Google
Powered By Blogger

Friday 17 April 2009

Kedinginan Kota Bandung (Bahagian Akhir)

Kota Bandung dulunya (sekitar sebelum tahun 2000) yakni sebelum tahun milenium, khabarnya sangat sejuk. Dingin gitu. Namun sekarang ni, telah beransur menjadi sederhana sejuk berbanding dulu. "sudah ramai penduduk di sini pak," ujar Cepi pemuda yang ku temui di stesen keretapi tempoh hari. Ya, aku akui mmg happening Kota ini dengan penduduk dan para pelancong. Susah pulak aku nak nampak tourist mat saleh kat sini. Cepi beritahu, mat saleh lebih suka ke Bali. InsyaAllah, aku berazam nak ke Bali pula.

Day 3

3.00p.m - Hujan agak lebat. Air mengalir deras hampir mencecah buku lali kaki di atas Jalan raya.

Dalam keadaan hujan renyai - renyai, saya serta sahabat seperjalanan (Nizam Khalid a.k.a Elvis) meredah petang untuk mengisi perut yang agak berbunyi minta diisi sesuatu. Nak singgah kat gerai lain, macam tak berani - so kitorang pilih untuk makan kat food court atau di rumah makan saja. Jalan punya jalan punya jalan, ada satu port makan yang agak bersih la kitorang jumpa. Kalo DBKL datang check pun aku agak boleh dapat gred B la. Lagak port minum mapley kat Jalan Alor, Bukit Bintang, KL. Kami order mee pangsit soto. Aku mmg dah mengidam nak makan mee pangsit ni. ada la penah dengar menu ni kat dalam TV. Sampai je mee, terus rembat panas - panas. syahdu siot! walaupun cuma ok ja.harga - Rp12.000(RM4.10) semangkuk, tak la best sangat. Sempat gak beli otak - otak bakar lagi - 10 keping Ro10.000(RM3.4). Pastu aiskrim durian - order kat stall sebelah - Rp6.000(RM2.o5)

7.00pm - Still hujan. kitorang naik angkutan kota, bajet mau putar - putar. Last-last, tah sampai kemana driver tu bawak kitorang ikut route dia. Sampai hujung route dia tanya.

- Nak pi mana (Setelah dialih suara)
-Plaza yang ade J.co Donut
-ada 2 plaza ada J.co donut, nak pi yang mana satu?

dah terkendon kat situ. tobat tak tau. "drop je la kitorang kat mana-mana plaza". Sampai Plaza Bandung Indah, dah kol 8 malam. Pusing2 dalam mall kejap, terus balik hotel - jalan kaki! 10 minit jer jalan kaki rupanya. hmmm, leh la lepak kerap sikit lepas nie - bisik hati aku.

9.00p.m - sampai hotel kitorang terus landing atas katil masing-masing. aku tengok Elvis, dia tengok aku. sudah! Layan borak pasal perkembangan masing-masing. flashback balik cerita-cerita lama. Zaman hostel, rugbi, #1 time pengalaman mai kl, macam -macam. Sedar-sedar dah tengah malam.

"takkan kita mai jauh-jauh ni takat nak lepak dalam bilik?" bentak Nizam Elvis. "Jom Keluaq!" terus aku sarung kasut.

pukul 12 tengah malam ni dah lengang dah. dah tak buleh nampak sapa-sapa. tak macam malam minggu. kitorang jalan menyusur jalan. ada la dekat sebatu(1.6km)! last-last tak jumpak apa-apa. Terus berjalan balik ikut jalan kitorang jalan tadi. Lagi sebatu(1.6 kilometer). pastu ada dengar macam bunyi bass musik. dah dekat dekat kitorang punya hotel. Rupanya port makan nasi Kolong. order fruit tea, lepak sambil jamu mata tengok aweqs2 makan nasik kolong. Huhu

day4

11am: keluar. Jalan kaki pi Plaza Bandung Indah. Cari food ourt, makan dulu.
12.30p.m: Layan tengok wayang cerita Daniel Craig yang baru. cerita pasal hero yahudi pa ntah. Ok la. tiket wayang Rp20.000(RM6.80)

4p.m: kitorang jalan kaki lagi. Pi Dago Plaza. Pusing-pusing mall sampai tingkat 7, terus turun bawah order fruit tea. pastu lintas jalan, order KFC. Lepas makan, si kawan aku ni leh nak pi urut badan lak. "lenguh!" dia cakap. aku ambik kunci hotel terus balik. Nizam naik balik Dago Plaza, pi tempat urut.

On the way balik hotel, aku singgah beli DVD. 3 keping, Rp20.000(RM6.80) - Bapak murah! aku pilih cerita hindi terbaru Slumdog Milionaire, Morgan Freeman's The code dengan Jim Carrey punye compilation. Semua kena balik tengok kat Malaysia. Nak pasang DVD kat laptop, tak buleh pulak. Plug diorang jenis tak sama. Pelik jugak! buat penat jerk, usung laptop.

11.30 p.m: Ini adalah malam terakhir kitorang kat Bandung, memandangkan esok flight balik KL pukul 8.00 malam. Daripada perbualan kitorang dengan penduduk warga Bandung, diorang cakap ada satu tempat happening nama Braga Street. So, kitorang cari la angkutan Kota untuk pi sana. Best gak la lebih kurang macam kat Jalan P.Ramlee KL la. Bandung Style! Mula-mula nampak Caesar's Palace. Port Disko. Pastu pi plak kelab dangdut. Nizam ajak masuk, aku tak mau. At last, lepak kat tepi kelab layan Live band. Bosan kat situ, kitorang masuk satu cafe layan rock Live band. Gile rock kapak!

Day 5

Lepas pekena breakfast kat hotel, kitorang check out. Ambik angkutan kota depan hotel jurusan ke Margahayu turun di Binong. Tukar angkutan Kota untuk ke bandung Super Mall. Cari food court. Melantak! Pastu dari situ la terus ambik bas Prima Jasa untuk ke Airport Cangkerang Tanggerang. Tambang bas - Rp75.000(RM25.60)

Sampai airport dah petang kol 5. ada lagi 3 jam. Lepas check in beg, lepak KFC lagi. aku dah siap bawak balik fruit tea untuk kawan-kawan.


p/s: tak dek gambaq beb, trip kali ni. kamera leh tak bawak. last minute 4 orang kensel. mula2 mmg dah set sorang bawak SLR. Allah Maha Kuasa, Makhluk tak dak Kuasa. Kami merancang, rancangan Allah jua lah yang terbaik!

SPONSOR LINK

Be A Millionaire in 360 Days!


View My Stats
Ads: