Google
Powered By Blogger

Friday 19 October 2007

Selamat Menyambut Aidilfitri

Di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat islam yang telah berjaya menempuhi ibadah berpuasa di sepanjang bulan ramadhan yang telah pun berlalu.

Kepada kenalan, kawan serta sahabat handai yang mengenali diriku ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kiranya ada salah silap yang telah ku lakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"

Saturday 29 September 2007

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1428 H / 2007 M

BAGI SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA, GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG

RAMADHAN 1428 H

WAKTU IMSAK

WAKTU BERBUKA

SEPTEMBER / OKTOBER 2007 M

HARI

HIJRIAH

MILADIAH

KHAMIS

*1

13

5.39 pagi

7.15 malam

JUMAAT

2

14

5.39 pagi

7.15 malam

SABTU

3

15

5.39 pagi

7.14 malam

AHAD

4

16

5.39 pagi

7.14 malam

ISNIN

5

17

5.38 pagi

7.13 malam

SELASA

6

18

5.38 pagi

7.13 malam

RABU

7

19

5.38 pagi

7.12 malam

KHAMIS

8

20

5.38 pagi

7.12 malam

JUMAAT

9

21

5.37 pagi

7.11 malam

SABTU

10

22

5.37 pagi

7.11 malam

AHAD

11

23

5.37 pagi

7.11 malam

ISNIN

12

24

5.37 pagi

7.10 malam

SELASA

13

25

5.36 pagi

7.10 malam

RABU

14

26

5.36 pagi

7.09 malam

KHAMIS

15

27

5.36 pagi

7.09 malam

JUMAAT

16

28

5.36 pagi

7.08 malam

SABTU

17

29

5.35 pagi

7.08 malam

AHAD

18

30

5.35 pagi

7.07 malam

ISNIN

19

1 Oktober

5.35 pagi

7.07 malam

SELASA

20

2

5.35 pagi

7.07 malam

RABU

21

3

5.34 pagi

7.06 malam

KHAMIS

22

4

5.34 pagi

7.06 malam

JUMAAT

23

5

5.34 pagi

7.05 malam

SABTU

24

6

5.34 pagi

7.05 malam

AHAD

25

7

5.33 pagi

7.04 malam

ISNIN

26

8

5.33 pagi

7.04 malam

SELASA

27

9

5.33 pagi

7.04 malam

RABU

28

10

5.33 pagi

7.03 malam

KHAMIS

**29

11

5.33 pagi

7.03 malam

JUMAAT

30

12

5.32 pagi

7.03 malam




* Tarikh 1 Ramadhan tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia.
** Tarikh melihat anak bulan Syawal.

Wednesday 29 August 2007

Seminar Percukaian 'Sistem Taksir Sendiri - STS'

Syarikat kami, Nuriman Management Services merupakan sebuah firma yang telah menjalankan perniagaan sebagai wakil cukai yang bertauliah daripada Kementerian Kewangan - No. 1727 dimana operasi perniagaan kami sebelum ini adalah di Wisma Perisai Wira, Kg. Baru dan kini telah mengembangkan operasinya di Bandar Baru Ampang(sebelah atas Restoran Red Dragon bersebelahan Spektrum Mall)



Beberapa perubahan yang ketara dalam sistem percukaian Malaysia, di mana kini bebanan percukaian berpindah dari pihak yang berkuasa kepada pembayar cukai kerana isu - isu pematuhan mula meningkat. Secara umumnya, kadar pematuhan semakin bertambah baik hasil kesedaran sesetengah pihak tentang tanggungjawab membayar cukai. Penguatkuasaan undang - undang yang mantap kini adalah termasuk untuk mengesan mereka yang mengelak membayar cukai.


Berbagai - bagai usaha dan tindakan diambil oleh LHDN untuk mendidik orang ramai supaya mempunyai kesedaran untuk membayar cukai kepada kerajaan termasuk menyediakan pegawai - pegawai mereka untuk berunding dan membantu pembayar cukai membayar cukai serta memperhebatkan promosi dan kempen.



Objektif seminar ini akan diadakan adalah untuk menggariskan dengan lebih terperinci akan perubahan - perubahan terbaru dan menjelaskan strategi percukaian yang interaktif untuk individu yang bekerja sendiri, bermajikan dan juga untuk para majikan.


Selain membantu peserta - peserta dengan persoalan - persoalan mereka tentang cukai, seminar juga adalah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang percukaian dan mendedahkan secara terperinci tentang bagaimana untuk menjadi seorang pembayar cukai yang berhemah. Kami akan mendedahkan starategi untuk mengelak denda, penalti dan menyentuh perubahan berkaitan selaras dengan bajet 2007. Kami akan menjelaskan kepada anda tentang konsep " Pay As You Earn" dan akan diakhiri dengan sesi soal - jawab bersama sekumpulan bekas pegawai LHDN yang berpengalaman.



Berikut adalah butir - butir tentang seminar berikut:


Tempat: KL International Hotel, Concorde Hotel - Kuala Lumpur.
Klang - Shah Alam - Subang - K . L - Ipoh - J.B

Masa: Februari/Mac 2008



Yuran: Individu - RM 420 seorang

Perkongian, Syarikat - RM370 seorang



Alamat surat - menyurat: P.O Box 10100,
50704 K.L

Alamat pejabat: No. 3C, Tingkat 2, Jalan Wawasan 4/1,
Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang

sebarang persoalan atau tempahan awal, sila ajukan ke:- c99ltd@gmail.com

Sunday 1 July 2007

Tahniah Sang Kenari!

Kedah Lift FA Cup

NIBONG TEBAL, June 30 (Bernama) -- Kedah won the FA Cup tonight after beating Perlis 4-2 in a penalty shootout at the Batu Kawan Stadium here.Both teams failed to score after extra time.Mohd Bunyamin Omar, Hasmawi Hassan, Shafizan Hashim and Sabri Abu converted for Kedah while Aziz Shahril Azmi and Kabwe Kamuzati scored for Perlis.Playing before a capacity crowd of about 40,000 fans, it was an evenly matched game with both sides having numerous opportunities to score but poor finishing by their strikers let them down.Kedah goalkeeper Mohd Elmi Elias was named the "Man-of-the-Match".Sultan Abdul Halim Shah of Kedah gave away the prizes.-- BERNAMA

Wednesday 27 June 2007

Tempat - Tempat berbelanja di Lembah Klang

Di mana Lembah Klang? Dewasa kini kita telah kurang mendengar atau nama Lembah Klang ini sudah tertimbus dengan pembangunan PutraJaya, Wilayah Iskandar yang belum pun dapat aku gambarkan kotanya bagaimana. Seingat yang aku tahu, Lembah klang ini adalah dari Klang ke Subang dan Petaling Jaya.




Jikalau dikaji melalui internet Lembah Klang bermaksud kawasan yang diliputi oleh Sungai Kelang dan ranting-ranting sungainya. Aku rasa kalau di depan Bangunan Getah asli kat Jalan Ampang tu masih lagi tertakluk dalam kawasan yang sama (Kuala Lumpur City Centre) selain Puchong dan Setapak.




Sepanjang aku berada di sini, banyak jugak aku ronda. Baik bersama sama kawan2 atau buat gila jalan - jalan sorang2, kadang2, apabila gila sedikit, aku suka gigit - gigit pulak jari aku. Banyak jugak tempat yang aku sering dan kadang2 pergi untuk sengaja berbelanja atau sekadar berbelanja kosong.




Sejak dari dulu, tempat tumpuan utama warga di kota* sudah tentu di sekitar SOGO, Pertama Kompleks, dan Campbell Kompleks. Ada juga suka ke Bangunan Kotaraya, Petaling Street, dan Pasar Seni (Central Market). Kawasan tumpuan kini tumbuh bagai cendawan, jika dilihat di Bukit Bintang, City Bazaar dan sebagainya.




*Kuala Lumpur, Selangor


Aku baru saja selesai pulang dari bersiar - siar sekitar Kota Klang. Bermula dari Favourite Origin (F.O), Alma meter @ Al - Amnah menuju ke Subang Jaya untuk singgah mengambil kenalan dari Rusia. Namanya dalam melayu di panggil Jumaat. Kami berempat (me, jalil, this guy and Olga - seorang bekas juara pidato bahasa melayu peringkat dunia dari Rusia jugak.) terus ke Port Klang yang mengambil masa 15 minit berkereta, lalu mengambil sebuah bot untuk ke Tangjung Gila atau sekarang lebih terkenal dengan Tanjung Harapan. Menikmati senja petang di sini, sangat mendamaikan, walaupun sekali sekala terolang - aleng dek arus ombak.

Perjalanan kami dengan bot kali ini di caj 70 ringgit. Bot ke Pulau Ketam hanya RM6 . 50 sehala









Friday 1 June 2007

sELAMAT daTANG BULAN J

KEEP UDATED WITH YOUR lhdN ACCOUNT'S MEH, IT'S DUE DATE DAY FOR ALL sme'S BUSINESS OWNER LIKE ME. I AM TRYING TO PUT AN ACCOUNT FOR all MY SOLE props registry' . This 30th june is the due date for submitting yours. Please help me! Am I cying for gurus now eh? i'm just not so sure about the accounting period a nd the accounting year end date eventhough i'm taking somes account & tax classes during study time in Uitm.

I started to register my business earlier back in 2005 but it quote started in the certificate that my business start commencing on the january 2006.

HEll - Keep me away from the place!

anyway for a beginner or some dummy to start a business, here are my advise:

1. keep your accounting period 1/4/20x3-31/3/20x4

for beginner like me, this will make a good one because you can submit the account together with all employment income or whatsoever.
i.e rental income, dividend, etc.

advantages: you submit the account to lhdn, your account untill 2007, and pay taxes for only 3 month in the year ( but of course together with the remaining previous 9 month profit in 2006 as a total accumulated income of a year )

2. Start keeping an account starting the very 1st day you do a business. and keep it simple..
i.e bills, toll receipt, etc.

3. Declare high, pay low! hahahaaha


4. yeah, use the profit and loss. maximize it in an account

5. Search, charter or authorised an agent(i.e like me) to do the work and calculation

6. Some capitalist would recommend you to avoid paying tax to the government. They let the company do it for them.

7. Cari kerja yang berfaedah untuk di buat!

8. Keep right on spending money!

9. Play your game smart!


10. Hire a winner

11. Train a winner


12. If the turnover for the business as sole proprietor is over than 200K, you better start thinking about running a company to do the business.

Reason: at the stage, you will pay equally about 28% to the government which is very damn high! You can pay less taxes with company's allowable expenses which you can spent on your behalves. Start to think about it! 28% of every company's making will sure go to the Inland Revenue Board.

(Assuming that company tax is at constant 28% from nett profit)


13. Play like champions !


14. Create business that generate income. Start buying asset(s) i.e lands, golds// trade stocks, bond and try real-property or ads, business as good as you can meih... hehe. lei lei lei

15. Start to think and making profit & experience of maximizing growth of a new business

16. Think bigger and bigger than ever!

17. Check out , check-it-out (:

Sunday 13 May 2007

idea oh idea!

Kerap kali aku sering juga duduk mengamati fikiran yang kosong sambil-sambil memikirkan idea. Idea tentang apa yang perlu di buat untuk tidak duduk diam, idea merintis perniagaan yang menjana pendapatan lumayan, idea untuk bercanda dan macam-macam lagi yang pernah dan mampu terlintas dalam lubuk mindaku ini.

Kali ini aku cuma ingin berkongsi bersama-sama tentang tempat makan-makan yang carre pernah aku kunjungi

1. Satay kajang Hj. Samuri - very famous satay place situated in kajang town. Great Service, Ok Place.

2. William KJ - This place is just somekind like a hawker corner near Limkokwing College at Kelana Jaya. Famous one is their nasik goreng ketam, Mee Raja, it's roti 5 tingkat, and western food. Served at a very affordable price, I think it is halal!

3. Zainul Nasi kandar PJ - This is a very famous place among those who work or stay in PJ. Situated at the ground level food court near the former DV8 building ( I can't recall the actual name of the building) The speciality is their ayam goreng and kari.

4. Nasi Kari Al-Amnah - Ground level, Selangor Mansion. This place serve among the best kari in K.L. With their speciality in serving perfect teh tarik, I guarantee you would return for a second time!

5. Mee rebus Hj Wahid - the whole one plate is just not enough to make me full. I use to eat this famous mee at plaza angsana J.B when I was there doing some part time job. They manage to open up few branches around JB and I've been told that they serve one in Hartamas Square too, but i cannot find it.. huhu!

6. Ikan Bakar belakang istana Negara - Jalan Bellamy -lah! From ikan merah to ikan pari. sotong & udang bakar.air asam. perrrrgh!

7. Yaseen Nasi Kandar - this kedai mamak is located at jalan TAR. They still have the legendary kayu kandar in their makan shop. Plain ayam madu with telor bawang will sure make you don't want to stand up after finish eating

8. Laksa Shack - KLCC. Serve various laksa i.e: asam laksa, penang laksa, laksa johor & etc.

9.Laksa Pasar malam Taman Maluri - on every wednesday. You can either eat there or tapau. they usually always at the centre of the pasar malam or at the end of Jalan Wira 3. Only RM2.50! I alway go for 2!

10. Laksam Kuala Kedah - Outside Kuala Kedah ferry jetty

11. Port Asam Pedas Batu Pahat - This place is between Muar and Batu Pahat. I'm quite unfamiliar with the location because i been there with a friend on our drive away back to Kl. We took out on a Machap exit and drove down in about 50-60km from the toll exit to this place. You can ask people about the location of this food court! they serve asam pedas with the very fresh fish. I would recommend ikan pari or just kembong or cencaru.

12. Tomyam place at Sg. Buloh - I don't quite remember the location or the name of this place. but it is very spacious with Taukei's house is also wihin the premises. they serve very authentic Tomyam and Thai cuisine . A very nice place!

13. Sup Chowkit. Located on a lorong with a small hawker's stall near Balai Bomba there. The mamak will shout each other to welcome you to sit at their stall. I would recommend the one with near the road one (Jln. Raja Muda Musa)

14. Sup tulang merah - You can taste this lamb bone at thisMamak restaurant(Osman) behind Plaza Angsana Area. (near Mydin) reali reali spi-cy loh..

15. Murtabak Singapore - I-ve tasted this Murtabak bought from kg Melayu Majidee, JB. Very large murtabak which you cannot finish in one sitting. Also got similar one near pantai Lido Food Stall along the selat tebrau.

This are all that I can list tonite. Please someone update me with a special makan place around!
Salam!!!

Tuesday 8 May 2007

more updates after this

Sudah beberapa hari aku tidak meng-update-kan tulisanku dalam blog ini. Aku cuba memeras segenap penjuru otak, terpikir-pikir tentang apa yang aku hendak tulis.

Esok, Lusa akan menjelang besday aku. Aku belum ada apa-apa rancangan istimewa berkenaan itu.

Hujung bulan Mei ini, aku akan berangkat pulang ke hometown, Alor Setar. 2007 mula membuka tirai penting dalam sejarah takwimku. Sahabat - sahabat perjuangan di alam remaja akan bernikah untuk berkahwin membina istana cinta. Tahniah buat Shahrul Nizam Saad (2/6) dan Muhammad Zamir Ghani (3/6) yang akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangan masing-masing.

Aku?

huhu..

Wednesday 25 April 2007

Keluarkan duit untuk dapatkan duit!

Sekian hari ada saja duit yang perlu kita keluarkan. Belanja makan, minyak dan sara diri .etc Termasuklah dengan kos-kos terlindung yang kadang-kadang kita kurang sedar(Hidden Charge:)

Nilaian duit kepada kita, berbeza-beza. Ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya :)

Tidak kiralah sebab untuk apa pun perlu kita keluarkannya, pastikannya ia berbaloi buat kita. Berjudi, minum todi, dan sebagainya tentulah amat memburukkan.

Nilai mata wang yang akhir-akhir ini dilapor dianggarkan pada 14billion ringgit kepada setiap 3.8 bilion dolar Amerika dan adalah yang terkini susulan projek perpaipan dan pembangunan penyaluran minyak,dsb. di wilayah utara tanah air Semenanjung Malaya.

Berbicara mengenai duit, penting kepada kita sedar untuk menguruskannya dengan bijak dan cermat. Rancang, kumpul dan kendong ia dengan cermat. Era ini, kita boleh membawa pelbagai - bagai nilaian duit, boleh dinilai dan dihitung pada diri. Wang tunai, kad-kad, Besi, cek, tembaga, emas - semuanya juga membawa nilai yang di hitung melalui jumlah wang dan ringgit.

Kita berhadapan dengan realiti moden. Dunia sekarang mengambil kira tahu semua itu. Dunia kewangan global, sikap rakus manusia, kapitalis dan sebagainya. Walau kita dilimpahi subsidi dan dipayungi abdi sekalipun, kita perlu sedar akan realiti ini, mencari potensi & kesedaran diri.

Salam senyum.

catatan ---


25/4/2007
$3 .8B AS Dolar = RM 14 .0000B
RM 14 .0000B = 3 800, 000,000 AS Dolar


11/6/2007
--->RM 80,k = 23 , 529 AS Dolar
---> US$12 bilion (euro8.8 billion)

21/6/2007 RM 1 , 0 0 0 = USD,292

10/7/2007 USD 1. 00 = RM 3 .44

22/2/2007
--->RM 40 (USD11.40, EUR=8.25)
--->RM 69.90 (USD20, EUR=14.45)
--->RM109.90 (USD31.40, EUR=22.70)

07.23.07, 8:44 AM ET (1 US dollar = 3.41 ringgit)

08.03.07, 1:16 AM ET (1 US dollar = 3.46 ringgit)
Malaysia June trade surplus 8.697 bln rgt vs 7.978 bln in May

08.08.07, 8:18 AM ET (1 US dollar = 3.45 ringgit)
Malaysia's JT International Q2 net profit up 8.7 pct on higher cigarette prices

08.13.07, 5:28 AM ET (1 US dollar = 3.47 ringgit)
PM says govt sticking to 6 pct GDP growth forecast for 2007

August 16, 2007 ---> US 6. 0000 = EUR 4,6000
Pirated-DVD sniffer dogs to get hero's farewell in Malaysia

08.17.07, 7:30 AM ET (1 US dollar = 3.51 ringgit)
Global credit crunch could slow Malaysia's economic growth this year

08.20.07, 8:01 AM ET (1 US dollar = 3.48 ringgit)
Malaysia's MRCB net profit surges in Q2 on KL Sentral development

21,8 2007 ---> US$1 billion (€750 million)
M'sian government grapples with financial scandal at port ahead of expected elections

08.24.07, 8:02 AM ET (1 US dollar = 3.48 ringgit)
Malaysia's Bumiputra-Commerce H1 net profit jumps 96 percent

08.27.07, 1:42 AM ET (1 US dollar = 3.47 ringgit)
M'sian construction company WCT Engineering Bhd has not been awarded a contract to build a 4.5 billion ringgit racecourse in Dubai

August 27, 2007
241.4 million ringgit (US$69 million; €51 million)
Malaysia's land agency buys US vegetable oils company

08.28.07, 8:30 AM ET (1 US dollar = 3.49 ringgit)
Malaysia's Mudajaya Q2 net profit rises on strong sales

--->3.8 billion ringgit (US$1.1 billion; €0.81 billion)
The government will open tender next month for a project involves building a dam and a 45 kilometer-long water pipe to transfer water from Pahang state to Selangor.

08.29.07, 5:48 AM ET (1 US dollar = 3.50 ringgit)
A Middle Eastern consortium agreed to invest more than 1.2 billion US dollars in a Malaysian's Iskandar Development Region (IDR)

31/8/2007, FRIDAY - 185.05 million ringgit (53 million dollars)
AirAsia reported a 41.5 percent rise in net profit in the fourth quarter

Sat Sep 15, 2007 4:49am BST
--> 5.0 billion ringgit (1.44 billion dollars)
-->($1 = 3.4800 ringgit)
MidEast firms to invest in oil and gas, Islamic banking and property projects in Malaysia

02.28.08, 7:00 AM ET (1 US dollar = 3.21 ringgit)
(1 US dollar = 3.21 ringgit)
Sun Sep 16, 2007 11:57pm EDT
--->20 ringgit ($6)
--->500 Malaysian ringgit ($144)
--->($1=3.480 Malaysian Ringgit)
Ramadan rule breakers face a fine

09.18.07, 8:55 AM ET (1 US dollar = 3.48 ringgit)
Malaysia to spend on major transportation linkages and other key infrastructure facilities in the East Coast Economic Region (ECER)

Malaysia's WCT Engineering wins US$1.3 billion
Dubai racecourse job - September 18, 2007
--->4.6 billion ringgit (US$1.3 billion; €940 million)
--->7 billion ringgit (US$2 billion; €1.44 billion)
--->8.10 ringgit (US$2.3; €1.7)
--->6.60 ringgit (US$1.9; €1.37)
--->118.7 million ringgit (US$34 million; €24.5 million)
--->161.1 million ringgit (US$46 million; €33 million)
--->190.7 million ringgit (US$54.5 million; €39.3 million)

09.26.07, 9:19 AM ET (1 US dollar = 3.42 ringgit)
Malaysia's LKT shareholders sell 27 million shares to Singapore Precision Engineering

09.27.07, 5:45 AM ET (1 US dollar = 3.41 ringgit)
Malaysia's Kencana Petroleum Bhd Q4 net profit 18.968 mln rgt, FY earnings 57.16 mln rgt

09.30.07, 9:58 PM ET (1 US dollar = 3.40 ringgit)
Malaysia's DRB-HICOM seeks to sell its insurance business

October 03, 2007: 07:13 AM EST
(1 US dollar = 3.41 ringgit)
(1 US dollar = 9,072 rupiah)
350 bllion rupiah (132 million ringgit)
Malaysia's Multi Vest plans 350 bln rupiah notes issue to fund its oil palm business in Indonesia.

8.99 billion ringgit (2.6 billion dollars)
Malaysia's August trade surplus hits record high on electricals

October 19, 2007 S$6,000 (RM14,000)
Singapore has decided not to charge the Palestinian stowaway.

10.19.07, 4:56 AM ET (1 US dollar = 3.36 ringgit)
At 3.19 pm (0719 GMT), the CPO futures contract for January delivery jumped 33 ringgit to 2,768 ringgit per metric ton, off an intraday high of 2,795 ringgit. Malaysia's crude palm oil futures hit record on surge in crude oil prices

10.29.07, 1:16 AM ET (1 US dollar = 3.34 ringgit)
Malaysia's palm oil prices surge as crude crosses 93 dollars

November 1, 2007
---> 150 ringgit (US$45; €30)
Malaysia's AirAsia eyes 25 more new A320 planes for Singapore expansion

---> (1 US dollar = 3.32 ringgit)
Malaysia's crude palm oil futures hit fresh record as oil crosses 96 dollars.
At midday, the benchmark contract for January delivery jumped 51 ringgit to 2,931 ringgit per metric ton, off a high of 2,959 ringgit.

Tuesday, Nov 06, 2007 (28 billion ringgit = US$8.4 billion)
Telekom Malaysia shares climb after UK Vodafone report

Friday November 9, 2007
--->US$98.2bil (RM327bil) current country’s foreign reserves
--->US$47bil (RM156.5bil) 2/3 of the world’s Islamic bonds

11.12.07, 3:29 AM ET (1 US dollar = 3.33 ringgit)
Malaysia's fuel subsidy cut expected to hit transportation, construction stocks

November 12, 2007, 3:52AM ET (3.3 billion ringgit = US$943 million; euro642)
Malaysia , Pakistan sealed free trade agreement to cut nxt yr tariffs

11.13.07, 12:42 AM ET (1 US dollar = 3.34 ringgit)
Malaysia still confident of achieving 6 percent GDP growth this year

November 14, 2007: 08:04 PM EST (1 US dollar = 3.35 ringgit)
Malaysian shares outlook - Mixed to lower after Wall Street's decline

11.14.07, 10:00 PM ET (1 US dollar = 3.35 ringgit)
Malaysian shares mixed in midmorning trade, DiGi gains

11.15.07, 1:15 AM ET (1 US dollar = 3.36 ringgit)
Maybank to continue expansion in Indonesia despite recent setback

11.16.07, 2:53 AM ET (1 US dollar = 3.38 ringgit)

November 20, 2007 (5,200 ringgit = US$1,500; €1,000)
Malaysia's official to face corruption trial

--->591 million ringgit (US$169 million; euro124 million)
Proton reported a loss in the 2007 financial year.

2007-11-21 22:37:44
--->47.2 billion ringgit (14 billion U.S. dollars)
2006, Malaysia's total trade with South Korea

--->21.3 billion ringgit (6.3 billion U.S. dollars)
Malaysia's total exports to South Korean

--->25.9 billion ringgit (7.7 billion U.S. dollars)
imports with South Korea

--->35.5billion ringgit (10.5 billion U.S. dollars)
Malaysia's first nine months trade with South Korea

--->417.5 million ringgit (123.5 million U.S. dollars)
South Korean investment in Malaysia in 2006 in the manufacturing sector

--->903 million ringgit (267.2 million U.S. dollars)
South Korean investment From January to August 2007 in the manufacturing sector

--->39.9 million ringgit (11.8 million U.S. dollars)
Malaysia's investment in South Korea in 2006

12.03.07, 11:16 PM ET (1 US dollar = 3.51 ringgit)
Malaysia records lower trade surplus in October as imports outpaced exports

December 06, 2007: 12:10 AM EST (1 US dollar = 3.34 ringgit)
Malaysian shares end morning higher, key index hits record

Sunday, December 9, 2007
--->1.2 billion ringgit (US$343 million; euro233 million)
The government estimated losses to repair roads and schools, and in aid to flood victims

12.17.07, 12:44 AM ET (1 US dollar = 3.32 ringgit)
Malaysia sees 2007 budget deficit narrowing to 3.2 percent of GDP

01.14.08, 2:21 AM ET (1 US dollar = 3.25 ringgit)
Malaysia's palm oil inventory to fall further as output drops, demand increases

Wed Jan 30, 2008 7:38pm EST (US$42 million = 136 million ringgit)
Perisai Petroleum Teknologi Bhd has acquired 100 percent equity of SJR Marine (L) Ltd (SJR), a subsidiary of Mercury Pacific Marine Pte Ltd

February 18, 2008
--->3 billion ringgit (US$930 million; €634 million)
Malaysia Airlines five-year growth to boost its annual profit by 2012.

--->1 billion ringgit (US$310 million; €211 million)
the airline aims cost-cutting in procurement, maintenance and other related services.

--->610 million ringgit (US$189 million; €129 million)
profit in the nine months to September 2007

02.18.08, 1:50 AM ET (1 US dollar = 3.22 ringgit)
Malaysia's Sin Chew Q3 net profit up 47 pct on higher circulation, ad revenue

March 3, 2008
--->43.4 billion ringgit (US$13.6 billion; €9 billion)
The government says it spent in 2007 to subsidize fuel and other essential items

--->46.4 billion ringgit (US$14.5 billion; €9.6 billion)
Petronas posted a net profit for the fiscal year ending March 2007

--->48.3 billion ringgit (US$15 billion; €10 billion)
the single biggest tax payer in M'sia paid in taxes, royalties, dividends and export duty

03.06.08, 3:55 AM ET (1 US dollar = 3.18 ringgit)
Telekom Malaysia shareholders approve demerger; unit to be listed in Q2

March 13, 2008, 9:15AM EST
--->
1 billion ringgit (US$312.81 million)
Koh had pleaded with Abdullah to offer Motorola a project involving the upgrading of the Malaysian police force's radio network

--->350 million ringgit (US$109.4 million)
In exchange, Motorola would stay put in Penang and pump in an additional investment

April 1, 2008 (60 million ringgit = US$18.8 million; €11.9 million)
Mydin buys from dairy and cosmetics to electronics worth of Dutch goods a year

Friday, April 4, 2008 : 1030 Hrs
--->
20 billion ringgit (6.27 billion U.S. dollars)
approved investment worth to become a biotechnology hub by 2020

--->
1 billion ringgit (313.48 million U.S. dollars)
Malaysia
combined approved investment value already rolled out 51 BioNexus-status companies

--->
80 billion ringgit (25.08 billion U.S. dollars)
capacity building in the biotechnology sector
generate a revenue & efforts to commercialize the products


April 18, 2008
---> 42.1 million ringgit (US$13.4 million; €8.4 million)
Bursa Malaysia Bhd. said its net profit in the three months through March

--->101.3 million (US$32.2 million; €20.2 million)
Revenue fell from 136.1 million last year.

May 6, 2008
--->51.57 billion Malaysian ringgit (US$16 billion; €10 billion)
highest Exports value recorded for March
--->43.6 billion ringgit (US$13.8 billion; €8.9 billion)
Imports rose 2.6, coming in below expectations
--->7.98 billion ringgit (US$2.5 billion; €1.6 billion)
trade surplus for March, narrowing 12 percent from February
--->17.35 billion ringgit (US$5.5 billion; €3.6 billion)
Electrical and electronics exports shrank 19.6 percent on-year
--->4.69 billion ringgit (US$1.5 billion; €970 million)
shipments of palm oil abroad more than doubled
---> 3.5 billion ringgit (US$1.2 billion; €760 million)
export of crude petroleum rose 57 percent
Tue May 6, 2008 11:47am BST
5,000 ringgit (806 pounds)
Raja Petra refused the court's offer of bail of until October 6, when the case is scheduled to resume, saying it was a matter of principle.
May 8, 2008 (3.88 billion ringgit = US$1.2 billion; €780 million)
Abu Dhabi bank buys 25 percent stake in Malaysia's fourth largest lender, RHB Capital Berhad.
May 15, 2008 (5 ringgit = US$1.6; €1)
AirAsia recently dropped fuel surcharges in retaliation to MAS fare campaign
Tuesday, 27 May 2008 16:36 UK (45bn ringgit = US$ 14bn; £7bn)
Subsidies are expected to cost the Malaysian government this year as oil prices rise worldwide

June 1, 2008 (US$130 (€82.5)
a barrel of Crude oil price

--->45 billion ringgit (US$14 billion; €9 billion)
Malaysia's measures to curb soaring subsidies

--->1.92 ringgit (US$0.61; €0.40)
Cost of a liter of Regular gasoline in Malaysia

--->7.27 ringgit (US$2.34; €1.52)
Price of a gallon of regular gasoline

Mon Jun 2, 2008 10:33am BST (1.92 ringgit = 60 U.S. cents)
Fuel prices in M'sia are among the cheapest in Asia, less than half the price in neighbouring S'pore

Wednesday June 4, 2008 (US$80bil = RM264bil)
Malaysia will be able to draw from a pooled fund the initiative of the Asean+3 coalition, whose partners comprise economic giants China, Japan and South Korea

June 20, 2008 (1.5 billion ringgit = US$461 million)
The annual value of Malaysian seafood exports to the EU suspended to avoid being banned

June 23, 2008
--->2.70 ringgit a liter (US$3.20 a gallon)
--->RM2.7=USD0.83
After the government drastically reduced decades of subsidies, the pump price of gasoline price still cheaper than in most countries in the region.

2008-07-01 11:57:16
--->
128.2 million ringgit (39.33 million U.S. dollars)
Malaysia's oil and gas provider Uzma Bhd made a revenue last year

--->
34.2 million ringgit (10.49 million U.S. dollars)
Uzma Bhd expects to raise from the initial public offering (IPO).

--->
0.5ringgit (0.15 U.S. dollars)
The IPO involves a public issue of 18 million new shares

--->
1.90 ringgit (0.58 U.S. dollars)
an offer for sale of 10 million existing shares

2008-08-15 11:48:25
--->281 million ringgit (84.38 million U.S. dollars)
Shell Refining Co (Federation of Malaya) Bhd doubled its second quarter net profit after-tax stockholding gain


--->357 million ringgit (107.21million U.S. dollars)
Shell Refining made a net profit for the quarter to June 30, 2008

--->3.9 billion ringgit (1.17 million U.S. dollars)

Revenue was up by 34%

08/19/2008 (99 ringgit = US$30)
promotional package offered by Packet One pricing WiMax access just below the combined cost of an ADSL connection and a fixed-line telephone.

22/08/2008 (2 millionringgit = 319,000 pounds)
illegal bookie, collected bets offering odds of 3-1 for Anwarwinning with a majority of 15,000 votes in the August 26by-election

November 11, 2008 : 1020 Hrs
--->
1.85 billion ringgit (518.21 million U.S. dollars)
Malaysia's Scomi Engineering Bhd and its Indian partner, Larsen and Toubro Ltd (L&T), have won a contract to build a monorail system in the Mumbai Metropolitan Region, India
--->
823.3 million ringgit (230.62 million U.S. dollars)
Scomi estimates that its share of the job will be worth

Sunday, November 23, 2008 19:36 IST 8,000 ringgit (USD 2,222)
Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha has been accused of amassing RM 1.2 million for talks since his return from space

Sunday December 14 2008
US$22.9 billion (RM82.4 billion)
The merchandise trade surplus will fall in 2009

Sunday, February 1, 2009
RM262,000 (USD 72,000)
custom officers seized a total of 7.48kg of ketamine from an airport in the northern Penang state hidden in 147 hollowed out soap bars.

Tuesday February 17, 2009
US$333,330 (RM1.2mil) top prize of Maybank Malaysian Open at Saujana Golf and Country Club

October 27, 2010 18:11 PM
RM500 million (US$161 million)India's Biocon Plans Investment In Iskandar Malaysia

Saturday December 11, 2011

RM500mil (US$158.6mil )
Gulf bond issuers see opportunity in Malaysia

Sat, May 07, 2011 

 US$5 million (RM15 million) Malaysian who has a reward on his head on FBI's most wanted list

Monday December 23, 2013 MYT 2:18:49 PM
sukuk market will perform positively in 2014, with a projection of between US$42bil (US$1=RM3.25)

guys, update pls...

Tuesday 24 April 2007

Semua yang berlaku berpunca dari diri kita sendiri

Hari ini, telefon talian tetap aku berbunyi. Aku girang menjawab panggilan sebab bukan selalu telefon ini berbunyi. Walaupun pemanggil yang membuat panggilan ini kurang serius dalam perbualannya, aku dengan penuh sopan-santun melayan sahaja.

Selain itu, terdapat juga panggilan-panggilan melalui telefon bimbit yang aku sendiri tidak pernah menjangka panggilan seperti itu. Walaupun kebanyakannya dari nombor yang aku sudah pun mangli.

Seharian hari ini, aku sekadar mendengar lagu-lagu dari internet. Hanya keluar sekadar melangsaikan tugas mengepos barang kemudian balik rumah tapau nasi bungkus. Tiada apa-apa yang menarik! Cuaca di sekitar pula sekejap mendung, sekejap O.k.

Motorsikal aku hari ini buat hal pula setelah semalam aku merembas ia di jalan raya sekitar Ampang ini. Langsung tak buleh di hidupkan! huh.

Hidup ini ibarat roda. Aduh, mengeluh lagi..

Monday 23 April 2007

Perkara untuk di buat untuk esok:

Hari ini aku menerima 2 pucuk surat dari bank. Satunya dari negeri seberang tambak Johor, Singapura. Bakinya tiba2 terus mendadak kurang berikutan kenaan caj tahunan kad. Memang firasy! Tak sedar pula tentang perkara itu semasa mula-mula membuka akaun simpanan di situ. Sekiranya aku tidak bertindak, akaun bank diatas nama aku itu mungkin ditutup!

Pada mulanya, akaun ini memberi manfaat jualan yang sangat memberangsangkan di mana melaluinya aku menerima pembayaran daripada pembeli bagi barangan yang aku dagangkan di sana. Namun hasilnya sangat merosot akhir-akhir ini berikutan perubahan-perubahan polisi oleh pihak tertentu sehingga membuat aku tak berupaya untuk mengekalkan kedudukan kukuh dalam pasaran jual-beli di sana.

Aku hanya boleh mengakses akaun ini dalam internet sahaja. Itu menariknya. Melihat baki akaun di skrin monitor selain mengeluarkan tunai melalui perkhidmatan ATM yang di sediakan.

Aku pernah ada membaca sebuah buku ditulis dalam bahasa inggeris mengenai pengurusan. Buku berkisarkan bagaimana seorang pengurus yang bijak, sepertinya menerangkan sesuatu kepada penulis mengenai beberapa perkara. Antaranya adalah untuk mencatatkan objektif atau gol untuk dilaksanakan.

Aku mahu mencatur 10 perkara untuk dibuat mulai esok:

1) Cari DBS funds
2)Pi Singapore. astaga!
3)Pos brg customer
4)Settle Overdrawn DBS account balance.
5)maintain DBS savings
6)Update blog
7)ambil kotak di rumah botak
8)ambil barang jualan di stor
9)main ping-pong

10) Ulang perkara

Less Updates

huhu..

Blurr kejap aku untuk kali ni. Bagai sakai mendapat iPod, begitulah yang dapat disimpulkan sekiranya mahu ku gambarkan!

Aku mahu ikhlas menulis. Aku ingin menulis seikhlas yang boleh. Kerana aku rasa ikhlas itu sesuatu yang sangat mulia apabila dizahirkan. Sebagaimana mereka yang sebelum ini ikhlas dalam perjuangan mereka - berjuang menulis demi perjuangan.

Mengikut pengamatan aku, penulis-penulis biasanya mempunyai pengaruh tersendiri di dalam kehendak mereka menulis. Aku juga mengikuti dan menanti-nanti perkembangan penulis-penulis yang berjiwa besar dalam penulisan mereka seperti DSAI, Syamsiah Fakeh mahupun Saudara Hisyamudin Rais menerusi update terkininya melalui laman www. malaysia-today.net

Tulisan-tulisan seperti ini boleh buatkan kita asyik. Keasyikan yang boleh membuai-buai perasaan yang jarang kira rasai. Kadang-kadang boleh terpukau!

Sunday 22 April 2007

apa aku suka

Aku dah menonton filem arahan terbaru Mamat Khalid - Zombi Kampung Pisang. Mungkin untuk buat filem, cuma perlu ada pelakon, watak dan cara kerja. Asalkan pihak terlibat dapat habuannya, segala yang lain tidak ada kena mengena. Dari awal sampai habis ceritanya aku simpulkan kampung mereka jadi huru-hara akibat makanan yang dimakan sudah bercampur toksik bahana perbuatan manusia. Sudahnya turun pasukan rela, habis settle semua cerita. Menyanyi ramai-ramai - sampai habis. Aku pun tak paham apa yang cuba disampaikan ataupun mungkin cerita tu terlampau berat sampai tak tertanggung logikku untuk menaakul jalan ceritanya.

Seperti tulisan aku di sini aku tak mengharap apa-apa. Jikalau ada pun, itu ekstra! Bercerita panjang berjela-jela, jikalau tiada apa-apa tak ada gunanya juga. Namun baik juga ada sesuatu untuk dilakukan dari melakukan perkara sia-sia.

Aku nak menulis panjang. Tapi biarlah pendek dulu.

Sekianlah.

Saturday 21 April 2007

3 Line, 360 & 3 Colour

Sudah berkumandang azan subuh sekarang kat tempat aku. Bergema ia di kedinginan pagi yang tandanya mula menyinsing. Malam telah berganti dengan pagi. Aku masih di sini. Masih menatap monitor komputer ini. Mencari-cari isi-isi yang boleh di kupasi.

Lebih kurang 3 hari 3 malam aku menulis di sini, banyak respon yang aku dapat dan sangat menggalakkan. Aku bangga dan terus berazam akan memantapkan lagi wacana di sini.

Sungguhpun dalam sesuatu apa jua yang kita kejar, mengekalkan sesuatu di puncak adalah lebih sukar berbanding nak menggapai sesuatu puncak. Itu salah satu kata-kata cikgu merangkap bos aku masa aku dalam pasukan ragbi sekolah. Ianya melekat dalam kepala otak aku hingga kini. Maksudnya pada ketika itu, menjadi juara tidaklah semudah untuk mempertahankan sesebuah kejuaraan itu. Benar, pasukan KSAH hanya dapat bertahan selama 4 tahun saja sebagai johan dalam Kejohanan Ragbi Sekolah-Sekolah Premier dalam negara yang kejayaan sulongnya di tempuh ketika aku bersama-sama pasukan tersebut.
Peringkat zon tidak kira - aku kurang pasti dengan perkembangan terkini mereka.

Aku sudah pun angkat juara. Proton juara! Belum pasti samada bila aku dapat mula memandunya. Tak sabar-sabar rasanya menanti kemunculan kereta aku itu.


Ahahhaha... Sorry la, off topic sikit hari ni.

Friday 20 April 2007

PENGUMUMAN~!

Kakak aku akan melangsungkan perkahwinan pada Jun ini, berita yang baru di terima~. Dijemput sekian kerabat sahabat handai sanak dan saudara ke Kenduri Perkahwinan Kekanda sulongku pada 9/6/2007~ INSYAALLaH!

///sebarkan!

Thursday 19 April 2007

kenapa aku?

Terlelap juga akhirnya aku semalam! Hari kelmarin sangat kalut, aku rasa. Telefon berbunyi setiap setengah jam, tak henti-henti ada saja yang memanggil. Terkejar-kejar pula aku dengan Kriss Modenas tungganganku. Bukan mengukur jalan raya, tapi melaksanakan kerja yang tak penat kunjung tiba. Alhamdulillah, semua aku berjaya selesaikan dalam kantukan yang mencengkam kepala.

Hanya hari ini, tidak banyak senarai dalam tugasan aku. Ke Poslaju Brickfield, kemudian aku sudah mempunyai masa terluang sepanjang hari. Apa yang bakal di buat selepas itu, terpulang kepada aku. Biasanya aku akan berseorangan di rumah yang dikongsi bersama 4 teman yang lain yang sama-sama mencari kehidupan di kota Kuala Lumpur ini.

Nanti la aku sambung, rasa cam nak pi makan ikan bakar belakang istana negara. huhu

Wednesday 18 April 2007

Apa ada pada aku?

Hari ini aku bangun lewat - pukul 5.30p.m baru bangun dari tempat tidur! Bukan saja hari ini, malah hari-hari lain pun biasanya begitu. Tabiat yang sekian lama terpupuk paling susah aku nak buang. Daripada sekolah menengah sampailah sekarang ni.

Semasa di hostel pelajar KSAH, Alor Setar - tempat aku melanjutkan pelajaran sekolah menengah, ada sejarah PK HEM datang kejut aku pagi2. Sedang pelajar-pelajar yang lain sudah siap sedia bersarapan untuk memulakan persekolahan, aku baru terkial-kial cari berus gigi. Aku tak tau apa yang aku pikir. Aku sering ambik mudah semua perkara.

Kat ITM pun sama. Banyak juga kelas yang aku miss angkara khusyuk tidur. Ada sekali tu, aku mendaftar ke kursus bina negara. Abang fasilitator datang ketuk pintu bilik untuk kejut aku ke sesi kelas di pagi hari tu. Aku puji semangat kesabaran abang tu. Kalau aku jadi dia, lantak lah, apa nak ambil peduli? Dari banyak-banyak sesi, lebih kurang 2-3 saja yang aku betul- betul ambik bahagian.

Masa sekolah rendah dulu, aku tak ada masalah bangun pagi - seawal pukul 6.00a.m aku dah bangun dan mandi! Sebab bas yang hantar aku ke sekolah di Alor S(e)tar, akan tiba tepat jam 6.40a.m biasanya. Di asuh oleh nendaku yang tercinta, aku akur dengan rutin itu. Jikalau tidak, hariku akan di isi dengan leteran yang bisa membuat aku tidak senang duduk sepanjang hari. Aku jarang ponteng ke sekolah pada waktu itu.

Bukannya aku langsung tak ada kerja yang nak di buat dewasa ini sehingga kerap terbabas tidur hingga hari meninggi. Bekerja sendiri kadang-kadang betul-betul menguji disiplin diri. Ada hari, aku akur dengan kerja yang datang tak berhenti - Bungkus barang untuk customer eBay, lepas tu ke pejabat pos, hantar barang pada customer yang nak buat COD, singgah kedai beli stationery, ambik stok kat stor, dan macam2 lagi termasuk sesi perbincangan bersama teman seperjuangan sambil menghirup teh halia di tepi sungai Jalan Mesjid India. Abah aku pulak, selalu juga menekan aku untuk membantu pelanggannya yang ingin membayar cukai kepada kerajaan. Pagi atau tengahari aku keluar rumah, boleh jadi tengah malam atau seawal pagi baru balik. Pastu mengadap komputer pulak. Satu kerja lagi.

Sebagai majikan diri sendiri aku suka mengurus masa supaya setiap saat dapat di isi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Namun cenderung juga aku berlibur setiap kali ada peluang berbuat demikian. Menikmati gerai-gerai makan di Kg. Baru, window shopping di KL Downtown, menyusuri deretan kelab malam di Jalan P.Ramlee atau sekadar ronda-ronda melayan telatah pondan di lorong2 Chow Kit. Mungkin ada seribu macam lagi aktiviti yang aku sendiri belum teliti.

Menyusuri hidup di kotaraya Kuala Lumpur ini, sedikit sebanyak aku belajar akan erti kehidupan, mengenal hukum alam. Yang besar buli yang kecik, yang kuat memperguna yang lemah. Yang pandai, yang cekal terus survive. Tak kurang juga yang mengalah dan hanya menurut kata dan cita orang lain.

Apa saja yang termahu dan terlintas di fikiran kita, kini semuanya dapat di penuhi. Cumanya kita hanya perlu bijak untuk melunaskan kehendak kita. Bersahaja dengan fikiran yang damai dan nurani yang bersih, InsyaAllah tuhan akan membantu setiap gerakan kita.

Wasalam

Tuesday 17 April 2007

Siapa aku?

Hari nih tanggal 17.4.2007, maka bermula lah aku menulis blog.

Aku berazam dan mengharap agar blog yang ku wujudkan ini, akan terus menerus di kembangkan sehingga ke suatu standard yang sepatutnya ia berada.

Terdapat sedikit sebanyak tujuan aku menulis di sini, yakni untuk memperkasakan lagi segala apa yang tertumpu di minda selain baru2 ini aku mendapat ilham dari MTV, kendian dengan di tambah cerita-teriti yang tidak termasuk dek akal. Katanya(siapa?), ada penulis di internet, menjana pendapatan bukan ribuan, malahan puluhan ribu ringgit sehari, hanya dengan bertenet di internet.

Benar! Aku rasa la. Apa yang di buat oleh kawan tu sampai dapat habuan yang bukan-bukan macam tu. Dahsyat betul, apa lagi jika matawangnya dalam dolar, euro dsb.

Terpanggil dengan dongengan tersebut lah, aku mula men-jot-down sesuatu di sini. hehe.

Pun begitu, matlamat aku di sini mungkin sekadar melengkapkan sesuatu yang belum jelas. Noktah...

Aku mula berjinak-jinak dengan internet, ketika zaman sekolah menengah dulu. Masa tu main IRC. Macam-macam kenangan, peristiwa dan cerita dalam tempoh tersebut. Sampailah aku ke UiTM Shah Alam, apa yang aku tahu di internet adalah e-mail, e-circles dan mIRC. Masa tu aku pakai nickname kEsAh. Siap pasang bot kat cybercafe lah, psy-bnc lah, gathering.. huh! :)

Internet Berkembang dengan sungguh pesat! Hebat! Aku kagum sekali dengan mitos-mitos di sebalik internet ni. Contohnya bila aku menonton filem Swordfish, di bintangi aktor pujaan dari barat, John Travolta - aku terbayang-bayang bagaimana hebatnya jaringan internet ini. Dengan teknologi yang semakin lama makin canggih, pebagai-bagai perkara yang orang dah terokai dengan sistem dan perkhidmatan internet ini. Paling gawat sekarang ni, pelaburan dalam internet. Macam-macam jugak yang ada. Ada yang cerita kena tipu, yang kena auta. Ada juga yang tumpang sebarkan propaganda dan agenda. Swisscash, E-gold dan segala macam mak nenek pun ada. Sejauh mana kita dapat meneroka semua itu, terpulang kepada kita. Tepuk dada, tanya selera.

Sampai sekarang ni pun, aku turut berniaga dalam internet ni. Habuannya Alhamdulillah boleh tahan. Mula-mula start dulu, semua orang tak setuju dengan hasrat aku untuk berdikari dengan cara macam ni. Tak ada masa depan, kata orang-orang tu semua. Lebih baik cari kerja dan makan gaji kukuh. Tapi aku tak ambil pusing semua tu sebab aku nak jadi bos sendiri. aku yakin yang punca rezeki terbuka lebih luas dengan berniaga. lebih-lebih lagi pada alaf ini. Aku tanam impian untuk jadi antara ahli perniagaan yang berjaya. InsyaAllah

akan ku cuba sambung dengan lebih baik lagi. Wasalam

SPONSOR LINK

Be A Millionaire in 360 Days!


View My Stats
Ads: