejayaan kalau kejayaan pun takdak lagi.. hehe.

SPONSOR LINK

Be A Millionaire in 360 Days!


View My Stats
Ads: