Google
Powered By Blogger

Sunday 29 March 2009

Catatan Perjalanan II

Bercuti memang best beb. Best betul! Sebab tak payah nak pikir pasal kerja, boleh tenangkan fikiran. Sepanjang aku sampai di Tanah Jawa ni, aku perasan yang waktu tempatan diorang kurang sejam dari di KL, Malaysia. Waktu jam pukul 6 ptg waktu tempatan, keadaan dah beransur gelap. Pukul 8 malam waktu tempatan, dah masuk waktu Isyak. Waktu gelap, macam nie lah yang syok kat kota Jakarta ni. Lebih - lebih lagi malam dekat dekat nak hari minggu. Aweqs2 dia berpelesaran merata - rata. Gadis - gadis kat sini, berkulit cerah - ala2 kacukan gitu. Sejuk mata memandang depa.. Huhu...

Di Kemang area, kitorang tak ada tempat nak dituju. Terus ke KFC sebab nampak macam ada anak-anak muda berkumpul di ruang makan di luar restoran. Kat KFC ni la kitorang kenal ngan Fruit tea - air botol yang didatangkan sekali di dalam menu yang dipesan. Gile layan fruit tea ni - kat KL tak leh nak cari benda air botol ni.

Lepas makan, aku dan sobat alma mater(KSAH) aku ni menyusuri sepanjang jalan di Kemang Area ni. Kedai, Restoran arab, Pub, Designer's Outlet berjajaran di sepanjang jalan di sini. Last2, mati akal - tak tau nak pi mana lagi. Nak cari bas untuk balik ke hotel kitorang kat Tanah Abang, macam dah jauh pulak dari tempat laluan bas kitorang naik tadi. Tanya punya tanya orang tempatan kat situ, kami tahan tuk-tuk(Bajaj) dan mintak hantar balik ke hotel.

Perjalanan naik tuk-tuk untuk balik ke hotel lancar. Driver tuk-tuk nampak begitu cekap dengan selok belok jalan di kota Jakarta(Jakarta Pusat). Dalam perjalanan balik ni la baru buleh menikmati pemandangan dan suasana kota Jakarta dengan tenang sikit - berbanding dengan sewaktu dalam bas tadi. Tambangnya, R.p40.000(RM13.60)

Sampai di hotel, kena milo panas, terus aku tido tak ingat dunia..



DAY 2

Misi untuk hari kedua, adalah untuk menaiki keretapi ke Bandung. Lepas breakfast bekalan yang aku bawak dari KL - Megi cintan Goreng, kami naik tuk tuk dari hotel ke Stesen Keretapi Gambir(Jakarta) untuk ke Steses Argo Gede Parahyangan(Bandung). Tambang keretapi sebanyak Rp.30.000(RM10.20) untuk seorang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Keretapi bertolak pada pukul 10.30a.m. Dalam keretapi aku pekena lagi nasik lemak kat dalam gerabak. Rp.15.000 (RM5.10) sepinggan. sepanjang perjalanan boleh nampak hiruk pikuk kota Jakarta ni, sebelum melalui kawasan pedalaman. kemudian bertukar jadi bukit -bukau.

Lebih kurang pukul 2.30p.m, setibanya kami di luar stesen, kami dihampiri seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Cepi. Anak muda kelahiran Kota Bandung inilah yang membawa kami ke Hotel berdekatan dengan Kereta sapunya. Pemuda ini begitu peramah. Mungkin pengalaman 4 tahun didalam bidangnya membentuk sifatnya yang layak diberi pujian.

Kebetulan apabila tiba di Bandung ni - hari Sabtu - hari minggu. Rata - rata tempat penginapan di sini telah menaikkan rate hotel. Survey punya survey punya survey, last2 check in kat Hotel Nova di Jalan Banda/Ambon. Paling murah - Rp.224.000(Rm76) untuk malam minggu. Lepas check in - keluar putar - putar lihat kawan sekitar. Ramai juga anak2 muda bermotosikal berpelesaran di segenap tempat peranginan ni. Entah dari mana datangnya, aku kurang pasti.
Ok la hotel yang kitorang duduk ni. dekat ngan semua port kat dalam Kota Bandung ni. And then... hari pun dah tinggi.. last2 mintak Cepi bawak kitorang pi makan.

"Bapak mau makan apa?" tanya dia. "Nasi Padang!" terus kami jawab. Dia kemudiannya bawa kami ke Restoran Raja Melayu. 2 pinggan nasi, 2 ketul ayam, 2 pegedel, 2 ketul daging, semangkuk gulai nangka dan satu nasi tambah - semua sekali Rp.71.000(RM24.20). Kat dalam Restoran ni, boleh dengar lagu senario pulak. Pastu lagu Datuk Siti. Terus aku tanya pelayan di situ, "pemiliknya restoran ini, dari Malaysia ya?". Dia geleng. hmmm.. Suasana dalam restoran terus aku rasa aku paling melayu. Dah nama restoran ni pun restoran Raja Melayu. Surau ada, Wi-fi ada, pelayan dia pulak siap bersamping lagi.

lepas makan hari hujan - balik hotel. Boring! aku tengok ZAM, Dia tengok aku. lepas hujan berenti, terus keluar putar - putar lagi. naik angkutan kota. bayar Rp.2.500(Rm0.85) boleh naik round- round sampai lebam. Last - last pi Amnesia Club, Plaza Paskal. Clubbing la beb! hehe...
pukul 11.30 p.m masuk, sedar - sedar dah 5.30a.m.

6 hrs of non-stop music, I love Bandung. and the chicks!






No comments:

SPONSOR LINK

Be A Millionaire in 360 Days!


View My Stats
Ads: