Google
Powered By Blogger

Wednesday 18 April 2007

Apa ada pada aku?

Hari ini aku bangun lewat - pukul 5.30p.m baru bangun dari tempat tidur! Bukan saja hari ini, malah hari-hari lain pun biasanya begitu. Tabiat yang sekian lama terpupuk paling susah aku nak buang. Daripada sekolah menengah sampailah sekarang ni.

Semasa di hostel pelajar KSAH, Alor Setar - tempat aku melanjutkan pelajaran sekolah menengah, ada sejarah PK HEM datang kejut aku pagi2. Sedang pelajar-pelajar yang lain sudah siap sedia bersarapan untuk memulakan persekolahan, aku baru terkial-kial cari berus gigi. Aku tak tau apa yang aku pikir. Aku sering ambik mudah semua perkara.

Kat ITM pun sama. Banyak juga kelas yang aku miss angkara khusyuk tidur. Ada sekali tu, aku mendaftar ke kursus bina negara. Abang fasilitator datang ketuk pintu bilik untuk kejut aku ke sesi kelas di pagi hari tu. Aku puji semangat kesabaran abang tu. Kalau aku jadi dia, lantak lah, apa nak ambil peduli? Dari banyak-banyak sesi, lebih kurang 2-3 saja yang aku betul- betul ambik bahagian.

Masa sekolah rendah dulu, aku tak ada masalah bangun pagi - seawal pukul 6.00a.m aku dah bangun dan mandi! Sebab bas yang hantar aku ke sekolah di Alor S(e)tar, akan tiba tepat jam 6.40a.m biasanya. Di asuh oleh nendaku yang tercinta, aku akur dengan rutin itu. Jikalau tidak, hariku akan di isi dengan leteran yang bisa membuat aku tidak senang duduk sepanjang hari. Aku jarang ponteng ke sekolah pada waktu itu.

Bukannya aku langsung tak ada kerja yang nak di buat dewasa ini sehingga kerap terbabas tidur hingga hari meninggi. Bekerja sendiri kadang-kadang betul-betul menguji disiplin diri. Ada hari, aku akur dengan kerja yang datang tak berhenti - Bungkus barang untuk customer eBay, lepas tu ke pejabat pos, hantar barang pada customer yang nak buat COD, singgah kedai beli stationery, ambik stok kat stor, dan macam2 lagi termasuk sesi perbincangan bersama teman seperjuangan sambil menghirup teh halia di tepi sungai Jalan Mesjid India. Abah aku pulak, selalu juga menekan aku untuk membantu pelanggannya yang ingin membayar cukai kepada kerajaan. Pagi atau tengahari aku keluar rumah, boleh jadi tengah malam atau seawal pagi baru balik. Pastu mengadap komputer pulak. Satu kerja lagi.

Sebagai majikan diri sendiri aku suka mengurus masa supaya setiap saat dapat di isi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Namun cenderung juga aku berlibur setiap kali ada peluang berbuat demikian. Menikmati gerai-gerai makan di Kg. Baru, window shopping di KL Downtown, menyusuri deretan kelab malam di Jalan P.Ramlee atau sekadar ronda-ronda melayan telatah pondan di lorong2 Chow Kit. Mungkin ada seribu macam lagi aktiviti yang aku sendiri belum teliti.

Menyusuri hidup di kotaraya Kuala Lumpur ini, sedikit sebanyak aku belajar akan erti kehidupan, mengenal hukum alam. Yang besar buli yang kecik, yang kuat memperguna yang lemah. Yang pandai, yang cekal terus survive. Tak kurang juga yang mengalah dan hanya menurut kata dan cita orang lain.

Apa saja yang termahu dan terlintas di fikiran kita, kini semuanya dapat di penuhi. Cumanya kita hanya perlu bijak untuk melunaskan kehendak kita. Bersahaja dengan fikiran yang damai dan nurani yang bersih, InsyaAllah tuhan akan membantu setiap gerakan kita.

Wasalam

No comments:

SPONSOR LINK

Be A Millionaire in 360 Days!


View My Stats
Ads: