Google
Powered By Blogger

Thursday 19 April 2007

kenapa aku?

Terlelap juga akhirnya aku semalam! Hari kelmarin sangat kalut, aku rasa. Telefon berbunyi setiap setengah jam, tak henti-henti ada saja yang memanggil. Terkejar-kejar pula aku dengan Kriss Modenas tungganganku. Bukan mengukur jalan raya, tapi melaksanakan kerja yang tak penat kunjung tiba. Alhamdulillah, semua aku berjaya selesaikan dalam kantukan yang mencengkam kepala.

Hanya hari ini, tidak banyak senarai dalam tugasan aku. Ke Poslaju Brickfield, kemudian aku sudah mempunyai masa terluang sepanjang hari. Apa yang bakal di buat selepas itu, terpulang kepada aku. Biasanya aku akan berseorangan di rumah yang dikongsi bersama 4 teman yang lain yang sama-sama mencari kehidupan di kota Kuala Lumpur ini.

Nanti la aku sambung, rasa cam nak pi makan ikan bakar belakang istana negara. huhu

No comments:

SPONSOR LINK

Be A Millionaire in 360 Days!


View My Stats
Ads: